50 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
Salah satu strategi pelaburan emas adalah dengan membeli emas secara konsisten.

Ia membolehkan anda mendapat harga purata.

Di dalam jangka masa panjang (lebih 3 tahun) anda akan mendapati harga purata untuk emas anda akan berada di bawah harga emas semasa.

Satu lagi strategi pelaburan emas ialah dengan membeli ketika harga emas berada di support yang kuat (daily atau weekly support).

Yang nie agak panjang cerita, saya akan ceritakan di posting lain.

Saya mempunyai seorang customer, seorang cikgu yang bernama Kak Ita, yang konsisten membeli 1 gram emas setiap bulan untuk anaknya sejak tahun 2014.

Jadi dah 8 tahun kak Ita konsisten membeli emas. Waktu tu harga emas 999.9 segram hanyalah sekitar RM140.

Best kan jika mampu konsisten? 🥳 💪💪💪

#NotaEmasMentorMamaGold