50 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
๐Ÿ’ฅGabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
๐Ÿ’ฅIlmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
๐Ÿ’ฅKenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง" atau dalam English dipanggil "๐’‡๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐’๐’๐’๐’Œ๐’Š๐’๐’ˆ ๐’‚๐’‘๐’‘๐’“๐’๐’‚๐’„๐’‰"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda :)

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,
(video diatas)
Ini adalah video bertajuk ๐Ÿ’ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ข๐ฃ๐š๐ค.
4 strategi ini dikongsikan kepada saya oleh tuan Azizi Ali, pakar kewangan dan mentor wang terkemuka Malaysia.
Saya dapati 4 strategi ini sangat berkesan jika anda ingin menjadi pelabur emas yang bijak.
Sila tonton video ini dengan senyuman.
Panjangnya video hanya 12 minit, tetapi ilmunya berguna sepanjang hayat.
Sila #share kepada rakan-rakan anda ๐Ÿ™‚
Terima kasih.
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Apakah kriteria terpenting yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pelaburan emas?

Biasanya orang cakap, pilihlah emas yang paling murah.

Sebenarnya ada kriteria yang lebih penting yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pelaburan emas, iaitu SPREAD
(beza harga jual dan beli emas tersebut).

Antara kesilapan pelabur emas amatur ialah dia main beli ajer emas tanpa tahu nilai spread emas tersebut.

Sebab dia gi jalan-jalan kat pasaraya, terjumpa kedai emas.

Pastu jurujual kat kedai emas cakap โ€œinvest emas bagusโ€ atau โ€œharga emas akan naik dalam jangka masa panjangโ€. Lepas tu dia tertarik.

Gais, Itu adalah cerita separuh masak.

Itu bukan cerita penuh. Kalau tahu cerita penuh, hah baru senang nak counter balik dengan diorang.

Kedai emas kadang-kadang ada menjual emas jenama antarabangsa seperti PAMP Suisse. Jadi point yang selalu digunakan adalah ini emas jenama antarabangsa, laku di seluruh dunia dan bla.. bla.. bla..

Apa yang mereka keberatan nak cerita adalah spread jongkong emas tersebut kalau anda jual balik kat mereka.

Sebab spread mereka antara 16% ke 18% !๐Ÿ™€

Kenapa spread penting?

Sebab di dalam pelaburan, anda hanya untung apabila menjual emas tersebut.

Jadi kalau spread bapak punya besar, anda lambatlah untung. Tak kiralah emas jenama apa pun.

Contoh mudah:

Jika anda menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya 18%, maka kedai akan tolak RM18,000 ringgit. Anda dapat tunai RM82 ribu cash.

Jika anda menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya 7%, maka kedai tolak RM7,000 sahaja dan anda dapat tunai RM93,000

Beza RM93,000 - RM82,000 = RM11,000

Jadi, sebagai pelabur, sebelum anda membeli sebarang emas, kenalpasti berapa spreadnya.

Ok, berbalik kepada harga murah. Bila masa anda perlu fokus kepada harga murah?

Jawapan: Sekiranya anda beli emas untuk tujuan selain dari pelaburan.

Contohnya beli barang kemas untuk pakai. Haa.. kat sini baru fokus harga murah.

Dapat sesuatu? Silakan share.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ฐ๐š๐ฆ.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

๐๐ž๐ง๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐š๐ก๐ฅ๐ข.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '๐’˜๐’‚'๐’‚๐’…' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’Š๐’”๐’š ๐‘ฑ๐’Š๐’…๐’…๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais,


Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.

Ini adalah pengalaman saya dan ibu saya (seorang peminat emas tegar)

Saya melabur emas secara serius sejak tahun 2008 (dah 13 tahun).

Mak saya pula dah beli emas sejak tahun 80an (40 tahun ++ gais). Dengan pengalaman sebegitu lama dengan emas, maka kami boleh berkongsi tips ini dengan anda.

๐Ÿ. ๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan @ pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin (anggap emas sebagai harta)

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Waktu saya nak kahwin ) tahun 2001, saya beli emas 916 dengan hanya RM45 segram. Sewaktu serius melabur emas tahun 2008, harga emas 999.9 lebih kurang RM100 segram.

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐๐ฎ๐š: ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ง.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli.
Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik (namun ini adalah benda yang sering saya jumpa). Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)

๐“๐ข๐ฉ๐ฌ ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š: ๐Œ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ž๐ญ
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.
Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais.
Saya nak share apakah 3 kelebihan dan 3 kekurangan emas.
Kelebihan emas
1. Wang untuk seluruh dunia.
Haa.. ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.
2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.
Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.
3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.
Apakah kelemahan emas?
1. Pertama. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus. Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.
2. Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.
3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak. Anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.
Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik.
Cikgu saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama) ๐Ÿ˜€"
#NotaEmasSyukorHashim
Perkongsian ilmu emas dari Tuan Syukor Hashim.

Gais,

Bagaimana membina mindset pelabur emas berjaya?

Pertama sekali anda kena tahu setiap pelaburan yang ada turun naik harga adalah berisiko.

Bukan setakat emas dan perak, malah pelaburan lain seperti minyak, besi, tembaga, cryprocurrency, saham dan banyak lagi turut mempunyai trend harga naik turun.

Anda mungkin tersalah timing (membeli ketika harga sedang menurun) dan ia boleh menyebabkan anda kerugian.

Tips ini akan membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik.

Apa tipsnya?

Anda setkan dalam minda anda bahawa emas ini berisiko untuk anda dalam jangka masa pendek (kurang setahun)

Oleh yang demikian, apabila anda melabur di dalam emas, pastikan anda letakkan target sekurang-kurangnya anda akan melabur untuk 3 tahun, seeloknya 5 tahun.

Paling bagus ialah melabur emas sampai usia tua.

Hah! itu paling bagus sebab dalam jangka masa panjang anda tidak akan terjejas dengan kesan turun naik harga emas. Anda akan enjoy dengan kenaikan harga emas.

Saya nampak ramai pelabur emas rugi kerana mereka hanya melabur dalam jangka masa kurang setahun.

Kadang-kadang ada yang beli emas kurang daripada 6 bulan. Itu sangat berisiko! Jangan buat macam tu. Jika anda rugi, jangan salahkan emas.

Salahkan strategi anda.

Pada pendapat saya, pelaburan yang kurang setahun adalah ibarat berjudi. Anda boleh untung namun anda boleh rugi besar.

Melabur emas ibarat larian maraton. Slow, steady dan jangka masa panjang. Ini bukan larian pecut ya!

Harap tips ini membantu.

Sila #kongsi ilmu ini dengan rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim

Tengok graf harga emas untuk 3 tahun di atas ๐Ÿ‘†Ada turun naik kan? Tapi kalau anda invest 3 tahun ++ InsyaAllah akan untung :)

Jangan lengah lagi bagi sesiapa yg masih belum buat simpanan dan bagi sesiapa yang masih belum buka akaun emas anak-anak.

Rugi tak buka akaun anak sebab apa tau?

Sebab akaun anak memang untuk jangkamasa panjang DAN bila lagi panjang jangkamasa simpanan lagi untung sebab nilai emas akan lagi tinggi, DAN ... berbeza dengan simpanan duit dalam jangkamasa panjang, nilai duit menurun.

Rugi pilih yg menurun kan? Jadi untuk anak pilihlah simpanan pelaburan emas jangkamasa panjang yang nilainya meningkat. Betul tak?

6 bulan dah berlalu tahun 2021, anda dah lepas peluang simpanan sedikit2 untuk 6 bulan lepas. Duit raya anak pun masih dalam akaun bank.

Jom klik link whatsapp ni untuk saya bantu ๐Ÿ‘‡

wasap.my/60177288826
Gais,

Bila orang tanya. Betul ke emas nie magnet tarik duit?

Ya sudah tentu. Ada 2 cara emas boleh jadi magnet duit.

Pertama sekali adalah dengan cara kenaikan harga emas. Sebagai contoh, 2 tahun lepas dalam bulan Jun 2019 harga emas adalah RM202 segram.

Jika anda letak 5 gram emas dalam wallet, nilai 5 gram ketika itu = RM1010.

Bulan Jun tahun 2021, berat emas tetap 5 gram tetapi harga 1 gram dah RM265. Maksudnya nilai 5 gram sekarang = RM1325 (harga 24 Julai 2021)

Dia dah tarik duit sebanyak RM315. Nampak?

Cara kedua. Aura EMAS.

Allah SWT meletakkan perasaan semulajadi manusia suka kepada emas dan perak.
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;..... (Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14).

Apabila anda start simpan emas, aura emas menyebabkan anda suka untuk tambah.. tambah... dan tambah emas.

Hanya orang yang simpan emas tahu perasaan ini. Orang yang tak simpan emas memang susah nak faham melainkan anda cuba try.

Nanti baru faham apa yang saya cakap.

Kesimpulan. YA emas itu magnet tarik duit (kekayaan).

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Bila orang tanya. Betul ke emas nie magnet tarik duit?

Ya sudah tentu. Ada 2 cara emas boleh jadi magnet duit.

Pertama sekali adalah dengan cara kenaikan harga emas. Sebagai contoh, 2 tahun lepas dalam bulan Jun 2019 harga emas adalah RM202 segram.

Jika anda letak 5 gram emas dalam wallet, nilai 5 gram ketika itu = RM1010.

Bulan Jun tahun 2021, berat emas tetap 5 gram tetapi harga 1 gram dah RM265. Maksudnya nilai 5 gram sekarang = RM1325 (harga 24 Julai 2021)

Dia dah tarik duit sebanyak RM315. Nampak?

Cara kedua. Aura EMAS.

Allah SWT meletakkan perasaan semulajadi manusia suka kepada emas dan perak.
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;..... (Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14).

Apabila anda start simpan emas, aura emas menyebabkan anda suka untuk tambah.. tambah... dan tambah emas.

Hanya orang yang simpan emas tahu perasaan ini. Orang yang tak simpan emas memang susah nak faham melainkan anda cuba try.

Nanti baru faham apa yang saya cakap.

Kesimpulan. YA emas itu magnet tarik duit (kekayaan).

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Emas dan perak adalah barang ribawi (barang-barang yang terpalit hukum hakam riba)

Jadi urusniaga jual beli barang-barang ribawi perlu diberi perhatian khusus agar anda tidak terlibat dengan riba.

Hukum jual beli emas secara ansurans adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan bayaran secara sengaja.

Contohnya anda ambil emas dahulu daripada pembeli, kemudian baru buat pembayaran. Ini hukumnya haram.

Namun untuk kaedah belian secara EPP10X yang ditawarkan oleh Public Gold, ia adalah urusniaga yang patuh syariah.

Ini kerana bayaran yang dibuat oleh pembeli dikira sebagai security deposit sahaja
(Arabic term ialah hamish jiddiyah). Ia bukan bayaran belian emas.

Jika pembeli bertukar fikiran dan ingin membatalkan belian tersebut maka Public Gold akan menyerahkan balik duit security deposit tersebut kepada pembeli (minus processing fee 10%).

Setelah pembeli selesai mengumpulkan security deposit yang senilai dengan harga emas, maka barulah serahan penuh security deposit dilakukan dan Public Gold akan serahkan emas kepada pembeli.

Saya ada menerangkan perkara ini ketika ditanya di dalam Fblive bulan lepas, Ogos 2021.

Dengan jawapan ini, saya berharap semua dealer dan customer Public Gold akan rasa lapang dada seperti saya ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada berita baik nak bagitau customer/dealer Public Gold.

Public Gold sekarang sudah melancarkan fungsi Direct Debit untuk simpanan emas GAP.

Direct Debit membolehkan anda menyimpan duit secara konsisten tiap-tiap bulan di dalam akaun GAP anda.

Anda boleh pilih amount simpanan setiap bulan dan tarikh mula nak start simpan dan tarikh akhir.

Jadi anda boleh terus set sekali dan lupakan sahaja. Setiap bulan automatik gram emas akan masuk ke dalam akaun anda mengikut harga semasa.

Bagi anda yang nak buat forgotten saving, ini adalah cara terbaik.

Hanya pakai apps GAP dan ikut panduan seperti dalam video ini.

Itu sahaja!

Selamat menyimpan emas dengan senyuman

#NotaEmasSyukorHashim
Orang selalu tanya. Untung ke simpan emas? Ada bukti tak?

Cara terpantas melihat untung simpan emas dalam jangka masa panjang, ialah dengan melihat carta prestasi harga emas di website goldprice.org (ehem-ehem sila pergi skodeng sekarang)

Di sana anda boleh melihat prestasi harga emas dalam matawang utama dunia (sejak tahun 2007)

Ada tahun harga emas naik melebihi 30% setahun dan ada tahun harga emas negatif. Ini adalah normal bagi emas. Ia ada turun naik.

Sebab itu orang yang nak untung dalam pelaburan emas, dia mesti invest untuk jangka masa panjang dan konsisten sebab anda memang akan untung.

Jangan membeli emas sekali dan tunggu harga naik. Itu adalah berjudi. Melabur dan berjudi itu perkara yang berbeza sama sekali.

Mengapa perlu melabur dalam jangka masa panjang?

Sebab ada beberapa matlamat kewangan kita yang memerlukan jangka masa panjang.

Sebagai contoh, simpanan untuk pergi Mekah.

Simpanan untuk dana pendidikan anak-anak.

Simpanan/pelaburan untuk dana persaraan (selain bergantung kepada duit KWSP)

Simpanan untuk membeli aset yang bernilai tinggi (rumah dan tanah).

Mahu atau tidak, anda perlukan strategi untuk melabur/menyimpan dalam jangka masa panjang.

Pelaburan emas tak sesuai untuk orang yang nak untung cepat dan banyak. Sebab orang yang nak cepat dan banyak, dia mudah terjebak dengan skim-skim cepat kaya. Ini pengalaman peribadi saya.

Simpan emas dengan ilmu.

Anda pasti senyum :)
#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

InsyaAllah hari Jumaat ini, 28/1/2022 jam 11.00 pagi, saya akan buat FBlive dan mengupas tajuk Potensi Emas Tahun 2022.

Lokasinya di FBpage Syukor Hashim & Jonaina Nordin

Apakah faktor-faktor yang boleh menggerakkan harga emas pada tahun ini?

Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk memaksimakan keuntungan?

InsyaAllah saya akan jawab pada hari Jumaat ini.

Anda boleh bertanya saya sebarang soalan.

Seperti biasa, akan ada promosi belian dan promosi menjadi dealer Public Gold menanti anda.

Juga akan ada cabutan bertuah menang emas untuk anda yang mengambil bahagian dalam FBlive saya ini.

Dipersilakan share dengan rakan-rakan anda.

See you this friday!

#NotaEmasSyukorHashim
2 teknik yang sangat penting untuk pelabur emas adalah:

1. Beli secara konsisten
2. Fokus untuk tambahkan gram.

Huraian.

Beli secara konsisten adalah satu disiplin. Samada harga naik atau turun, anda beli aja.

Apakah kelebihan melabur emas secara konsisten?

i. Ia mengajar jiwa anda disiplin.

ii. Anda boleh mendapat kelebihan pemurataan harga. Sila rujuk gambar.

Anda boleh lihat harga emas pada setiap bulan dan anda boleh melihat purata harga.

Bila anda konsisten membeli emas maka dalam jangka masa panjang anda akan mendapat kos perata per gram yang rendah.

Fokus untuk tambahkan gram.
=======================

Semakin banyak gram emas anda maka semakin tinggi keuntungan anda.

Sebagai contoh, jika harga emas naik sebanyak RM10 segram, maka orang yang memiliki 10gram emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM100 (RM10 x 10g)

Namun orang yang mempunyai 1kg emas akan dapat untung kenaikan harga sebanyak RM10,000 (RM10 x 1000g)

Mengikut pengalaman saya, halangan utama kejayaan pelabur emas adalah sifat nak untung cepat dan tak sabar tunggu.

Kalau ada mana-mana agen emas yang suka promote produk yang untung cepat dan untung banyak, percayalah cakap saya bahawa produk tersebut berisiko tinggi.

Sebagai contoh invest emas secara leverage. Apa itu leverage?

Leverage itu ibarat melabur dengan meminjam duit.

Ia boleh membesarkan keuntungan berkali ganda jika trend menaik, namun ia boleh menyebabkan kerugian berkali ganda bila trend harga emas jatuh

Bukan semua orang sesuai melabur dalam produk berisiko tinggi.

Ada segelintir orang adalah risk taker (pengambil risiko) dan ada segelintir orang adalah Risk avoiders (mengelakkan risiko).

Tepuk dahi ๐Ÿคฆ dan tanya otak ๐Ÿง 

Kalau salah pilih produk, anda boleh rugi besar!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Hari ini saya terima parcel daripada Public Gold. Yeay!!!

Perkhidmatan ini dipanggil GIT (Gold In Transit).

Ia berinsuran sepenuhnya. Jika apa-apa berlaku seperti kehilangan, maka insurans akan ganti balik secara percuma.

Parcel ini mengandungi gold bar yang saya withdraw daripada akaun GAP.

Apa gold barnya? Sila tengok video unboxing ini.

Jadi jika anda adalah customer Public Gold, beli emas dan pakai ajer GIT nie. Gold bar akan sampai kat rumah atau office anda.

Sila tunggu dengan senyuman ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim
Apakah kelebihan Public Gold?

Jawapan: Public Gold sangat fokus kepada pemilikan emas fizikal.

Anda boleh beli terus emas fizikal, anda boleh buat pembelian syariah epp10x dan 6x dan juga akaun simpanan emas yang boleh keluarkan emas fizikal.

Terdapat banyak pemilihan emas fizikal untuk anda, samada gold bar, dinar emas dan juga gram bar (gold bar kecil).

Sila baca poster dengan senyuman ๐Ÿ˜

#NotaEmasSyukorHashim