Parenting Maznah Ibrahim
19K subscribers
2.13K photos
51 videos
29 files
1.91K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
~ Signature Touch Ibu Ayah Kini

Menarik 😍 dan tersenyum bahagia seronok sangat bila saya membaca 'Signature touch' anda semua.

Mudahan beri idea kepada ramai lagi #IbubapaKini di luar sana ya.

Mohon saya sharekan komen anda secara terbuka di sini πŸ˜πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Welldone semua, saya pasti anak-anak anda amat suka dan akan kenang momen / saat istimewa bersama anda itu πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ’“,

dan yang lain, saya pasti ada, cuma belum share aja dengan kita, atau lagi kelakar tak terfikir dek orang, atau nanti akan come out lah dengan aksi aksi momen istimewa tu... πŸ‘ŒπŸ‘
.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

Signature touch anda semua :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1517713188403260&id=477691842405405
Kerja Kita IbuAyah Belum Selesai, Sampai Tutup Mata

Saya tahu, sebagai #IbuBapaKini di zaman baru ini set cabarannya lain dan unik.

Namun satu yang tak pernah tinggal dalam kamus keibubapaan dari dulu hingga kini, zaman batu hingga zaman konkrit ialah PENGORBANAN.

Dari awal sewaktu bujang kemudian melangkah ke alam rumahtangga, mengandung dan peroleh anak (alam keibubapaan), sangat banyak kerja / tugas dan pengorbanan yang telah kita lakukan setiap saat tanpa sedar.

Unik bukan, kita dah laluinya pun πŸ™‚
.

Tiada yang mudah, tiada yang percuma, tiada yang sepenuhnya pelangi indah, ada aja hujan panasnya, mendungnya, petir guruhnya dan cuaca damai nyamannya juga.

Bila kita rasa susah, kita tahu ada orang lain yang lebih susah dari kita.

Bila kita rasa atau fikir kita tiada kasut mahal yang selesa, ada orang tiada kaki pun untuk pakai kasut mahupun selipar.

Kita tiada suami di sisi sebab pjj atau berpisah hidup atau mati, kita lupa kita ada contoh Maryam yang tiada pernah berkahwin pun dan perlu melahirkan Nabi Isa a.s. dalam suasana kecaman masyarakat;

Juga model Siti Hajar yang seorang diri di padang pasir luas, tiada jiran, kehabisan makanan dan minuman dengan bayi kecilnya Nabi Ismail a.s. yang kelaparan dan kehausan.

ataupun kita ada suami yang kita kita keluh kesah dan rasa dia kejam sebab dia tak membantu kerja rumah,

Namun kita lupa kita ada contoh Asiah, isteri kepada Firaun yang jauh lebih kejam, malah sangat angkuh dan mengaku diri Tuhan, namun beliau tetap bersabar dan tetap beriman kepada Nya..

.
Allah, apalah sangat ujian kita, kan?
.

BILAKAH AKAN BERAKHIR KESUSAHAN ATAU UJIAN HIDUP KITA?

Saya selalu berkata betapa kita ada hari yang bertukar ganti setiap hari, siang - malam - siang kembali ; cerah - gelap - cerah kembali, menunjukkan yang kita takkan pernah tiada harapan atau hari baru (bila rasa hari hari kita gelap sentiasa belum muncul siang - saya pernah rasa begini),

betapa ia fitrah alam yang tetap akan berlaku, untuk sama-sama direnung dan difikirkan (berbanding fikir benda lain yang tak menguntungkan pun);

ujian, kesusahan, kesulitan, pasti akan berakhir dengan kemudahan, kesenangan, mahupun ganjaran disisiNya.

Selalulah bersyukur.

Teruslah perbuat baik dan berada di landasan Tuhan yang menciptakan kita. Doa dan usaha sentiasa untuk terus berada dalam landasan yang dimahukan olehNya ini.
.....
.

Salam persediaan hari raya Aidiladha semua 😍.

Jaga penjarakan sosial, sedia sanitiser, basuh tangan dan bersihkan diri selalu, jaga kesihatan pemakanan, tidur dan senaman serta emosi anda ya.

Salam Aidiladha,

Maznah Ibrahim

Malam ini Slot 3 bagi E Release, kita bina tempat selamat secret garden kita ya.

Kot last minute nak join, boleh aja join slot 3 sahaja, daftar di Go.mazn.me/release2
Feedback sebeginilah yang selalunya menguatkan saya untuk terus menulis, berkongsi dan buat sesi webinar (sesekali).

Ini feedback sesi Live FB saya dengan salah seorang penganjur saya (soalan viewer yang spontan), dan feedback sebeginilah yang buatkan saya kuat dan bersemangat untuk terus menulis, dan berkongsi.

Saya selalu kagum dengan ibu-ibu anak bayi (juga anak baru 1), kerana dapat pelajari dan pendedahan ilmu sebegini awal. Bertuah #IbuBapaKini, kan?

Yang anak rendah dan menengah, usah risau kerana ilmu komunikasi ni life long lasting sepanjang hayat, boleh saja apply untuk siapa-siapa saja.

Skil sebut nama anak pun ada caranya, rupanya ia adalah susunan no 1 dalam 10 Strategi/Formula Komunikasi Berkesan Ibubapa-Anak yang telah saya susunkan (screen ini telah diizinkan untuk share oleh ibu ini).

*Yang telah mendaftar, telah pun terima link unik (individual) untuk Kelas Webinar esok, serta Workbook eksklusif nota/keyword utama, insyaAllah semoga lancar dan kita jumpa esok ya.

Maznah Ibrahim

---------- 🍁🍁🍁 -------------

Last call

Yang berminat dan berhajat menambah lagi info dan skil berkaitan komunikasi dengan anak, boleh daftar utk webinar esok, Sabtu pagi, selama 2.5 jam, maklumat lanjut di sini ok:

Go.mazn.me/dengarlahanakku
Go.mazn.me/dengarlahanakku
Go.mazn.me/dengarlahanakku
Macam Mana Nak Atasi Anak Yang Mudah Takut ?

https://www.hmetro.com.my/WM/2020/09/617281/atasi-ketakutan-si-kecil

Terima kasih jurnalis Harian Metro, Tn Hafiz Ithnin yang rajin menulis skop isu anak-anak untuk kita #ibubapakini cakna dan sokong secara positif kesukaran normal anak-anak ini.

Walau sedang dalam travel minggu ini, sempat beliau mendapatkan input dari saya mengenai isu ini.😊

Syabas. Semoga banyak lagi isu dapat kita ketengahkan nanti.
.
RAIKAN

Usaha dan PROSES pembelajaran diri kita sebagai ibubapa, dengan menjadi SEMAKIN BAIK setiap hari.

Syabas kepada semua #IbuBapaKini yang membaca ini ya.

Care❀⚘,

Maznah Ibrahim

........................

🌱🌱☘🌱🌱

🌠 Penyertaan seminar online / webinar online Batch 2 di :

http://Webinar.mazn.me/dengarlahanakku?utm_source=t
SAYANG ANAK PENUH BERSAMA BATASAN

Saya yakin ramai antara kita sayang anak dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk mereka.

Kerana anak kita banyak berubah. Berubah sikap, berubah rutin dan tidak terkira senarainya.

Untuk tempoh PKP ini, banyak kes yang merujuk kepada saya berkaitan tingkah laku anak di luar sepatutnya, dan trennya berkaitan 'sexualised behaviour'.

Bermaksud anak-anak terdedah tanpa sedar, kepada video dan cerita yang tidak sesuai dengan usia mereka. Dan kemudian melakukannya dengan spontan.

Saya selalu berkata gunakan peluang ini untuk ambil tahu (cakna), dan didik anak sekaligus bab ini. Ini peluang, Maka anak akan lebih percaya kepada kita untuk berbincang mengenai topik ini kini dan akan datang.

Adalah ok untuk berkata TIDAK kepada anak, selagi mereka di bawah tanggungjawab kita, dengan kaedah bersesuaian mengikut usia mereka.

Jika anak kecil, kita boleh 'distract' atau 'redirect' aja mereka kepada aktiviti lebih menarik.

Untuk anak sederhana besar (sekolah rendah), boleh terangkan sebab logik dan kesan jangkamasa sederhana (ada anak usia 4 ke atas sudah boleh terima alasan logik dengan latihan awal).

Untuk anak menengah, dengan sedikit remote diberi namun tetap berbatas.

Kuncinya adalah batasan.

Tidak mungkin kita beri 'remote' kepada mereka dalam keadaan mereka belum mampu menilai dengan baik akan baik dan buruk sesuatu perkara itu. Membaca kondisi pun belum cukup akal orang kata.
.

Tegas, dengan berhemah.

'Demi kasih sayang, maka ku turutkan jua' - tukar kepada

'Demi kasih sayang dan TANGGUNGJAWAB, ku akan beri tetapi ada BATASNYA'.
.

Contoh anak kecil: makan dulu kemudian tv, atau tv dulu lepas tu makan ok (give in first then win later)

Contoh anak sederhana besar: solat dulu kemudian tv 30 minit atau berbasikal 3 round dulu baru tv 30 minit

Contoh anak remaja: game internet 2 jam selepas selesai siri tugasan dalam department dia 'in charge' (kebersihan dapur / kerja sekolah adik beradik) dan stop 10 minit sebelum solat.

Lagi besar usia lagi besar tanggungjawab diberi dan besar pula permintaan dia.

Pokoknya win-win.

πŸ§’πŸ‘ΆAnak kecil : main / movement, dan banyak tarik tali (give in first win later)

πŸ‘§πŸ§‘Anak sederhana besar : hormat, bimbing tugasan dan give and take.

πŸ‘©β€πŸ’»πŸ‘¨β€πŸ’»Anak besar : bincang semeja, beri tangungjawab dan beri remote kebebasan beserta syarat bersesuaian.
.

Akhirnya, balik kepada tanggungjawab di bahu kita,
sebagai #ibubapakini, dengan bersedia untuk menjawab kelak kepada empunya anak-anak -- TUHAN yang mencipta.
.
.
Tunjang - ialah Spiritual Quotient, insyaAllah selamat kita di 'track' 'parenthood journey' ini.
.
.
Refleksi,

Maznah Ibrahim

Telegram channel saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak : T.mazn.me/chan
Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang sedar dalam setiap tindakan kita, merendah diri (humble), sporting, dan menghormati perasaan/pemikiran anak-anak kita.

Care ❀,
Maznah Ibrahim

.....

telegram channel untuk psikologi anak dan parenting:
T.mazn.me/chan
Terima kasih kembali Pn Halizah ⚘😍. Doa yang baik-baik terbaik untuk perjalanan parenting puan dan semua #ibubapakini di sini dan luar sana.
Sesuatu yang besar kita boleh belajar sebagai #IbuBapaKini dari apa yang diluahkan oleh 'Pesalah Muda' ini adalah

Berkemungkinan anak-anak ini hunger atau craving for :

πŸ’ Tangki Perkataan Mengesahkan (Word of Affirmation) :

Mama Ayah sayangkan kamu, apa jua kamu lakukan, Mama Ayah tetapkan sayangkan kamu. Hanya perlakuan tertentu kamu A/B/C saja yang Mama Ayah tak berkenan, maka Mama Ayah tegur untuk perbetul kesilapan

πŸ’ Tangki Perbuatan/perlakuan/layanan (Act of Sevice):

Sambutan hari lahir anak. Seandainya ibu ayah kurang mampu, memadai masak special dan nyatakan dengan jelas, ini yang ibu ayah mampu, sempena meraikan hari lahir kamu (jika mampu, buatlah kek hari jadi dsb kan 😊)

πŸ’ Tangki Masa Istimewa :

Anak nak rasa 'special'. Macam mana? Buat 'Special Time One to One' dengan setiap anak, waktu berbeza dengan ibu ayah, sebab kita ibu ayah satu, anak ramai, kan?

Sesuai untuk anak paling besar sebab mereka banyak rasa terpinggir sejak adik adik lahir.

10 min mencukupi istimewa setiap anak asing, dapat 30 min lagi baik (seminggu 1 kali?). Anak nak masuk remaja boleh dating mak ayah sama jantina, dan banyakkan kongsi hal perhubungan rakan sebaya, isu semasa, seksualiti, perasaan, badan dsb
.

Terima kasih dan
Kredit kepada Prof Madya Dr Rahim, Pakar Kriminologi, UKM.

Saya ketahui Juvenile Delinquent (pesalah jenayah juvana/muda), ada kaitan dengan attachement yang rendah/lemah sewaktu awal kehidupan (kajian),
Dan saya percaya parenting banyak main peranan untuk bantu bentuk empati, dan sikap baik dalam diri setiap anak yang merupakan kain putih ini...

Sama sama kita sentiasa ambil tindakan untuk pencegahan.

Care ❀
Maznah Ibrahim

#BreaktheCycle
#BetterParentingforBetterMentalHealthofChildren
#repost
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak
.
.
"Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€”

"Mama tak pernah pun puji saya".

"Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".

"Mama tak suka peluk saya ke?"☹

"Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?"
.
.
Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal.
Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat.
.
Anak rasa tak dihargai,
Tak disayangi,
Tak betul.
.
Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan.
Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak,
Cuma ibuayah terlepas pandang...
.
Lupa nak #jadilebahbukanlalat.
Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini.
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita.
.
Mudahan,
ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka..
.
Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka.
Subur.
Mekar.
Mewangi dan merahmati Alam.

CARE 🧑,
Maznah Ibrahim.
.
.
p/s : Sudah daftar webinar Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta? Kalau sudah dan tidak mendapat whatsap/email link webinar live, perlu daftar lagi sekali ya.

https://webinarv2.mazn.me/tangki-emosi-anak-live/?utm_source=t
.
Telegram channel psikologi anak dan parenting:

t.mazn.me/chan
"Dia kan burung, kenapa dia tak boleh terbang?"

Saya teringat cerita kisah burung dan ayam ini, lalu menceritakan kepada anak-anak semalam sebelum tidur (dalam gelap gelita itu as usual 😁). Separa mengantuk ntah apa-apa saya ceritakan.

Sebenarnya nak maksudkan kepada anak besar, yang adik-adik ada keupayaan masing-masing dan usahlah dibanding-bandingkan hak dia, hak mereka dan sebagainya (anak Thinking kan nak adil sokmo). πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Tup dalam soalan kenapa 'burung' satu lagi tu tak berjaya terbang ya? Saja tanya mereka. Si pemuda ni pening jadinya sebab dia bela dan ajar cara sama, pukul rata sama training diberi. Fateh jawab: Ntah ntah burung tu sebenarnya ayam...
Ha.. pandai Fateh fikir sendiri, betul, sebenarnya telor tu salah satunya adalah telor ayam bukan telor burung.
.
.
Nah, email bertajuk seperti di atas ini ada di inbox anda subscriber saya ya. Akan ada banyak lagi email kisah sebegini akan saya mula berikan. LoveLetters untuk #IbuBapaKini saya.

Pastikan baca dan save sebagai address contact agar ia masuk ke inbox ya.

Anak-anak adalah unik.
Setiap mereka tidaklah sama.
Walau Thinking macam anak-anak saya ni, namun tetap berbeza.
Juga walau acuan ibu dan ayah yang sama.
Tetap berbeza.
Walau kembar pun, tetap tidak sama.

Betapa Tuhan tu nak beri kita sedikit ujian untuk kita saling belajar dari satu sama lain.
Mengurus sumber manusia!
Mengurus si kecil yang akan menjadi pemuda pemudi hebat kelak (InsyaAllah).

Takkan kita nak suruh ikan tu panjat pokok kelapa macam kera? Sedangkan kehandalan ikan adalah berenang di lautan/sungai. Begitulah ibaratnya (ni petikan ayat Albert Einstein kan).
.
.
Refleksi Kasih Sayang di Hari Jumaat,
Maznah Ibrahim
.
......................................................
Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif:
T.mazn.me/chan
........

Jumpa esok peserta Live Webinar Dengarlah Anakku,
8.30 kita boleh mula masuk,
9.00 kita mula,
12 moga sudah tamat,
12-1.00 gift special time saya untuk parent yang ada apa-apa soalan jua, boleh dikemukakan ya. Konsultasi parenting gitu insyaAllah.

*Boleh print workbook siap-siap untuk tambahan catatan penting kita ya ;)
....

Yang belum mendaftar atau tak free esok, sebenarnya boleh aja mendaftar sebab rakaman Webinar last ini akan kami masukkan ke sistem dan anda boleh akses untuk 30 hari, soalan boleh pm di inbox messenger page ini sebagai ganti soalan live tak dapat diberi ya. Sebabnya saya sudah 5 kali buat Webinar Dengarlah Anakku dan akan move on ke tajuk lain baru pula (Webinar berbayar).

Boleh sempat lagi daftar di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live/?utm_source=t
( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍.

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).
Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.
Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,
Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,
Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda,
dan positif emosi.
Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊.
Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasamaπŸ‘
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat yaπŸ˜ƒπŸ’ͺ

CARE β™₯,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
Anak bergaduh, dimarah
Anak menangis kuat, dimarah
Anak main kejar-kejar happy, dimarah

Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang.

Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji.

Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada.

Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik.
.

Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah

Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya.
.

Maznah Ibrahim

Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:
T.mazn.me/chan
Bapa bukan sebarang bapa, kuasa dan penangannya amat besar sekali...

Pentingnya Bapa Berdialog/Berkomunikasi dengan Anak
Salah satu yang saya nak share ialah kepentingan berdialog.
Ia adalah satu peranan utama seorang bapa dalam kehidupan seorang anak.

Dalam petua keibubapaan oleh pengkaji, Dr Husna from UKM, satu dari 4 peranan utama bapa ialah 'berdialog'. Ada 7 ayat quran menunjukkan contoh bagaimana dialog seorang ayah kepada seorang anak mampu memberi kesan besar pastinya dalam kehidupan seorang anak (pembuatan keputusan dan berfikir pastinya).

Berbual.

Dalam video ni: https://www.youtube.com/watch?v=yQcQ5dVmzQc&t=7s,

Ada 3 point penting untuk ayah-ayah lakukan, dalam memenuhi keperluan anak kita.

1. Unsur bermain (parenting 7 tahun pertama: bermain): Ayah tak perlu lah terlalu serius dan nak memukul, menghukum saja ya. Jika dulu ayah mungkin dididik cara begitu, saya faham ayah rasa dirinya tetap menjadi seorang β€˜orang’. Persoalannya β€˜seorang’ ayah yang bagaimana’? Jauh di sudut hati ayah, ayah ada rasa dekat tak dengan anak, atau β€˜JAUH’?

2. Membacakan buku cerita secara berkesan: unsur imaginasi dan β€˜role play’. Bila ayah bacakan buku untuk anak, walau sekali setahun, rasanya anak akan ingat lebih berbanding ibu bacakan saban hari kot. Hahahaha, sebab bukan senang ayah kita nak bacakan buku, kan. Kemungkinan ayah bacakan adalah jauh lebih menarik sebab ayah lebih tinggi imaginasi dan kreatif dalam berceritanya.

3. Selalu berbual dengan anak. Ayah perlu tahu seni berbual dengan anak, bukan formal bertanya khabar tentang exam atau anak belajar ok ke tak dan sebagainya. Berbuallah mengenai perkara yang anak gembira mahupun yang anak struggle (ada unsur emosi anak ketika tahap itu) setiap hari.
Mudahan kita, dalam circle β€˜break the cycle’ dan #IbuBapaKini ini adalah ibu dan ayah yang positif dan senantiasa memberi apa yang anak perlu, iaitu fitrah dia (fitrah dia adalah apa yang Tuhan Mahu kita berikan juga sebenarnya), bukan yang kita fikir anak perlu, sebab apa kita fikir kadangkala dipengaruhi oleh pengalaman dan pemikiran ego kita (mungkin).

*Isi kandungan penuh email istimewa Hari Bapa ini masuk ke inbox anda hari ini.

Selamat Hari Bapa kepada anda semua yang bergelar ayah,
pada hari Ahad ini,

biarlah kita jadi orang pertama yang mengucapkannya ya 😊😘.

Selagi nafas masih ada hari ini, Jumaat.

#tagsuamikita agar sama-sama kita ambil peranan ini sebaiknya, biar sedikit tetapi berkualiti dan diingati selamanya......

Maznah Ibrahim.

Telegram Channel keibubapaan positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

*kredit kepada Save The Children Thailand dalam menghasilkan vide bermesej penting ini untuk kita semua.
5 TIPS 'STAYING AT HOME PARENT WITH SMALL KIDS' AGAR EMOSI POSITIF DAN 'LESS STRESS'.

Saya nak ucapkan SYABAS
TAHNIAH kepada anda semua #IbuBapaKini sebab telah berjaya 'berpuasa' dengan sangat tabah,
Duduk saja di rumah dengan keluarga,
Mengendali kerja sendiri dan anak-anak,
Tuhan aja tahu bagaimana kelam kelibutnya kita....
.
Saya review penulisan tahun lalu dan update untuk kita sama-sama hayati dan dapat serba sedikit input ya.
Untuk saya sewaktu mula-mula PKP sepenuhnya tidak boleh keluar rumah, saya sudah perasan bunga-bunga kecil 'unknown reason meltdown' si Yumna toddler yang saya kenalpasti sebagai stres dia sebagai anak kecil, lalu saya lakukan perubahan (adjustment) segera.
.
Saya kongsikan 5 tips penting yang boleh saya senaraikan agar kita sebagai IbuAyah boleh kekal positif.
.
1. Memandangkan kurang aktiviti luar rumah dan keluar dari rumah yang boleh dihabiskan masanya dan tenaga, maka tenaga dan masa anak sepenuhnya adalah di dalam rumah. Ia sememangnya mudah mengundang stres, kepada kanak-kanak sebenarnya, sebab segalanya terhad (dan ingat, anak-anak adalah bergantung kepada pohon utama iaitu IBU dan AYAH sebab mereka masih belum sepenuhnya berdikari):

-- maka, UBAH SUSUNATUR PERABOT agar lebih luas, lapang untuk anak lakukan aktiviti fizikal seperti merangkak, berlari pusing, melompat, berbasikal kecil tricycle/kereta kecil dll.

-- beli di shopee alat gayut (door chin bar pasang kat rumah nanti boleh gayut), buaian dan alat panjat, kolam besar agar anak ada aktiviti indoor dan outdoor

-- adakan rutin untuk 'jumpa' atau 'dilihat' oleh matahari pagi dan petang walau di beranda/balkoni rumah untuk aktiviti alam semulajadi walau 10 minit,
.
2. Tidur juga mudah lewat sebab tenaga banyak 'reserve', berbanding hari biasa banyak travel ke sekolah, aktiviti di sekolah, tenΓ ga saling berpindah dengan individu lain (kanak-kanak/orang dewasa), maka anda akan dapati anak kurang letih gitu. Jika tidur biasanya lepas isya kini jadi lepas pukul 10 mungkin πŸ˜„πŸ˜…. Kini ada yang sampai 2-3 pagi juga.

Jadi PENATKAN mereka dengan AKTIVITI 'HOUSE CORES' harian anda. Mana yang boleh mop, mop, kacau bancuhan cekodok, mem vakuum, sidai baju, melipat kain atau hang ke hanger, dll.

Ia PELUANG BAIK sebenarnya, untuk latihan anak dan juga kurangkan bebanan tenaga terpendam anak dan kita sendiri. Walau kecah, kecoh, haru biru, just libatkan mereka, ok.
Dan ia untuk bantu emosi anda 'clean and clear' bila rumah walau sepah sebab anak kreatif, namun bersih dan sedikit kemas. Benar, rumah sepah buatkan emosi, kepala semua serabut, emosi pun cepat ribut taufan meletup aja 😣, ia sebenarnya prioriti, bukan satu 'option'.

Juga penatkan mereka dengan SEKURANGNYA 30 minit dua kali sehari sesi pagi dan petang, aktiviti outdoor/tepi tingkap, untuk anak dapat cahaya matahari. Cahaya ini bantu rembes hormon antistress anak-anak dan mak pak sekali.

Saya tahu kita rasa melibatkan anak dalam aktiviti tugas utama kita (memasak so on) adalah ibarat buang masa dan menambah kecah, hakikatnya kepuasan si anak perolehi sebenarnya jauh lebih besar kesannya kelak untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka remaja ke atas nanti, keyakinan diri, keberdikarian (mandiri) dan coping skill mereka bila hadapi stres dewasa kelak.

Juga masa kita, kita rasa masa kita terbuang, namun fikirkan semula: fokus dan siap berbanding (vs) tak dapat fokus dan tak dapat siap, malahan buat silap lagi, mungkin ada ketikanya kita akan buat kerja malam hari sewaktu anak-anak telah tidur, atau kita time off sebentar block masa 30 min tutup pintu bila sudah layani mereka 30 minit (sepertinya 1:1, sama banyak masa dengan mereka dan masa untuk kerja kita sendiri..), namun adalah output kerja kita siap sikit sikit itu (walau block masanya 1:1 ialah 10min:10min tau) πŸ˜…πŸ˜… (maka siapkan setting meja kerja kita yang boleh check in dan out anytime tu).
( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau .

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).

Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.

Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,

Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,

Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi.

Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi .

Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat ya.

CARE ,
Maznah Ibrahim

Telegram peringatan mesra keibubapaan kita bersama di : t.mazn.me/chan
.

p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini:

https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=fp3
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak
.
.

"Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€”

"Mama tak pernah pun puji saya".

"Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".

"Mama tak suka peluk saya ke?"☹

"Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?"

.
.

Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal.

Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat.
.

Anak rasa tak dihargai,
Tak disayangi,
Tak betul.
.

Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan.

Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak,
Cuma ibuayah terlepas pandang...
.

Lupa nak #jadilebahbukanlalat.

Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini.

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita.
.

Mudahan,
ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka..
.

Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka.
Subur.
Mekar.
Mewangi dan merahmati Alam.

CARE 🧑,
Maznah Ibrahim.
.
Anak bergaduh, dimarah
Anak menangis kuat, dimarah
Anak main kejar-kejar happy, dimarah

Usah ditanya kenapa berulang perlakuan 'kurang menyenangkan hati kita' itu berulang.

Anak bergaduh, dua-dua ditegur namun dikukuhkan / noticed tingkhlaku betul salah seorang itu, walau kebaikan kecil => dipuji.

Anak menangis, diempati kemudian dinyatakan sekali kekuatan si anak waktu lain yang kuat semangat dan tenang sekali => diingatkan kemampuan kekuatan emosinya tetap ada.

Anak main kejar-kejar, ditegur dan diarahkan 'lari hati-hati' di kawasan lain, dan turut dipuji semangat dan banyaknya tenaga mereka waktu ini => diperkukuhkan dan dichannelkan ke solusi lebih baik.
.

Fahami Pengukuhan Positif atau 'Positive Reinforcement' untuk Anak Kita di Rumah

Semoga kita sentiasa menjadi #ibubapakini yang mampu menawarkan ganjaran positif banyak-banyak dan besar-besaran berbanding ganjaran negatif sehingga anak amat suka, mengejari dan sukarela untuk berbuat tingkahlaku yang baik, berbanding tingkahlaku kurang enak itu ya.
.

Maznah Ibrahim

Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:
T.mazn.me/chan

Malam ini saya buka pendaftaran untuk Webinar Penat Emosi, 27 Nov 2021 ya. Nantikan.
.
"Ya, Encik / Puan, boleh ke tepi sedikit?..."
...
"Amin, hey, kamu ni....suka betul duduk tengah jalan ni! Huh".
...
Haish, kali ni 'treat' layan anak dan pasangan kita dengan sebaik-baik layanan lebih dari orang luar.

Tangki layanan atau khidmat, satu dari 5 tangki emosi anak kita,
dan bagaimana kita mahu dilayan oleh anak adalah bagaimana kita layan mereka kini di dalam rumah kita.

Jika kita fikir takda siapa nampak,
Allah dan Malaikat nampak - still kita rasa tak nampak,
mata kecil anak kita merakam dan meniru, sebab mereka nampak.

Pesanan untuk diri sendiri dan kita semua #IbuBapaKini
.
Maznah Ibrahim

Jemput ke telegram channel untuk reminder keibubapaan positif dan psikologi anak kita ya.

⏩⏩ T.mazn.me/chan