Parenting Maznah Ibrahim
19K subscribers
2.13K photos
51 videos
29 files
1.92K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Bapa bukan sebarang bapa, kuasa dan penangannya amat besar sekali...

Pentingnya Bapa Berdialog/Berkomunikasi dengan Anak
Salah satu yang saya nak share ialah kepentingan berdialog.
Ia adalah satu peranan utama seorang bapa dalam kehidupan seorang anak.

Dalam petua keibubapaan oleh pengkaji, Dr Husna from UKM, satu dari 4 peranan utama bapa ialah 'berdialog'. Ada 7 ayat quran menunjukkan contoh bagaimana dialog seorang ayah kepada seorang anak mampu memberi kesan besar pastinya dalam kehidupan seorang anak (pembuatan keputusan dan berfikir pastinya).

Berbual.

Dalam video ni: https://www.youtube.com/watch?v=yQcQ5dVmzQc&t=7s,

Ada 3 point penting untuk ayah-ayah lakukan, dalam memenuhi keperluan anak kita.

1. Unsur bermain (parenting 7 tahun pertama: bermain): Ayah tak perlu lah terlalu serius dan nak memukul, menghukum saja ya. Jika dulu ayah mungkin dididik cara begitu, saya faham ayah rasa dirinya tetap menjadi seorang ‘orang’. Persoalannya ‘seorang’ ayah yang bagaimana’? Jauh di sudut hati ayah, ayah ada rasa dekat tak dengan anak, atau ‘JAUH’?

2. Membacakan buku cerita secara berkesan: unsur imaginasi dan ‘role play’. Bila ayah bacakan buku untuk anak, walau sekali setahun, rasanya anak akan ingat lebih berbanding ibu bacakan saban hari kot. Hahahaha, sebab bukan senang ayah kita nak bacakan buku, kan. Kemungkinan ayah bacakan adalah jauh lebih menarik sebab ayah lebih tinggi imaginasi dan kreatif dalam berceritanya.

3. Selalu berbual dengan anak. Ayah perlu tahu seni berbual dengan anak, bukan formal bertanya khabar tentang exam atau anak belajar ok ke tak dan sebagainya. Berbuallah mengenai perkara yang anak gembira mahupun yang anak struggle (ada unsur emosi anak ketika tahap itu) setiap hari.
Mudahan kita, dalam circle ‘break the cycle’ dan #IbuBapaKini ini adalah ibu dan ayah yang positif dan senantiasa memberi apa yang anak perlu, iaitu fitrah dia (fitrah dia adalah apa yang Tuhan Mahu kita berikan juga sebenarnya), bukan yang kita fikir anak perlu, sebab apa kita fikir kadangkala dipengaruhi oleh pengalaman dan pemikiran ego kita (mungkin).

*Isi kandungan penuh email istimewa Hari Bapa ini masuk ke inbox anda hari ini.

Selamat Hari Bapa kepada anda semua yang bergelar ayah,
pada hari Ahad ini,

biarlah kita jadi orang pertama yang mengucapkannya ya 😊😘.

Selagi nafas masih ada hari ini, Jumaat.

#tagsuamikita agar sama-sama kita ambil peranan ini sebaiknya, biar sedikit tetapi berkualiti dan diingati selamanya......

Maznah Ibrahim.

Telegram Channel keibubapaan positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

*kredit kepada Save The Children Thailand dalam menghasilkan vide bermesej penting ini untuk kita semua.