Parenting Maznah Ibrahim
19K subscribers
2.12K photos
51 videos
29 files
1.91K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
[PETANG INI] THURSDAY MINDTALK 2024 KEMBALI LAGI (SIRI PERTAMA)

Kadangkala kita mempamerkan wajah dan emosi yang gembira walau berasa amat sukar dan kecewa dalam perhubungan dengan pasangan. Adakah kita sedia untuk menerima emosi yang autentik (asli/sebenar) dalam perhubungan kita?

Jemput mendaftar ke Webinar Thursday MINDTALK Siri Pertama pada tahun 2024 ini, yang akan membuka mata kita semua, yang dibentuk untuk mengupas lapisan positif toksik dan mendedahkan kepentingan ekspresi emosi yang tulen kepada pasangan.

Sertai kami pada hari Khamis ini yang mungkin akan membantu anda dan kesihatan mental anda bersama pasangan demi rumahtangga yang lebih baik.

Tajuk : 'TOXIC POSITIVITY UNMASKED': Keperluan Ungkapan Emosi yang Autentik bagi Pasangan

Tarikh : 29 Februari 2024 (Khamis)

Masa : 2.30 – 3.30 petang

Tempat : Atas Talian (Laman Web Webinar, Facebook HPJ & Youtube UPsK HPJ)


Pendaftaran Program Webinar Siri 1: imbas QR Code atau melalui pautan pendaftaran ini:

https://forms.gle/pPzQyG8irjCzzRwp6

*Anggota yang mengikuti sesi ini boleh menuntut 1 mata CPD (Kategori A4) bagi setiap sesi tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Jom hebahkan pada rakan kenalan kita 🤩
Kita bersedia menjadi tempat rujukan si anak.

Tidak tahu, jawab saja Mama Abah akan cari jawapannya, nanti kita bincang semula topik ini ya.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Terima kasih kerana menjadi wanita yang kuat dan sabar !
Terima kasih da syabas kerana berusaha "break the cycle" dan mencuba kaedah pendekatan keibubapaan lebih positif, dari segi kata-kata dan tindakan kita 💗.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Assalammualaikum, sempena Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Saya nak berikan anda offer menarik untuk dapatkan Top 5 video panduan/webinar saya yang paling popular tahun ini.

Ada beberapa kategori panduan yang saya sudah susunkan, antaranya:

1. Pengurusan emosi
2. Pengurusan tingkah laku
3. Komunikasi, dan
4. Perkembangan anak

Kemudian saya kumpulkan dalam 3 pakej:

1. Pakej Silver - mana-mana 1 panduan/webinar
2. Pakej Gold - mana-mana 3 panduan/webinar
3. Pakej Diamond - kesemua 5 panduan/webinar

Lebih banyak panduan yang akan dapatkan, lebih jimat (Sehingga 75%)

Jualan sudah bermula dan akan tamat pada:

Tamat: 9 April - 11.59malam (malam raya)

Dapatkan di sini:

https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung
Bersyukurlah Anak-anak... 💗💗💗

Kita akan menghargai apabila kehilangan 5 perkara ini.
Bawa anak-anak mengingati momen-momen keberadaan 5 aspek ini,
Serta mensyukuri peluang mereka melalui Ramadhan pada tahun ini, 2024 🤲.

Semoga anak-anak 'excited' + bersyukur balik raya kali ini ya 😃🫰

Maznah Ibrahim

p/s: Tidak terlepas promosi Jualan Balik Raya, dapatkan 5 Webinar Top 5 di sini:

https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung?utm_campaign=fb-1
.

Telegram reminder kesyukuran keibubapaan kita sehari-hari :

T.mazn.me/chan
Salam Hari Ramadhan Terakhir 1445 H/ 2024.
[Kurang 6 jam lagi]

Webinar 'EQ Anak Penting'
adalah webinar kategori perkembangan anak, yang mana ia menjadi usaha pencegahan kita bagi bekalan anak menghadapi stres sewaktu berada di luar lingkungan kita nanti.

Banyak ibubapa sangat pentingkan pencapaian akademik, tetapi terlepas pandang tentang keperluan EQ anak mereka.

Jika diabaikan dan anak tidak didedahkan dengan kaedah yang betul, kita bimbang walaupun anak bijak dari segi akademik, tetapi apabila stres atau emosi tidak dapat dikawal dengan baik suatu hari mereka akan 'brakedown', dan tidak mustahil mengalami isu kesihatan mental yang serius.

EI ('emotional intelligence') sangat penting, dan perlu dimulakan sejak kecil, di rumah. Bagaimana melakukannya, sebenarnya amat mudah. Ikuti panduan yang saya sediakan.

Ia merangkumi kaedah pendekatan berkesan dalam menyuburkan kecerdasan emosi anak kita, sekaligus percaya tak, sewaktu melaksanakan skil ini, kita sebenarnya akan menyuburkan dan melatih EI diri kita sendiri😍.

Dapatkan webinar ini dan 4 lagi yang lain dengan penjimatan sehingga 75% atau hanya sekitar RM43 per webinar.

Maklumat lanjut di sini:

https://webinar.maznahibrahim.com/balik-kampung?utm_campaign=tc-2

Semoga bermanfaat untuk anda
Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan 🤩

Taqaballahu minna wa minkum,
Taqabbal ya Kareem 🤲

Semoga Allah menerima amalan kami dan sahabat semua. 🤲

Didoakan sepanjang tahun, kalian dalam kebaikan, keberkatan, kegembiraan dan kebahagiaan. 🫶

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga. 💖💕🫰
Anak Beremosi Besar / Berat,

Bawa anak ke kedudukan atas/ lebih tinggi, agar membantu mengurangkan emosi beratnya menjadi lebih ringan.


Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Hadapi Grief (Kesedihan/Kepiluan kerana Kehilangan) (Part 1)

https://www.youtube.com/live/q4Zf4t5symU?si=gmZOr17Qhq6Dm1I1
Usaha mewariskan yang lebih baik sebagai model contoh anak-anak kita.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Terima kasih ibu ibu ayah semua ♥️🤲 Pengorbanan kalian Tuhan sahaja yang tahu dan insyaAllah diganjariNya sebaiknya.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau .

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).

Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.

Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,

Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,

Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi.

Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi .

Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat ya.

CARE ,
Maznah Ibrahim

Telegram peringatan mesra keibubapaan kita bersama di : t.mazn.me/chan
.