Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Pada saya jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanga ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2010 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!
1 KELUARGA 1 KILOGRAM EMAS

Mentor saya selalu berpesan, bila kita simpan emas, target simpan emas sampai cukup #1keluarga1kilogram. Sebab jumlah tu cukup sebagai pelindung kekayaan untuk keluarga kita.

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan bajet sendiri. Contoh nak mula dengan #1gram1bulan, #10gram1bulan, #20gram1bulan atau lebih dari tu pun boleh. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas.

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 100 gram,250gram dan 1,000 gram! Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Gold bar 1 kilogram ini sesuai untuk sesiapa yang memiliki berkilo-kilogram emas.

Bagi siapa yang hanya ada 1 kilogram emas, saya syorkan pecahkan kepada item yang lebih kecil, dengan kombinasi pelbagai item dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Bila nak pakai duit, boleh gadai atau jual sikit-sikit.

Ini tip ringkas bagi siapa ada cita-cita nak memiliki 1 kilogram emas.

Bagi yang berminat untuk mula menyimpan emas hingga ada 1 kilogram akan datang, lekas klik sini:

www.wasap.my/60195480765/sayanaksimpanemas
Emas disebut 8 kali dalam Al-Quran.
Emas bukan sekadar logam, tetapi mempunyai nilai instrinsik sehingga di sebut dalam Al-Quran Al-Karim.
#1 -Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”(Surah Ali-Imran : 14)
#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”(Surah Ali-Imran : 91)
#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”(Surah at-Taubah : 34)
#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”(Surah al-Kahfi: 31)
#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”(Surah al-Hijr: 23)
#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”(Surah Fatir: 23)
#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”(Surah az-Zukhruf: 71)
#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”
Kesimpulannya, emas bukan sahaja sebagai penyelamat ekonomi masa depan kerana nilainya yang kian meningkat, bahkan ia turut menjadi barangan berharga yang disebut dalam Al-Quran.
Jadi, jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, emas adalah jawapannya.
RieHan
(PG00270746)
Public Gold Authorised Dealer
#PublicGold
#mypg
#rezekiemas
#AlQuran #Emas #1gram1bulan
1 G R A M P E R T A M A

1 gram pertama amat penting untuk kita ada ‘benchmark’ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.

Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000 orang tetap kata emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!

Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.

Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.

1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #1gram1bulan genap setahun dah ada 12 gram. Fokus pada gram bukan pada harga, insyaallah genap setahun capai target 12 gram.

1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.

1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.

Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.

Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA. Hehehe.

Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh ‘rolling’ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.

Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik daripada tiada simpanan langsung. Adehhh!

Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.

Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sahabat semua. Aamiin ya rabbal a'lamin.

RieHan
Public Gold Dealer

https://publicgold.me/RieHan
Tahun baru, azam baru.Mulakan sekarang!!!

Semoga bermanfaat In Sha Allah...

#1gram1bulan
Inilah tips terbaik untuk simpan 1gram 1bulan.

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan. (Item yang beratnya melebihi 5 dinar)

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas dan kos shipping.

RieHan
Simpan biar konsisten, baru ada hasil

#MyPG #rezekiemas
Anak adalah anugerah yang paling istimewa.

Siapa tak sayang anak kan?

Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali dalam pendidikan.

Jangan tak percaya,
ada Ibu bapa yang rela bergolok dan bergadai demi pelajaran anak anak.

Jangan tak tahu, ada ibu bapa yang sanggup berhempas-pulas demi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak tidak terganggu.

Jangan terkejut, ada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi meletakkan pelajaran anak-anak seiring dengan kepesatan teknologi terkini.

Semuanya kerana anak-anak.
Semuanya sebab anak-anak.
Semuanya untuk anak-anak.

Tambahan pula bila anak-anak dah meningkat besar dan mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pasti banyak wang yang diperlukan.
.

Jika sekarang anak kita masih kecil,

Jika sekarang anak kita mungkin belum bersekolah,

Jika sekarang anak kita mungkin masih di sekolah rendah,

Ketahuilah sebagai ibu bapa, sebaiknya kita telah pun memulakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Menabung untuk memastikan kos pendidikan anak-anak mencukupi.

Kalau ada seorang anak mungkin mencukupi dengan gaji sediada. Tapi kalau ada dua ke
tiga orang anak, bersediakah kita untuk mencukupkan keperluan mereka?

Jadi mula ambil tindakan lebih awal dengan merancang untuk tabungan anak-anak demi masa depan mereka.
.
Hari berganti hari,
Minggu bertemu minggu,
Tahun berganti tahun.
Kos pendidikan semakin lama semakin tinggi.

Purata kos pendidikan untuk seorang adalah RM25,000.

Nampak besar angka ni, kan?
Ye lah, bagaimana nak capai RM25,000 sedangkan RM250 pun tidak capai-capai.

Apa kata kali ni kita kecilkan angka tersebut dengan fokus menyimpan emas.

Untuk dapatkan RM25,000 sebenarnya kita boleh fokus kumpul emas seberat 100 gram.
.

Saya ada #5tips mudah untuk kumpul 100gram emas?

1. Paling mudah buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Programme) untuk setiap anak.

2. Pastikan kita usaha untuk simpan sekurang-kurangnya #1gram1bulan.

3. Sekiranya konsisten Simpan #1gram1bulan, genap dan cukup tempoh 8 tahun 4 bulan maka simpanan tersebut telah capai 100gram emas.

4. Anggaran Nilai 100gram emas berdasarkan harga hari ini RM27,500. Lagi 8 tahun belum tentu harga ini.

5. Benar emas tiada dividen tetapi nilai emas secara purata naik dan terus naik setiap tahun.

Amacam?
Dapat sesuatu?

Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas untuk anak-anak, tahniah! 👏

Teruskan dan konsisten.

Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan kita buat bersungguh-sungguh.

#PG1M
Perjalanan Penyimpan Emas.
1. Target 100 gram
2. Konsisten
.
Jumlah gram emas ialah 0.26.  Waktu ini baru register akaun GAP Public Gold, buat belian emas RM100.
.
Apabila faham, bagaimana emas boleh menyelamatkan duit simpanan dlm bank asyik bocor, jumlah gram semakin bertambah.
.
Dah capai 6 gram.
Konsisten #1gram1bulan
.
Berjaya simpan 12 gram.
Sebelum ini, simpan duit sebulan RM300, hujung tahun tak dapat kekalkan simpanan RM3600.

Sebab?
Asyik korek akaun bank. Tetapi simpan emas dalam akaun GAP, simpanan boleh capai 12 gram.
.
Alhamdulillah dah capai 33 gram.
.
Target 36 bulan untuk capai 100 gram. Terus saja niat 100 gram dan konsisten alihkan 10% daripada gaji ke bentuk emas. 

Apabila dapat bonus atau dividen terus topup gram emas dalam akaun GAP.
.
Wah...gram emas semakin bertambah menjadi 33gram.
33 gram bernilai +- RM13000
.
Dapat sesuatu ?
.
#PG1M
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Minggu ni minggu gaji. Hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Kalau start simpan awal tahun, sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Jom kita mulakan bersama-sama menyimpan emas demi masa depan.

Semoga bermanfaat.
CHECKLIST KAYA DENGAN TABUNGAN EMAS

1. Download apps Public Gold
2. Join wasap group/telegram dealer aktif anda
3. Buat GAP Auto Debit (force savings) atau lock Epp10 bulan
4. Baca buku tentang emas
5. Tengok selalu baki gram dalam Akaun GAP
6. Tanam impian yang besar + disusuli dengan tindakan
7. Target simpan minimum #1gram1bulan
All the best semua!

Ini adalah screenshot jumlah simpanan salah seorang gold saver dalam #teamHilyati 👏😍

Alhamdulillah

Kredit : Hilyati
Anak adalah anugerah yang paling istimewa.

Siapa tak sayang anak kan?

Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali dalam pendidikan.

Jangan tak percaya,
ada Ibu bapa yang rela bergolok dan bergadai demi pelajaran anak anak.

Jangan tak tahu, ada ibu bapa yang sanggup berhempas-pulas demi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak tidak terganggu.

Jangan terkejut, ada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi meletakkan pelajaran anak-anak seiring dengan kepesatan teknologi terkini.

Semuanya kerana anak-anak.
Semuanya sebab anak-anak.
Semuanya untuk anak-anak.

Tambahan pula bila anak-anak dah meningkat besar dan mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pasti banyak wang yang diperlukan.
.

Jika sekarang anak kita masih kecil,

Jika sekarang anak kita mungkin belum bersekolah,

Jika sekarang anak kita mungkin masih di sekolah rendah,

Ketahuilah sebagai ibu bapa, sebaiknya kita telah pun memulakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Menabung untuk memastikan kos pendidikan anak-anak  mencukupi. 

Kalau ada seorang anak mungkin mencukupi dengan gaji sediada. Tapi kalau ada dua ke
tiga orang anak, bersediakah kita untuk mencukupkan keperluan mereka?

Jadi mula ambil tindakan lebih awal dengan merancang untuk tabungan anak-anak demi masa depan mereka.
.

Hari berganti hari,
Minggu bertemu minggu,
Tahun berganti tahun.
Kos pendidikan semakin lama semakin tinggi.

Purata kos pendidikan untuk seorang adalah RM25,000.

Nampak besar angka ni, kannn?
Ye lah, bagaimana nak capai RM25,000 sedangkan RM250 pun tidak capai-capai.

Apa kata kali ni kita kecilkan angka tersebut dengan fokus menyimpan  emas.

Untuk dapatkan RM25,000 sebenarnya kita boleh fokus kumpul emas seberat 100 gram.
.

Saya ada #5tips mudah untuk kumpul 100gram emas?

1. Paling mudah buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Programme) untuk setiap anak.

2. Pastikan kita usaha untuk simpan sekurang-kurangnya #1gram1bulan.

3. Sekiranya konsisten Simpan #1gram1bulan, genap dan cukup tempoh 8 tahun 4 bulan maka simpanan tersebut telah capai 100gram emas.

4. Anggaran Nilai 100gram emas berdasarkan harga hari ini RM27,500. Lagi 8 tahun belum tentu harga ini.

5. Benar emas tiada dividen tetapi nilai emas secara purata naik dan terus naik setiap tahun.

Amacam?
Dapat sesuatu?

Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas untuk anak-anak, tahniah! 👏

Teruskan dan konsisten.

Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan kita buat bersungguh-sungguh.
.

#PG1M