Nota Emas RieHan
70 subscribers
1.18K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Nak kaya macam mana doktor?
1. Banyak kan cashflow positif
2. ⁠Harta bersih yang membawa cashflow positif

Aliran tunai positif sangat sukar dicapai jika banyak hutang.

Cuba periksa aliran tunai kita, jika negatif, ubah dan cepat berubah.

Jika tidak makin lama makin miskin.
Bulan ni kita negatif RM500, 1 tahun negatif RM6000, 10 tahun negatif RM60k. Paling sedap dengar lagu SP later dan guna kad kredit. Nampak mewah tapi hidup dalam hutang. Beli kopi pun nak berhutang, masalah masyarakat kita.

Apa harta bersih?
Harta tak buat kita makin miskin, paling mudah kereta.
Kereta-bayar bulan-bulan, bayar servis, pam minyak, belum lagi kena saman, tayar pancit lagi. Biarlah beli kereta yang tak membebankan.

Sebab kereta tak melambangkan kekayaan pun, kita nampak banyak hutang. Poket bocor bila bayar cukai jalan.

Ubatnya adalah tabungan emas. Hidup tenang dan harta bertambah.

Fikir-fikirkanlah
Selamat malam
#PG1M
[Alert Harga] πŸ”»Harga emas GAP turun, RM1/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.2433 gram
RM 411 = 1.0000 gram

Statistik Disember 2024
Tertinggi: RM412 (01/12)
Terendah: RM411 (03/12)

Statistik 2024
Tertinggi: RM426 (31/10)
Terendah: RM329 (04/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM426 (31/10/2024)

#PG1M #rezekiemas
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“’ Akaun GAP Junior: Emas Seawal Usia, Masa Depan Bercahaya!" πŸ’°βœ¨

Adakah anda mencari cara terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak tersayang? Kini dengan Akaun GAP Junior, anda boleh mendaftar anak seawal umur 1 hari! πŸ‘ΆπŸ»πŸ’– Inilah peluang terbaik untuk membina simpanan emas sejak kecil, dan sesuai dijadikan dana pendidikan anak-anak pada masa depan. πŸŽ“πŸŽ―

Dengan kemudahan auto debit serendah RM50, anda boleh menyimpan emas secara mudah dan konsisten setiap bulan. Simpan dengan tenang tanpa perlu rasa risau tentang urusan manual kerana semuanya automatik dan lebih teratur! πŸ¦βœ…

"RM50 Sebulan, Masa Depan Anak Penuh Kilauan! ✨"

Nak buka akaun anak-anak klik

https://wa.me/message/VIRSOYYBHBDJM1

#PG1M
#rezekiemas
#AkaunGAPJunior
Anak adalah anugerah yang paling istimewa.

Siapa tak sayang anak kan?

Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka terutama sekali dalam pendidikan.

Jangan tak percaya,
ada Ibu bapa yang rela bergolok dan bergadai demi pelajaran anak anak.

Jangan tak tahu, ada ibu bapa yang sanggup berhempas-pulas demi memastikan keperluan pembelajaran anak-anak tidak terganggu.

Jangan terkejut, ada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi meletakkan pelajaran anak-anak seiring dengan kepesatan teknologi terkini.

Semuanya kerana anak-anak.
Semuanya sebab anak-anak.
Semuanya untuk anak-anak.

Tambahan pula bila anak-anak dah meningkat besar dan mahu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pasti banyak wang yang diperlukan.
.

Jika sekarang anak kita masih kecil,

Jika sekarang anak kita mungkin belum bersekolah,

Jika sekarang anak kita mungkin masih di sekolah rendah,

Ketahuilah sebagai ibu bapa, sebaiknya kita telah pun memulakan tabungan untuk pendidikan anak-anak.

Menabung untuk memastikan kos pendidikan anak-anak  mencukupi. 

Kalau ada seorang anak mungkin mencukupi dengan gaji sediada. Tapi kalau ada dua ke
tiga orang anak, bersediakah kita untuk mencukupkan keperluan mereka?

Jadi mula ambil tindakan lebih awal dengan merancang untuk tabungan anak-anak demi masa depan mereka.
.

Hari berganti hari,
Minggu bertemu minggu,
Tahun berganti tahun.
Kos pendidikan semakin lama semakin tinggi.

Purata kos pendidikan untuk seorang adalah RM25,000.

Nampak besar angka ni, kannn?
Ye lah, bagaimana nak capai RM25,000 sedangkan RM250 pun tidak capai-capai.

Apa kata kali ni kita kecilkan angka tersebut dengan fokus menyimpan  emas.

Untuk dapatkan RM25,000 sebenarnya kita boleh fokus kumpul emas seberat 100 gram.
.

Saya ada #5tips mudah untuk kumpul 100gram emas?

1. Paling mudah buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Programme) untuk setiap anak.

2. Pastikan kita usaha untuk simpan sekurang-kurangnya #1gram1bulan.

3. Sekiranya konsisten Simpan #1gram1bulan, genap dan cukup tempoh 8 tahun 4 bulan maka simpanan tersebut telah capai 100gram emas.

4. Anggaran Nilai 100gram emas berdasarkan harga hari ini RM27,500. Lagi 8 tahun belum tentu harga ini.

5. Benar emas tiada dividen tetapi nilai emas secara purata naik dan terus naik setiap tahun.

Amacam?
Dapat sesuatu?

Sekiranya kalian telah mulakan simpanan emas untuk anak-anak, tahniah! πŸ‘

Teruskan dan konsisten.

Sekiranya belum, usah bertangguh. Mulakan sekarang dan kita buat bersungguh-sungguh.
.

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
2024 :: 1 gram 1 bulan

Tahun 2024 menyaksikan pergerakan harga emas yang luar biasa.

Harga terendah tahun 2024 adalah RM329/g pada 4 Januari 2024.
Rekod harga tertinggi dalam sejarah adalah RM426/g dicatatkan pada 30 Oktober 2024.

Kenaikan harga emas 2024 adalah sekitar 25%.

Ramai penyimpan emas ragu-ragu untuk membuat belian secara konsisten. Ada yang berhenti membeli dan beranggapan bahawa harga emas sangat mahal. Ada yang masih menunggu harga emas β€œturun” ke suatu paras yang telah menjadi sejarah.

Hakikatnya harga emas sentiasa mahal.

Dalam situasi trend menaik ini, strategi terbaik adalah beli secara KONSISTEN.
Dengan cara ini kita akan dapat 2 kelebihan:
1️⃣ Gram emas bertambah
2️⃣ Purata harga yang rendah

Simulasi data sebenar adalah seperti pada poster.
πŸ”Έ Konsisten 1 gram 1 bulan daripada 1 Januari hingga 1 Disember 2024.
πŸ”Έ Jumlah gram terkumpul = 12 gram
πŸ”Έ Jumlah RM yang dibekukan kepada emas = RM4,506
πŸ”Έ Purata harga = RM375.50/gram

Purata harga ini jauh lebih rendah daripada harga hari ini RM412 (5 Disember 2024).
Keuntungan simpanan adalah RM36.50/gram, iaitu hampir 10% !!

Bila harga berada dalam trend menaik, kita teruskan saja membuat belian secara konsisten. Biarkan pemurataan harga memainkan peranannya.

2024 telah hampir ke penghujungnya.
Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk set matlamat simpanan tahun 2025.

Jom terus konsisten dan fokus tambah gram hingga capai matlamat.

#PG1M
Apa best beli EPP (ansuran)?
1. Patuh syariah
2. Harga kekal sehingga habis bayar
3. Konsisten simpan emas
4. Dapat item yang kita nak dalam harga mampu milik tanpa kos penuh
5. Hanya di Public Gold

Masa terbaik untuk beli secara EPP10!
Dengan bajet RM175 sebulan dah boleh dapat 1 dinar
Rebutlah peluang keemasan ini.

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
*KEAJAIBAN MENABUNG*
TAK MULA TAK TAHU πŸ˜‰

Percaya atau tidak, banyak KEAJAIBAN akan berlaku sebaik sahaja kita MULA menabung

Di sini saya kongsikan 4 keajaiban apabila kita MULA menabung

πŸ“Œ *Mengorek tabungan dengan penuh rasa bersalah*

Siapa yang tidak pernah mengorek tabungan kan? Terutamanya di peringkat awal tabungan. Tetapi jangan sesekali berhenti menabung. Lama-kelamaan kita akan fikir, sampai bila ia akan cukup jika selalu dikorek.  Lalu, akan timbul rasa bersalah apabila kita hendak mengorek tabungan dan berhenti melakukannya. Hasilnya, tabungan kita akan semakin bertambah

πŸ“Œ *Berkira-kira untuk belanja*

Kita mula fikir antara kehendak dan keperluan. Jika perlu, adakah ianya boleh ditangguh atau segera. Ini tidak akan terlintas di fikiran jika kita tidak menabung. Kita akan fikir semuanya adalah keperluan dan semuanya segera.

πŸ“Œ *Tidak lagi happy dengan HUTANG*

Jika ada lebihan pendapatan seperti bonus dan kenaikan gaji, kita mula fikir sama ada nak tambah hutang atau tambah tabungan. Jika kita membuat hutang baru, secara automatik kemampuan kita menabung akan berkurang. Akhirnya kita tidak lagi suka berhutang.

πŸ“Œ *Panjang akal tambah tabungan*

Kita akan lebih kreatif untuk tambah pendapatan, tambah tabungan. Sebelum ini berpuas hati dengan pendapatan sedia ada. Namun sekarang mula berniaga, mula buat part-time dan sebagainya yang sekali gus menambah baik tahap kewangan kita

Jadi..
Kita kena bermula dahulu dan keajaiban itu akan datang, InsyaAllah

Semoga bermanfaat ☺️

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Tiada istilah terlambat untuk mula menyimpan emas.
Bila kita bermula, itulah permulaan perjalanan kita dengan emas.

Mungkin kita pernah dengar mengenai emas beberapa tahun lalu.
Mungkin kita pernah mendaftar tetapi belum mulakan belian.
Mungkin kita masih ingin membuat kajian lebih mendalam.

Setiap kita mungkin ada halangan seperti ini. Namun..
Apa yang penting adalah membuat keputusan untuk bermula.
Apa yang penting adalah membuat tindakan untuk bermula.
Apa yang penting adalah untuk tentukan matlamat simpanan.
Apa yang penting adalah untuk konsisten membuat simpanan.
Apa yang penting adalah untuk terus fokus membuat simpanan hingga capai matlamat.

Ayuh, mulakan simpanan sebelum tahun 2025 menjelang
Setkan matlamat simpanan yang ingin dicapai pada tahun 2025
Terus mula dan fokus untuk capai matlamat.
2025 pasti ada sinaran emas untuk kita semua.

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
TAHUN BARU, EMAS BARU!

250g EPP10. Settle dana kecemasan untuk jangka panjang. Setiap bulan alihkan RM10k, bulan ke-10 terus collect emas di branch terdekat.

Kalau takut nak simpan dekat rumah, simpan di safe deposit box Public Gold. Segalanya dah tersedia. Nak atau tak sahaja.

Simpan emas, nilai terjamin.
Simpan emas, nilai kekal beribu tahun.
Simpan emas, kekayaan bertambah.

Yang pasti, simpan emas biar nampak dan dapat fizikal dalam tangan.
Bukan sekadar angka dan nombor dalam akaun.

WhatsApp saya untuk mula simpan emas. Klik link ‡️

#PG1M
Kak, bila harga emas jatuh yang mana lebih bagus akaun GAP ke epp 10 bulan? 😍

Tuan Puan,

Kedua-duanya sama bagus. Nak simpan emas ikut je bajet dan preference masing-masing.

Jika boleh commit bayar 10 bulan dan memang suka pegang emas fizikal, lock Epp 10 bulan.

Jika malas nak pegang emas fizikal, tak nak sebarang komitmen, nak simpan ikut pace sendiri, fokus je menabung dalam GAP.

GAP pun emas fizikal. Bila-bila nak withdraw emas boleh je. Nak suruh Public Gold simpankan emas pun boleh. Free of charge jer.

Jelas tak?

Tahniah Tuan Puan yang ambil peluang tambah simpanan awal pagi ini! Ada yang top up Rm100, ada juga yang top up 50gm!

Ikut bajet masing-masing okey πŸ’ͺ

Yang belum ada akaun boleh wasap sy untuk bermula

#PG1M
*ALIHKAN DIVIDEN ASB KEPADA EMAS*

Baru sahaja seorang sahabat Whatsapp bertanya tentang simpanan TH, ASB dan emas. Beliau sekarang menyimpan di ASB dan Tabung Haji.

Jawapan saya ringkas.

ASB bagus. TH juga bagus. Tetapi tambahkan simpanan emas. Apa yang tak bagus adalah tiada simpanan langsung.

Di sini saya kongsikan kenapa saya sarankan untuk tambah portfolio emas dalam simpanan.

πŸ“Œ Secara umumnya, jika dikira keuntungan simpanan di TH, dividen di ASB dan kenaikan harga emas, *kenaikan harga emas adalah paling tinggi*

πŸ“Œ Setelah ditolak Zakat sebanyak 2.5% (kecuali TH), emas masih lagi mendahului

πŸ“Œ Jika mengambil kira inflasi sebanyak 1.8%, peratus kenaikan harga emas masih lagi berada di puncak

Maka, pelbagaikan. Jangan tinggalkan emas sebagai salah satu portfolio simpanan kita.

Semoga bermanfaat 😊

#PG1M
Ramai yang terpedaya dengan skim pelaburan emas palsu. Kebanyakan mangsa adalah golongan pesara, yang cuba menggandakan simpanan mereka selepas bersara. Malangnya, scammer menggunakan peluang ini untuk menipu.

Gais, fokus dan hadam betul-betul.

Tak pernah ada jenis simpanan emas yang menjanjikan pendapatan tambahan setiap bulan.

Dan takkan pernah satu-satu seller tu mampu jual pada harga yang sangat murah berbanding harga pasaran.

Contoh harga sekarang RM420/gram di Public Gold untuk emas 999. Kalau ada yang jual RM380/gram, itu jelas menipu!

Jadi, penting sangat untuk kita ni ada panduan. Baca buku, dapatkan ilmu daripada sumber yang sahih, dan cari platform simpanan emas yang betul. Jangan mudah percaya pada janji manis tanpa bukti.

Itulah juga sebabnya kenapa ramai Gold Savers di Public Gold yang berjaya. Terbukti memberikan manfaat jangka panjang, seperti simpanan untuk ibadah Haji dan perlindungan kewangan.

Mula belajar tentang emas sekarang. Cari mereka yang berkongsikan ilmu sebenar untuk simpanan dan pelaburan emas. Jadilah penyimpan emas yang bijak!

Berita asal: https://www.kosmo.com.my/2025/01/11/44-mangsa-rugi-lebih-rm1-juta-terperdaya-pelaburan-emas-palsu/#google_vignette

#PG1M #rezekiemas
[Alert Harga] πŸ”ΊHarga emas GAP naik, RM5/g lebih tinggi berbanding semalam

Harga hari ini:

RM 100 = 0.2347 gram
RM 426 = 1.0000 gram

Statistik Januari 2025
Tertinggi: RM426 (17/01)
Terendah: RM409 (01/01)

Statistik 2025
Tertinggi: RM426 (17/01)
Terendah: RM409 (01/01)

Tertinggi dalam sejarah: RM426 (31/10/2024)

#PG1M #rezekiemas
BAHAGIA DAPAT DUA!!!

"Kalau minta cawan kita akan dapat cawan. Tetapi kalau kita minta air, kita akan dapat cawan dan air."

Sama lah jugak,

"Kita kumpul duit, kita dapat duit.
Kita kumpul emas, kita dapat emas dan juga duit."

Sahabat saya pernah pesan, hidup ini kita 'enjoy'.

Dalam erti kata nikmati hidup ini sebaiknya. Bila kita berpeluang untuk dapat semua, ambik je. Bukan tamak tapi peluang. Cuma setiap peluang itu jalani dengan penuh adab dan berilmu.

Hari ini jangan lepas peluang untuk simpan emas.

Salam RM403/G

#PG1M #rezekiemas
Public Gold Sasar Jualan RM5 Bilion pada 2025  
Sinar Harian, 13 Januari 2025  
  
PENERAJU industri logam berharga Malaysia, Kumpulan Public Gold menyasarkan jumlah hasil jualan bagi tahun ini sebanyak RM5 bilion dengan purata 2.5 juta pelanggan.  
  
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan pelanggan sehingga sekali ganda yang direkodkan berbanding tahun lalu.  
  
Menurutnya, ia termasuk pelanggan luar dari Malaysia, antaranya Indonesia, Dubai, Singapura dan Brunei.  
  
β€œSetelah 17 tahun berada di pasaran, Public Gold menerima sambutan amat memberangsangkan apabila mencatat sejarah dengan jumlah keseluruhan jualan RM17.5 bilion, manakala berat emas 74 tan. 

β€œPada tahun lalu kami tutup akaun dengan jumlah jualan RM4 bilion dan yakin akan meningkat kepada RM5 bilion bagi 2025. Kami percaya ia dapat dicapai kerana segmen perniagaan ke perniagaan (B2B) semakin meningkat dan perniagaan ke pengguna (B2C) pula sangat stabil serta terus membangun,” katanya semasa majlis perasmian program Public Gold raikan usahawan terulung rangkul gelaran Double Diamond.

Turut hadir, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, Datin Yvonne Lim; Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng; pengurusan tertinggi Kumpulan Public Gold dan lebih 2,000 pelanggan berdaftar.

Berita penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/706967/bisnes/public-gold-sasar-jualan-rm5-bilion-pada-2025  
  
#PG1M
Gais.

Hari Jumaat yang lepas, buat kali pertama dalam sejarah harga emas telah memecahkan harga 3000++ USD.

Selepas itu, harga emas mulai jatuh dan pada hari Sabtu, ia ditutup pada harga 2986.65 usd / Oz.

Apa sebabnya?

First sekali, ini adalah disebabkan rintangan teknikal dan pengambilan keuntungan oleh pelabur.

1. Rintangan Psikologi yang kuat pada harga $3,000.

Paras harga bulat seperti $3,000 sering menjadi rintangan psikologi kerana ramai pedagang meletakkan pesanan jual di tahap ini.

Apabila emas mencecah $3,000 ++ ia mencetuskan gelombang tekanan jualan daripada pedagang yang ingin mengunci keuntungan selepas kenaikan harga emas yang besar.

2. Pengambilan keuntungan oleh pelabur yang membeli emas untuk jangka masa pendek.

Pedagang yang telah membeli emas pada harga lebih rendah mengambil kesempatan untuk menjual dan merealisasikan keuntungan apabila harga melonjak melebihi $3,000.

Tekanan jualan ini menyebabkan harga emas kembali menurun sebelum pasaran ditutup pada hari Sabtu.

3. Kekurangan momentum belian yang kuat selepas harga mencecah 3000 USD. Untuk emas bertahan di atas $3,000, ia memerlukan sokongan belian yang besar, terutamanya daripada pelabur institusi.

Kegagalan harga emas untuk kekal di atas $3,000 menunjukkan minat belian semakin berkurangan selepas paras itu dicapai.

4. Pengurusan risiko sebelum pasaran ditutup pada hujung minggu.

Sesetengah pedagang dan dana pelaburan mengurangkan pegangan mereka sebelum hujung minggu untuk mengelakkan risiko ketidaktentuan pasaran semasa pasaran ditutup.

Ini menyebabkan lebih banyak jualan sebelum pasaran ditutup, menolak harga emas ke bawah.

Kesimpulan:

Kegagalan menutup di atas $3,000 bukan petanda bahawa harga emas akan jatuh lebih jauh.

Ini berkemungkinan hanya pembetulan teknikal (technical pullback) sebelum satu lagi percubaan untuk menembusi paras $3,000 secara kekal.

Emas mendapat sokongan di sekitar $2,980, jadi kemungkinan ia akan mencuba untuk naik semula dalam sesi dagangan minggu hadapan.

Gais.

Minggu depan kita boleh pantau lagi pergerakan harga emas.

Samada ia akan cuba pecahkan balik harga 3000 USD / Oz atau akan berlaku penurunan minggu depan.

Harga emas sangat strong uptrend sekarang.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025
KENAPA NAK KAHWIN PERLU SIMPAN EMAS, BUKAN TUNAI?

Sebab utama? Matlamat kewangan lebih cepat tercapai!

❌ Duit = mudah dibelanjakan
βœ… Emas = lebih mudah disimpan & susah dibelanjakan sesuka hati

Biasanya, dana perkahwinan mengambil masa 2-3 tahun untuk dikumpul, bergantung kepada bajet dan tema majlis. Kalau simpan tunai, ada risiko duit β€˜bocor’ untuk benda lain atau ditelan inflasi.

Dengan emas, anda lebih disiplin untuk istiqamah menyimpan setiap bulan!

Wahai anak muda! Mulakan simpanan emas untuk dana perkahwinan anda sekarang. RieHan sedia membantu!

πŸ“² DM "RIEHAN" untuk info lanjut! Jangan tunggu harga makin naik!

MAZURI @RieHan

#SimpanEmas #DanaPerkahwinan #PublicGold #LindungiNilaiWang #NotaEmasI #PG1M #publicgoldindonesia
HARGA EMAS MELONJAK! RM485/GRAM HARI INI!

Hari ini, 3 April 2025, harga emas per gram telah meningkat kepada RM485 dan dijangka mencecah RM500 per gram tidak lama lagi!

Apa anda tunggu lagi?
πŸ”Ή Lindungi nilai wang anda dari inflasi
πŸ”Ή Simpanan jangka panjang yang selamat
πŸ”Ή Aset mudah cair & diterima di seluruh dunia

Jangan tunggu harga naik lagi! Bertindak sekarang dan mulakan simpanan emas anda hari ini.

DM saya sekarang untuk info lanjut atau klik link ini untuk daftar

Mazuri@RieHan

#SimpanEmas #PublicGold #HargaEmasNaik #SimpananMasaDepan #Rezekiemas #publicgoldindonesia #PG1M
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! πŸ”₯

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara πŸ“ˆ

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025