Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Pada saya jangan peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Saya bagi satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.

Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.

Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal. Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanga ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya. Saya belum pernah jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.

Jadi pada saya, jangan peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.

Itulah apa yang saya perhati sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2010 yang lalu.

Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.

Now everyone can buy gold!
Forwarded from Nota Emas Public Gold (Ajwad Hashim)
Guru emas saya pesan;

Siapa beli emas melalui #AkaunEmasGAP, disyorkan keluarkan emas tu dan simpan sendiri walaupun sedikit.

Simpan sendiri dan tengok emas tu tiap-tiap hari supaya ada "feel" simpan emas.

Emas ni, lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk tambah lagi simpanan.

Berbeza dengan duit dalam akaun bank.

Lagi dipandang, lagi kuat keinginan untuk berbelanja & habiskan duit tu.
Inilah tips terbaik untuk simpan 1gram 1bulan.

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan. (Item yang beratnya melebihi 5 dinar)

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas dan kos shipping.

RieHan
Simpan biar konsisten, baru ada hasil

#MyPG #rezekiemas
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Minggu ni minggu gaji. Hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Kalau start simpan awal tahun, sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram.

Jom kita mulakan bersama-sama menyimpan emas demi masa depan.

Semoga bermanfaat.
Akaun emas GAP junior boleh topup serendah RM50 menggunakan sistem auto-debit start 16 September 🫶🏻.

Jangan lepaskan peluang buka akaun GAP junior untuk anak-anak korang😉
Ayuh saya bantu!

Yang belum ada akaun emas anak2 daftar dulu di kink bawah ni ya

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00270746&is_dealer=1

#PG1M #rezekiemas #ilmuemas #akaunemasgap #danapendidikan
Salah seorang penyimpan emas update,

Dah ada 13 keping 5 dinar!
MasyaAllah hebat sangat!

Tuan S ni setiap bulan beliau akan purchase 5 dinar secara full payment. Selepas pembelian akan terus request (GIT) Gold in Transit ( Pos berinsurans) - direct pos ke alamat yang diletakkan.

Harini saya nak kongsikan sejarah harga emas 5 Dinar (21.25 gram)

Tahun 2000 : RM744
Tahun 2010 : RM2,763
Tahun 2020 : RM5,312
Tahun 2023 : RM6,693
Tahun 2024 : RM8,166
Tahun 2025 : RM9,300

5 Dinar ini boleh buat apa?

Dana Umrah (1 keping)
Dana Haji (4 keping)
Dana Kecemasan (3 keping)
Dana Perkahwinan (5 keping)
Dana Rumah (6 keping)
Dana Pendidikan Anak (10 keping)
Dana Persaraan (30 keping)
Dana Korban (1 keping)

Nilainya sekarang dah cecah RM9,000!

Kalau ada yang nak miliki 5 dinar ni tetapi bajet tak banyak, saya recommend untuk simpan gram di #akaunemasGAP Public Gold.