Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan
#MyPG#RezekiEmas
#NotaLamaKongsiSemula

Ok, semalam saya share tentang proses pembelian di GAP. Alhamdulillah sambutan menggalakkan, jadi saya terpanggil untuk buat infografik cara pembelian emas di Publicgold. Kalau korang malas baca, tengok video sini https://youtu.be/MpFQF4Zi5ko
.
Sebagai dealer, kita kene betul-betul super ultra clear dengan ketiga-tiga cara pembelian ini. Sebab apa? Supaya kita tak beri info yang misleading kepada customer.
.
Ok, lessggoooo.
.
1. Direct Purchase.
Ok, cara ni terbahagi kepada dua. Pertama, kau walk in ke branch (sekarangg tak boleh walk in, silap-silap kena halau dengan guard, haha). Bawa duit, serah duit, dapat emas. Ini, saya panggil cara pembelian zaman dinosaur. Kedua, pembelian direct purchase di website. Kita beli di website (bukan GAP), bayar dan collect di branch. Sekali lagi saya ingatkan wajib buat appointment.
.
2. Acc GAP.
Yang ni, baru cerita pasal GAP. Boleh rujuk, posting saya tentang proses pembelian GAP di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5118414264865619&id=100000912877695
.
3. Easy Payment Purchase.
Ok, ini cara yang agak kontroversi. Yang tak faham, akan kata transaksi ini adalah riba. Riba adalah haram. Haram adalah neraka. Amboi, amboi, amboi, nerakazen ni. Sedap molot bercakap. #KauSekolahTak ok baik cara ni kalau nak hurai kat sini panjang dik non. Jadi saya bagi secara umum, ini adalah Easy Payment Purchase, kita lock harga emas hari ini, dan buat pembayaran selama 4 atau 10 bulan, akad jual beli berlaku ketika habis bayar kita ke branch dan collect emas, sepanjang pembayaran berlaku itu bukan pembelian tetapi sekuriti deposit dari pembeli. Pembeli berhak untuk batalkan pembelian bila-bila masa, dan syarikat berhak mengenakan penalti atas pembatalan tersebut. In short, jangan risau, Dato' Dr Daud Bakar orang yang bertanggungjawab memastikan transaksi ini patuh syariah. Cara beli EPP? Tengok sini haaaaa, huurrhhhh https://youtu.be/vW9FwJW8o8w

Ok jelas? Apa lagi yang korang nak. Haha.
.
Nak Nota Emas Setiap Hari
Nak Update Harga Emas Setiap Hari
Nak Tahu Perkembangan Publicgold Setiap Hari
Klik sini t.me/RieHanEmas

#MyPG
#rezekiemas
EMAS SEBAGAI DEPOSIT BELI RUMAH
Penyimpan emas yang jelas matlamatnya dan konsisten kumpul emas, pasti akan rasa keseronokkan simpan emas.
Bila sesuatu matlamat berjaya dicapai daripada hasil simpanan, sudah pasti rasa syukur yang teramat sangat bila tiba masanya.
Gambar ni adalah kisah sebenar perkongsian penyimpan emas yang telah berjaya menjadikan emas sebagai deposit.
Beliau berjaya simpan emas secara sikit-sikit, sehingga emasnya mencapai harga lebih kurang RM30k!!!
Apa yang beliau buat dengan emas berharga RM30k tu?
Beliau jual dan jadikan ia sebagai deposit untuk beli rumah baru!
Aku yakin ramai orang kalau nak simpan duit tunai (cash) untuk sampai RM30k belum tentu semua orang berjaya.
Baru sampai RM3k dah fikir macam-macam nak dibelanja. Macam mana nak kaya?
Bagi aku, sesiapa yang kumpul emas biarlah dalam jumlah yang kecil sekalipun, dia pasti boleh berjaya jika konsisten kumpul (beli).
Yang penting, fokus apa matlamat simpanan dan teruskan konsisten menambah gram. Bukannya fokus pada RM atau pantau naik turun harga.
Bazir masa pantau naik turun harga emas, sedangkan jumlah emas tak bertambah.
Tahniah aku ucapkan kepada penyimpan emas ni, semoga beliau terus mengumpul emas.
Proses mengumpul emas jangan berhenti selagi adanya pendapatan atau duit lebihan yang tidak digunakan. Jika tidak, duit tu akan lesap entah tak tahu ke mana perginya.
Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan
#MyPG #RezekiEmas
❄️UPDATE HARGA EMAS❄️

24 JANUARI 2022

MYR 100 = 0.3690 gram
MYR 271 = 1.0000 gram

Harga Terendah 2021:
MYR 240 (9 Mac 2021)

Harga Tertinggi 2021:
MYR 277 (6 Jan 2021)

Harga Tertinggi Keseluruhan:
MYR 304 (8 Ogos 2020)

❄️UPDATE HARGA PERAK❄️

MYR 100 = 26.8139 gram
MYR 403 = 100 gram

Yang berminat dengan simpanan dan pelaburan emas dan perak boleh contact Introducer / Dealer atau mereka yang memperkenalkan page ini.

Like | Share | Follow
Public Gold by Team My PG

#MyPG
#GrowTogether
#rezekiemas
❄️UPDATE HARGA EMAS❄️
25 JANUARI 2022
MYR 100 = 0.3704 gram
MYR 270 = 1.0000 gram
Harga Terendah 2021:
MYR 240 (9 Mac 2021)
Harga Tertinggi 2021:
MYR 277 (6 Jan 2021)
Harga Tertinggi Keseluruhan:
MYR 304 (8 Ogos 2020)
❄️UPDATE HARGA PERAK❄️
MYR 100 = 25.4453gram
MYR 393 = 100 gram
Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan
Like | Share | Follow
Public Gold by Team My PG
#MyPG
#GrowTogether
#rezekiemas
Duit & Bonus?

Belum dapat, kita fikir nak simpan.
Bila dah dapat, kita fikir nak belanja.
Itu lumrah.

Sebab itu pakar beri garis panduan mudah.
“Simpan dulu baru berbelanja” kerana jika belanja dulu maka tak simpan-simpan jawabnya.

Dapat sesuatu?

Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan

Like | Share | Follow
Public Gold by Team My PG
GROW TOGETHER
#MyPG #rezekiemas
UBAH MINDSET
Saya tak kaya..macam mana nak beli emas 😔
Nak tunggu kaya baru nak beli emas⁉️🤦🏻‍♀️
Salah tu. Emas bukanlah untuk golongan T20 & M40. Sekarang semua orang boleh menyimpan emas. Asalkan ada ilmu dan tahu cara.
Ada customer saya ygan student. Malah ada yang baru mula kerja bergaji RM2,000±. Tapi macam mana mereka boleh konsisten amalkan 1 gram 1 bulan? HA! MAGIC EMAS!!
Ada lebih beli la banyak..ada sikit beli la sikit..
Makna kata beli emas ikut kemampuan..lebih baik dari takde langsung 😊
Sesak-sesak nanti emas ni lah yg boleh bantu kita tau
Ada emas ada duit,
Ada duit belum tentu ada EMAS
Jadi mulakan langkah bijak untuk beli dan simpan emas.
Waktu terbaik beli emas adalah ketika ada duit. Iaitu ketika dapat gaji dan sebelum duit gaji kita hilang tah ke mana.
Dapat gaji terus selesaikan semua komitmen. Sebelum berbelanja, simpanlah sikit dalam bentuk emas hatta RM100 sekali pun.
Sikit².. lama² jadi banyak 💥💥💥
Kalau duit gaji belanja dulu baru nak simpan alamatnya takkan ada lah simpanan. Percayalah.
RieHan
Priority Dealer #MyPG
Kalau beli gram besar² hujung bulan 1 tahun ini, buyback sekarang pun dah untung banyak.

Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan

#MyPG #RezekiEmas
5 Rahsia Penyimpan (pelabur) Emas
Sentiasa SENYUM
Kawan, ini adalah 5 rahsia penyimpan atau pelabur emas sentiasa senyum dalam pelbagai keadaan.
Apa rahsia tu, baca selanjutnya;
- Asingkan Duit Kecemasan -
Sebelum beli emas siap sediakan duit kecemasan sekurangnya 3 bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan tak perlu jual emas tu semula, hanya guna duit kecemasan saja.
- Beli emas dengan Duit Lebihan Bukan Pinjaman -
Beli emas guna duit lebihan bukan dengan duit pinjaman. Kalau beli emas guna duit pinjaman, risiko lingkup lebih besar daripada untung.
- Beli sebaga "Wealth Protection" -
Bila beli emas sebagai niat pelindung kekayaan, kita tak hairan harga emas naik ke turun ke. Yang pasti emas tetap bernilai dalam simpanan tanpa terjejas daripada apa sekalipun keadaan yang berlaku.
- Pantau Harga Bila Waktu Sesuai -
Bila dah niat sebagai Pelindung Kekayaan tak perlu nak pantau harga setiap hari dan masa. Jangan bazirkan emosi dengan mainan harga. Pantau harga bila nak beli atau nak jual untuk dapatkan harga yang sesuai itu saja.
- Menyimpan Sambil Berniaga Emas -
Bila melabur sambil berniaga emas, harga naik atau turun tetap happy. Harga naik tetap tersenyum tengok simpanan emas makin mahal, harga turun inilah masa untuk promosi pada sahabat untuk beli emas pada harga bonus.
Inilah 5 rahsia saya sebagai penyimpan emas yang happy sentiasa tanpa perlu fikir turun naik harga emas.
Begitulah,
Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan
#MyPG #RezekiEmas
Sempena memasuki bulan Ramadhan yg mulia ini saya dengan rendah diri dan hati ingin memohon kemaafan jika ada tersalah bicara terkasar tingkahlaku, mohon ampun dan maaf jika mengganggu dan mengusik perasaan sepanjang saya bermuamalah dengan semua, maaf dipinta.....moga Allah permudahkan segala Ramadhan dan puasa serta ibadah kita dan memasukkan kita dalam syurga Nya kelak....aaamiiin ya mujib.

#MyPG
#rezekiemas
Kisah kertas "RM" & "Gram" emas

Cuba letak RM & gram dua2 dalam wallet.

Saya pasti RM lebih mudah hilang dari wallet. Tapi 1gram emas dalam wallet ni x pernah keluar.

Sifat2 "RM"

1️⃣ "RM" mudah dibelanjakan.
"RM" medium utama jual beli yg digunakan sekarang di Malaysia. Bawak ke Thailand, "RM" tidak lagi diterima. 10 tahun lagi mungkin kita sudah tidak guna lagi kertas "RM". Medium jual beli mungkin bertukar "RM" digital melalui online transfer/card/e-wallet.

2️⃣ "RM" tidak pegang nilai.
10 tahun lepas RM100 cukup penuhkan troley supermarket. tapi sekarang RM100 cuma dapat 1 plastik. Tidak lagi mampu utk penuhkan troley. Nilai "RM" semakin lama semakin lemah. Walaupun nombor yang sama RM100.

3️⃣ "RM" tiada nilai interistik.
(Nilai tidak terletak pada material kertas)
Kalau koyak atau rosak. Ianya cuma sekeping kertas. Tidak boleh digunakan pakai lagi.

Sifat2 "gram" emas

1️⃣ Lebih bertahan lama dalam simpanan. Tidak lagi digunakan sebagai medium jual beli pada zaman sekarang.
TETAPI! boleh ditukar kepada medium "RM" atau apa2 matawang seluruh dunia dengan sangat mudah untuk apa2 urusan jual beli di negara tersebut.

2️⃣ Emas memegang nilai dan kuasa beli. 1gram emas 10 tahun lepas bernilai RM100. Cukup utk penuhkan troley supermarket pada ketika itu. Sekarang 1gram emas yg sama bernilai hampir RM270. Masih cukup untuk penuhkan troley.

3️⃣ Emas ada nilai intristik.
(Nilai terletak pada material emas)
1gram sekeping sekiranya terpatah 2 nilainya tetap RM270. Emas dicairkan atau berubah bentuk, selagi beratnya cukup 1 gram. Ia masih bernilai RM270. Nilai emas terletak sepenuhnya pada berat dan ketulenan emas tersebut.

Cukup 3 dulu untuk "RM" dan "gram"

Jadi, mana lebih mudah dan berbaloi untuk disimpan dalam 5 tahun lagi? Atau mungkin 10 tahun lagi? Anda tentukan.

Bagi saya, saya akan asingkan sedikit "RM" dalam bentuk "gram" setiap kali gaji untuk mengekalkan kuasa beli pada masa akan datang.

#rezekiemas
#MyPG
Gaisss

Harga emas malam tadi menjunam ke USD 1765 / oz!

Dari harga RM277 / gram semalam turun ke RM272 / gram hari ini. Kurang RM5.00 tuh!

Ini peluang yang sangat bagus untuk Topup Emas. Sebab sangat rare untuk turun sampai ke tahap ini.

Bagi yang free, jangan tunggu lagi, terus Topup Akaun GAP anda atau boleh beli emas fizikal terus.

Cadangan : Upgrade ke Normal Dealer / Priority Dealer. Lebihhh berbaloi. Hehe.

Gogogo buka website Public Gold sekarang juga!

Jika anda belum ada Introducer boleh boleh pm segera!!!

#MyPG

#PublicGold
‘Harga emas tengah rendah’
‘Harga emas boleh rendah lagi?’
‘Rugi lah jika harga emas turun dan terus turun’

Ini antara luahan dan soalan daripada setiap penyimpan emas. Saya berikan pencerahan.
.

Dalam dunia pelaburan emas, Harga emas naik dan turun itu perkara normal. Mungkin sebelum ini kita tidak terdedah dengan perkara ini, jadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa panik dan gusar bagi sesiapa yang baru mula aktif menyimpan emas.

Pegang rapat-rapat kenyataan ini.
Kunci ketat-ketat kenyataan ini.

‘Dalam sejarah, Nilai emas tidak pernah menjadi ZERO’

YA itu antara fakta yang tidak boleh ubah!

Duit kertas boleh menjadi ZERO dan boleh jadi bernilai bergantung kepada kestabilan Politik sesebuah Negara. Ini bermaksud duit kertas bukan penyimpan nilai yang baik.

Itu antara fakta yang kita semua tidak boleh sangkal dan elakkan.
.

Oleh sebab itu, penyimpan emas sepatutnya bergembira kerana duit telah dibekukan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas turun sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Jika kita ada 1kilogram, Harga emas naik sekalipun GRAM kita tetap 1kilogram.

Gram tidak berubah.
Gram tidak berganjak.
Gram tidak berkurang.
Gram tidak bertambah.
.

Jadi sekiranya harga emas rendah, sebagai penyimpan emas yang berilmu, itu adalah peluang kita.

YA Peluang!

Tangguh dulu kereta Honda.
Tahan dulu handbag LV.
Henti dulu Jam Tissot.
Tunggu dulu kehendak kayangan kita.

Fokus dan terus fokus kepada kepada simpanan emas. Rebut peluang ini.

Moga penerangan ringkas ini memberi motivasi yang tinggi untuk kita semua menyimpan emas.

Simpan emas bukan kerana kita mahu kaya sahaja tetapi Simpan emas untuk elakkan kita meminta-minta.

‘Stay Focus!’ & Tahniah. Teruskan perjuangan.

Ikhlas

Dealer Public Gold

#PG1M
#MyPG
Inflasi antara perkara yang kita tahu tetapi kita tidak sedar.

Tahun 90an Karipap berharga RM0.20 paling mahal.
Tahun 2022 Karipap berharga RM0.60 paling murah.

Tahun 90an Nasi Lemak biasa berharga RM0.50 paling mahal.
Tahun 2022 Nasi Lemak berharga RM1.20 paling murah.
.

Antara kesan inflasi ialah peningkatan harga barang. Bahasa mudah, barang sama tetapi Harga berbeza.

Sebagai orang awam, kita tidak boleh kawal ekonomi Negara dari berlakunya inflasi.

Inflasi berlaku setiap masa,
Inflasi berlaku setiap ketika,
Inflasi berlaku setiap waktu,
Inflasi berlaku setiap minggu,
Inflasi berlaku setiap tahun,
Mustahil boleh kawal kerana ianya sesuatu perkara diluar kawalan.

Tetapi sebagai orang awam, kita boleh kawal ekonomi diri dan keluarga daripada terus dimamah oleh virus Inflasi.
.

Bagaimana?

EMAS!

YA Emas adalah penawarnya. Simpan emas sebenarnya perlindungan kepada kekayaan kita.

1kilo emas hari Ini nilainya tidak akan sama dengan 10tahun yang lalu.

1kilo hari Ini bernilai RM260,000.
1kilo 10tahun lalu bernilai RM180,000.
.

Simpan duit, tanpa kita sedar sebenarnya duit semakin mengecil.

Nilai RM100 hari Ini tidak akan sama dengan nilai RM100 10tahun lalu.

Nilai RM100 hari Ini boleh beli suku troli .
Nilai RM100 10tahun lalu boleh beli hampir penuh troli .

Ada ketikanya kita perlu ingat dan kenang masa lalu, supaya kita sentiasa beringat dan bersedia.

Jadi jika ada antara kita yang masih berfikir untuk menyimpan duit sebagai simpanan, boleh berfikir semula untuk menjadikan emas sebagai simpanan.

Dapat sesuatu?
Mulakan ya!

RieHan
Dealer Public Gold
#MyPG
#rezekiemas
Jika kita menyimpan duit RM1Juta pada Tahun 90an, pada Tahun 2022 duit tersebut masih lagi RM1Juta. Bezanya adalah ‘kuasa membeli’.

Contoh,
RM1Juta pada Tahun 90an boleh membeli 25kg emas.

Tetapi,

RM1Juta pada Tahun 2022 hanya boleh membeli 3.77kg emas.

Perbezaan sekitar 21.23kg emas. Ini bermaksud kita hilang kuasa membeli sebanyak 21.23kg emas.

Sikit?
Jom saya ulas lagi.
.

Sebenarnya,
Nilai duit semakin lama semakin mengecil.
Nilai yang sama tetapi barang yang berbeza (berkurang).

Inilah adalah contoh Inflasi.
Inflasi Berlaku tanpa kita sedar.

Diserang hendap.
Diserang senyap.
Diserang diam-diam.
Akhirnya kita terpaksa terima bahawa simpan duit sebenarnya boleh merugikan kita dalam jangkamasa yang panjang.
.

Berbeza pula dengan emas.

Duit RM1Juta pada 90an boleh membeli 25kg emas.

Pada Tahun 2022, nilai 25kg emas tersebut telah pun mencecah 6.6Juta.

Bergetar tangan,
Berpinau mata,
Berpusing kepala,
Mendengar nilai asalnya RM1Juta telah pun menjadi RM6.6Juta.

Bagi sesetengah orang, perbezaan 5.6Juta itu kecil, tapi sebenarnya 5.6Juta boleh dijadikan Dana Persaraan yang sangat selesa.
.

Jadi, mahu menjadi Jutawan Duit atau Jutawan Emas?

Renungkan!
Dah bermula?
Jangan bertangguh ya!

RieHan
Dealer Public Gold

#MyPG
#rezekiemas
السلام عليكم
Wahai diri,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Al-Ra'd:11)
Baiki diri, Didik hati.

GAP RM 261/g
SAP RM 337/100g

Credit :Hj Shams Emas & Jue Juwairiah

Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan

#MyPG #RezekiEmas
KELUARKANLAH ZAKAT,
ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI

Bila aku sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Aku nak share sedikit ni.

Pengalaman aku sejak aku mula mengajak orang menyimpan emas ni sejak 10 tahun yang lalu, aku boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.Aduhhhh.....

Lagi satu tip penting aku nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah, Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kat aku, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, aku lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun aku kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Aku percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Begitulah...

Selamat Pagi dan Assalammualaikum.
Alhamdullillah, bertambah sihat setelah 2 minggu kurang sihat.

Kredit to Kak Ina

#TazkirahDiri
#kakinaPublicGold
#MyPG
Orang bisnes dan Emas.

Sekarang ni seperti menjadi satu trend, ramai orang suka beli dan kumpul emas.

Pergilah ke mana-mana kedai emas, sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.

Malah ada masanya, sehingga pengunjung terpaksa beratur panjang di luar kedai emas semata-mata kerana mahu membeli emas!

Persoalannya,
Best ke beli emas?
Best ke kumpul emas?

Sebenarnya best tak best, terletak pada matlamat seseorang.

Apa tujuan dia menyimpan emas?

Dan tips paling mudah untuk kita konsisten dan cepat capai target simpanan emas, bila kita ada matlamat yang jelas.

Sebab itu ramai orang berbisnes suka beli dan kumpul emas.

Sebab itu ramai orang berbisnes akan membekukan wang mereka dalam bentuk emas.

Sebab mereka tau, SIMPANAN EMAS ini akan membantu mereka satu saat nanti untuk mereka mengekalkan dan mengembangkan empayar perniagaaan.

Kenapa emas?

Sebab emas ni boleh dijadikan sebagai SIMPANAN TUNAI dalam sesuatu perniagaan.

Sebab emas ni boleh dijadikan sebagai WANG KECEMASAN untuk perkara tidak diduga, sebagai contoh di saat pkp.

Sebab emas ni boleh dijadikan sebagai WANG PERSARAAN mereka nanti.

Sebab emas ni boleh dijadikan sebagai PENEBUS atau CAGARAN sekiranya bisnes bermasalah atau nak memulakan sesuatu bisnes baru.

Lumrahlah dalam bisnes, ada masa turun naik.

Ada masa jualan lajuuuuuuuuuuuuu.

Ada masa jualan perlahan.

Ada masa bisnes jatuh.

Hmmmmmmm...

Pada saat inilah orang bisnes boleh gunakan simapan EMAS yang mereka ada sebagai PENYELAMAT.

Di saat bisnes jatuh, mereka boleh jual sebahagian EMAS yang ada untuk dijadikan sedikit modal dan membayar hutang piutang yang ada bagi memastikan bisnes terus bertahan.

Dan di saat bisnes mula naik dan meroket kembali, untung dah semakin besar, orang bisnes akan terus beli dan kumpul emas sebagai ASET mereka.

Kesimpulannya, orang berbisnes dan Emas tidak dapat dipisahkan.
Mereka saling memerlukan.

Dapat sesuatu?

#PG1M
#MyPG

RieHan
PG00270746
Authorised Dealer Public Gold
𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂 10 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀.

1. Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit. Ingat tuu..

2. Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

3. Emas boleh dijual atau di ar rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin mencari.

4. Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Tenang je.

5. Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

6. Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila ambil tahu tentang zakat apabila anda menyimpan emas.

7. Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh sesiapa pun, ia tanggungjawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pulak.

8. Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh cuba gigit.... Takde masalah, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

9. Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan dinar atau jongkong emas.

10. Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri daripada memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.

Semoga bermanfaat In Sha Allah...
Untuk melihat peluang KEEMASAN ini lebih dekat sila klik link dibawah
https://publicgold.me/RieHan

#MyPG #RezekiEmas
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🕌 𝐆𝐀𝐏 𝐍𝐞𝐰 𝐋𝐚𝐮𝐧𝐜𝐡 🕌

“𝐂𝐚𝐥𝐥 𝐮𝐩𝐨𝐧 𝐌𝐞, 𝐈 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐫𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐝 𝐭𝐨 𝐲𝐨𝐮.”

1/4 𝘿𝙞𝙣𝙖𝙧 𝙈𝙖𝙨𝙟𝙞𝙙 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖🤩
Most Iconic Mosques in Malaysia: Masjid Putrajaya

Now is available to withdraw! 🔝Top-Up GAP & withdraw Now!

𝙂𝙄𝙏 𝙋𝙧𝙤𝙢𝙤: 𝙂𝙤𝙡𝙙 𝙋𝙧𝙚𝙢𝙞𝙪𝙢 𝙍𝙈𝟮𝟬 𝙊𝙉𝙇𝙔 𝙛𝙤𝙧 𝙀𝙖𝙨𝙩 & 𝙒𝙚𝙨𝙩!

https://publicgold.me/RieHan/akaun-gap

*T&C Apply

#1gram1month
#MyPG
#rezekiemas