Nota Emas RieHan
71 subscribers
1.19K photos
120 videos
8 files
296 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Ramadan dari Kak Ina dan seluruh #MyPG team untuk semua.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang dah berlalu.

#SalamRamadhan
#kakinaPublicGold
KELUARKANLAH ZAKAT,
ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI

Bila aku sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Aku nak share sedikit ni.

Pengalaman aku sejak aku mula mengajak orang menyimpan emas ni sejak 10 tahun yang lalu, aku boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.Aduhhhh.....

Lagi satu tip penting aku nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah, Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kat aku, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, aku lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun aku kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Aku percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Begitulah...

Selamat Pagi dan Assalammualaikum.
Alhamdullillah, bertambah sihat setelah 2 minggu kurang sihat.

Kredit to Kak Ina

#TazkirahDiri
#kakinaPublicGold
#MyPG