Info Tentang Emas
17 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
#TabungDiri

DALAM MASYARAKAT KITA

Dalam masyarakat kita ada golongan ini selalunya.

1. Golongan nak hidup kaya dan gaya mewah.

Golongan ini banyak, mereka asalnya bukan miskin, sebab mereka ada pemikiran nak hidup kaya dan mewah menjadikan mereka ini akhirnya miskin.

Adakala mereka tidak sedar apa yang dilakukan sebenarnya salah atau tidak baik

Mereka asal dari golongan menengah dan biasa asalnya, menjadi miskin dan susah bila salah pilih gaya dan pemikiran dalam hidup.

Kerja gomen, swasta, GLC, gaji sedap tapi salah pilih kereta, salah pilih rumah, salah buat hutang akhirnya mereka jadi orang biasa yang dibelakangnya penuh hutang.

2. Orang yang tahu teori dan cara jadi kaya.

Mereka tahu mana aset mana liabiliti. Mereka faham asas asas kekayaan tetapi mereka tak laksanan.

Mereka rasa terlambat, mereka rasa tak layak, mereka rasa tak mampu laksanakan.

Mereka jalani hidup seperti biasa walaupun sedar ianya salah.

Teori kekayaan semua mereka hafal, buku siapa mereka tak pernah baca tetapi mereka bukan pelaksana.

3. Golongan yang serius menabung dan melabur.

Golongan ini kecil sahaja. Ada data mengatakan mereka ini hanya 6% sahaja dari penduduk kita.

Mereka tak pandai sangat, tetapi mereka belajar benda baru dan mereka buat. Belajar Tabung Bewarna, Melabur di ASB, Melabur di Saham, Beli 1-3 hartanah. Mereka ada simpanan yang baik.

Asas untuk tahu golongan ini, mereka ada Simpanan Kecemasan 6 bulan gaji.

Kawan kawan,

Kita dimana sekarang kawan kawan, baiki dan jangan pernah rasa terlambat untuk bermula.

#Sampaikan agar adik adik kita faham mereka dimana
#TabungDuit

"Abang boleh la gaji besar, boleh la merancang bagai. Kami gaji kecil nie makan pun tak cukup"

"Baiklah, jangan merancang kalau gitu"

"Duduk bandar, mana boleh menyimpan dengan gaji RM5000. Habis semua untuk belanja"

"Betul juga, belanja saja lah"

Kawan kawan,

Gaji kecil atau besar kita sebaiknya merancang kewangan kita.

Tiada siapa paksa kita menyimpan, kita sendiri urus kewangan kita.

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat adik adik kita agar hidup merancang kewangan dengan baik