Info Tentang Emas
17 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
#TabungDuit

MENGAPA LAMBAT KAYA?

1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar

2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya

3.Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.

4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi

5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.

6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.

7. Gila buka Lazadada dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.

8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya.

9. Hutang dengan along yang mau tolong

10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangga bila kawan kata kita bank bergerak mereka.

11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, "Lawa giler City lu bro, dah macam Audi"

12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan

13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil

14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.

15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.

16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.

Nak jadi pemberi zakat atau penerima zakat bang?

Gegadis tak suka sangat naik motor, cair mek up mereka.

Kredit: Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

"Rasa bodoh pun ada aku sekarang, duit moratorium haritu habis macam tu jer".

"Banyak simpan?"

"Tak der la banyak, tak bayar hutang rumah dan kereta saja dah jimat dekat RM2000 sebulan kot"

"Ada dalam RM12,000 la jugak ya?"

"Tula, tak nampak apa sekarang!"

"Aku nasib baik bini suka menabung emas. Duit moratorium dia dapat beli 10 keping dinar baru RM11,388 waktu tu".

"Dulu aku tak setuju juga, tapi dari duit habis tak tentu pasal. Baik simpan emas".

"Tu lah, nak menyesal pun dah tak guna nie"

Sahabat yang mulia,

Jika kita cepat rambang mata lihat duit banyak yang ada. Tukar jadi aset berharga. Emas dan hartanah antara pilihan yang baik.

Jika kita cepat cair lihat wanita jelita, cepat cepat kahwin dan bawalah isteri kemana mana.

Kredit: Abah Qilah
Tukarlah Duit Jadi Aset Berharga

#Kongsikan agar adik adik kita faham.
#JomJadiKeluargaEmasBersama
http://publicgold.me/hajar
#TabungDuit

"Abang boleh la gaji besar, boleh la merancang bagai. Kami gaji kecil nie makan pun tak cukup"

"Baiklah, jangan merancang kalau gitu"

"Duduk bandar, mana boleh menyimpan dengan gaji RM5000. Habis semua untuk belanja"

"Betul juga, belanja saja lah"

Kawan kawan,

Gaji kecil atau besar kita sebaiknya merancang kewangan kita.

Tiada siapa paksa kita menyimpan, kita sendiri urus kewangan kita.

Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat adik adik kita agar hidup merancang kewangan dengan baik