Info Tentang Emas
17 subscribers
442 photos
31 videos
2 files
249 links
Download Telegram
#TabungDiri

DALAM MASYARAKAT KITA

Dalam masyarakat kita ada golongan ini selalunya.

1. Golongan nak hidup kaya dan gaya mewah.

Golongan ini banyak, mereka asalnya bukan miskin, sebab mereka ada pemikiran nak hidup kaya dan mewah menjadikan mereka ini akhirnya miskin.

Adakala mereka tidak sedar apa yang dilakukan sebenarnya salah atau tidak baik

Mereka asal dari golongan menengah dan biasa asalnya, menjadi miskin dan susah bila salah pilih gaya dan pemikiran dalam hidup.

Kerja gomen, swasta, GLC, gaji sedap tapi salah pilih kereta, salah pilih rumah, salah buat hutang akhirnya mereka jadi orang biasa yang dibelakangnya penuh hutang.

2. Orang yang tahu teori dan cara jadi kaya.

Mereka tahu mana aset mana liabiliti. Mereka faham asas asas kekayaan tetapi mereka tak laksanan.

Mereka rasa terlambat, mereka rasa tak layak, mereka rasa tak mampu laksanakan.

Mereka jalani hidup seperti biasa walaupun sedar ianya salah.

Teori kekayaan semua mereka hafal, buku siapa mereka tak pernah baca tetapi mereka bukan pelaksana.

3. Golongan yang serius menabung dan melabur.

Golongan ini kecil sahaja. Ada data mengatakan mereka ini hanya 6% sahaja dari penduduk kita.

Mereka tak pandai sangat, tetapi mereka belajar benda baru dan mereka buat. Belajar Tabung Bewarna, Melabur di ASB, Melabur di Saham, Beli 1-3 hartanah. Mereka ada simpanan yang baik.

Asas untuk tahu golongan ini, mereka ada Simpanan Kecemasan 6 bulan gaji.

Kawan kawan,

Kita dimana sekarang kawan kawan, baiki dan jangan pernah rasa terlambat untuk bermula.

#Sampaikan agar adik adik kita faham mereka dimana
#TabungDiri

Tak semua yang ramai orang buat itu betul yang sikit itu salah.

1. Mula kerja, belajar naik motor dulu tak salah walau ramai yang kejar nak beli kereta.

2. Ramai orang dapat gaji, belanja dulu baru simpan. Kita buat simpan dulu, lebih baru belanja.

3. Ramai orang impian beli terus rumah idaman, kita pasang impian beli rumah yang ada pulangan pelaburan.

4. Ramai orang nak cepat kaya, kita nak kaya tetapi biar lambat tetapi kekal selamanya.

5. Ramai orang nak nampak berjaya, kita belajar hidup sederhana.

6. Ramai orang nak kahwin macam anak raja, raja sehari katanya. Kita ushakan majlis sederhana, kekal selamanya.

7. Ramai orang nak kereta import luar negara, kita mulakan dengan kereta nasional pun tak mengapa.

8. Ramai orang bila raya mesti semua nak tukar baru, kita pakai yang sedia ada cukup bergaya.

9. Ramai orang suka lepak mamak malam malam, kita dah kahwin lepak dengan anak bini lebih bermakna.

10. Ramai orang tak kesurau sekarang, sedangkan surau dan seminggu dibuka.

11. Ramai orang nak ada ramai isteri, kita cukuplah ada seorang yang sehidup semati.

Ramai orang tak ada tabungan kecemasan lagi, kita simpan siap siap untuk anak isteri dan masa depan kita.

Semua orang kaya dan berjaya berbeza, mereka ini sedikit dan lari dari kebiasaan.

Azizul Azli Ahmad
Jadilah Yang Berbeza