Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Maafkan akak kalau ada yang terliur yer.
Berbuka nanti boleh buat air ni. Gantikan strawberry dengan pisang pun boleh 😊

Strawberry oats smoothies
---------------------------------------------------------
Bahan:

3 biji strawberry
1/2 cawan milk
2 sudu besar toddible organic oatmeal

Cara:
Bancuh toddible organic oatmeal dengan air panas. Kemudian campurkan semua adunan tadi dan blend. Dah siap boleh hias dengan potongan strawberi & minum bersama ais pun sedapp.

*boleh simpan dalam peti & bekukan jadi aiskrim..nyummy!
Photo from hajarhashim
_*Beza EVOO dan Pure olive oil*_

*1) Extra Virgin Olive Oil (EVOO)*

EVOO merupakan jenis minyak zaitun paling murni, dengan kadar keasidan 0.5-1%. Berasal dari hasil perahan pertama buah zaitun. Mengandungi jumlah nutrisi dan vitamin yang tinggi, tiada bahan kimia tambahan. Warnanya kehijau-hijauan, dengan rasa dan aroma yang lebih tajam.

Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya.

Boleh juga sebagai sapuan pada kulit yang ada masalah ekzema.

*2) Olive Oil / Pure Olive Oil*

Jenis minyak zaitun ini merupakan campuran dari Refined Olive Oil dan Virgin Olive Oil (VOO), dengan tahap keasidan melebihi 4%. Kandungan nutrisinya lebih rendah, melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya. Harganya pun lebih murah.

Warnanya kekuning-kuningan, biasanya digunakan sebagai pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali. Tidak sesuai untuk salad dressing.

_Makanan Sihat Si Cilik [MSsC)]_
Photo from hajarhashim
Mashed potatoes utk my little hero 1y1m...before this ibu buat mashed potatoes kosong shja tp sejak umur dia dh setahun haritu ibu upgrade sikit buat gravy sekali...mmg fav dia la wajib buat tiap2 minggu

Mashed potatoes

-Kentang potong kecil2 supaya cpt masak / empuk
-Cheese ( chesdale) potong kecil2
-Fresh milk

~ Rebus / steam kentang sampai masak
~ bila dh masak toskan & gaul dgn cheese masa kentang masih panas
~ tmbh fresh milk sikit & lenyek/ blend kentang sampai halus

Mushroom chicken gravy

-Button mushroom cincang halus
-Bawang holland cincang halus
-Unsalted butter
-Tepung gandum Unbleached 2 sudu besar
-CBB (boleh gnti dgn serbuk ayam)
-Kicap utk bg color pada gravy (boleh skip kalau xnk / ganti alternatif lain utk gelapkn kuah )

~larutkan tepung gandum dgn air panas
~panaskan butter & tumis bwg holland smpai brown
~masuk button mushroom tumis lg
~masuk bancuhan tepung kacau sebati jgn bg berketul2
~tmbh air & masukkan cbb / serbuk ayam / serbuk bilis
~titis kicap dlm 2/3 titis utk bg warna brown pd kuah
~kacau lg smpai mendidih
~bila kuah dh agak pekat boleh tutup api, siap !
Credit: Aza Razif
Photo from hajarhashim
Seperti yang dijanjikan. Ida kongsi yer tomyam untuk baby.

Seawal 10bulan

Tom yam ayam

Bahan-bahan:
Isi ayam 4 ketul kecil
Putik jagung 1biji
Kacang peas 1biji
Lada benggala suku
Pes tomato 2 sudu besar
Limau 1biji
Daun limau purut sehelai

Cara-cara:
1. Potong halus semua sayur.
2. Masukkan sekali semua dalam periuk. Tambah air secukupnya.
3. Masukkan pes tomato. Hidup api.
4. Perah limau dan racik daun limau. Masak semua sampai menggegak.
5. Dah suam baru tuangkan EVOO. Tompok minyak tu EVOO. Membantu naikkan berat anak dan juga perasa tmbahn.

PASTIKAN ANAK DAH PAS 4DAYS RULE SEMUA BAHAN YER
Selamat mencuba.
Nah mummy share kudapan petang pulak. Sesambil main dkt park kan .

Info:
Cream cheese tatura SAHAJA dibenarkan untuk baby 8m ke atas dan kandungan sodium PALING RENDAH (330mg) dan keperluan sodium (garam) utk baby sehari 1g bersamaan 0.4mg .

*PISANG CHEESE*
(Sesuai utk baby 8m above)

Bahan2:
1. Pisang berangan atau any pisang yang dah masak
2. Cream cheese
3. Unbleached flour (brand Faiza)
4. Serbuk kulit kayu manis

Cara2:
1. Celup nipis pisang berangan ke dlm bancuhan tepung
2. Goreng dalam minyak sedikit (bukan deep fry taw)
3. Once siap, tabur cream cheese dan cinnamon powder.
4. Siap! Sedappppnye 😋

#resipimudahmummyD
#solidfoodimannaura
#inspiredrecipeekintumiran
Antibiotics soup untuk anak teruna.

Balik2 klinik mommy terus siapkan bubur Antibiotik untuk Izz Falhan.

Campak2 je bahan yang ada.

Nasi
Bawang merah
Bawang putih (lebihkan sbb izz demam selesema)
3 sekawan
Buah pelaga
Daging
Carrot
Cauliflower
Pegaga
Cbb / stok ayam
Secubit black pepper

Rebus semuanya sehingga masak. Buang 3 sekawan, pelaga sebelum hidangkan/blendkan.

#fulfill_your_baby_right_to_healthy_food

#sisIlham #mommyIzzFalhan #resipitoddible #toddible
Photo from hajarhashim
Tips to produce breast milk: PROTEIN

Protein is highly important for mothers in confinement as it helps produce red blood cells and repair damaged body tissues.

Some of the examples of protein include eggs, fish, chicken, milk, soy, and nuts.

🍴Recommended menu: Grilled salmon with stir-fry broccoli, mashed potato and sweet corn


#dietmenu #toddible #ibumenyusu #tambahsusu #petua #resepi #tips #protein #ramadhankareem
Hurmm pagi tadi kelam kabut cikit bersahur dengan siapkan bekal Afi Affan. Si manja wani tu bangun juga pagi tadi nak sahur. Syukur la juga sempat bekalkan dia nasi goreng & dessert dragon fruits. Ada nasi putih lebih so buat nasi goreng la untuk dia..😊 Tapi yang pastinya #vege_sweet_potato pasti wani guna untuk buat nasi goreng Afi sebab rasa manis-manis gituu.

Haa kalau ada mommies yang nak cuba #vege_powder_toddible boleh pm admin ok😉.

#baby_food
#14_ramadhan
Stok Ayam Dan Ikan Bilis

Stok ayam dan ikan bilis ini boleh menambah perisa kepada makanan bayi.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air

Cara memasak:

Bersihkan isi ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
Buang kepala dan isi perut ikan bilis.Didihkan 1 liter atau 4 cawan air dan masukkan isi ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.

Cadangan:

Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.
Ayam goreng crunchy ala kfc gluten free 🍗

Bahan2 :-
Bhn A (kering)
11/2 cwn tepung beras
2 sudu besar tepung jagung (xltk pun blh)
1 sudu kecil garam himalayan salt
1 sudu kecil serbuk cili -suka pedas blh tmbh lg(boleh basuh cili kering pastu keringkan dlu bru blender halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada putih

Bhn B (basah)
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bawang putih yg diblender halus

Bhn C
1/2 ekor ayam

Cara2 :-
Bahan A disebatikan dlm mangkuk. Bhn B pula di kocok dgn garfu mcam buat telur dadar dlm mangkuk lain. Panaskan minyak dlm kuali@periuk.
Sebaiknya periuk yg blh tenggelamkan ayam dlm keseluruhan minyak semasa menggoreng. Setelah minyak pns celup/golek2kan ayam pd bancuhan telur tadi kemudian golek2 kan pula dlm adunan tepung.
Goreng dgn minyak yg dh betul2 pns. Bila ayam timbul dlm minyak bermakna ayam dh sempurna msk.
Siap 😊

Selamat mencuba 💓
#Sesuai utk 1 tahun ke atas sebab ada garam