Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
MENU 1 TAHUN

•• NASI LEMAK BERRIES /BERRIES COCONUT RICE ••⠀

Momma sebenarnya teringatkan Nasi Lemak Strawberry Cameron 🙈 Tapi memandangkan momma ada stock mixed berries kt rumah ni, jd momma modified la menjadi Nasi Lemak Berries! Sedap! Hahaha.. 😋😋

INGREDIENTS/BAHAN2: ⠀
🍓 Rice /Beras mengikut keperluan (cuci bersih)⠀
🍓 Frozen Mix Berries / Campuran buah Berri ⠀
🍓 4 cube of coconut milk / 4 kiub santan segar⠀
🍓 Ginger (1/2 inch)/ Halia ( 1/2 inci)⠀
🍓 Pandan Leaf/ Daun Pandan⠀

METHOD/CARA2 :⠀
📍blend the berries/ kisarkan buah berri.⠀
📍put the ginger and half of the berries purée inside the rice / masukkan Halia dan setengah daripada purée berri tadi ke dalam nasi.⠀
📍 Pour the coconut milk / tuangkan santan mengikut sukatan memasak nasi biasa. Boleh tambah sedikit air jika tidak mahu terlalu pekat.⠀
📍 place the pandan leaf and mix all well, cook the rice/ Masukkan daun pandan, kacau sekata dan masak nasi.⠀

BERRIES SAMBAL / SAMBAL BERRI ⠀

INGREDIENTS/BAHAN2:⠀
🍓 Tomato Paste/ Pes Tomato @bytqahnasir
🍓 Berries Puree / lebihan puri tadi⠀
🍓 Onion Paste / Pes Bawang @kaka_tanggo

METHOD/CARA2:⠀
📍Put some cooking oil in the pan/ panaskan sedikit minyak.⠀
📍Add in the onion and tomato paste/ masukkan Pes Bawang dan tomato. Masak sampai sedikit pecah minyak.⠀
📍Add the purée, mix well. You may add some water if needed. Masukkan lebihan puri tadi, kacau sekata. Masukkan sedikit air jika perlu.⠀
** you may also add some natural honey to make the taste a bit sweet. Kalau nak sambal sedikit manis, boleh tambahkan sedikit madu 🥰

‼️ served it with some fried tempes/ boiled egg / fried anchovies /fried chicken and cucumber 🥒
Boleh dihidangkan bersama Tempe Goreng/ Telur rebus/ Ikan bilis/ Ayam Goreng dan timun 🥒

Nasi Lemak ni boleh je makan dengan apa pun kan? Heheh ikutlah apa yg ada didapur masing2 tu 🙈😅😇

Instagram: @anak_momma

#EleenaFoodJourney
#19months
** sila pastikan bahan2 yg Mommies guna sesuai dan pass untuk usia Anak mommies ya..
Jenis-jenis keju dan mentega tanpa garam untuk bayi
ORGANIK HINDARI KESAN SAMPINGAN PADA BAYI

Groomy punyai 8 seleksi organik buat bayi. Nutrien organik adalah lebih selamat buat bayi kerana ia tumbuh terkawal di ladang dan diformulakan mengikut piawaian organik. Buat bayi yang sensitif, Groomy juga mempunyai pilihan serbuk bubur Gluten-Free.

Organik bukan semudah hashtag! Maksud sebenar organik ialah penanaman sumber tanpa dibajai dan disembur bahan-bahan kimia berbahaya dan tanah yang diuji keselamatan dan kesuburannya. Secara langsung makanan bayi anda lebih selamat dan membentuk tubuh badan yang lebih kuat dalan jangka panjang.

Di Malaysia sumber bijirin, sayuran dan buah-buahan organik diperakui dengan sijil MyOrganic oleh Kementerian Pertanian. Groomy diformulasikan dengan standard kawalan operasi Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia dan kami sudah diaduit dan menanti pensijilan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerana itulah LABEL seleksi organik kami jelas mempamerkan perkataan 'ORGANIK' dan bukan sekadar hashtag!
KENAPA BAYI ASYIK TERKENTUT?

Farting is good.
Jadi, jangan takut ya😊

Kentut adalah aktiviti pasif yang berlaku apabila otot dalam usus besar kita rehat/relaks dan melepaskan gas keluar dari badan.

Ada setengah bayi akan merengek sedikit bila nak terkentut atau nak terberak atau terkucil kerana mereka masih di dalam proses adaptasi dengan perubahan badan yang berlaku. Jangan risau,benda ni akan hilang sendiri selepas bayi dah berusia 3-6 bulan. Melainkan jika bayi menangis kuat atau susah makan atau demam, then kena terus bawa bayi berjumpa doktor ok, jangan tanya tanya di media sosial dah ya.

Ok, ada masa bayi suka terkentut kentut.

Jangan risau.
Kentut ni bagus.
Menandakan usus bayi anda bekerja dengan elok untuk melepaskan gas gas yang tak perlu tu.

Tak elok tahan kentut na😉

Sebab apa kentut banyak sangat ni?
1. Bayi masih kecil dan semua organ badan depa masih dalam proses pembesaran dan memerlukan adaptasi dengan perubahan badan. Mereka masih belum matang jadi usus mereka perlukan masa untuk cernakan makanan yang dimakan. Untuk bayi yang belum boleh makan(kurang 6 bulan), mereka juga perlukan masa untuk betul betul cernakan susu yang diminum.
2. Bagi ibu yang menyusu badan, biasanya terjadi disebabkan ‘latching’ tak betul menyebabkan bayi hisap angin. Ada juga yang ada masalah nipple crack atau bengkak susu, bayi menyusu tidak selesa dan latching tak betul pun boleh sebabkan bayi hisap angin.
3. Cara menyusukan bayi juga memainkan peranan. Posisi menyusu kadangkala salah. Seeloknya tinggikan sedikit kepala semasa menyusu. Tak kira susu badan atau formula.
4. Pemakanan ibu menyusu juga boleh mainkan peranan. Walau hanya 2% sahaja yang diserap menjadi susu badan, tetap ada la kan. Biasanya makan seperti produk tenusu, buah buahan sitrus, telur, makanan berkanji, bawang putih boleh menyebabkan gas dalam usus.
5. Ada juga bayi yang ada masalah lactose intolerance.
6. Penggunaan sesetengah antibiotik samada bayi atau ibu yang menyusu badan. Antibiotik boleh menyebabkan berlaku perubahan pada mikroorganisma di dalam usus.
7. Bayi kerap menangis. Kerap menangis boleh sebabkan mereka tersedut banyak angin ke dalam badan.
8. Penggunaan botol susu yang salah.
9. Masalah kesihatan yang lain.

Jika bayi anda terkentut kentut tapi dia masih aktif, tidak menangis, berak kencing seperti biasa, tidak muntah, tidak demam, cuma terkentut kentut sahaja, jadi jangan risau. InshaAllah bayi anda sihat sahaja😊

Baguslah dia terkentut, menandakan usus dia berkerja elok normal untuk lepaskan gas dalam usus dia.

Chill sahaja ok.
Janganlah semua benda kita nak serabut alam.
Jika anda tak pasti dengan kesihatan anak anda atau diri anda, tolonglah datang berjumpa doktor.

Anda boleh cuba tukar posisi menyusu badan, elakkan makan makanan yang disebut di atas buat sementara waktu, pastikan bayi menyusu dengan latching yang betul, guna botol susu dengan puting yang betul, boleh cuba urut abdomen bayi dengan lembut sambil selawat, urut tapak kakinya bagi dia selesa, urut belakang badannya sedikit, boleh juga exercise kan kaki dia dengan cara kayuh basikal, meniarapkan dia kejap di riba anda sambil urut belakang dia atau boleh juga sapu minyak bagi dia selesa. Bayi memang suka dibelai. Eh, siapa yang tak suka kan?😉

Dan tolong jangan bertanya hal kesihatan di media sosial kerana konsultasi tak boleh dilakukan secara maya, perlu bertentang mata supaya pemeriksaan dapat dilakukan dengan betul😘

Ok sekian bebelan tanpa sengaja😅

Dr. Erna Nadia
Kentut tidak menyebabkan sesiapa kurus dan tidak menandakan badan anda penuh angin sebab angin tak boleh masuk melalui kulit, jangan salah faham ya🙏🏻
Resepi cucur bilis untuk 8m
Resepi cheezy wedges baby 8m
Resepi Pengat Pisang Baby 8m
Resepi kari ayam tanpa santan baby 8m
Resepi butter chicken baby 8m
Resepi Ayam Masak Kurma Tanpa Santan untuk Baby 8m
“Ummi! Ayid nak sayur.”

Gembira bukan main saya bila dengar Zaid cakap macam ni. Rasa terus nak peluk cium dia tapi memandangkan ramai mata makcik pakcik dia memandang, saya cuma beri pujian.

Ini adalah sayur yang dia belum suka. Sayur sawi yang biasanya dia akan luah balik jika makan sebelum ini.

Saya sangat struggle nak bagi anak makan sayur-sayuran, warna hijau terutamanya.

Walaupun kebanyakan sayur mereka boleh makan, juga boleh ambil tomato dan timun begitu saja, tapi ada hari saya akan struggle memujuk mereka untuk makan sayur.

Carrot. Mereka boleh makan, tapi kadang mereka cipta pelbagai alasan untuk tidak makan.
Kobis. Mereka suka jika dibuat sayur lemak, tapi ada hari kobis dalam nasi goreng mereka kuis ke tepi.
Brokoli. Ini yang saya struggle sangat dari dulu, mereka belum suka sepenuhnya.
Sawi. Pun sama seperti brokoli, itu yang saya terkejut betul Zaid boleh minta nak makan sayur sawi yang dimasukkan dalam sup telur.

Mungkin sebab dia sejenis yang suka makan beraneka jenis sup, jadi sawi yang dimasukkan dalam sup telur pun dia nampak sedap. Terus dia minta lepas nampak warna kehijauan dalam mangkuk.

Cara memasak supaya anak boleh dapat khasiat dari sayuran.

1. Masak sayur dalam makanan kegemaran meraka.

2. Masak sayur berkuah sebab kebanyakan anak-anak sukakan sup.

3. Cincang sayur dan masukkan dalam telur dadar.

4. Buat nugget homemade, kisar halus sayur pilihan.

5. Buat jus buah dicampur dengan sayur.

6. Masak cucur yang dimasukkan beraneka jenis sayur.

7. Goreng sayur ala keropok. Kerepek bayam dan cendawan goreng contohnya.

8. Bakar muffin telur dicampur dengan sayur cincang halus.

Ini antara yang saya buat untuk sayuran yang anak saya belum terima sepenuhnya.

Doa jangan pernah tinggal.
Doa ibu tiada hijabnya.

Kata-kata juga perlu jaga.
Bukan anak tak suka, tapi anak belum suka.

Sama-sama kita usaha ya ibu ayah, moga anak dapat makanan padat nutrisi setiap hari.

Mazliana Mazlan
Follow telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih lagi tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Resepi kentang putar versi bayi 8m
Resepi untuk breakfast/finger food. Potato stick baby 8m
💓 SUP AYAM VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

isi ayam / peha ayam / kaki ayam
minyak untuk menumis
pes bawang putih
pes bawang merah
pes halia
rempah sup
lobak merah
ubi kentang
serbuk bilis fawwaz
serbuk ayam fawwaz
serbuk daging fawwaz
air secukupnya
bawang goreng
daun sup

Cara Cara :

panaskan minyak dan tumiskan pes bawang bersama pes halia sehingga naik bau .
masukkan rempah sup .
tumis sehingga rempah pecah minyak .
kemudian masukkan ayam .
kacau rata dan biarkan ayam masak seketika .
masukkan pula air secukupnya , lobak merah dan juga ubi kentang .
masak sehingga kuah mendidih dan sayur menjadi empuk .
perasakan dengan serbuk perasa makanan bayi .
tambahkan juga bawang goreng dan daun sup untuk aroma dan rasa yang lebih sedap .
mama hidangkan bersama bubur kasar fawwaz sebagai pengganti nasi , tapi mama tambahkan air panas sedikit sahaja supaya bubur kasar ini tidak terlalu lembik .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
#8m
💓 MEE KARI VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan Kisar :
bawang putih
bawang merah
sedikit udang kering ( dah direndam & ditoskan )

Bahan Lain :
1 batang serai ( dititik )
1 sb pes tomato / pes cili yitu
1 sb serbuk kari
isi ayam
santan segar
serbuk ayam fawwaz
serbuk daging fawwaz
mee organik fawwaz
air secukupnya

Bahan Hiasan :
telur rebus
bawang goreng
daun sup
isi ayam

Cara Cara :

didihkan air di dalam periuk dan rebuskan mee organik fawwaz sehingga lembut .
angkat dan toskan .
letakkan di dalam mangkuk .
di dalam kuali , tumiskan Bahan Kisar bersama serai sehingga naik bau .
masukkan pes cili , serbuk kari dan sedikit air .
tumis sehingga pecah minyak .
masukkan pula isi ayam , serbuk ayam dan juga serbuk daging .
biarkan ayam masak seketika .
kemudian masukkan santan segar .
tambahkan air jika perlu .
kacau sebati .
setelah kuah kari masak sepenuhnya , tutupkan api .
tuangkan kuah kari di atas mee dan hiaskan dengan Bahan Hiasan .
💓 VEGE CHICKEN POPCORN VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 cawan ayam kisar
1/2 cawan brokolli ( dicincang )
1/2 cawan kobis bunga ( dicincang )
1/4 cawan lobak merah ( diparut )
1 sb serbuk ayam fawwaz
1/2 sb serbuk bilis fawwaz
1/2 sb serbuk sayur fawwaz

Bahan B :
2 biji telur ( dikacau )
bubur kasar fawwaz ( dikisar )

Cara Cara :

satukan ke semua Bahan A dan gaul sebati .
ambil sedikit adunan dan celupkan ke dalam telur .
kemudian golekkan pula ke dalam bubur kasar fawwaz .
ulang langkah sebanyak 2 - 3 kali .
susunkan di dalam pinggan .
sementara itu panaskan minyak di dalam kuali .
setelah selesai , gorengkan ayam popcorn sehingga keemasan .
ayam popcorn ni mama buat besar besar , kalau nak buat kecil kecil pun boleh .
ikut citarasa masing masing .
lebihan ayam popcorn boleh digoreng separuh masak dan disimpan di dalam peti sejuk beku .
siap , selamat mencuba !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
💓 PUDING BUBUR VERSI BABY 💓

Bahan Bahan :

1 cawan susu penuh krim
1/2 cawan bubur kasar fawwaz
1/2 sb puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas )
1 sb agar agar tali

Topping :
snek buah fawwaz
biskut fawwaz
madu (1y++)

Cara Cara :

masukkan susu ke dalam periuk bersama agar agar .
masak sehingga agar agar larut sepenuhnya .
masukkan pula bubur kasar fawwaz dan juga puri kurma / madu .
kacau sebati .
masak sehingga adunan menjadi pekat .
tutupkan api dan tuangkan ke dalam acuan .
biarkan sejuk seketika .
kemudian letakkan topping di atas puding bubur tadi .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea