Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
💓 BUBUR NASI JAGUNG VERSI BABY 💓

asyik makan nasi je , hari ni mama buatkan bubur pula 😋 biasanya kalau nak masak bubur , ambil masa yang lama kan ? haa dengan adanya bubur kasar daripada Fawwaz The Little Kitchen ni , 5 minit je dah siap . mudah je kan ? ❤️

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 cawan bubur kasar fawwaz
1 cawan air panas
1 sk serbuk bilis fawwaz

Bahan B :
2 sb minyak masak
1/2 biji bawang besar ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
sedikit halia ( dihiris )
isi jagung
lobak merah ( dipotong dadu )
isi ayam ( dipotong kecil )
sayur sawi
serbuk sayur fawwaz
serbuk ayam fawwaz
air secukupnya

Cara Cara :

satukan Bahan A dan kacau sebati .
ketepikan seketika .
panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris .
masukkan isi ayam , lobak merah dan juga isi jagung .
biarkan ayam masak seketika .
masukkan pula air secukupnya .
masak sehingga kuah mendidih .
kemudian masukkan sayur sawi dan serbuk perasa makanan bayi. Kacau sebati. Hidangkan bersama tumisan sup. Selamat mencuba !
💓 NUGGET AYAM HOMEMADE 💓

Bahan Bahan :
2 cawan isi ayam
2 biji telur gred A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb serbuk ayam fawwaz
1 sk serbuk bilis fawwaz
1 sk serbuk sayur fawwaz
3 sb tepung ubi

Bahan Lain :
telur
serbuk roti
bubur kasar fawwaz dikisar
minyak untuk menggoreng

Cara :

satukan ke semua Bahan Bahan dan kisar sebati .
boleh tambah dan kurangkan bahan bahan tersebut mengikut citarasa masing masing .
kemudian tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak .
panaskn kukusan sehingga mendidih .
kukus selama 30 minit atau sehingga masak .
biarkan sejuk sebelum dipotong / dikeluarkan daripada acuan .
sementara itu sediakan bahan untuk salutan nugget , pecahkn telur ke dalam mangkuk dan kacau rata .
untuk baby , serbuk roti berwarna oren tak sesuai sebab ada pewarna .
mama gantikan dengan serbuk kasar fawwaz .
setelah nugget tadi sejuk , celupkan ke dalam telur dan golekkan dalam serbuk bubur kasar fawwaz. Goreng hingga keperangan.
💓 KETAM MASAK LEMAK VERSI BABY 💓 12m

Bahan Bahan :

Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili kering yitu ( dah direbus )

Bahan Lain :
minyak untuk menumis
1 batang serai ( dititik )
1 keping asam keping
2 ekor ketam
1/2 cawan santan segar
air secukupnya
serbuk ayam fawwaz
serbuk bilis fawwaz
serbuk sayur fawwaz
daun kunyit

Cara Cara :

panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan Bahan Kisar .
masukkan juga serai dan asam keping .
tumis sehingga pecah minyak .
kemudian masukkan ketam dan biarkan ketam masak seketika .
masukkan pula santan dan juga air secukupnya .
sentiasa kacau agar santan tidak pecah minyak .
masak sehingga kuah mendidih dan ketam masak sepenuhnya .
akhir sekali masukkan daun kunyit dan serbuk perasa makanan bayi .
kacau sebati .
tutupkan api .
tuangkan ke dalam pinggan .
siap , sedia dihidang !

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
"MASAK MEE, PASTA,MACARONI, BUBUR, TAPI RASA MAKANAN KOSONG, BABY MAKAN PUN TAK HABIS"

Untuk masalah macam ni, sis biasa recommend Savory Powder Fawwaz je dekat mummy2.

Dengan pelbagai kelebihan :
👉Boleh digunakan dalam setiap menu makanan
👉Bebas sebarang perasa tambahan (100% natural)
👉Mudah disediakan (< 3 minit)
👉Kaya dengan nutrisi yang sihat
👉Saiz yang kecil, mesra travel
👉Halalan toyyiban
👉Original 💯%

Haa, klau nak dapatkn savory powder Fawwaz untuk makanan baby mummy, boleh wasap admin laju2 tau ❤️
Resepi Nasi Tomyam Baby 10m
Cekodok Vege
============

Sesuai untuk bayi 8bulan

Bahan-bahan ;
Tepung gandum unbleach
Telur
Sawi
Carrot
Kentang
Serbuk daging @rush_baby_food_hq
Serbuk cheese #rushbabyfood
Sedikit air suam

Potong sayur saiz kecil.
Campurkan semua bahan yg lain dan kacau rata.

Goreng sehingga kekuningan..
Sedia dinikmati bersama keluarga 😍

#babyfoodkerteh #barangbayi #kedaibaby #happy #nature #travel #summer #food #friends #smile #life #ootd #amazing
🧀🥔 Cheesy Potato Sticks 🥔🧀

Menu lengkap & senang utk dipegang.

Bahan-bahan:

- 2 biji kentang
- 1 dada ayam
- 3 helai daun bayam
- 1 sudu tepung gandum
- 1 sudu tepung jagung
- 1 sudu beqa cream cheese

Cara penyediaan :

1. Kukus kentang hingga empuk & lenyek kan.
2. Kukus dada ayam & potong kecik2.
3. Hiris halus bayam.
4. Sekalikan semua bahan termasuk tepung & cheese. Gaulkan bersama.
5. Bentuk kan memanjang utk senang dipegang.
6. Goreng & siap.

Utk frozen, goreng sekejap & simpan dlm ziplock. Rasa dia sedap sgt, mama pon ikut makan sekali. 🤭

#HbfmFaiqSufi
#10bulan
[INFO SIHAT]

Morning mommy 🤗🤗
Jom pagi2 ni kita baca sikit info sihat tentang khasiat ikan bilis (Anchovy) kepada bayi 😊😊👇👇

Vitamin A
Satu hidangan ikan bilis, 100g, memberikan kira-kira 50,000 IU Vitamin A. Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat.

Kalsium
Satu hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tulang dan gigi yang sihat.

Kalium
Ikan bilis mempunyai kira-kira 383mg kalium dalam setiap hidangan. Kalium memainkan peranan yang penting dalam fungsi jantung, pengecutan otot rangka dan aktiviti pencernaan.

Selenium.
Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36mcg setiap hidangan. Selenium sangat penting dalam fungsi jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis. Ia juga membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.

Ikan bilis juga mempunyai lemak omega-3, protin dan kaya dengan vitamin E, vitamin D dan mineral.

Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.

Happy sharing uollss!! 😉
VID-20201109-WA0095.mp4
10.4 MB
Cucur vege 4 bahan
=================
Sesuai untuk bayi seawal 8 bulan

Bahan
1. Pasta Sayur Eatalian Express (ada 10 jenis campuran sayur dalam sepeket pasta. Ada pelbagai bentuk - star, fusili, macaroni, shell)
2. Tepung unbleached
3. Serbuk bilis atau bilis kisar
4. Serbuk bawang atau bawang kisar.

Cara-cara ada di video. Selamat mencuba 🤗

Kredit : Dlas Dila

#groomy #eatalianexpress #pastasayur #ibuanis #fawwaz
Resepi biskut baby 8m
Resepi nasi goreng daging 8m
Resepi salmon grill 8m
Soalan yang agak femes.

Anak saya tak tumbuh gigi lagi. Boleh ke bagi makan finger food?

Senang je cuba picit macam kat bawah tu, kalau boleh ke lenyek pakai jari. Maknanya anak pon boleh la hancurkan makanan tu pakai gusi dia yang keras tu.
#foodforinca
VID-20201109-WA0052.mp4
12.8 MB
Cara proses serbuk bilis dari #ibuanis
Bubur Nasi Daging 8m
Left over nasi jangan di buang buat apam nasi simple ni. Sedap mkn ngan kelapa parut. Tp xde kelapa kite mkn je la gtu je. Pun sodap.
Ibu kimi mkn cicah ngan susu maklum le lidah da rosak xdpt nak feel manis2 manja madu tu

APAM NASI

Bahan
1cup Nasi
1½ cup Tepung beras *ayak
½cup Tepung gandum *ayak
1½ cup air (sy guna jus buah naga nak dpt wane pink tu)
3tbsp madu (lebihkan kalau nak manis
5gm yis ( sy guna ½ paket yis mauripan)
Minyak

Cara
1. Blend nasi, air dan madu hingga halus.
2. Satukan tepung beras dan gandum yg telah diayak bersama yis.
3. Masukkan bahan yg telah di kisar ke dlm tepung dan kacau hingga sebati (guna whisk)
4. Rehatkan adunan 3jam.
5. Renehkan air untuk kukus apam. (pastikan air dah mendidih baru kukus.
6. Sapu acuan dgn minyak utk elak apam melekat. Tuang adunan 3/4 bekas sahaja utk elak apam melimpah dan membukit. Kukus selama 10-15min dgn api perlahan. Tutup tudung periuk dgn kain utk elakkan air kukusan jatuh pada apam.

Siap!

#19months #hakimifooddiary #breakfast #teatime
Puri Kurma
--------------------------

Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:

Kurma jenis lembut
Air secukupnya
Cara penyediaan:

Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
Blend kurma sampai halus.
Resepi cucur jagung
Anak ada rashes?

Ruam bukanlah ekzema.

Ruam akan surut selalunya paling lambat adalah dalam seminggu atau dua minggu.

Jika melebihi waktu tersebut, ia mungkin bukan ruam biasa dan boleh membawa kepada masalah kulit lain seperti masalah ekzema.

Dapatkan diagnose awal tentang masalah kulit anda @ bayi anda.

Kemudian pilihlah rawatan sesuai untuk pemulihan mereka.

Gambar menunjukkan beberapa tips ringkas, cepat dan mudah untuk mengatasi masalah ruam.

Telegram : t.me/MizhanaPEP
VID-20200729-WA0072.mp4
8.2 MB
Snacky fruity

Masukkan snek fruits peach, apricot dan strawberry dan multigrains cereal. Tuangkan susu. Biar sebentar atau bole terus di makan