Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Biskut Raya mesra Baby ! 🥰 Biskut raya pertama deejah 2020 ni 😄
Biskut untuk 1 tahun ke atas ya

⚠️ pengggunaan madu asli & unsweetened koko

Bahan bahannya :

Bubble rice ( nama lainnya Arborio rice) *beli di kedai bakery*
Serbuk koko unsweetened van houten 3 sudu besar
Madu asli 4 sudu besar
Unsalted butter 30gram

1. Cairkan butter pada api perlahan.
2. Kemudian masukkan madu asli dan gaul sebati.
3. Masukkan serbuk koko 3 sudu besar , gaul hingga memekat..
4. Masukkan bubble rice gaul sebati.
5. Sudukan bubble rice ke dalam paper cup kecil dan bakar 10 minit suhu 150°C api atas bawah.
6. Sejukkan , dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba !😍

#deejahturn2solidfoodjournal
#khadeejahsolidfoodjournal
#2year2month
#bubblericeraya
#versibaby
Bekal deejah hari ni...

Pumpkin sauce :

1. Masak chicken feet stock homemade , agak2 nk brapa banyak..kemudian masukkan labu yang direbus dan lenyek halus, tambah sedikit air dan bancuhan tepung jagung sedikit. Akhir skali masukkan mix herbs. Dah siap! Sedap tau!

Wedges Ranggup diluar lembut di dalam :

1. Potong kentang, tak buang kulit pun boleh tapi kena basuh bersih2 ya.
2. Rebus kentang separuh masak, tak lembik tak keras. Cuci dengan air sejuk dan toskan.

Bahan tepung :

1. 2 sudu besar tepung beras, 2 sudu besar tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk kari, sedikit lada sulah dan lada hitam.
2. Bahagikan adunan tepung kepada dua, satu kering dan satu dibancuh dengan air utk salut kentang.
3. Salut kentang dgn bancuhan tepung, kemudian salut dengan adunan tepung kering dan goreng sehingga keperangan !

Siap ! Cicah dgn pumpkin sauce..

Deejah suka pumpkin sauce tu . Yay!

#deejahturn2solidfoodjournal
#khadeejahsolidfoodjourney
#2years3month
Japanese Fluffy Stick Pancake🥰

Mudah dan senang sahaja !

🥞 2biji telur
🥞 1/2 cup tepung gandum (unbleached)
🥞 3 sudu besar madu atau kurma ⚠️ Madu hanya 1 tahun ke atas

1. Asingkan putih telur. Pukul putih telur hingga gebu terhasil meringue.
2. Sebatikan kuning telur bersama madu dibekas yang lain.
3. Masukkan tepung di dalam adunan kuning telur.
4. Kemudian masukkan meringue ke dalam adunan tepung tadi dan kaup balik sehingga sebati. Adunan akan fluffy.

Selamat mencuba !

Free from soda bikarbonat dan serbuk penaik ! 🥰

#adminhbfm
#healthypancake
#deejahturn2solidfoodjournal
#2y1m
Sarapan deejah esok.. kudap - kudap 🥰

👩‍🍳 Labu 2 sudu besar *dilenyek*
👩‍🍳 Tepung Gandum unbleached 1/2 Cup Sahaja
👩‍🍳 Telur Gred A 3biji *asingkan putih telur dan kuning*
👩‍🍳 madu 3 sudu besar (1y)

1. Putarkan putih telur hingga terhasil meringue.
2. Kuning telur,madu,labu dan tepung sebatikan.
3. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung hingga sebati. Kaup balik sahaja.
4. Bakar satu bahulu dahulu untuk adjust suhu oven kita dan timing bakar.
5. Ummi bakar suhu 150°C 20-25minit, api atas bawah.. kalau nak lagi garing diluar boleh adjust masa bakar ya.

Selamat mencuba! Fluffy !

#bahulukids
#ummideejah
#deejahturn2solidfoodjournal
#menuraya #bahuluraya