Bayi Comel Sihat Ceria
484 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Pumpkin Cheese Pancake

Senang je cara buat..

Labu dikukus & lenyekkan
Campurkan dengan #Toddible #Brownrice powder @ boleh guna tepung gandum *pastikan guna tepung gandum yang "unbleached "
Kacau adunan, agak2 nak texture macam mana
Parutkan cheese
Panaskan pan, masukkan unsalted butter
Gorengkan pancake hingga masak.

(kalau bulat2 jadi cekodok, so ikut la nak bentukkan macam mana!) 🤗

#NaurahFood #FarahDiyana
#NaurahBreakfast

🥞🍌Banana & Raisin Oat Pancake 🥞🍌

Bahan:
🍌Pisang
🍌Kismis
🍌Tepung Gandum 2 sudu
🍌#Toddible Oatmeal Powder 1 sudu
🍌Sedikit air

Cara:
🥞Lenyek pisang hingga hancur
🥞Gaul sebati tepung gandum & oat
🥞*Tambah sedikit air jika adunan terlampau pekat.
🥞Masukan kismis dalam adunan
🥞Gorengkan diatas pan dengan mengunakan unsalted butter
🥞Siap! Hidangkan ikut selera 😆

#NaurahFood
#ToddibleOatmealPowder
#BreakfastIdea
Pandan Sangkaya versi Baby
------------------------------------------
Bahan-bahan:
Santan
Susu segar
Madu (1 sudu kecik)
Telur (1 biji)
Tepung Jagung (1 sudu besar)
Daun Pandan (8 helai)
Roti

Cara-cara:
1. Blend daun pandan.
2. Tapis air pandan. Ambil jus sahaja.
3. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau rata dulu, lepastu baru kacau di atas api perlahan.
4. Kacau rata sampai pekat likat. Siap.
5. Boleh hidang bersama roti yang dah dikukus selama 5 minit
6. Bila nak hidang, tambah susu segar dalam sangkaya tadi.
Minum petang is done 🤤🤤.

**Penggunaan madu untuk 1tahun ke atas.

#naurahfood
#minumpetang
#Naurahlunch today #10m

🌽Nasi Jagung & Ikan masak merah🐟

🌽Nasi Jagung
Beras+ cbb + jagung + air
Masak nasi macam biasa

🐟Ikan masak merah
Ikan tenggiri
Bawang merah
Bawang putih
Halia dihiris
Tomato paste
Carrot
Baby tomato

- Lumur ikan dengan kunyit, gorengkan ikan
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia
- Masukkan tomato paste
- Masukkan CBB & tambah air sikit
- Masukkan carrot & baby tomato
- Perasakan dengan serbuk ikan bilis
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
Siap!

#NaurahFood
#Lunchidea
Menu senang untuk makan petang Naurah.
Hihihi

Tempura Potato Wadges

🥔 Potong kentang bentuk wadges, rebus hingga empuk
🥔 Bancuh 2 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, sedikit lada hitam & serbuk bilis
🥔 Celup kentang tadi dalam bancuhan tepung
🥔 Gorengkan hingga garing
🥔 Siap

Naurah makan dengan mushroom spread Spreadbykakatanggo

#PotatoWadges #teatime #babyfood #NaurahFood #Naurahminumpetang
Salah satu cara untuk melegakan gusi bagi baby yang nak tumbuh gigi..

*Strawberry Popsicle*🍓
🍦Hirisan strawberry
🍦Susu (boleh guna fresh milk, FM, EBM)

Satukan dalam acauan ice cream, bekukan semalam! Siap..

Boleh ganti buah lain pun sedap.
Boleh tambah yogurt & madu (bg 12m)

#NaurahFood
#14m
Cheesy baked Potato 🥔

Sarapan pagi #NaurahAdreena

Bahan:
🌟 Kentang
🌟 Isi ayam
🌟 Carrot
🌟 Bebawang
🌟 Beqa cheese
🌟 Unsalted butter
🌟 Fresh milk

🚩Cuci bersih kulit kentang, belah 2 & kukus smpai empuk.
🚩 Korek isi kentang yang da empuk, campurkan unsalted butter & susu. Agak² sampai kentang lembut

🚩Untuk topping - Tumis bebawang, isi ayam & carrot. Boleh masukkan blackpaper jika suka.
🚩Campur bahan tumisan & isi kentang
🚩Masukkan isi dalam bekas kulit kentang tadi
🚩Tabur cheese & Bakar 180° 15 minit. Siap

#NaurahFood #NaurahBreakfast
Naurah punya breakfast pagi tadi.

Yogurt Mango Pancake

Bahan:
Unbleach flour
Fresh milk/formula milk
Natural yogurt
Honey
(bawah setahun tak perlu letak)
Mango

Cara:
Campurkan semua bahan. Gaul sebati
Masukkan mango dipotong dadu
Masakkan atas pan. Siap
Hiaskan dengan mango & honey.

#NaurahFood #NaurahBreakfast
🥑 Avoca-Dates Pancake (8m++)

Bahan:
Unbleach flour
Fresh milk
Avocado
Kurma

Cara:
🥑 Gaul sebati tepung & fresh milk
🥑 Masukkan puree avocado & kurma - *mummy just lenyek2 kan je.. Nak blend pun boleh.
🥑 Masakkan atas pan. Siap!

*Untuk 12m keatas boleh dihidangkan dengan madu 🍯

#NaurahFood #NaurahBreakfast
*10 RESEPI MENGGUNAKAN CHEESE*

*1) CENGKODOK KELAPA CHEESE 😋*

Minum petang/breakfast eshan hari NI. Sedap sangat kot sampai eshan fokuss betol makan tak toleh kiri kanan. 😅
tengahari tadi eshan makan chicken rice ball je. so petang dia habiskan semangkuk cengkodok tu.burppp.alhamdulillah. 😆

Resepi:
🧀1 cawan tepung gandum unbleached
🧀½ cawan kelapa parut
🧀2 sudu makan cream cheese tatura
🧀1 sudu madu (utk 1yr n above, boleh guna puree 🧀kurma juga)
🧀fresh milk
🧀minyak masak ( utk menggoreng)

caranya:
👉gaulkan sebati kesemua bahan di atas.
👉masukkan fresh milk sedikit demi sedikit, agak2 tidak terlalu lembik ya.
👉gorengkan di atas kuali sehingga masak kekuningan.

#12bulan

*2) Breakfast *POTATO CHEESE STICK* untuk Hafiy... Aummm! #1tahun4bulan

2 biji kentang (rebus sampai lembut)
Sayur sawi hiris
1 sudu besar tepung gandum (unbleached)
1 sudu besar tepung jagung
Lada sulah sikit
1 sudu besar cream cheese tatura

Gaul dan bentukkan memanjang

Goreng dengan minyak yang cukup panas.

*3)🍡BEBOLA NASI DAGING CENDAWAN CHEESE🍡*

Minum petang apa tu?

Alawiah tadi reject nasi. Minta nak makan telur rebus jer. Jadi petang ini Ida buatkan

Bahan2:
🍙 Nasi sesenduk penuh
🥚 Telur sebiji
🥄 2sudu kecil toddible sweet shallot
🥄 2sudu kecil toddible cheddar cheese
🥄2sudu kecil toddible grassfed powder


Cara²:
👩🏻‍🍳 Pecahkan telur dalam nasi dan tabur semua serbuk makanan toddible
👩🏻‍🍳 Kacau sebati dan sekata.
👩🏻‍🍳 Tambah sesudu tepung unbleached
👩🏻‍🍳 Bentukkan bebola kecil dan simpan dalam freezer 5minit
👩🏻‍🍳 Keluarkan, celup dalam telur dan goreng garing

Alisha pun minum petang makanan yang sama. Kongsi dan suap menyuap dua beradik ini.

Kalau anak susah makan nasi. Ini jer ubat dia. _rice ball_

Problem dia. Anak baru makan sesuap. Ibu dah dua ketul 🤣🤣🤣

#team_inspired_woman
#10bulan #2tahun
#alisha #alawiah

*4) POPIA MUSHROOMS CHEESE*

Bahan-bahan

Unsalted butter@ub (1 sudu makan menggunung)
Bawang holland (cincang)
Isi ayam (cincang)
Shitake mushroom (cincang)
Lobak (cincang)
Tepung gandum (5 sudu makan)
Cheese (beqa tasty-hijau)
Serbuk blackpepper
Serbuk bawang putih

Cara-cara

1. Cairkan ub dan tumis bawang dan lobak diikuti ayam
2. Gaul sehingga ayam separuh masak dan masukkan air
3. Masukkan mushroom dan biarkan mendidih
4. Bila lobak dah lembut masukkan tepung dan gaul lagi
5. Masukkan cheese, serbuk perasa
6. Gaul sebati dan tutup api.
Bila dah sejuk, boleh buat inti popiah dan letak cheese sebelum gulung. Nak leleh letak cheese lebih. Ibu letak sikit ja sebab leleh susah nuhumar makan. Goreng api perlahan dan toskan. Nuhumar makan 3 🤣

Ibu ad buat video boleh tengok dekat utube ibu link dekat bio. Tapi video biasa ja🤪🙈 Sekian, assalamualaikum 😘

#nuhumarfoodjourney

*5) CHICKEN MUSHROOMS CARBONARA* 🍜 for #Naurahlunch 🍴

🥣Bahan-bahan
Isi ayam
Cendawan butang
Carrot
Bawang holland
Bawang putih
Cheese block
Susu full cream /fm
1 sudu tepung gandum
Chicken powder untuk perasa
Sedikit unsalted butter + olive oil untuk menumis

Caranya,
1. Tumiskan bebawang yang dipotong dadu/ cincang
2. Masukkan isi ayam. Gaul hingga masak.
3. Masukkan sesudu tepung gandum, kacau laju2- Jangan sampai berketul.
4. Masukkan susu, kacau hingga sebati dengan tepung. *tambah air jika terlampau pekat.
5. Masukkan cendawan & carrot.
6. Perasakan dengan #Toddible chicken powder.
7. Masukkan cheese! Kacau hingga semuanya sebati. Siap

Boleh dimakan dengan pasta atau spegetti, cicah dengan garlic bread pun sedap! 🤤

Selamat mencuba.

#NaurahFood #toddlerrecipe #nosaltnosugar

*6) BERGEDIL KENTANG DAGING CHEESE*

• Ubi Kentang (disteam)
• Carrot (diparut)
• Daging Cincang (disteam)
• Cheese
• Daun Sup
• Telur (dipukul)

🍘 Lenyekkan ubi kentang, kemudian masukkan carrot, daging dan daun sup. Gaul rata kesemua bahan.
🍘 Bentukkan menjadi bebola, tekan dibahagian tengah dan masukkan cheese ke dalam kemudian tutup semula.
🍘 Celupkan ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan. Siap!

#AidansFoodJourney #BergedilDaging #BlwBaby

*7) CREAMY CORN DORAYAKI*

Menu #NaurahBreakfast tadi..

Mudah j
e nak sediakan filling, gaul sebati unsalted butter, cream cheese dan jagung..

Ambik sekeping roti, letakkan filling ditengah, tutup dengan sekeping lagi roti, kemudian tekapkan dengan cawan.

Kemudian, grill sekejap atas pan. Siap.. 😊

Mummy punya breakfast? lebihan kulit roti buat dorayaki Naurah tu lah.. Mummy is redha.. Tak mau membazir... Hahahah

#NaurahFood
#BreakfastIdea

*8) TUNA MAC & CHEESE*

(Sesuai untuk bayi #10bulan ke atas)

🎌 tumis bawang putih (crushed) dengan unsalted butter.

🎌 masukkan fresh milk dan sikit tepung untuk lebih pekat. Boleh campurkan chicken bone broth kalau suka.

🎌 masukkan sayur yg disukai. Mama masukkan carrot and zucchini. And sikit daun bawang. Masak sampai agak pekat and siap. Biarkan sejuk.

🎌 masukkan tuna chunks dalam muffin tray. Masuk macaroni. And letak kuah yg dah siap td (pastikan dah sejuk). Letak sikit telur. And tabur cheese. Then bakar sampai masak. Siap.

Resepi : syida dea lurve'a

*9) 🍵 CHEESY MUSHROOM SOUP WITH GARLIC BREAD 🥖*

Bahan Mushroom Soup :
🍵 shitake mushroom
🍵 garlic and onion
🍵 cream cheese
🍵 corn flour
🍵 unslated butter

Cara :
🎈 Letak unsalted butter dan tumis garlic and onion sampai naik bau
🎈masukkan shitake mushroom , gaul sampai sebati dengan semuanya
🎈masukkan air sedikit dan cream cheese , akhir sekali masukkan corn flour ..
🎈blend kesemuanya

Bahan Garlic Bread :
🥖 wholemeal bread
🥖 garlic
🥖 unslated butter
🥖 parsley

Cara :
🎈 cairkan unslated butter dan masukkan onion
🎈masukkan garlic kedalam mangkuk
🎈masukkan unsalted butter dan gaulkan bersama garlic
🎈sapukan ub + garlic ke roti
🎈bakar dalam pemanggang ajaib/oven

P/s: corn flour jiha bancuh dengan air dulu sebelum masuk dalam pan..

#breakfast
#menukayyisa

*10) PIZZA* khas untuk #NaurahAdreena minum petang. Simple je buatnya..

Bahan:

(Base)
Tepung gandum (unbleached)
Yis 1sudu besar
Susu full cream
Madu
Unsalted butter
Air suam

1. Satukan yis dan madu dalam mangkuk bersama air suam.. (air agak2, jangan banyak) Biar sampai berbuih.
2. Campur tepung, butter (cairkan) dan susu sehingga sebati.
3. Masukkan yis yg telah kembang
4. Uli tepung sehingga tidak melekat ditangan. Kalau lembik tambah tepung sikit sikit.
4. Biarkan aduanan kembang dalam 15 minit, lepastu boleh canaikan.

Bahan topping :

• Cheese parut beqa
• Tomato paste yang telah ditumis semula hingga kering bersama mix herb dan lada hitam.
• Isi ayam (goreng tanpa minyak hingga masak)
• Cendawan
• Capsicum

🔥 Oven panaskan dulu, bakar pada 170° ~ 20minit

#naurahfood #pizza #babypizza #minumpetang #nosalt #nosugar