Bayi Comel Sihat Ceria
481 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
Aina dan kek berpisah tiada. Kalau mami buat kek, selera makan dia makin bertambah. Sempena anniversary mami n papa, mami buatkan aina kek kurma + kismis.

Resepi kek kurma + kismis:

πŸ₯§ 1 cawan tepung gandum (unbleached flour)
πŸ₯§ 4 biji kurma dicarik
πŸ₯§ 1 biji telur
πŸ₯§ 1/4 susu fernleaf / fresh milk
πŸ₯§ 2 sudu makan minyak
πŸ₯§ 2/3 cawan air
πŸ₯§ Sedikit kismis untuk topping

Cara2:

1. Campur semua bahan kecuali kismis dan gaul hingga sebati.
2. Oleskan minyak pada bekas n tabur kismis. Kemudian, masukkan adunan tadi.
3. Bakar pada suhu 150Β°C selama 30minit.
-nak kukus adunan pun boleh.
Harini 22 September, 1st birthday Aniq MifzalπŸŽ‰ 1 tahun

Kek 4 bahan versi babyπŸ‘Ά

Ibu buatkan Strawberry Cheesecake. Yg penting ❌sugar ❌salt supaya baby pon boleh makan. Kalau beli di kedai rasa membazir pulak, ibu ayah je yang ngapp kan? Padahal nak celebrate birthday anak. 😝

Cheesecake

Bahan-bahan
πŸ“ 125g Tatura cream cheese
πŸ“ 3 biji telur
πŸ“ 5 sudu fresh milk

Cara-cara
🍰 Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur menjadi merigue. (Adunan A)
🍰 Pukul cream cheese, susu dan kuning telur sehingga sebati di dalam bekas yang berasingan. (Adunan B)
🍰 Kaup balik adunan A dan B tersebut.
🍰 Masukkan dalam loyang yang telah dilapik baking paper.
🍰 Bakar dengan suhu 160 selama 45 minit. Teknik water bath. Bergantung kepada oven masing-masing. Boleh ejas suhu & masa.

Cream cheese frosting

Bahan-bahan
πŸ“ 125g Tatura cream cheese
πŸ“ Strawberry 5 biji @ secukupnya

Cara-cara
🍰 Pukul cream cheese hingga creamy.
🍰 Masukkan strawberry dan pukul sebati. Jangan hancur sangat.
🍰 Sapu atas kek dan hias ikut kreativiti.
hye mommy2. harini mommy hayfa khaira firstime buat mashed potato bercheese πŸ˜‹ yummmyy. habis licin satu pinggan ni si kecik makan πŸ˜‹ ni masakan memikat selera hayfa khaira πŸ˜‚

RESEPI MASHED POTATO BERCHEESEEE πŸ˜‹

√ kentang
√ susu full cream
√ cheese tatura

1) rebus kentang sampai lembut pastu tumbuk2 kan pakai senduk je. hee.

2) Masakkan susu full cream bersama satu sudu cheese

3 ) dah agak2 masak susu tu siram bersama kentang tu. its done πŸ˜‹

#hayfakhairafoodjourney 😘
#8months28days πŸ˜‰
Ayam masak kurma. Hope he likes it! 😘

1. EBM (3oz x 2 bottles)
2. Fresh milk (3oz x 1 bottle)
3. Nasi lembik
4. Ayam masak kurma
5. Bayam goreng
6. Roti telur
7. Snacks (puffs, rice cake, organix finger food) #multigrain #fawwaz cereal
8. Air

Resepi ayam masak kurma:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia (kalau rajin boleh masukkan 4sekawan)
- masukkan rempah kurma (dibancuh dengan air)
- biar sampai naik bau
- masukkan ayam, kentang, carrot
- masukkan susu segar/santan (saya guna freshmilk
- biar sampai masak. Siap

Baby saya umur setahun. Tapi menu ni boleh dah 9m keatas.
*Bagus ke jus buah untuk anak anak?*

Tahukah anda 2 biji orange menghasilkan 1/2 cawan jus orange?

Semestinya untuk minum 4 oz orange jus lebih mudah dari makan 2 biji orange kan?

Tapi tahukah anda kandungan jus buah ini hanyalah kandungan gula dan tiada fiber?

Fiber dari whole fruits sangat penting untuk sistem penghadaman.

Jika anda mengamalkan jus untuk anak semata mata ia seolah anda memberikan air gula.

Paras gula akan naik secara mendadak dan kesan terhadap anak menjadi hyper aktif.

Makan whole fruits adalah terbaik berbanding jus buah tapi jika ingin beri jus pastikan jangan lebih dari 4 oz sehari.

#tipshernyhafiz
Gara- gara Aisyah berebut dengan orang lain nak makan mee rebus.
Harini dari tengahri #aisyahmakan spaghetti aja sampai ke dinner.
.
.
Best tengok sarah Aisyah makan.
Buka mulut aja. Tak nyempat nyempat Umi nak suap. Sampai habis semangkuk. Boring doh kut makan bubur jer setiap hari.
.
.
Umi tilik satu- satu spaghetti nak bagi kat Aisyah ni. Spaghetti dari adabi ni jer ikut piawai #nosaltnosugar hahaha.
Jenis lain semua ada garam.
.
.
Aisyah makan dengan kuah sup versi Aisyah
.
.
Umi tumis bawang putih + bawang merah + sikit lada hitam.
Letak isi ayam dan tulang- tulang ayam nak bagi rasa lagi ummmpph
Masukkan sayur carrot bersama dengan bunga kobis
Dan penambah rasa.
Umi letak serbuk ayam+ serbuk keju + serbuk sayuran dari #ibuanis
Satu lagi tertinggal. Sup bunjut. Ni sekejap aja. Lepas bau sup. Umi angkat ketepikan
.
.
Spaghetti dah lembut. Umi letak jer kuah sup ni dlam spaghetti tu. Sedap wehhh. Berselera lain maciamm #Sarahaisyah12months makan.
.
.
Kredit : Ct Natrah Che Kamaruddin
Rahel’s Lunch : Fish & chips (ala KFC)

Bahan - bahan :
1. 1 cup unbleached flour
2. 1 tsp serbuk black pepper
3. 1/2 tsp garlic powder
4. 1 biji telur
5. 1 cup fresh milk/full cream milk/FM
6. Kentang
7. Ikan dori

Cara-cara :
1. Bancuh telur dalam susu. Ketepikan
2. Gaul tepung gandum, serbuk black pepper & garlic powder hingga sebati.
3. Potong ikan dori bentuk jejari, celup dalam bancuhan susu/telur & celup dalam adunan tepung
4. Repeat Step 3 & goreng
5. Potong kentang bentuk jejari, rendam dalam bancuhan susu/telur seketika sementara tunggu ikan masak
6. Repeat Step 3 & 4 untuk kentang
7. Untuk sos cheesy pumpkin, steam labu, sagat 2 jenis cheese (bega hitam & bega merah), tambah air panas & blend. Air lebih sikit supaya tekstur sikit runny.

Tak ada video Rahel makan sebab Rahel tengah tidoq.

Adunan tak lawa sebab buat dalam keadaan Rahel melalak macam kena pukul. Sampai keluar air hidung la punya sayu ibu dia tinggai dia p berperang.......... dekat dapoq πŸ˜ͺ

#8bulan
selalu biskut kurma ibu buat untuk ariana. harini restock biskut cikebum nie guna puri ciku. πŸ˜…
byak sgt atok kasi ciku. dah masak ranum buang kulit blend byak2 buat puri.
google2 khasiat dia byak upenya. terhasil lah biskut ciku. sedap rupanya rasa dia sama kurma sbb manis kan. anak ibu pn suka..

RESEPI BABY COOKIES CIKUπŸͺ
πŸ’“1/2 buku unsalted butter (Anchor laila guna)
πŸ’“2 cawan tepung gandum
(unbleached flour) laila guna faiza
πŸ’“2 sudu tepung jagung
πŸ’“puri ciku (ikot kemanisan)
puri lain pn boleh kismis ke puri pisang ke.

CARA-CARA
πŸ’“pukul unsalted butter smpai kembang..
πŸ’“masukkan puri ciku
πŸ’“masukkan tepung gandum dan jagung
πŸ’“uli sampai doh x melekat di tangan dan bentukkan sesuka hati
πŸ’“bakar pada suhu 170Β° selama 15- 20 minit smpi keperangan
πŸ’“sejukkan dan masuk dalam bekas kedap udara.
πŸ’“serius wangi. dan makan cair dmulut.
πŸ’“sesuai 7m+ above
πŸ’“sebagai kudapan dan teething biscuit.
#ArianaFoodJourney#
#EatCleanFood#
#gNoSugarNoSaltNoMsg#
#10month#
DAY 539

Menu harini by abah Muhammad Akmal Bin Ayub 😁 mummy intai intai je 😎

SOTONG SUMBAT TELUR
======================

Inti Sumbat :

1 biji telur
Carrot (diparut)
Serbuk ikan bilis sedikit
Bawang kecik (dipotong dadu)

πŸ™ Campurkan semua bahan dan goreng hancur.

Sambal Sotong :

2 ekor sotong
Bawang Putih & Bawang Merah & 1 biji tomato (diblend)
1sk paste cili kering / paste capsicum
Serbuk ikan bilis

πŸ™ Sumbatkan sotong dengan telur yang telah dimasak dan cucuk dengan pencongkel gigi / lidi.
πŸ™ Kemudian tumiskan bahan yang diblend bersama paste cili/capsicum dan serbuk ikan bilis sehingga naik bau.
πŸ™ Masukan sotong yang telah disumbat dengan telur, masak hingga sambal pekat.
πŸ™ Angkat dan hidangkan.

#AidansFoodJourney #18months
AYAM MASAK MERAH BERYOGURT 🧑

Alhamdulillah.. Rezeki eshan hari ni.
lately masakan warna merah² cenggini pulak yg jadi favret dia. takpe.. mami onzz je masak utk anak mami ni. ☺️

RESEPINYA:
-----------------------------------------
πŸ”Bawang merah (hiris)
πŸ”Bawang putih (hiris)
πŸ”3 sekawan
πŸ”Tomato paste homemade
πŸ”CBS
πŸ”Yogurt full fat
πŸ”Isi ayam
πŸ”Carrot
πŸ”Sawi pak choy

CARANYA:
-------------------------------------
✳️Isi ayam dilumurkan dengan kunyit dan gorengkn sehingga separuh masak. Angkat dan Ketepikan.
✳️Kemudian, ambil carrot dan gorengkan sehingga lembut... Angkat dan ketepikan.
✳️Lebihan minyak yg digunakan utk menggoreng td boleh digunakan utk menumis bebawangs dan 3 sekawan hingga naik bau.
✳️setelah itu, boleh masukkan pes tomato homemade dan juga CBS. Biarkan hingga pecah minyak.
✳️Masukkan yogurt dan sedikit air dan biar hingga mnggelegak.. barulah masukkan ayam yg di goreng td bersama carrot...
✳️last sekali, masukkan sawi pak choy dan boleh padamkan api.

#EshanFoodJourney
#Budak2Pusar #10bulan
Cheesy baked Potato πŸ₯”

Sarapan pagi #NaurahAdreena

Bahan:
🌟 Kentang
🌟 Isi ayam
🌟 Carrot
🌟 Bebawang
🌟 Beqa cheese
🌟 Unsalted butter
🌟 Fresh milk

🚩Cuci bersih kulit kentang, belah 2 & kukus smpai empuk.
🚩 Korek isi kentang yang da empuk, campurkan unsalted butter & susu. Agak² sampai kentang lembut

🚩Untuk topping - Tumis bebawang, isi ayam & carrot. Boleh masukkan blackpaper jika suka.
🚩Campur bahan tumisan & isi kentang
🚩Masukkan isi dalam bekas kulit kentang tadi
🚩Tabur cheese & Bakar 180° 15 minit. Siap

#NaurahFood #NaurahBreakfast
*CHICKEN GRILL BROCCOLI SAUCE* ============================

β€’ Ayam
β€’ Serbuk Ayam
β€’ Serbuk Lada Hitam

πŸ— Perapkan ayam seketika kemudian grill hingga masak. Ketepikan.

β€’ Broccoli
β€’ Bawang Kecil
β€’ Bawang Putih
β€’ Unsalted butter
β€’ Air

πŸ₯¦ Tumiskan bebawang dengan unsalted butter hingga naik bau.
πŸ₯¦ Masukkan broccoli dan sedikit air.
πŸ₯¦ Blendkan. Hidangkan bersama ayam grill.

#AidansFoodJourney #10m #repost
Oats & dates pancake.. Simple tapi sedap n paling best farhah makan banyak sangat.. Best tengok..maknye pon makan banyakπŸ˜†
πŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯ž
1/2cwn Susu full cream/fresh milk
Telur sebiji
1sk esen vanilla
2sb pati kurma/pure kurma
1sb madu
2sb rolled oat
4sb Unbleached flour
2sb minyak/unsalted butter(cairkan)
πŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯žπŸ₯ž
Blend semua sampai sebati n masak atas non stick pan.. Siap✌
#menufarhah
#12bulan
assalammualaikum 😊. first try buat alhamdulillah menjadi. Aqil pn suka makan sekali dgn mama n ayah pn bedal jugk 🀭. so sesaja la nk kongsi resepi. sesuai untk parent yg nk ksi ank mkn finger food 😊.

breakfast Aqil Yusuf pagi nie :-
*NUGGET AYAM SALUT TELUR*
bahan2:
-bawang holand
-bawang putih
-isi ayam
-3sb tepung high protein (bley kurgkn klau nk ksi lembut skit )
-sebiji telur

cara2:
1) blend semua bahan diatas (xpyh msuk air ye).
2) kukuskan selama 10 minit
3) bentukkan ikut kreativiti
4) panaskan minyak kemudian celup nugget dlm telur pas2 gorengkan sahaja. (lpas celup tlur tu klau nk gaulkan dgn breadcrumb pn bley aje)
5) bila nmpk keperangan maka siap sudah untk dihidangkan

*nugget yg lebih bley dibekukan untk greng kemudian.selamat mencuba 😘
#AnakFirst
#10m5d
BROKOLI GORENG CRISPY
**********

Mommy, Kak Elin ada menu best untuk minum petang bersama anak2 ni.

Mudah je nak buat.

--> Brokoli potong kecilΒ² Nak cepat masak potong nipis pun boleh.
--> Celup dengan telur yang dah dipukul.
--> Salut dengan bread crumbs/ tepung ayam goreng/ tepung jagung.
--> Kemudian goreng.

Rasa dia macam mana Kak Elin? 😁😁
Macam Ayam kepsi taw πŸ˜πŸ˜†πŸ˜

Jom buat pasti anakΒ² suka

Kredit: Ibu Nurul Huda Mohd Salleh.

#MomsNestPasirGudang
#ResepiMakananBaby
Ramai jugak mommies yang tnya macammana nak buat bila baby reject xmo makan sebab tumbuh gigi.

Caranya mudah jer..boleh buat popsicles atau pun aiskrim daripada susu ibu atau buah2 yang baby dah pass. Bagi baby hisap2 jer untuk legakan gusi dia tu.

8 bln dah boleh intro yogurt, so blend la skali buah tu dengan yogurt. Nak bekukan masukkan skali susu ibu atau susu formula.

Haa..senangkan? Harap tips ni dapat bantu mommies.

Oh ye.. aiskrim tu bole jugak add on dengan #barleypowder #ibuanis. Barli seawal 6 bulan dah boleh beri baby. Barli meredakan suhu demam juga. Mudah..hanya ambil sesudu dua, tambah air panas, kacau² siap. Sedap dan berkhasiat 😊

#serbukbarli #pantas #byibuanis #πŸ“²admin
First time masak camni dekat Ruzayn.. ni resepi arwah nenek tqah.. tqah pon suka dulu kalau g rumah Mak je kalau ade lauk ni memang bertambah-tambah makan.. suprisingly Ruzayn pon suka.. nasi licin siap tambah lagi.. tqah modify sikit resepi tambah tomato.. kalau arwah Mak dia tumis bawang dengan air asam jawa perasakan dengan garam n gula.. ok refer resepi kat bawah key!
.
*Tenggiri Masak Asam*
- tumiskan bawang merah yang dihiris dengan sedikit minyak
- masukkan tomato
- biar bawang & tomato layu sedikit dan masukkan daun limau purut
- then masukkan air perahan asam jawa
- tqah tambah chicken bone broth 1 bekas untuk bg perasa sebab kita tak add garam/gula kan
- then tqah masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng & sehelai daun ketumbar jawa (optional)
- siap boleh makan dengan nasik panass.. kalau adult version ltk cili padi picit masa makan 🀭.. lagi best ltk bawang buat sayur.. πŸ˜‚
.
#ruzayneat #babyfood #malaysiababyfood #blw #blwmalaysia #blw #babyfoodmalaysia #10m
*Padprik kids friendly* - 10m++
.
- tumiskan bawang merah & putih
- masukkan daging/ayam/seafood(1y)
- masukkan daun limau purut
- masukkan tomato paste & beef bone broth @bytqahnasir - masukkan sayuran keras seperti carrot
- boleh ditambah capsicum & bunga kobis
- tunggu sayuran lembut & sedia untuk dihidang .
#gengmemasakuntukanak #kelabmakananbayidankanakkanak #resepibytqahnasir