Bayi Comel Sihat Ceria
482 subscribers
1.69K photos
26 videos
20 files
96 links
Perkongsian resepi pemakanan bayi
Download Telegram
#GroomyRecipe

#yazleenmakan

Cekodok Labu & Bilis
.

Bahan2: .
▪️Orgran All Purpose Flour (Gluten Free) .
▪️Labu
▪️Serbuk Bilis #groomy

Cara Msk: .
▪️Labu steam/rebus, toskan & lenyek
▪️Masukkan Serbuk Bilis
▪️Masukkan Tepung sikit2 sampai blh dijemput2kan
▪️Goreng .

Ain bentukkan jd leper & besar supaya aleen senang pegang sendiri
Actually lbh krg sama je mcm buat cekodok biasa cuma ain xde letak garam etc.
Utk aleen ain guna gluten free all purpose flour sbb dia allergic to gluten
Tpg ni sesuai jgk utk yg allergic to dairy or eggs
.
#Repost @ain.amykamal

#groomyrecipe
#babyfood
#organicbabyfood
#resepicekodok
SERBUK BILIS SEDIA DIMAKAN GROOMY kaya dengan omega-3 asid lemak, protein, vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kecekapan metabolisme sel dan pembaikan tisu penyambung dan pertumbuhan semula. ia berfungsi sebagai garam semulajadi dalam bubur bayi.

Tabur Secukup Rasa!
•100g (Hidangan per botol = 33)
•RM25 Sem / RM27 SS

Ibu-ibu tak perlu rendam, tos, sangai, kisar, tapis dah..hanya buka penutup dan tabur-tabur dalam makanan bayi 😊
.
🌸 HALAL ORGANIC
🌸 Muslim Bumiputera Brand
🌸 No Preservative or stabilizer.
🌸 No additive, sugar or salt
🌸 Safe for baby
🌸 Ideal choice for 1st solid food
.
Berminat? boleh pm admin 💕
Nak share serbuk perisa dari Groomy ni. Dalam perasa Groomy ada;
.
Ada serbuk labu organik,
Ada serbuk bilis,
Ada serbuk ayam,
Ada serbuk keju,
Ada serunding salmon,
Ada daging lembu berlada,
Dan last sekali serbuk sayuran campur organik.

Dua perisa organik dan yang lain semua dari bahan semulajadi. Semua serbuk ni memudahkan penyediaan sarapan/breakfast/travel/makanan bayi hari-hari. JIMAT masa dan TENAGA. Nak tahu lebih lanjut? Boleh pm admin 🌹
Resepi Pear Pie Roti

8 month

Bahan
Roti wholemeal
Buah pear 1 biji
Kuning telur

Caranya
🍞 roti belah dua dan potong kulit tebal tu
🍞 leperkan roti bagi nipis
🍞 sapu kan pear yg dah di lenyek atas roti
🍞 lapikkan roti atas pear tadi
🍞 tekan hujung2 roti dengan garpu dpn dan belakang bagi tak terbuka
🍞 sapu kuning telur dpn belakang roti
🍞 sapu sikit minyak boleh bakar guna pan non stick

Kredit to : Nur Aishah La
CARA MEMANASKAN FROZEN PUREE

dah prepare puree over the weekend kan?
Hari ni nak bawa bekal ke rumah pengasuh.

Jom belajar cara-cara nak panaskan frozen puree.

Tips & Trick : nak cepatkan panaskan puree, sebelum tido keluarkan dari freezer letak di chiller.

Semoga bermanfaat.

Jangan Lupa Klik Share ☺️

#sharingbymommyHS
#mommydanhaarra
#byshazanasir
Dinner Cik Zara..
Mama tersuka sangat2 pulak🤭😍

Mashed sweet potato cheese with Dragon sos Versi mama Cik Zara👩‍🍳🤭 yummy 😋

Resepi 👩‍🍳💕

🍓 Sweet potato Purple
🍓 Dragon fruit
🍓 Cream cheese
🍓 Yogurt

Cara²

Steam sweet potato Dan Lenyetkan potato sampai Hancur and letak cream cheese Dan kacau sampai semua sebati and bentuk Kan sesuka hati mummy 😊🤭
Sos buah naga blend Kan buah naga dgn sedikit yogurt Dan tuang Atas mashed sweet potato tadi..siap🤗

#IzzZaraFoodJourney💞 #8m
*RESEPI JAGUNG MANIS CHEEZY BUTTER*

• Jagung
• Unsalted Butter
• Tatura Cheese

🌽 Hiris jagung, kemudian steam.
🌽 Dah siap steam, angkat dan gaulkan bersama butter dan tatura cheese.

So nyummy!

#AidansFoodJourney #10m
#8m
*Mango pie*

Sekeping roti wholemeal dipotong bahagian tepi.

potong kpd 2 bahagian.

Masukkan mango yg dicincang. Tekan² tepi pakai garfu. Goreng dgn minyak sikit & siappp 😚
#8m
*Puding buah*

Mango + avocado
Plum + mango
Avocado + plum

Caranya
Agar-agar tali dimasak dgn air putih biasa. Dah siap masak, campur je buah2 yang telah di blend. Sejukkan.
Day 299

MIX FRUITS with COUS COUS (7M+)
========================

Bahan Bahan
• Cous Cous 3sudu besar
• Buah Buahan (plum & dragon fruit)

Cara Cara
🍙 Rebuskan cous cous hingga kembang, angkat dan toskan
🍙 Hidangkan cous cous bersama dragon fruit & plum

#AidansFoodJourney #gengmemasakuntukanak
#babysolidfood
7 Khasiat Kus Kus atau Cous Cous

Kus kus atau couscous mengandungi pelbagai nutrisi seperti karbohidrat dan protein. Juga kaya dengan fiber, vitamin, mineral dan selenium
Couscous tinggi sumber antibakteria dan antiviral.

Antara khasiat couscous ialah

1. Membantu mencegah risiko penyakit seperti penyakit jantung , strok dan kanser.

2. Membantu membaiki sel rosak di dalam tubuh, mengurangkan keradangan, dan merendahkan kadar kolesterol.

3. Membantu meningkatkan antibodi tubuh

4. Membantu menstabilkan gula dalam tubuh.

5. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

6. Mengurangkan risiko sembelit dan memudahkan penghadaman.

7. Membantu menggalakkan pertumbuhan otot

Di #groomy kita ada organics couscous yang telah siap diproses dalam bentuk serbuk supaya mommies mudah sediakan makanan si manja. Hanya add on air panas sahaja, ready to eat.

Mommies bole juga add on couscous dengan bubur, puri buah dan ayam juga.

Berminat hendak dapatkan kus kus? Boleh pm admin 🍓
*BILAKAH SEPATUTNYA SAYA MEMBAWA ANAK SAYA BERJUMPA DOKTOR GIGI?*

Kebanyakan ibu bapa yang prihatin sering bertanyakan soalan ini.

Ada sebilangan ibu bapa yang kurang pasti bilakah sebenarnya waktu yang paling sesuai untuk membawa anak mereka pergi ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan gigi.

Antara alasan yang sering diberikan oleh sebahagian ibu bapa yang merasakan mereka tidak perlu membawa bayi mereka ke klinik gigi lagi adalah:

1️⃣ Gigi anak mereka belum tumbuh sepenuhnya.

2️⃣ Bimbang anak mereka akan menangis ketika diperiksa kerana masih kecil.

Masa yang ideal bagi lawatan pergigian pertama anak anda ke klinik gigi sepatutnya dilakukan ketika gigi pertama mereka tumbuh iaitu ketika usia anak sekitar 6 bulan.

Biasanya bagi kebanyakan kanak-kanak ketika berumur 6 bulan, gigi pertama mereka sudah mulai tumbuh.

Dalam tempoh ini, doktor gigi dan juruterapi pergigian akan:

1️⃣ Memeriksa keadaan gigi dan mulut secara keseluruhan bagi mengenalpasti sebarang keadaan yang tidak normal (jika ada) di peringkat awal.

2️⃣ Mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda dan juga perkara-perkara lain yang anda perlu lakukan di rumah untuk menjaga kesihatan gigi anak anda secara keseluruhan. Langkah ini sangat penting kerana inilah langkah pencegahan yang paling mudah dan paling berkesan untuk mencegah terjadinya kerosakan gigi anak anda. Gigi perlu dijaga sebaik mungkin sejak ia mulai tumbuh agar kerosakan tidak mudah terjadi.

3️⃣ Menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti minum susu dalam botol serta membiarkan anak tertidur dengan botol susu, menghisap ibu jari dan juga puting kosong. Tabiat ini jika dilakukan oleh anak anda perlu dikesan sejak awal agar langkah bagi memberhentikan tabiat ini boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengurangkan risiko terjadinya kerosakan gigi serta gangguan susunan gigi anak anda kelak.

Untuk pengetahuan semua, setiap bayi yang dilahirkan akan dibekalkan bersama dengan Buku Rekod Kesihatan Bayi Dan Kanak-Kanak iaitu buku berwarna biru untuk bayi lelaki dan buku berwarna merah jambu/pink untuk bayi perempuan (Rujuk gambar).

Jika anda merujuk kepada buku rekod tersebut, ada bahagian tertentu yang dikhususkan untuk pemeriksaan kesihatan pergigian iaitu pada halaman berikut:

1️⃣ Halaman 49-50 = Pemeriksaan pergigian untuk bayi ketika berumur 0-9 bulan.

2️⃣ Halaman 68-69 = Pemeriksaan pergigian untuk anak ketika berumur 10-23 bulan.

3️⃣ Halaman 80-81 = Pemeriksaan pergigian untuk anak ketika berumur 2-4 tahun.

Anda boleh menyemak di halaman-halaman tersebut pada buku rekod anak masing-masing bagi melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul terhadap anak-anak anda untuk anda amalkan di rumah.

Jadikan juga buku rekod tersebut sebagai “planner” atau peringatan buat anda agar tidak lupa untuk membawa mereka bagi mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Adalah lebih baik untuk anda membawa anak kecil anda bagi mendapatkan pemeriksaan gigi seawal usia yang mungkin. Dan bawa juga anak anda untuk pemeriksaan gigi secara berkala setiap 6 bulan sekali. Jika lebih kerap adalah lebih baik lagi.

Langkah ini selain membolehkan doktor gigi memantau keadaan dan pertumbuhan gigi anak anda, juga dapat membiasakan diri anak anda dengan persekitaran klinik gigi. Hal ini secara tidak langsung dapat dijadikan latihan bagi mempersiapkan diri anak anda bagi menerima rawatan pergigian secara berkala apabila mereka besar kelak dan tidak lagi memberikan alasan “takut untuk berjumpa dengan doktor gigi”.

Oleh yang demikian buat ibu bapa sekalian, jika ada di kalangan anda yang masih belum membawa anak-anak anda ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan pergigian, lakukanlah mulai hari ini. Jangan bertangguh lagi dan membiarkan kesihatan pergigian anak anda terabai kerana ibu bapa yang baik ialah ibu bapa yang menjaga kesihatan anak mereka dengan baik termasuk hal-hal berkaitan kesihatan pergigian.

Semoga bermanfaat!

_~ Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~_
_Pegawai Pergigian KKM_

#DakwahGigi
RESEPI OAT BANANA DRAGON FRUIT

(Sesuai untuk baby 7 bulan ke atas)

Bahan2 :
💞 rolled oat organic
💞 dragon fruit
💞 banana
💞 kismis
💞 evoo

Cara2 :
💞 Rendam rolled oat bersama lemon dan sesudu tepung

💞 Buang air rendaman dan toskan. Masuk oat yang dah ditoskan ke dalam periuk bersama air (ikut kuantiti oat). Masak sampai kembang.

💞 Masukkan dragon fruit,kismis dan pisang.Gaul sebati dan tutup api.

💞 Bila dah sejuk masukkan evoo sesudu dan blend.

💞 sedia dihidang

#babyrolledoat
#baby7month
#menukayyisa
Resepi Cekodok Untuk Anak Picky Eater

Ayam *blend
Carrot *potong halus
Bawang *potong halus
Daun sup *potong halus
Cheese *potong halus *optional tak nak buh pun tak pe
Nasi *blend

* Korang nak tambah benda lain macam kentang ke ape ikut suka. Pun boleh.

Ayam
Nasi
*blend halus pastu campur sekali dengan bawang/carrot/cheese/daup sup tadi. Letak tepung gandum sikit. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, *garam pink himalaya. Gaul je macam korang nak buat cucuq tu. **garam pink utk 1 thn ke atas je ye!

Goreng bulat bulat. Siap untuk dingap. Rangup di luar lembut di dalam.

Kredit resepi : Lyne Alyna
Zat besi
Homemade Chicken Sausage
.
Bahannya.
🔸isi ayam
🔸bawang merah && bawang putih
🔸lada hitam
🔸lada putih
🔸oregano
🔺qty ikut suka / kesesuaian
.
🔹kisar kesemua bahan shingga halus
🔹menggunakan plastic , buat bentuk sosej
(kalau ada piping bag dan cling film lg elok)
🔹kukus 10-15 minit
🔹then goreng , siap !
🔺selepas kukus boleh simpan di freezer .
bila bila anak nak makan bolehlah goreng atau bakar .
.
Bole pakai cling film atau plastic ice cream

Yang ni pakai tangan je . Sesuai untuk 8 bulan ke atas

Resepi : maymay muhd
#8m
.
DAY 346
.
SOFT TOFU - PUREE RED APPLE
===========================
• Soft Tofu
• Puree Apple

🍙 Steamkan tofu 10 minit.
🍙 Hidangkan bersama puree apple.
.
.
Kredit: Farhana Mohamad
#AidansFoodJourney
#Menusimpleuntukanak
#Menu10minit
#gengmemasakuntukanak
#babysolidfoodmalaysia
#roadto1year