SufiHub (Bahasa)
158 subscribers
559 photos
11 videos
4 files
84 links
Download Telegram
🌹Yang Terbaik Di Kalangan Manusia🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
16 Mei 2025/ 18 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.


BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ
(Qur’ān 49:13).
‘Yā ‘Ayyuhān-Nāsu ‘Innā Khalaqnākum Min Dhakarin Wa ‘Untha Wa Ja’alnākum Shu’ūbāan Wa Qabā’ila Lita’ārafū Inna ‘Akramakum Inda Allāhi ‘Atqākum’,
"Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa." ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.

Allāh ‘Azza wa-Jalla Menciptakan manusia dalam pelbagai jenis; ada yang hitam, ada yang putih, ada yang kuning dan ada yang merah. Perangai mereka juga berbeza, Firman Allāh ‘Azza wa-Jalla. Ia adalah dengan Kebijaksanaan Allah ﷻ. Dia ﷻ melakukan apa yang Dia ﷻ Kehendaki. Dia ﷻ Mengetahui Hikmah KebijaksanaanNya ﷻ sendiri.

Orang-orang bertanya kepada diri sendiri siapa yang terbaik di antara mereka. Yang terbaik adalah yang terbaik di sisi Allah ﷻ. Orang yang dianggap baik di antara mereka ialah orang yang mereka inginkan faedah dan manfaat. Tetapi di sisi Allah ﷻ ia adalah orang-orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud menjauhi kejahatan, melakukan kebaikan, menjadi orang yang baik. Itulah orang yang paling baik di sisi Allah ﷻ. Orang yang baik di sisi Allah ﷻ juga baik di kalangan manusia.

Tetapi apabila dia buruk di sisi Allah ﷻ, dia boleh mempunyai seberapa ramai orang di sekelilingnya sesuka hatinya, atau orang yang mengaku mencintainya, tidak ada faedahnya. Kerana cinta sebegitu adalah cinta untuk manfaat. Cinta kerana Allah ﷻ adalah berbeza, dan cinta kerana (mengharapkan sesuatu) manfaat adalah berbeza. Akhirnya dalam cinta (yang) kerana manfaat (itu), apabila minat (kepada manfaat) itu telah hilang, tiada cinta yang kekal (lagi), tiada rasa hormat (lagi), tiada kesetiaan yang tinggal (lagi), tiada apa-apa yang tinggal. Orang-orang yang berada di Jalan Allah ﷻ, orang-orang yang dicintai Allah ﷻ, sesungguhnya kebaikan itu ada pada mereka. Tiada kejahatan datang dari mereka.

Mereka yang jahat ialah mereka yang tidak berada di Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka bekerja dan berusaha untuk ego mereka. Mereka melakukan segala-galanya untuk memuaskan ego mereka. Mereka adalah orang yang tidak berguna. Ukuran di sini adalah (betapa seseorang itu) takut kepada Allah ‘Azza wa-Jalla, Mengingati Allah ﷻ. Orang yang berhati-hati itu tidak melakukan apa-apa kejahatan. Seseorang yang tidak takut kepada Allah ﷻ boleh melakukan semua jenis kejahatan.
Oleh itu, semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Kita mestilah menjadi orang yang diCintai di sisi Allah ﷻ. Orang yang disayangi antara orang-orang lain itu tidak berguna. Dia akan meninggalkan anda dalam satu minit, meninggalkan anda atau membahayakan anda. Dia boleh melakukannya pada bila-bila masa (jika) ianya memberi manfaat kepadanya. Seseorang yang berada di Jalan Allah ﷻ tidak pernah menginginkan keburukan dan tidak pernah melakukan kejahatan. Kerana dia mempunyai imān. Allah ﷻ bersamaku. Allah ﷻ Melihatku. Allah ﷻ Mengetahui apa yang kita lakukan. Ini adalah imān. Apabila tiada iman, semoga Allah ﷻ Melindungi kamu. Semoga Allah ﷻ Melindungi kamu dari kejahatan mereka, inshā’Allāh. Dunia dipenuhi dengan orang-orang seperti itu. Kepentingan duniawi telah merangkumi di mana-mana pun. Semoga Allah ﷻ Memperbaiki mereka. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

Terdapat bacaan Khatam Al-Quran, Surah-surah, Tasbīhat dari seluruh dunia. Kita hadiahkan kesemua itu pertama-tamanya kepada Nabi kita ﷺ, Ahlul-Bayt ﷺ dan para ṣaḥābah Baginda ﷺ, roh semua Anbiya, Awliya, Asfiya. Kepada roh semua Mu’min dan Mu’minah, Muslimin dan Muslimāt. Kepada roh semua orang-orang silam (nenek moyang) yang mendahului kita. Semoga apa jua matlamat yang dizikirkan telah tercapai. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk kekuatan imān.

Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
🌹Rantaian Dunia Dan Akhirat🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
17 Mei 2025/ 19 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

إِذِ ٱلْأَغْلَـٰلُ فِىٓ أَعْنَـٰقِهِمْ وَٱلسَّلَـٰسِلُ يُسْحَبُونَ ٧١

(Qur’ān 40:71).
‘Idhi Al-'Aghlālu Fī 'A`nāqihim WaAs-Salāsilu Yusĥabūn’,
'ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,'
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Allah ﷻ Berfirman bahawa mereka akan diseret ke dalam api dengan rantai besi di leher mereka. Siapakah mereka? Mereka yang akan masuk neraka. Mereka adalah orang-orang yang dibelenggu di leher dan kait yang diperbuat daripada rantai besi. Ini adalah dosa-dosa. Dosa-dosa dililit di leher seseorang. Ianya memegang lehernya. Ia menahannya sedikit demi sedikit. Jika dia tidak bertaubat, semoga Allah ﷻ Melindunginya, akhirnya menjadi rantai besar dan menjadi sebenar dan nyata pada hari kiamat. Kamu akan melihat pada hari kiamat, sebagaimana beberapa orang mengikat binatang atau anjingnya dengan tali. Ia adalah sama, tetapi kali ini dengan rantai besi.

Mengapa? Ianya adalah mudah untuk menyingkirkannya. Jika dia bertaubat dan memohon ampun semasa dia hidup (didunia ini), Allah ﷻ akan Menghilangkan benda-benda kecil di lehernya. Jika dia melakukan sesuatu yang lain lagi, ianya adalah sama. Jika dia mengemis kepada Allah ﷻ dan memohon ampun, Dia ﷻ akan Menghapuskannya (dosa-dosa itu). Jadi ia berada di tangan anda. Untuk diselamatkan daripada kolar itu adalah di tangan anda. Allāh ‘Azza wa-Jalla Menyukai pengampunan. Dia ﷻ Mengampuni orang yang meminta ampun.

Oleh itu, jangan katakan ia bukan apa-apa kerana ianya kecil. Kami bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa-dosa kami, dan Allah ‘Azza wa-Jalla Mengampuni dosa-dosa hari itu dengan AmpunanNya ﷻ. Jika anda berterusan dan mengingkari untuk mengetahui (akannya) atau melakukan sesuatu mengikut fikiran anda sendiri, maka semoga Allah ﷻ Melindungi anda, anda akan mengalami azab selama-lamanya di ākhirat. Ia tidak mudah.

Orang ramai terkeliru tentang apa yang perlu dilakukan untuk masalah kecil di dunia. Tetapi kenapa? Kerana mereka telah melupakan Allah ‘Azza wa-Jalla. Kerana supaya mereka dapat menyingkirkan masalah itu, mereka meletakkan kolar di leher mereka dengan cara lain yang lebih teruk. Terdapat kolar di dunia juga. Sebahagian daripada kesemua itu sukar untuk disingkirkan. Sebagai contoh, ianya menjadi kebiasaan. Tabiat itu membahayakan tubuh anda. Ianya juga memudaratkan anda dari segi kewangan dan memudaratkan keluarga dan kehidupan anda. Sukar untuk meninggalkannya.

Itulah sebabnya, anda mesti menjauhi tali (dosa-dosa yang menjerat) sebelum anda meletakkannya di leher anda. Semasa anda berkata,
"Mari cuba sekali. Tidak mengapa. Sekali lagi, sekali lagi," tali itu (makin) dililit dengan ketat di leher anda. Anda tidak mampu menyingkirkannya. Segala macam dosa dan tabiat yang berterusan. Terdapat beberapa tabiat buruk untuk badan yang ramai orang tidak dapat menyingkirkan. Ada yang ringan, ada yang berat. Tidak ada yang baik, sudah tentu. Tali adalah tali. Oleh itu, anda mesti menjauhi dosa-dosa sejauh mungkin. Dosa bukanlah perkara yang baik. Mereka adalah perkara yang buruk. Maka Allah ‘Azza waJalla Mengampuni. Tetapi kita tidak boleh meletakkan tali (dosa-dosa itu) di leher kita supaya kita tidak menderita, inshā’Allāh. Semoga Allah ﷻ melindungi kita.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Destinasi Kawanan Itu Adalah Neraka🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
18 Mei 2025/ 20 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Allāh ‘Azza wa-Jalla menerangkan di dalam Al-Qur’ān ‘Aẓīmu sh-Sha’n keadaan ahli Neraka. Mereka yang mengikuti orang-orang jahat di dunia akhirnya (mereka) akan bertemu di neraka. Itulah destinasi mereka. Orang-orang jahat yang menentang Allāh ‘Azza wa-Jalla pasti akan masuk neraka. Apabila mereka masuk neraka, orang-orang yang mengikuti mereka, orang-orang yang menentang Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka yang memusuhi Allah ﷻ, akan bersama-sama dengan mereka di neraka. Kemudian, mereka akan melihat mereka di sana. "Mereka telah menyesatkan kami. Mereka menunjukkan jalan kepada kami. Seperti yang telah mereka lakukan kepada kami, biarlah mereka digandakan hukuman. Mereka menunjukkan kepada kami kejahatan dan (mereka) menunjukkan (kejahatan) itu kepada kami sebagai jalan yang baik. Dan kami mengikuti mereka. Akhirnya, perhentian terakhir kami adalah neraka," kata mereka. Neraka tidak mudah, dan penyesalan tidak berguna. Mereka mendapat dua kali ganda hukuman.

هَـٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا
“Ha’ulāi adallūna”, (Qur’ān 07:38).
'Mereka telah menyesatkan kami.'
"Merekalah yang membawa kita kepada kesesatan. Biarlah azab mereka berlipat ganda", kata mereka. Dan mereka berkata kepada mereka, "Kamu telah mengikuti kami. Ini salah kamu bukan kami." Di dunia, anda mengejar orang dan memberitahu mereka untuk menunjukkan jalan kepada anda. Mereka berkata, "Kami faham. Kami adalah (orang-orang) yang maju. Kami tahu segala-galanya. Jangan ikut Jalan Allah ﷻ. Tidak ada sesuatu yang demikian. Bagaimana fikiran kamu berfungsi!"
Mereka menipu mereka yang lain dengan memberitahu mereka sebegitu dan akhirnya perhentian terakhir mereka akan berada di dalam neraka. (Pada ketika itulah) mereka marah antara satu sama lain dan menyumpah sesama sendiri. Tetapi sama ada mereka menyumpah sesama sendiri atau tidak, itu tidak penting.

Anda mesti menempuh Jalan Allah ‘Azza wa-Jalla di dunia. Anda mesti mengikuti Jalan yang telah Allah ﷻ telah Berfirman. Walaupun ibu dan ayah anda memberitahu anda untuk tidak meneruskan Jalan ini, anda tidak boleh berkata-kata dengan mereka dengan perkataan yang tidak baik. Anda hendaklah memperlakukan mereka dengan kebaikan, tetapi anda tidak boleh meninggalkan Jalan Allah ﷻ. Sesiapa pun dia, apa pun dia, jangan tinggalkan Jalan Allah ﷻ. Allāh ‘Azza wa-Jalla adalah Pemilik segala sesuatu. Mereka yang bersamaNya ﷻ akan diselamatkan. Mereka yang tidak bersamaNya ﷻ, mereka yang memusuhiNya ﷻ akan binasa. Yang kesudahannya itu adalah kebinasaan akan menjadi sia-sia.

Oleh itu, anda mestilah berhati-hati. Ianya berbahaya apabila anda mengikuti kawanan itu. Kawanan itu boleh membawa anda ke tempat yang buruk. Itulah sebabnya, berhati-hatilah. Jangan tertipu oleh segala-galanya atau setiap orang. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, terdapat banyak penipu dan pembohong. Dia menunjukkan kepada anda hitam sebagai putih. Dia boleh menunjukkan kepada anda putih sebagai hitam. Dia menunjukkan kepada anda baik sebagai buruk, dan buruk sebagai baik. Oleh itu, Haqq (kebenaran) berada di sisi Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka yang di luarnya, mereka yang menentangnya tidak akan mendapat manfaat. Mereka itu tidak berguna. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ tidak Memisahkan umat dan masyarakat kita dari Jalan yang lurus, insha'Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Menjadilah Dari Kalangan Rijāl🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
19 Mei 2025/ 21 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

رِجَالٌۭ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَـٰرَةٌۭ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ

(Qur’ān 24:37). ‘Rijālun Lā Tulhīhim Tijāratun Wa Lā Bayun An Dhikri Allāhi Wa 'Iqāmi Aş-Şalāati’,
"Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, dan melaksanakan salat,"
ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.

Allāh ‘Azza wa-Jalla telah Menunjukkan kepada kita Jalan dan Memerintahkan kita di dunia ini. Dia ﷻ Berfirman, “Kamu tidak boleh terjerat dalam permainan dan hiburan lain di Jalan itu.” Mereka adalah orang-orang yang hanya melakukan ibadah, dan tidak mentaati perintah selain Perintah Allāh ‘Azza waJalla. Dia memanggil mereka (sebagai) Rijal.

Rijāl bermaksud orang yang paling unggul. Mereka yang mengawal ego mereka. Tidak ada perdagangan, permainan, hiburan atau apapun yang dapat memisahkan mereka dari Jalan Allāh ‘Azza waJalla. Mereka teguh dengan Jalan ini. Tidak kira apa yang dilakukan oleh sesiapa pun, tidak kira berapa banyak kekayaan dan harta benda, permainan dan hiburan dunia yang ada, hati mereka sama sekali tidak cenderung kepadanya. Mereka tetap istiqamah di Jalan Allah ﷻ.

Orang yang istiqamah adalah lelaki (sejati) di sisi Allah ﷻ. Mereka benar-benar orang yang kuat. Mereka adalah orang yang tidak mengikuti ego mereka. Mereka telah mengawal ego mereka. Walaupun seluruh dunia berada di satu pihak dan mereka telah meninggalkan jalan (keduniaan itu), mereka tidak peduli. Mereka tidak melihatnya sama sekali. Mereka meneruskan, menempuh Jalan mereka sendiri,
di Jalan Allah ﷻ. Mereka adalah hamba-hamba yang diCintai Allah ﷻ. Mereka adalah Wali Allah ﷻ. Apabila kita menyebut awliyā’, semua orang boleh menjadi awliyā’ jika mereka tetap teguh. Tidak semestinya dengan melakukan karāmah. Istiqamah berada di dalam Jalan (Allah) adalah karāmah yang paling agung.

Orang yang istiqamah di dalam Jalan (Allah) dan tidak tersesat dari Jalan (Allah) adalah hamba yang diCintai Allah ﷻ. Dia adalah Wali Allah ﷻ. Awliyā’ bermaksud hamba yang diCintai Allah ﷻ. Jika anda ingin menjadi hamba yang diCintai itu, jangan lihat dunia, jangan lihat ini atau itu. Ikutilah Jalan Allāh ‘Azza wa-Jalla, ikutilah Jalan Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam agar kamu dapat sampai kepada Allāh ‘Azza wa-Jalla.

Jika tidak, segala-galanya di dunia adalah sementara. Tiada apa di dunia ini yang kekal. Sesetengah orang pelik berkata selama-lamanya. Selama-lamanya, keabadian itu hanya pada ākhirat. Tidak ada keabadian di dunia. Dunyā pun tidak akan kekal; (maka) di mana akan keabadian! Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Dia ﷻ tidak menyesatkan kita dari Jalan yang benar. Semoga kita tahu Jalan yang benar, inshā’Allāh. Semoga Allah ﷻ Memberi Petunjuk kepada kita semua. Semoga kita tidak berpisah dari Jalan,
inshā’Allāh.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Sekiranya (dulu) aku tidak mengambil itu sebagai teman akrab(ku)! (25:28) 🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
20 Mei 2025/ 22 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Bismi Llāhir-Raḥmānir-Raḥīm:

يَـٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًۭا ٢٨ لَّقَدْ أَضَلَّنِى عَنِ ٱلذِّكْرِ

(Qur’ān 25:28-29).
‘Yā Waylatī Laytanī Lam 'Attakhidh Fulānāan Khalīlāan (28) Laqad 'Ađallanī Ani Adh-Dhikri’,
"Wahai celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku),
sungguh, dia telah menyesatkan aku dari mengingati (peringatan) (Al-Qur
an)"
Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.

Di neraka - kita bercakap lagi tentang neraka. Orang yang telah memberikan kebebasan kepada ego mereka untuk melakukan apa yang mereka mahu. Tetapi seiring dengan kebebasan itu, mereka tidak menggunakan kehendak mereka sendiri tetapi menggunakan kehendak orang lain. Mereka mengikuti mereka (yang lain itu).
Dan cara yang mereka ikuti akhirnya menjadi punca mereka ke neraka.

Qur’ān ‘Aẓīmush-Sha’n menggambarkan keadaan mereka ini. Dia meratapi dirinya sendiri, "Seandainya saya tidak mengikuti yang ini. Alangkah baiknya jika saya tidak mengikuti jalan yang satu ini. Dia menyesatkan saya semasa saya berada di Jalan yang benar. Dia menyesatkan saya semasa saya berada di Jalan yang baik. Celakalah saya!" Tidak ada negeri yang lebih teruk daripada ini. “Kerana aku mengikuti jalan itu, setelah berada di Jalan yang lurus, mereka menyesatkanku.”

Beginilah keadaan masyarakat sekarang. Mereka tidak menerima orang yang menempuh Jalan yang benar, di Jalan Allah ﷻ. Tidak ada yang lain (dengan) mengikuti fikiran mereka sendiri, "Tidak ada ini atau itu." Bukan ketika masih kecil tetapi apabila dia menjadi sedikit lebih berakal dan bāligh (bertanggungjawab), shayṭān lebih menyerangnya. Dan apa yang lebih buruk daripada syaitan, lelaki-lelaki (berperangai) syaitan, kawan-kawannya, ini dan itu. (Lelaki syaitan berkata) "Tidak, jangan dengar ini."
Okay, jika kamu tidak mendengar, (maka) apa yang kamu akan dapat sebagai balasan?
tiada apa. Jika anda tidak mendengar mereka, maka semuanya adalah milik anda. Fikiran ini (yang menyuruh) mengikuti idea orang lain berkata,
"Dia melakukannya. Saya akan melakukannya juga, ia akan menjadi baik", (pemikiran ini akan) memusnahkan orang itu. Pada akhirnya, dia akan pergi ke tempat yang tidak ada pampasan. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semasa di dunia ini, seseorang boleh menebus segala-galanya. Dia memohon ampun kepada Allah ‘Azza wa-Jalla atas setiap keburukan.
Dia meneruskan perjalanan (di Jalan yang benar). Dan Jalan itu akan membawanya ke syurga. Tidak, jika dia tidak menyukainya (yang benar itu) dan berkata, "Fikiran mereka adalah fikiran lama (yang ketinggalan zaman). Mereka (orang-orang itu pula) mempunyai fikiran baru", dia tiba-tiba melihat fikirannya sendiri hilang.

Oleh itu, anda mestilah berhati-hati. Adakah Jalan yang anda menjalani itu, jalan yang ditunjukkan itu betul atau salah? Anda perlu melihatnya dengan teliti. Lihat baik-baik. Terutamanya kanak-kanak dan remaja. Mereka adalah orang yang paling banyak berada di keadaan ini,
"Saya percaya. Tidak, saya tidak percaya." Apabila anda mempunyai (kebolehan berfikir) dan bertanggungjawab, jika anda keluar dari Jalan, ada tanggungjawab ke atas diri anda. Tidak seperti sekarang; tidak ada perkara seperti tanggungjawab pada umur 18 tahun. Apabila anda bāligh dan fikiran anda matang, maka anda mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab itu bukan berdasarkan sama ada anda muda atau tua. Adanya itu ketika anda bāligh dan matang, dan ada sebelum itu ketika anda masih kecil.
Perkiraan untuk kanak-kanak itu berbeza. Hisab mereka adalah pada Allah ‘Azza wa-Jalla. Perkiraan utama adalah selepas dia akil bāligh dan berfikiran waras: pada usia 13, 14, 15. Perkiraannya adalah apabila dia menjadi bāligh.

Hari ini dikatakan, "Sesorang lelaki berusia 17 tahun setengah menembak seseorang. Dia seorang kanak-kanak, tiada apa yang boleh dilakukan." Tidak ada perkara seperti itu. Di sisi Allah ﷻ - sudah tentu walaupun dia masih (dikira) kanak-kanak (didunia), dia akan tetap akan diazab. Akan tetapi apabila dia benar-benar bāligh, perkiraan itu sama seperti orang dewasa. tiada beza. Jadi tiada apa-apa seperti "Saya seorang kanak-kanak, saya masih kecil," tidak. Selepas anda menjadi bāligh, anda dilayan sebagai seorang lelaki (dewasa). Jika anda seorang gadis, anda dilayan sebagai seorang wanita. Mereka juga menanggung hukuman.

Itulah sebabnya, anda mesti berhati-hati. Seseorang mesti menggunakan fikirannya. Allāh ‘Azza wa-Jalla tidak Memberinya akal dengan sia-sia. Mereka yang menggunakan akal fikirannya akan terselamat di dunia dan akhirat. Semoga Allah ﷻ Memberi kita semua kemampuan untuk menggunakan akal fikiran kita. Semoga Dia ﷻ tidak melucutkan fikiran kita.

Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Menjauhilah Daripada Politik🌹

Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
21 Mei 2025/ 23 Zulkaedah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul

As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm. BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.

Ṭarīqah, syukur kepada Allah ﷻ ianya adalah untuk ākhirat. Ianya adalah untuk memakmurkan ākhirat, (dengan) menjauhi dunia. Ianya adalah untuk mengeluarkan dunia dari hati(qolbu), bukannya untuk meletakkannya di dalam hati. Nasihat-nasihat ini adalah untuk orang yang beriman (agar mereka) hanya bekerja untuk ākhirat mereka di dunia (ini). Dia yang ākhiratnya makmur, akan melalui dunia dengan selesa. Walaupun ianya tidak berlalu dengan selesa (sekalipun), ianya tidak penting. Apa yang penting ialah agar ākhirat itu sejahtera(makmur).

Terdapat banyak nasihat di dalam ṭarīqah. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda, “Ad-Dīnu n-Naṣīḥah”, “Agama adalah nasihat”. Agama adalah berdasarkan nasihat. Apakah itu nasihat? (Ianya) Untuk menunjukkan perkara yang baik. Mereka yang melakukannya (kebaikan itu),(telah) lakukannya. Mereka yang tidak melakukannya, tahu (akan itu) sendiri.

Salah satunya ialah politik. Mereka memanggilnya "Siyāsah". Kita mestilah menjauhi politik. Kita tiada kaitan dengannya. Ada ahli politik berpolitik. Kerja dan ilmu mereka adalah ilmu lain. Tidak perlu bagi kita, kaum ṭarīqah. Kerana ahli ṭarīqah tahu bahawa apa sahaja yang Allah ﷻ Firmankan akan berlaku. Oleh itu, mereka tidak banyak campur tangan dalam dunia. Kerana politik adalah urusan dunia. Allah ﷻ Menciptakan orang yang istimewa untuknya; mereka bekerja di dalamnya. Ia bukanlah untuk semua orang. Tetapi orang-orang pada hari ini, semua orang tahu yang terbaik, semua orang melakukan perkara yang terbaik. Malah pengembala di puncak gunung pun berusaha untuk campur tangan dalam politik. Tetapi orang seperti kita yang berusaha untuk campur tangan (untuk itu) bekerja dengan sia-sia. Seperti yang kami katakan, ada orang istimewa yang bekerja di dalamnya. Allah ﷻ Menciptakan kita seperti itu: setiap orang bekerja mengikut kemampuannya. Anda mestilah tahu akan itu. Perkara yang paling bahaya bagi murīd jika dia masuk politik, (adalah) kebanyakan manusia lupa ākhirat, mereka lupa Allāh ‘Azza wa-Jalla, mereka lupa Perintah Allah ﷻ. Dia mula sibuk dengan politik. Fikiran dan pemikirannya ada di dalamnya, hatinya ada di dalamnya. Itulah sebabnya, dia mesti menjauhinya.

Kebanyakan mashāyikh bahkan melarang murīd mereka daripada campur tangan di dalamnya. Kerana apabila ianya masuk ke dalam hati seseorang, mereka akan mempunyai,
“Hubbur-Ri’asah”, “Cinta untuk Memimpin/Cinta untuk menjadi Ketua.” Inilah penyakit ego yang meninggalkan hati/qolbu seseorang itu akhir sekali. Seseorang itu menghadapi penyakit ini sehingga nafas terakhirnya. Menurut orang, mereka fikir ianya bukan penyakit tetapi kerja yang hebat untuk dilakukan. Sedangkan kerja yang anda lakukan adalah jelas, dan apa yang akan berlaku (pun) adalah jelas. Orang ṭarīqah pasti tahu itu. Apa yang Allah ‘Azza wa-Jalla Kehendaki akan berlaku. Tiada apa-apa lagi yang akan berlaku.

Oleh itu, anda tidak sepatutnya berkata, "Saya akan melakukan ini dan itu." Jagalah urusan anda sendiri. Fikirkan kekuatan anda. Jaga ibadah anda. Fikirkan ākhirat anda. Ingatlah anak-anak anda di dunia dan berdoalah agar Dia ﷻ Memperbaiki mereka; itu sudah cukup untuk anda. Semoga Allah ﷻ Menolong anda. Semoga Allah ﷻ Memberi kefahaman kepada manusia supaya setiap orang melakukan apa yang mereka tahu. Semoga mereka tidak bercampur tangan pada apa yang mereka tidak ketahui, insha'Allah.


Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Menyambut Zulhijjah🌹

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

InSha'Allah, mereka yang mengikuti kalendar Mawlana'sق & Mekah Hijriah akan menyambut sepuluh hari terpenting dalam tahun ini pada hari Rabu, 28 Mei yang akan datang.

Kalendar Zulhijjah Singapura bermula sehari kemudian - Khamis, 29 Mei.

Bagi kita yang mengikuti kalendar Hijrah tempatan, sunnah penampakan anak bulan akan dilakukan selepas Maghrib Selasa ini, dan kita akan membaca Doa anak bulan pada penghujung 30 Zulkaedah, iaitu pada malam Rabu.

📌 Bagi yang melakukan Qurban/Kurban, sebarang pemotongan kuku/rambut hendaklah dilakukan sebelum Maghrib Khamis INI, 29 Mei (bila-bila masa dalam Zulkaedah). Apabila masuk Zulhijjah, potong kuku atau rambut hanya perlu dilakukan setelah selesai ibadah korban.

📌 Hari Arafah, adalah hari terpenting untuk berpuasa kerana jemaah haji berkumpul di dataran Arafah pada hari (Khamis, 5 Jun di Mekah) dalam keadaan Wuquf.

Panduan Amalan-amalan pada Hari Arafah boleh didapatkan melalui pautan ini :

https://drive.google.com/file/d/13jLy89h-bFd-LUAeeWiqhKRNmAxFAC4a/view?usp=drivesdk

Hizib A'zam boleh didapatkan melalui pautan dibawah ini :

https://drive.google.com/file/d/1zC66jP7_IblF-tdPnxj2yuEqJgFSAPfG/view?usp=drivesdk

Luangkan juga masa untuk meninjau semula Sohbah oleh Mawlana Sheikh Mehmetق ini tentang kepentingan untuk merebut Hadiah Karunia Ilahi pada hari-hari yang mulia dan berharga ini, di sini 👇🏼

https://sufihub.com/take-more-in-these-holy-months/

Anda boleh membacanya dalam Bahasa melalui butang disebelah atas kanan di dalam laman ini tersebut.

Semoga Allah Taala Membantu kita berusaha, menerima usaha kita dan membersihkan segala amalan kita.

Aamin 💚
🌹 Wazifah Bulan Zulhijjah🌹

Astaghfirullah 100 kali
Surah al Ikhlas 100 kali
LaailahaillAllah 100 — 1000 kali
Selawat 100 — 1000 kali
Ya Latif 100 kali
Ya Jabbar 100 kali
Ya Ghaffar 100 kali
Ya Mu'in al A'jizin 100 kali
(Wahai Penolong Orang-orang yang memerlukan pertolongan)
🌹10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah🌹

Nabi ﷺ Bersabda: "Tiada hari-hari di mana amal soleh adalah lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari ini. Satu puasa pada (mana-mana hari) dalam sepuluh hari ini (adalah) sama dengan puasa (selama) satu tahun penuh, dan ibadah (pada) satu malam dalam tempoh itu sama dengan ibadat di (malam) Lailatul-Qadr." (Tirmizi). 

Marilah kita mengetahui lebih lanjut tentang 10 hari yang diberkati ini!

Hari-hari yang Penuh Kebaikan dan Amalan Soleh – Catatan dari Sayyidina Syaikh Abdul Qadir Jilani dari Kitab beliau yang bertajuk
‘Bekalan Yang Mencukupi Bagi Pencari Jalan Kebenaran’
 serta dari Suhbah Maulana Shaykh Nazim

Segala puji bagi Allah yang telah Menciptakan masa dan menjadikan beberapa masa lebih baik daripada yang lain. Beberapa bulan, siang dan malam lebih baik daripada yang lain, apabila padanya dilipatgandakan pahalanya, sebagai rahmat kepada hamba-hambaNya. Ini mendorong mereka untuk melakukan lebih banyak amal soleh dan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk beribadah kepadaNya, supaya kaum Muslim memperbaharui usahanya untuk mendapat bahagian pahala yang lebih besar, dan untuk mempersiapkan dirinya untuk kematian sebagai persediaan untuk hari kiamat. Musim ibadat ini membawa banyak faedah, seperti peluang untuk memperbetulkan kesalahan diri dan menebus segala kekurangan atau apa-apa yang mungkin terlewat. Setiap satu daripada hari-hari/ peristiwa-peristiwa  yang istimewa ini melibatkan beberapa jenis ibadah yang melaluinya seseorang hamba itu boleh mendekatkan diri kepada Allah, dan beberapa jenis keberkatan yang melaluinya Allah ﷻ Melimpahkan Nikmat dan RahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Orang yang bahagia adalah orang yang memanfaatkan bulan, hari dan waktu yang istimewa ini. Dia mendekatkan diri kepada Tuhannya pada masa-masa ini melalui amal ibadat. Kemungkinan besar dia akan tersentuh dengan nikmat Allah dan akan merasai kegembiraan apabila mengetahui bahawa dia terselamat dari api Neraka.

🌹Keutamaan sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah ini adalah berdasarkan:

(1) Allah telah Mengutamakan 10 hari ini daripada hari-hari yang lain dalam setahun. Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi saw bersabda: "Tiada hari yang padanya amal soleh lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari ini." Orang ramai bertanya, “Walaupun berjihad di Jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun berjihad di Jalan Allah tidak dapat menandinginya, kecuali seorang lelaki yang keluar berperang dengan mengorbankan dirinya dan hartanya, lalu pulang dengan tidak membawa apa-apa.”

(2) Allah bersumpah dengan mereka, dan bersumpah dengan sesuatu itu adalah menunjukkan kepentingan dan manfaat yang besar. Allah Berfirman didalam Al-Quran,
 “… demi fajar, demi malam yang sepuluh” (Quran 89:1-2). 
Ini merujuk kepada sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah.

(3) Nabi ﷺ memerintahkan kita untuk membaca banyak Tasbih (“Subhan-Allah”), Tahmeed (“Al-hamdu Lillaah”) dan Takbir (“Allahu Akbar”) pada masa ini. 
‘Abdullah bin ‘Umar (ra) meriwayatkan bahawa Nabi ﷺ Bersabda: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan di mana amal soleh lebih dicintaiNya daripada sepuluh hari ini, maka selama ini banyakkanlah membaca tahlil (“La ilaaha ill-Allah”), Takbir dan Tahmid.” 
Sepuluh hari ini termasuk Yawm ‘Arafah (Hari ‘Arafah, 9 Zulhijjah), hari di mana Allah ﷻ telah Menyempurnakan AgamaNya. Puasa pada hari ini akan menghapuskan dosa dua tahun. 
Hari-hari ini juga termasuk Yawm al-Nahar (Hari Korban, 10 Zulhijjah), hari terbesar sepanjang tahun dan hari terbesar haji, yang menggabungkan ibadah dengan cara yang tidak seperti pada hari-hari yang lain.

🌹Di antara amal soleh yang harus diusahakan oleh seseorang Muslim pada sepuluh hari pertama Zulhijjah adalah:

(1) Puasa pada sembilan hari pertama, khususnya pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Ibu orang-orang mukmin, Hafsah (ra) melaporkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah berpuasa sembilan hari pertama Zulhijjah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, adalah wajar berpuasa pada hari-hari ini mengikut tarikh kalendar lunar mereka sendiri di negara mereka sendiri. Menurut sebuah hadis, puasa hari ini menjadi sebab, mudah-mudahan, diampuni dosa-dosa yang dilakukan selama dua tahun (setahun sebelumnya, dan setahun selepasnya). Apabila Rasulullah ﷺ ditanya tentang puasa hari Arafah, Baginda ﷺ menjawab: “Puasa pada hari ini (akan menyegerakan) menghapuskan dosa-dosa yang lalu, serta tahun-tahun yang tersisa.”

(2) Zikir. Disunnahkan untuk mengucapkan Takbir ("Allahu Akbar"), Tahmeed ("Alhamdu Lillaah"), Tahlil ("La ilaha ill-Allah") dan Tasbih ("Subhan Allah") pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, dan mengucapkannya dengan kuat di masjid, rumah, jalan dan setiap tempat di mana ianya diizinkan untuk mengingati Allah dan menyebut namaNya, sebagai ibadah kepadaNya, Kebesaran Allah, semoga (Kemuliaan) Dia di Agungkan. Lelaki harus membaca kalimah-kalimah ini dengan suara yang kuat, dan wanita harus membacanya dengan suara yang perlahan. Rasulullah SAW Bersabda: “Sebaik-baik ibadah adalah dengan membaca Al-Qur’an.”

(3) Menunaikan Haji dan ‘Umrah. Salah satu amalan terbaik yang boleh dilakukan selama sepuluh hari ini ialah menunaikan haji ke Baitullah. Orang yang dibantu oleh Allah untuk mengerjakan haji ke Baitullah dan melaksanakan semua ibadah dengan baik, termasuk dalam sabda Nabi (saw): “Haji yang mabrur tidak dibalas pahalanya melainkan (dibalas dengan) Syurga.”

(4) Perbanyakkan amal soleh secara umum, kerana amal soleh itu dicintai Allah dan akan mendatangkan pahala yang besar dariNya. Sesiapa yang tidak mampu untuk menunaikan haji hendaklah menyibukkan diri pada waktu yang diberkati ini dengan beribadah kepada Allah, dengan bersolat, membaca al-Quran, berzikir mengingati Allah, berdoa', bersedekah, memuliakan ibu bapa, menyambung tali persaudaraan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan amal-amal soleh dan ibadah yang lain. Rasulullah ﷺ Bersabda: “Tiada hari yang padanya amal soleh lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari ini.”

(5) Korban (Qurban). Sesiapa yang mempunyai harta yang cukup untuk menunaikan zakat hendaklah menyembelih korban kerana Allah, wajib didalam Mazhab Maliki, Hambali dan Hanafi, dan Sunnah yang sangat kuat (Sunat Muakkadah) dalam Mazhab Syafie. Rasulullah ﷺ Bersabda, “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkurban, tetapi tidak mampu, maka janganlah ia mendekati masjidku.”              Pilihlah haiwan yang berkualiti tinggi, gemukkannya, belanjakan wang kerana Allah. 
Ianya adalah tradisi Nabi Ibrahim a.s dan Sunnah yang sangat dianjurkan. Anak domba, biri-biri, kambing, lembu, kerbau, atau unta boleh diberikan sebagai korban. 
Terdapat tujuh bahagian dalam seekor lembu, kerbau dan unta. Penyembelihan harus dilakukan dengan menyembelih haiwan tersebut setelah solat Hari Raya. Korban yang juga dipanggil Udhiyah atau Qurbani berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Daging hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian: satu untuk keluarga, kedua untuk kerabat dan sahabat dan bahagian ketiga untuk fakir dan miskin. 
Atau kesemua daging boleh diberikan kepada yang memerlukan, jika itu diperlukan di kawasan yang anda lakukan korban. Nabi Muhammad ﷺ Bersabda: "Pada 10 Zulhijjah, tidak ada perbuatan yang lebih baik di sisi Allah daripada menumpahkan darah (binatang yang disembelih). Dan sesungguhnya (ibadah) qurban itu mendapat keredhaan Allah sebelum titisan darah (binatang yang disembelih itu) jatuh ke tanah. Maka hendaklah kamu menyembelihnya dengan penuh semangat (dengan ikhlas).


🌹Apakah yang harus dielakkan oleh seseorang Muslim selama sepuluh hari ini jika ingin berkorban?

   Sunnah menyatakan bahawa orang yang hendak berkurban hendaklah berhenti memotong rambut dan kukunya serta menghilangkan sesuatu dari kulitnya, dari permulaan sepuluh hari hingga selepas dia berkurban, kerana Rasulullah ﷺ Bersabda: "Apabila kamu melihat hilal Zulhijjah, jika salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah dia berhenti memotong
rambut dan kukunya sehingga dia berkurban." 
Sesiapa yang perlu mencabut rambut, kuku dan lain-lain kerana ia memudaratkan dirinya, seperti patah kuku atau luka di tempat yang terdapat di bahagian rambut, hendaklah berbuat demikian, dan tidak ada yang salah dengan itu. Tidak ada salahnya bagi lelaki atau perempuan membasuh kepala pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, kerana Nabi ﷺ hanya melarang memotong rambut, bukan membasuhnya. 
Hikmah di sebalik larangan kepada orang yang ingin berkurban daripada memotong rambut dan lain-lain, adalah supaya dia menyerupai orang yang berihram dalam beberapa aspek ibadat yang dilakukannya, dan supaya dia mendekatkan diri kepada Allah dengan berkorban. Jika seseorang itu telah memotong rambut atau kukunya pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah kerana dia tidak merancang untuk berkurban, kemudian dia memutuskan dalam sepuluh hari itu, untuk berkurban, maka dia hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya sejak dia membuat keputusan ini.
Larangan ini  hanya terpakai kepada orang yang ingin berkurban, bukan kepada isteri dan anak-anaknya, melainkan jika ada di antara mereka yang berkorban atas haknya sendiri, kerana Nabi ﷺ pernah berkorban “bagi pihak keluarga Muhammad,” tetapi tidak ada laporan yang mengatakan baginda melarang mereka kesemuanya daripada memotong rambut atau kuku pada masa itu.

(6) Taubat yang ikhlas. Salah satu perkara yang paling penting untuk dilakukan selama sepuluh hari ini ialah bertaubat dengan ikhlas kepada Allah dan meninggalkan segala jenis kemaksiatan dan dosa. Taubat bermaksud kembali kepada Allah dan meninggalkan segala perbuatan yang terbuka dan rahsia yang dibenciNya, dengan menyesali apa yang telah berlalu, meninggalkannya serta-merta perbuatan dosa itu dan berazam untuk tidak kembali kepadanya, dan berpegang teguh kepada Kebenaran dengan melakukan apa yang Allah cintai. Jika seseorang Muslim melakukan dosa, hendaklah dia segera bertaubat, tanpa berlengah-lengah, pertamanya kerana dia tidak tahu bila dia akan mati, dan keduanya kerana satu kejahatan membawa kepada perbuatan jahat yang lain. Taubat pada masa-masa istimewa ini adalah sangat penting kerana dalam kebanyakan kes pemikiran orang-orang beralih kepada ibadah pada masa-masa ini, dan mereka berminat untuk melakukan kebaikan, yang membawa kepada mereka mengenali dosa-dosa mereka dan berasa menyesali masa lalu. Allah Berfirman: “Adapun orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka dia termasuk orang-orang yang beruntung.” (Quran 28:67)

🌹Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Hari ke-9 Zulhijjah dinamakan ‘Yawmul Arafah’ (Hari ‘Arafah). Ini adalah tarikh ketika para Hujjaj (jemaah haji) berkumpul di dataran 'Arafah, enam batu jauhnya dari Makkah al-Mukarramah, di mana mereka melaksanakan bahagian yang paling penting dalam kewajipan haji yang ditetapkan, iaitu, 'Wuquf di Arafah (bermalam di 'Arafat)'. Bermula dari Subuh 9 Zulhijjah hingga solat ‘Asar tanggal 13, wajib ke atas setiap Muslim membaca Takbir Tasyriq selepas setiap solat fardhu dengan lafaz berikut. “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illallahu, Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahilhamd.” (Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian). Sama ada seseorang itu melakukan solat dengan Jamaah (berjamaah) atau sendiri (secara individu) tidak ada bezanya, hendaklah bertakbir. Walau bagaimanapun, orang Islam lelaki hendaklah membacanya dengan suara yang kuat, manakala wanita hendaklah membacanya dengan suara yang perlahan.


🌹Amalan Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah

●Bagi mereka yang pergi haji, mereka tidak perlu berpuasa pada hari tersebut kerana mereka mempunyai banyak kewajipan yang perlu ditunaikan. 

●Mereka haruslah menyempurnakan bacaan Kitab, al-Hizbul ‘Azam, yang juga dikenali sebagai Dzikir Harian Tertinggi, himpunan doa daripada Al-Quran dan Hadis, oleh Mullah Ali Qari. Mereka harus membacanya dari awal hingga akhir. 

●Mereka tidak boleh menghisap rokok dan sheesha.