●Mereka tidak boleh terlibat dalam cakap-cakap remeh, tawar-menawar, bergaduh, atau bertengkar.
●Hendaklah mereka berdoa dengan khusyuk, sambil memohon dan menangis, mencari Rahmat, Keampunan dan KaruniaNya.
Jika mereka melakukan semua ini, mereka akan menjadi bersih. Jika tidak, mereka akan muncul (dengan kekotoran dosa) ketika mereka memasuki Arafah.
🌹Amalan Hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji
(1) Berpuasa. Ingatlah bahawa berpuasa itu adalah dengan lidah, mata, dan kesemua organ-organ, mestilah berpuasa juga, terutamanya hati (bermakna menjaga kesemua organ-organ tersebut dengan tidak melakukan maksiat dan dosa). Puasa pada hari ini menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
(2) Membaca:
●1000 Suratul Ikhlas, bermula dari pagi dan menyempurnakan bacaan sebelum matahari terbenam, GrandShaykh Abdullah pernah berkata demikian.
●La Ilaha illa Allahu Wah’dahu La Shariqa Lah Lahul Mulk wa Lahul Hamd Yuhyi wa Yumit wa Huwa ala Kulli Shay’in Qadir 100x.
●SubhanAllah, wal Hamdulilah, wa La Ilaha illallahu, wa Allahu Akbar, wa la Hawla wa la Quwwata illa Billah Al Aliyal Azim, 100x. ●Istighfar 100x.
●Selawat ke atas Nabi ﷺ 100x hingga 1000x.
Anda boleh memperbanyakkan semua bacaan di atas kepada lebih daripada angka yang dinyatakan, dan menangisi semasa anda berdoa, memohon kepada Allah untuk Memberikan anda Karunia NikmatNya.
(3) Berdoalah untuk Ummat Rasulullah ﷺ dan untuk Mawlana Syaikh Nazim yang kita cintai.
Syaikh Nazim berkata, “Doakan saya agar saya tidak diletakkan dalam keadaan memerlukan sesiapa pun, berdoa agar saya tidak terkurung di atas katil saya, berdoa agar saya tidak dihinakan di kalangan manusia, berdoa agar cinta Islam sentiasa di hati kita, dan agar kita berada di bawah panji Islam, di dunia dan akhirat.”
(4) Lakukan Solat al-Khusama, sebaik-baiknya, diantara waktu Zuhur dan Asar (lihat penjelasan di bawah)
🌹Sambutan Hari Raya Eidil Adha
Malam sebelum Hari Raya 'Eid-ul-Adha' (10 Zulhijjah)
Sudah menjadi amalan Nabi ﷺ, bahawa Baginda tidak akan tidur pada malam sebelum Hari Raya Eidul Adha. Yang Maha Kuasa mengabulkan segala doa-doa pada malam ini. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan banyak doa-doa dan ibadat pada malam ini. Rasulullah ﷺ Bersabda: “Barangsiapa yang bangun (beribadah) pada malam sebelum dua hari raya mengharapkan pahala dari Tuhannya, maka hatinya tidak akan mati ketika hati yang lain mati. (Ibnu Majah)
Oleh itu tidak boleh sibuk membeli-belah, memasak, menghias atau berpesta pada malam ini, ia adalah malam dimana Allah Melihat hamba-hambaNya dan akan mengabulkan keperluan mereka.
Pada Eidul Adha / Pada Hari Raya Haji itu sendiri
(1) Sebelum pergi solat hari raya, disunnahkan mandi, menggosok gigi, memakai pakaian yang terbaik dan bagi untuk lelaki memakai minyak wangi.
(2) Dilarang berpuasa pada hari ini, tetapi anda tidak boleh makan sebelum menunaikan solat hari raya. Memakan makanan hanyalah selepas solat hari raya atau selepas korban, jika anda sedang melakukan korban.
(3) Jika diberi pilihan untuk bersolat di masjid atau di dewan Serbaguna, stadium atau kawasan lapang, pilih yang kedua. Nabi ﷺ tidak melakukan Solat Eidul Adha di Masjid, Baginda mengadakannya di tanah lapang, maka adalah sunnah untuk melakukannya.
(4) Pergi awal untuk solat hari raya.
(5) Wanita dan kanak-kanak juga digalakkan untuk menyertai perayaan dengan pergi ke perhimpunan tersebut. Wanita haid pun boleh pergi, dan walaupun mereka tidak boleh solat, mereka boleh mendengar Khutbah Aidilfitri.
(6) Dalam solat hari raya, khutbah adalah selepas solat (tidak seperti solat jumaat apabila khutbah sebelum solat). Jangan bercakap semasa Khutbah - dengar dengan hormat, seolah-olah Nabi ﷺ bercakap kepada anda dari mimbar.
(7) Solat Hari Raya adalah solat dua rakaat. Ianya sama dengan solat 2 rakaat yang lain kecuali terdapat beberapa takbir tambahan (Allahu akbar) disisipkan pada setiap rakaat. Pada raka’at pertama, antara Takbiratul ihram dan Suratul Fatihah, terdapat 7 takbir tambahan.

Pada rakaat kedua, sebelum membaca Suratul Fatihah, ada tambahan 5 kali takbir. (Ini untuk pengikut Mazhab Syafi'e) Niat: Saya mengerjakan Solat Sunat Eidul Adha, 2 rakaat, kerana Allah.
(8) Pulang ke rumah melalui jalan yang berbeza dari jalan yang anda datang. Ini juga merupakan sunnah Nabi Muhammad ﷺ.
(9) Jika tertinggal solat di masjid kerana bangun lewat, boleh solat hari raya ini di rumah sendiri. Niat sahaja, dan solat dua rakaat, ingat untuk menambah 7 takbir tambahan pada raka'at pertama, dan 5 tambahan takbir pada raka'at kedua. Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa dari 15 minit selepas matahari terbit hingga sejurus sebelum azan Solat Zuhur. Setelah melepasi azan Zuhur, waktu Solat Hari Raya telah berlalu.
(10) Luangkan hari itu dengan perkara-perkara yang baik, seperti zikir, sedekah, yang paling afdalnya ialah melakukan Qurban. Adalah menjadi sunnah yang penting untuk melakukan Qurban setiap tahun.
(11) Nabi ﷺ meringkaskan bagaimana kita harus menghabiskan Hari Raya dalam hadis yang indah, “Hiasilah hari Eid (Hari Rayamu) dengan Takbir (Allahu akbar), Tahmid (Alhamdulillah), Tahlil (Lailahaillallah) dan Tasbih (Subhanallah).”
(12) Solat al-Khusama juga boleh dilakukan pada hari ini (dan juga pada hari sebelumnya), sebaik-baiknya antara solat Zuhur dan Asar. Di ajarkan oleh Syaikh Abdul Qadir Jilani ق, ianya adalah solat 4 rakaat, dilakukan serentak dengan satu salam di penghujungnya. Ianya dilakukan, supaya pahalanya disedekahkan kepada semua orang yang telah anda aniaya dan berdosa terhadapnya, supaya Allah akan menggunakan pahala itu untuk memenuhi tuntutan mereka pada hari kiamat, jika Dia menghendaki.
Ianya dilakukan seperti berikut:
Raka’at pertama: Surah al-Fatihah, diikuti dengan Surah al-Ikhlas (Qul hu Allahu ahad) 11 kali
Raka’at ke-2: Surah al-Fatihah, diikuti Surah al-Ikhlas (Qul hu Allahu ahad) 10 kali, dan Surah al-Kafiroon, 3 kali.
Raka’at ke-3: Surah al-Fatihah, diikuti Surah al-Ikhlas (Qul hu Allahu ahad) sebanyak 10 kali, dan Surah al-Takathur (Alha kumu takathur), 1 kali. Surah al-Takathur ialah Surah yang ke 102. Raka’at ke-4: Surah al-Fatihah, diikuti Surah al-Ikhlas (Qul hu Allahu ahad) sebanyak 15 kali, dan Ayatul Kursi 1 kali.
Kemudian dermakan pahala rohani dari pelaksanaan solat ini, kepada semua orang-orang yang akan mempunyai tuntutan terhadap anda pada Hari Penghakiman.
Solat ini hendaklah dilakukan pada 7 waktu tertentu:
1) pada malam pertama bulan Rejab
2) pada malam pertengahan Sya'ban (15 Sya'ban)
3) pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan 4) pada Hari Idul Fitri (Hari Raya Puasa, 1st Syawal))
5) pada Hari Raya Idul Adha (Hari Raya Haji, 10 Zulhijjah)
6) pada hari Arafah (9 Zulhijjah)
7) pada hari Asyura (10 Muharram)

Nota diatas telah diterjemah dari laman sesawang sufihub.com, anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat melaui pautan dibawah ini:
https://sufihub.com/the-first-ten-days-of-zulhijjah/

SufiHub - Tariqatul Naqshbandiyyatil Aliyyah (Sheikh Muhammad 'Adil)
The First Ten Days of Zulhijjah
This year, Zulhijjah begins on the 16th or 17th October 2012. The Prophet (saw) said: “There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days. One fast during thes…
🌹Penaklukan Istanbul🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
29 Mei 2025/ 02 Zulhijjah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
Mukjizat Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam sangatlah banyak. Mereka yang percaya (dengannya akan) menang. Mukjizat Baginda ﷺ adalah selama-lamanya. Mukjizat Baginda ﷺ di dunia ini kekal akan sehingga qiyāmat.
Salah satunya adalah Penaklukan Istanbul. Apabila Nabi kita ﷺ mengucapkan kata-kata Baginda ﷺ yang diberkati, “Konstantinopel akan ditakluki,” ianya dianggap sebagai negeri terbesar di dunia. Tiada siapa yang boleh mendekatinya. Orang ramai cuba memikirkan bagaimana. Akhirnya, ianya ditakdirkan untuk Sultan Mehmet Han. Beliau menakluki Istanbul. Beliau dipuji oleh Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Dan tentera Islamnya juga dipuji olehnya Baginda ﷺ. Mereka tidak memberi laluan kepada orang-orang kafir selepas itu. Mereka telah menghalang mereka (orang-orang kafir) daripada memasuki bumi Islam, negara-negara Islam.
Mukjizat-mukjizat ini adalah banyak. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam juga memberitahu kita tentang perkara-perkara yang akan berlaku. Kebanyakan perkara yang akan berlaku sebelum qiyamat (telah pun) berlaku. Kebanyakannya telah berlaku dan muncul. Tanda-tanda besar masih berbaki. Apabila ianya berlaku, qiyamat akan dekat. Tidak ada perkara seperti keabadian di dunia, dunia material (ini). Keabadian adalah dalam (negeri) ākhirat. Orang-orang yang telah memperoleh ākhirat adalah orang yang telah menang.
Itulah sebabnya, setiap Muslim ingin mencapai kemuliaan perkara ini, perkataan indah Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam ini, sejak zaman Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ada ramai yang mati syahid, adanya Ghazi. Mereka masih memperoleh kemuliaan itu. Allah ‘Azza wa-Jalla Memberi mereka sebagaimana niat mereka. Kebijaksanaan Allāh ‘Azza waJalla adalah infiniti (selama-lamanya, tidak terbatas dan sempurna abadi).
Dengan cara ini, para ṣaḥābah yang diberkati telah datang ke kota ini. Mereka juga dikebumikan di bandar ini. Mereka telah memberkati tempat-tempat suci, supaya ianya menjadi barakah dan suar( tempat cahaya petunjuk) bagi umat Islam. Syukur kepada Allah ﷻ. Itu adalah tugas mereka. Tempat-tempat ini mereka telah tinggal dan tempat-tempat sekitarnya menjadi benteng Islam, syukur kepada Allah ﷻ. Tanah yang diberkati ini adalah penghulu Islam, dengan Izin Allah ﷻ. Ianya adalah tanah Khilafah.
Oleh itu, tidak kira berapa banyak kekufuran meningkat, mereka tidak akan menang. Mereka yang akan menang, insyaAllah, adalah mereka yang bersama Allah ‘Azza wa-Jalla, mereka yang berada di Jalan Nabi kita ﷺ. Merekalah yang sentiasa menang. Sentiasa menang, kata mereka. Mereka yang sentiasa menang adalah mereka yang bersama Allah ﷻ. Rugilah mereka yang bersama syaitan. Mereka (yang bersama syaitan akan) sentiasa rugi. Semoga Allah ﷻ Melindungi kita. Semoga Allah ﷻ Memberkati hari-hari kita ini. Ini adalah hari-hari yang diberkati.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
بسم اللّه الرحمن الرحيم
🌹Maulid & Khatam Khwajagan pada malam ini.
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah!
Malam ini, kita akan berkumpul untuk Zikir mingguan pertama di Zawiyah baharu kita.
Ianya masih dalam premis yang sama di A'Posh Bizhub, di tingkat yang sama, #03-17.
Semoga ruang baharu ini menaikkan semangat semua yang memasukinya dan membantu kita untuk memperoleh kedekatan yang baru ditemui kepadaNya ﷻ.
Ameen 💚
Butiran majlis di bawah..
Isyak - 8.30 malam
Maulid - 8.45 malam
Zikir - 9.15 malam
📌 Yang berhajat untuk sertai kami melalui ZOOM, boleh sertai melalui pautan dibawah ini, 👇🏼
https://tinyurl.com/SufiHubZoom
Wassalam.

Zoom
Join our Cloud HD Video Meeting
Zoom is the leader in modern enterprise cloud communications.
🌹Berkerjalah Di Dunia Untuk Akhirat🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
30 Mei 2025/ 03 Zulhijjah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم
(Qur’ān 63:10). ‘Wa 'Anfiqū Min Mā Razaqnākum
"Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu".Ṣadaqa Llāhu l-‘Aẓīm.
Allah ‘Azza wa-Jalla Berfirman, berikanlah dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, berbuat baiklah. Allah ‘Azza wa-Jalla Memerintahkan dan Menganjurkan yang demikian.
Seorang mukmin itu tidak bekerja untuk dunia. Apa yang dia kerjakan di dunia adalah untuk ākhirah; bukan untuk dunia. Semua yang dia lakukan adalah untuk Keredhaan Allah ﷻ. Niat dia mestilah seperti itu. Walaupun seluruh dunia adalah miliknya, tidak ada masalah dalam hal itu. Tetapi jika dia bekerja untuk dunia, walau satu sen pun tidak akan bermanfaat baginya.
Itulah sebabnya, ini penting bagi orang yang beriman, bagi orang Islam. Ianya adalah perlu untuk melakukan itu. Ianya adalah perlu untuk memikirkan akan itu. Adakah kita berlari untuk dunia atau ākhirat? Orang yang berlari untuk dunia adalah bodoh, kata Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Ianya tidak berguna. Kami tidak berlari untuk dunia, tetapi untuk ākhirat. Begitulah sepatutnya. Ianya mungkin milik anda. Belanjakan (ianya) untuk anak-anak, belanjakan untuk keluarga, belanjakan untuk orang Islam. Anda mungkin mempunyai dari kekayaan sebanyak yang anda mahu, jangan takut. Tetapi jika itu untuk dunia, maka takutlah. Jika anda mendapat walaupun satu sen (pun) semasa berlari (mengejar) untuk dunia, maka takutlah.
Niat anda mestilah untuk Keredhaan Allah ﷻ. "Saya tidak akan berusaha, saya tidak akan berlari, saya tidak akan jemu untuk dunia. Saya akan menjual dunia untuk ākhirat. Saya tidak akan menjual ākhirat untuk dunia." Kemudian, anda akan menang. Inilah yang umat Islam tidak sedar. Mereka fikir mereka gembira hanya apabila mereka menang dunia. Kemudian, walaupun dia kelihatan gembira, dia tidak selesa di dalam, dia menjadi resah. Kerana jika tidak ada Keredhaan Allah ﷻ, tidak ada kepuasan atau ketenangan. (Kepuasan dan Ketenangan) Itu berlaku hanya dengan Keredhaan Allah ﷻ.
Oleh itu, seperti yang kami katakan, seseorang itu mestilah bekerja di dunia untuk ākhirat. Seseorang Muslim yang malas bukanlah orang yang diterima. Seseorang Muslim yang bekerja adalah orang yang diterima. Nabi kita ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam bersabda,
“Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih diCintai Allah daripada mukmin yang lemah.”
Muslim yang kuat lebih baik daripada muslim yang lemah. Kuasa adalah dengan wang, emas, perak, kekayaan. Seorang Muslim yang mempunyai itu adalah lebih kuat. Itu adalah baik kerana ianya adalah untuk Keredhaan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Memberi kita semua kefahaman itu. Untuk membezakan yang itu adalah penting. Orang yang membezakan itu akan mendapat kebaikan. Kebaikan itu ada dalam Keredhaan Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ Menjadikan kebaikan ini berterusan untuk kita. Semoga Dia ﷻ tidak menjadikan kita sesuai dengan ego kita.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Terdapat bacaan Al-Qur’an Khatam, Tasbīhat, Tahlilāt, Salawāt, Surah, Ayat. Apa sahaja matlamat baik yang mereka ada, semoga Allah ﷻ Menerimanya. Semoga Allah ﷻ Merahmati mereka. Hari-hari ini adalah hari-hari yang diberkati. Ganjaran mereka lebih besar. Semua bacaan ini adalah untuk Keredhaan Allah ﷻ. Kami menghadiahkan (kesemua bacaan ini) pertama-tamanya kepada roh agung Nabi ﷺ kita, Ahlul-Bayt dan para Saḥābah Baginda ﷺ, roh semua Anbiya, Awliya, Mursalīn. Kepada roh Mashāyikh kami.

Kepada roh semua Mu’min dan Mu’minah, Muslimin dan Muslimāt. Semoga apa jua matlamat yang dibacakan untuknya telah tercapai. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk kekuatan imān insha'Allah.
Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
Li-Llahi Ta’āla, Al-Fatiha.
🌹Ḥaji Adalah Perjalanan Yang Paling Indah🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
31 Mei 2025/ 04 Zulhijjah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ
(Qur’ān 03:97). ‘Wa li-Llāhi a’la n-nāsi hijju l-bayti man i-statā’a ‘ilayhi sabīlā’,
"Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana."
ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Rukun ḥaji adalah salah satu daripada rukun Islam. Ianya telah diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan.
Syukur kepada Allah ﷻ, ianya telah dinyatakan dalam ayat itu,
وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ ٢٧
'Wa 'Adhdhin Fī An-Nāsi Bil-Ĥajji Ya'tūka Rijālāan Wa
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh,"
(Qur’an 22:27). ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Ketika Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salam membina Kaabah atas Perintah Allāh ‘Azza wa-Jalla di Makkah, Allāh ‘Azza wa-Jalla kemudian Memerintahkannya, “Panggillah azan.” Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām mengumandangkan azan dari atas Kaabah. Azan itu adalah untuk orang datang ke Kaabah. Sudah tentu, tiada sesiapa di sana; hanya Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām dan Sayyidina Ismaīl ‘alayhi s-salām. Apabila Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām tidak melihat sesiapa pun, beliau meminta hikmah. Diwahyukan kepadanya bahawa hikmahnya ialah sesiapa yang mendengar azan ini sehingga hari kiamat akan ditakdirkan untuk pergi ke haji. Itulah sebabnya, kadang-kadang orang yang tidak ditakdirkan tidak dapat pergi. Dan orang-orang yang ditakdirkan, Allah ﷻ Membuka Jalan untuk mereka dan mereka pergi pada waktu yang tidak mereka sangka.
Syukur kepada Allah ﷻ, kami juga tidak berniat untuk pergi pada tahun ini. Semoga Allah ﷻ Meredhai saudara kita. Apabila mereka menawarkan, kami tidak menolak tawaran itu. Itu adalah Anugerah dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Inshā’Allāh, kita akan memulakan perjalanan ḥaji hari ini. Semoga Allah ﷻ Memudahkan kita untuk menyempurnakannya. Perjalanan ḥaji adalah perjalanan yang paling indah. Kami akan menziarahi Nabi kita ﷺ, menunaikan haji dan insha'Allah kami akan kembali dengan selamat.
Terdapat ramai orang sekarang yang dalam perjalanan ke ḥaji. Semoga Allah ﷻ Membuka Jalan kepada mereka untuk menyempurnakan ibadah haji dan kembali. Mereka telah ditakdirkan dan telah dengari azan Sayyidina Ibrahim. Mereka juga datang dengan sarat dengan Fardhu ini, ibadah yang agung dan thawāb (pahala), tanpa kehilangan apa-apa. Kerana banyak thawab (pahala) yang diperolehi. Kebanyakan ḥaji meninggalkan thawab (pahala) itu di sana, semasa mereka masih berada disana, dan kembali seperti biasa. Mereka telah menyempurnakan ibadah haji mereka, tetapi thawab (pahala) mereka akan tetap di sana.
Oleh itu, anda perlulah berhati-hati. Tempat itu suci. Ia adalah tempat paling suci di dunia. Jangan biarkan ego anda menguasai anda di sana. Anda mestilah bersabar. Anda mestilah bersabar dengan segala-galanya. Inshā’Allāh [anda akan kembali] dengan ganjaran itu. Terdapat pahala yang anda perolehi thawab (pahala) dalam sepuluh hari, dalam dua puluh hari, dalam sebulan, atau empat puluh hari lebih banyak daripada thawab (pahala) yang anda perolehi seumur hidup. Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Syukur kepada Allah ﷻ atas nikmat yang telah diberikanNya ﷻ.
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
31 Mei 2025/ 04 Zulhijjah 1446
Solat Subuh – Akbaba Dergah, Istanbul
As-Salāmu ‘Alaykum wa RaḥmatuLlāhi wa Barakātuh.
A‘ūdhu BiLlāhi Minash-shayṭānir-rajīm.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm.
Wa ṣ-Salātu wa s-Salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidil-Awwalīna wal-Akhirīn. Madad yā RasūlAllāh, Madad yā Sādāti Aṣḥābi RasūliLlāh, Madad yā Mashāyikhinā, Dastūr Mawlana Sheikh Abdullāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni, Sheikh Muḥammad Nāẓim alḤaqqānī. Madad. Ṭarīqatunā aṣ-Suḥbah wal-Khayru fil-Jam‘iyyah.
BismiLlāhir-Raḥmānir-Raḥīm:
وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ
(Qur’ān 03:97). ‘Wa li-Llāhi a’la n-nāsi hijju l-bayti man i-statā’a ‘ilayhi sabīlā’,
"Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana."
ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Rukun ḥaji adalah salah satu daripada rukun Islam. Ianya telah diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan.
Syukur kepada Allah ﷻ, ianya telah dinyatakan dalam ayat itu,
وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ ٢٧
'Wa 'Adhdhin Fī An-Nāsi Bil-Ĥajji Ya'tūka Rijālāan Wa
Alá Kulli Đāmirin Ya'tīna Min Kulli Fajjin
Amīqin',"Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh,"
(Qur’an 22:27). ṢadaqaLlāhul-‘Aẓīm.
Ketika Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salam membina Kaabah atas Perintah Allāh ‘Azza wa-Jalla di Makkah, Allāh ‘Azza wa-Jalla kemudian Memerintahkannya, “Panggillah azan.” Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām mengumandangkan azan dari atas Kaabah. Azan itu adalah untuk orang datang ke Kaabah. Sudah tentu, tiada sesiapa di sana; hanya Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām dan Sayyidina Ismaīl ‘alayhi s-salām. Apabila Sayyidina Ibrahim ‘alayhi s-salām tidak melihat sesiapa pun, beliau meminta hikmah. Diwahyukan kepadanya bahawa hikmahnya ialah sesiapa yang mendengar azan ini sehingga hari kiamat akan ditakdirkan untuk pergi ke haji. Itulah sebabnya, kadang-kadang orang yang tidak ditakdirkan tidak dapat pergi. Dan orang-orang yang ditakdirkan, Allah ﷻ Membuka Jalan untuk mereka dan mereka pergi pada waktu yang tidak mereka sangka.
Syukur kepada Allah ﷻ, kami juga tidak berniat untuk pergi pada tahun ini. Semoga Allah ﷻ Meredhai saudara kita. Apabila mereka menawarkan, kami tidak menolak tawaran itu. Itu adalah Anugerah dari Allah ‘Azza wa-Jalla. Inshā’Allāh, kita akan memulakan perjalanan ḥaji hari ini. Semoga Allah ﷻ Memudahkan kita untuk menyempurnakannya. Perjalanan ḥaji adalah perjalanan yang paling indah. Kami akan menziarahi Nabi kita ﷺ, menunaikan haji dan insha'Allah kami akan kembali dengan selamat.
Terdapat ramai orang sekarang yang dalam perjalanan ke ḥaji. Semoga Allah ﷻ Membuka Jalan kepada mereka untuk menyempurnakan ibadah haji dan kembali. Mereka telah ditakdirkan dan telah dengari azan Sayyidina Ibrahim. Mereka juga datang dengan sarat dengan Fardhu ini, ibadah yang agung dan thawāb (pahala), tanpa kehilangan apa-apa. Kerana banyak thawab (pahala) yang diperolehi. Kebanyakan ḥaji meninggalkan thawab (pahala) itu di sana, semasa mereka masih berada disana, dan kembali seperti biasa. Mereka telah menyempurnakan ibadah haji mereka, tetapi thawab (pahala) mereka akan tetap di sana.
Oleh itu, anda perlulah berhati-hati. Tempat itu suci. Ia adalah tempat paling suci di dunia. Jangan biarkan ego anda menguasai anda di sana. Anda mestilah bersabar. Anda mestilah bersabar dengan segala-galanya. Inshā’Allāh [anda akan kembali] dengan ganjaran itu. Terdapat pahala yang anda perolehi thawab (pahala) dalam sepuluh hari, dalam dua puluh hari, dalam sebulan, atau empat puluh hari lebih banyak daripada thawab (pahala) yang anda perolehi seumur hidup. Semoga Allah ﷻ Menolong kita. Syukur kepada Allah ﷻ atas nikmat yang telah diberikanNya ﷻ.
Semoga Allah ﷻ Memberi mereka yang belum dapat pergi ke ḥaji untuk pergi (ke haji).
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
Wa min Allāhi t-Tawfīq. Al-Fātiḥa.
🌹Arahan Tegas Ketika Menziarahi Nabi kita ﷺ🌹
Mawlana Sheikh Muhammad Adil ar-Rabbani
01 Jun 2025/ 05 Zulhijjah 1446
Al-Madinah Al-Munawwarah
Kita berada di hadapan hadirat suci Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Kita adalah tetamunya ﷺ. Tetamu mestilah menghormati tuan rumah. Dia ﷺ menjamu kita alhamduliLlah. Ini adalah nikmat terbesar untuk masyarakat, untuk manusia. AlhamduliLlah kita sampai sini. Maka jangan ganggu Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wa-sallam. Jika apa-apa berlaku, jangan katakan ini dan itu, dan bantah. Jangan sedih. Anda mestilah gembira untuk segala-galanya. Walaupun sesiapa pun yang menyakiti anda atau melakukan apa-apa, janganlah ikuti syaitan. Jangan menjadi musuh kepada yang ini. Semua orang di sini adalah bersaudara. Dan mereka dijemput oleh Nabi ṣallá Llāhu ‘alayhi wasallam. Oleh itu, anda mestilah menghormati untuk mendapatkan Cinta Nabi ﷺ, kegembiraan Nabi ﷺ, agar Baginda ﷺ gembira dengan anda,
Insha'Allah.
As-Salāmu ‘alaykum wa raḥmatu Llāhi wa barakātuh. Al-Fatiha.

🌹Wazifah Amalan Hari Arafah🌹
• La ilaha illa Allah wahdahu la shareeka lah, lahul mulk wa lahul hamd, yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala kulli shay’in qadeer” 100 kali
• Astaghfirullah 1000 kali
• Membaca Surah al Ikhlas 100–1000 kali
• SubahanAllah wal Hamdulilah wa Lailahaillallah wal Llahu Akbar 100 kali –1000 kali
• Salawat 100–1000 kali

Nabi ﷺ Bersabda: “Tiada hari di mana Allah lebih banyak membebaskan manusia daripada neraka daripada hari Arafah.”
(Sahih Muslim)
Bagi yang tidak Mengerjakan Haji pada tahun ini, anda bolehlah melakukan amalan-amalan berikut :
1) Bepuasa pada Hari Arafah
> Pahalanya akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang kemudian dari hari ini.
2) Membaca Al-Qur’an dan Berzikir dengan membaca Wazifah Hari Arafah seperti diatas
3) Melaksanakan solat sunat Hari Arafah
> Solat Sunat Hari Arafah dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, pada setiap rakaat selepas baca Surah Fatihah, hendaklah membaca Surah al ikhlas sebanyak 11 kali
4) Berdoa dengan penuh khusyu merendah diri kepada Allah ﷻ memohon kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan seluruh ummat Islam dan untuk kaum muslimin yang tertindas.
5) Bertaubat kepada Allah dengan penuh keikhlasan
>Banyakkan istighfar dengan membaca Astaghfirullah
6) Bertakbir memuji Allah dengan takbir
“Allahu Akbar, Allahu Akbar, la ilaha illa Allah hu Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd”
7) Jagalah Adab dan akhlaq
Janganlah habiskan waktu dengan tutur kata dan perbuatan yang sia-sia, dan kawallah kemarahan
Semoga Allah ﷻ Menerima segala amal ibadah kita.
Aameen. 💚