Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Ramai nak beli rumah lelong tapi masih tak tahu 10 mitos ini,

1. Deposit yang kita keluarkan akan dipulangkan serta-merta selepas kita kalah.. dia tak kan burn kalau kita tak menang..

2. Deposit tu 10% dari harga reserve, tak boleh nego nego mintak kurang.. kejap nak bayar 5% laa nak book la bayar dulu RM500 la.. kalau harga reserve nya RM150ribu, 10% nya ialah RM15K

3. Lelongan pun tak boleh nego nego bila nak beli bagai, kalau tarikhnya telah ditetapkan pelelong atau mahkamah.. maka hari tu je lah untuk korang beli.. ramai msg nak beli sedangkan tarikh lelong dah lama lepas..

4. Nak tengok rumah sebelum beli, ini bukan subsale atau undercon.. rumah masih dimiliki tuan rumah tanpa rasa redha untuk dijual, jadi jangan nak pujuk tuan rumah untuk masuk melihat keadaan rumah..

5. Harga rumah lelong tak tetap, ramai orang beranggapan kalau iklannya RM150ribu, maka dia akan beli dengan harga RM150ribu.. sedangkan bidaan akan naik selagi ada orang membida.. kebarangkalian boleh cecah RM200ribu kalau ramai orang..

6. Lelong kita tak tahu berapa ramai masuk, siapa yang masuk.. lagi lagi lelongan mahkamah, semua online je sekarang.. korang bid sambil baring kat rumah pun takde orang tahu..

7. Kalau nak bid rumah lelong online mahkamah, sila daftar awal.. siapa yang nak beli.. orang tu yang kena daftar sebab kontrak jualan akan dikeluarkan secara online melalui sistem.. takut kita nak beli, jiran yang tolong daftar wakilkan kita.. sudahnya kontrak atas nama dia.. free free je..

8. Deposit akan burn jika kita dah menang, tapi gagal settlekan baki belian dalam tempoh 90-120hari.. selalunya kalau pilih peguam yang tak tahu apa, banker yang slow.. memang tak sempat nak lepas balance tu..

9. Deposit yang burn akan dibayar kepada bank untuk mengurangkan tunggakan hutang tuan rumah tu.. kalau hutangnya dalam RM10ribu, tapi deposit kita yang burn RM15K.. buta-buta je tolong tuan rumah bayarkan, rumah masih menjadi milik dia..

10. Kalau rumah lelong yang kita beli takde bumbung, itulah yang kita dapat.. pemaju tak kan tolong repair.. kerana kondisi rumah lelong yang kita beli ialah apa yang kita lihat pada hari yang kita beli.. tapi kalau rumahnya dalam ada jamban emas, itu pun jadi hakmilik korang..

Antara website lelongan yang korang boleh rujuk untuk tengok list ialah:

auctionnetwork , auctioncable, lelongtips, ngchanmau, ehsanauctioneers, jtraj dotcom, elelong.kehakiman dan berpuluh-puluh website lain lagi..

Selamat mencoba..
Selesai Hutang Personal Loan + Tambah Simpanan Bulanan RM 468 + Tambah Simpanan Kecemasan RM 22,000

1. Selesai satu lagi kes refinance client.Rumah ini dia beli beberapa tahun lepas.

2. Dia & isteri joint sesi Booster Kewangan untuk tujuan repair payslip, nak langsai hutang & nak beli rumah lagi.

3. Mereka cadang nak beli rumah lebih selesa. Rumah yang sedia ada, mereka nak sewakan sahaja.Buat rumah pelaburan mereka.

4. Lepas study profile mereka, ini cadangan saya buat mereka:

▶️ Saya cadangkan mereka refinance rumah mereka.Sebab interest loan terdahulu lebih tinggi dari rate loan sekarang.Banyak juga dapat dijimatkan.

▶️ Cash yang dapat, saya plan untuk tutup hutang dengan baki terendah tapi installment bulanan yang tinggi.Game Cash flow.

▶️ Extra cash yang dapat, saya cadangkan untuk reserved untuk deposit rumah mereka yang seterusnya nanti.Sementara itu, "parking" dulu dalam tabung Emergency fund mereka.

.

Sepanjang uruskan refinance client saya, dah ramai yang berjaya langsai hutang jahat & besarkan aset mereka.

Tak kurang juga yang dah berjaya kumpul modal berniaga & berjaya "pencen" kan bos lama mereka.Mereka berjaya setup bisnes mereka sepenuh masa.

Hati-hati bila nak buat refinance rumah. Terutama yang refinance tanpa bimbingan & tak tahu dengan gameplan kewangan mereka.

Sebab ramai juga yang saya jumpa bila dah refinance, last-last jadi tambah hutang dan pening kepala sahaja..

Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Maira Umairah,ifp
Islamic Financial Planner
https://linktr.ee/maira_umairahfazli
BESARKAN PENDAPATAN PASIF

RM 100k yang kita letakkan di tempat dengan pulangan 5.5% setahun akan hasilkan pendapatan pasif bulanan ~ RM 460.

RM 100k yang kita letakkan di tempat dengan pulangan 10 % setahun akan hasilkan pendapatan pasif bulanan ~ RM 840

RM 100k yang kita letakkan di tempat dengan pulangan 20 % setahun akan hasilkan pendapatan pasif bulanan ~ RM 1,680

Dengan pendapatan pasif RM 460 sebulan, dah boleh “free” kan ansuran bulanan motosikal kita.

Kalau pendapatan pasif RM 840 sebulan, dah boleh “free” kan ansuran bulanan Honda City kita.

Kalau pendapatan pasif RM 1680 sebulan, dah boleh “free” kan ansuran bulanan rumah kita.Boleh cover rumah harga RM 340k.

Sebab tu masa kerja “paksa” diri untuk cipta simpanan. kalau susah simpan cara sukarela, biar bank yang paksa kita menyimpan.

Fokus bina hutang baik masa muda. Kawal nafsu berbelanja. Biar orang kata kita berkira yang penting kita tak susahkan sesiapa.

Jom!-Urus Wang Gaya Pakar.

Maira Umairah,ifp
Islamic Financial Planner
https://linktr.ee/maira_umairahfazli
Perkongsian Yang Sangat Bermanfaat ...

Tahukah anda, sekalipun OPR naik, total hutang dlm kontrak yg dimetrai dlm Islamic bank takkan meningkat walaupun RM1 sen.

Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.

1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau

2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.

Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti

- hutang ASB
- hutang perumahan
- sesetengah hutang kereta
- sesetengah hutang personal financing

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti

- hutang "personal financing" / "personal loan"
- hutang kereta
- sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA

(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata "kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik"

Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!

Mungkin ada yang kurang faham apa maksudnya jumlah bayaran hutang dalam perbankan Islam tak berubah, walaupun OPR berubah.

Maksudnya begini; bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.

Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.

Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.

Contohnya rumah yang harga RM200,000, harga jualan bank / hutang RM500,000

Harga jualan bank atau hutang RM500K tersebut, takkan lebih.

Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.

Contohnya ada bulan kena bayar RM1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.

Untuk memahami konteks harga jual tu, rujuk posting pasal tawaruq https://afyan.com/apakah-tawaruq-murabahah-comodity-dalam-perbankan-islam-permiyaan-peribadi-personal-loan-gunakan-kontrak-jenis-ini.html/

Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.

Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran lebih tinggi daripada RM500K tadi.

Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.

Yang membankan ialah hutang. Hutang halal atau hutang haram, tetap membebankan. Cara paling mudah supaya tidak mahu terbeban dengan hutang, ialah JANGAN BERHUTANG.

Nabi dah ajar lama doa untuk mengelakkan hutang yang membebankan. Zaman Nabi pun ada sahabat Nabi yang keluh kesah disebabkan bebananan hutang. Sudah pastikan hutang tersebut ialah hutang patuh syariah

Rujuk posting https://afyan.com/yang-membebankan-adalah-hutang-bukannya-riba.html/
Riba tidsk semestinya terbeban. Dalam dalil Quran Hadith berkenaan riba, tak ada saru pun ayat Quran dan Hadith mengatakan bahawa riba diharamkan disebabkan menindas. Rujuk https://afyan.com/riba-tak-semestinya-menindas-2.html/

Afyan Mat Rawi

#Share
#OPR
#MairaUmairah
#asbfinancing
#asbf
*_Anda Dah Lama Ingin Miliki Hartanah Sendiri??_*

_Anda Mencari Hartanah Untuk Kediaman Atau Hartanah Yang Sesuai Untuk Pelaburan Seperti Rumah Busuk Atau Rumah Lelong?._

*Semakan Kelayakan _PERCUMA_*

http://wasap.my/601110090729/NakRumah

Nak Listing Percuma?
RUMAH LELONG UTARA
https://shorturl.at/CDEGL
*_Anda Pekerja GOV Yang Ingin Miliki Hartanah Sendiri??_*

_Anda Mencari Rumah yang ada infrastruktur awam yang banyak, pengangkutan awam untuk berhubung dengan bandar² lain dan tempat² menarik._

Nak tahu details untuk projek di Selangor,Perak,Pahang,Kedah, Negeri Sembilan,Melaka,Kelantan Dan Terengganu boleh PM saya 😊

http://wasap.my/601110090729/nakrumah

Nak Listing Percuma?
RUMAH LELONG UTARA
https://shorturl.at/CDEGL
CARA KUMPUL 22.5K DALAM MASA 3 TAHUN👇🏻
https://vt.tiktok.com/ZSLJK9fdp/
.
.
New Rate Untuk Asbf lepas kenaikkan OPR Dan Jika Anda Tidam Jelas Mengenai OPR atau pelan perancangan kewangan anda boleh contact saya juga☺️

Nak Menyimpan Guna Asbf?
Jom saya guide..
http://wasap.my/601110090729/asbf
Apa Beza Gold Bar dan Dinar?

Dari segi nilai Gold Bar dan Dinar adalah sama kerana ketulenan kedua-duanya adalah sama iaitu 999.9 bersamaan 24K, dengan kandungan emas sebanyak 99.99%.

Bezanya adalah dari segi bentuk dan standard size sahaja.

Dinar berbentuk bulat seperti duit syiling. Standard size adalah 1/4 Dinar (1.0625g), 1/2 Dinar (2.125g), 1 Dinar (4.25g), 5 Dinar (21.25g) dan 10 Dinar (42.50g)

Gold Bar berbentuk segi empat. Standard size adalah 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1000g.

Dari sudut keuntungan, fakta yang juga mempengaruhi keuntungan adalah berat sesuatu emas fizikal yang dimiliki. Sudah tentu lebih berat Gold Bar atau Dinar lebih untung kerana harga per gram emas dan “Spread Value” lebih rendah.

Sebagai contoh memiliki 100g Gold Bar jika di bandingkan dengan 20g Gold Bar, sudah tentu keuntungan miliki 100g lebih tinggi kerana harga per gram untuk 100g lebih rendah dari harga per gram 20g Gold Bar. Juga peratus spread value  100g lebih rendah dari peratus spread value 20g.

Contoh harga 20g hari ini (14 Mac 2023) adalah RM5,863. Harga per gram untuk 20g adalah RM293.15. Spread Value adalah 8.69%

Harga 100g hari ini (24 Mac 2023) adalah RM29,044. Harga per gram untuk 100g adalah RM290. Spread Value adalah 7.53%.

Public Gold menyediakan kemudahan bagi penyimpannya untuk mengumpul dulu gram dalam akaun emas, supaya boleh mengeluarkan bentuk emas fizikal samada Gold Bar atau Dinar yang lebih berat.

Walau bagaimana pun cara simpanan yang dipilih juga bergantung kepada kesesuaian dan bajet seseorang, dan melalui mana-mana cara sekali pun, yang penting kita ada simpanan dan faham akan potensi perkembangan nilai emas dalam jangka panjang.

#simpananemas #mairaumairah
INFO BERKAITAN SPREAD EMAS PUBLIC GOLD:

1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (SELL) dengan harga jualan (BUY).

2. Peratusan SPREAD yang terendah adalah yang TERBAIK (biasanya peratusan bawah daripada 10%).

3. Formula SPREAD = Harga SELL - Harga BUY.

4. Formula % SPREAD = Jumlah SPREAD / Harga SELL) x 100.

5. Kenapa SPREAD penting?

Kerana ia bertindak mengawal untung dan rugi kita jika kita berurusniaga dengan syarikat yang menjual emas! Tak semua org mampu jual sendiri.

So dalam hal ini, SPREAD amat membantu. BELI-SIMPAN-JUAL BALIK.

SIMPAN EMAS SEKARANG .... MUDAH MURAH PATUH SYARIAH 

#simpananemas
#UmairahFazli
#mairaumairah
#AmazingJE24K
Saya masih lagi menerima soalan bertanyakan kenapa perlu buat pelaburan emas dan simpan emas?

Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak nampak potensi dan kenapa perlu membuat pelaburan emas dan simpan emas.

⭐️Sebab utama ramai memilih menyimpan emas bukanlah hanya untuk menjadi kaya raya, tetapi bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan lebih cepat. Kalau kita tenguk graph perkembangan emas pun kita nampak kan ? bagaimana nilai duit kita yang kita labur boleh berkembang.

Dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk matawang, sebagai contoh duit RM100 sekarang tidak lagi boleh membeli barang yang sama seperti beberapa tahun yang lepas. Jadi untuk mencapai sesuatu tujuan dengan menyimpan duit yang nilainya menyusut, amatlah sukar dan mengambil masa yang lama, seakan terkejar-kejar, duit terkumpul dah banyak masih lagi tak cukup-cukup.

Ini adalah kerana duit kita semakin berkurang nilainya disebabkan oleh inflasi. Dalam bahasa yang mudah, inflasi membawa maksud harga barang meningkat atau kuasa membeli berkurang.

Berbeza dengan emas, contoh (lihat graph) sekiranya kita membeli 1g emas pada tahun 2016 pada harga RM181, nilai 1g emas kita sekarang sudah lebih dari RM300. Dengan peratus kenaikan yang sama, harga emas boleh mencecah lebih RM400/RM500 masa hadapan. Ini baru 1g. Kebanyakan penyimpan emas yang telah bermula awal, mempunyai beratus-ratus gram terkumpul, malah ramai juga yang telah mencapai simpanan emas sehingga berkilo.

⭐️ Dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar, penting untuk kita review balik portfolio pelaburan mengikut keadaan ekonomi semasa. Rugi kalau dibiarkan begitu saja, kerana dalam keadaan ekonomi global sekarang syarikat-syarikat saham yang dulunya boleh memberi dividen yang tinggi, tidak akan lagi boleh berbuat demikian, malah peratus dividennya rendah dan berkemungkinan besar di bawah peratus kadar inflasi.

⭐️ Selain daripada itu, emas juga adalah aset yang bernilai yang boleh dikumpul sedikit-sedikit dan boleh dicairkan (dijual) bila-bila masa dengan cepat. Jadi jangan rasa rugi simpan emas, sebenarnya kita juga mengumpul harta dan semua mampu mengumpul harta dengan emas.

Emas adalah aset yang mampu dikumpulkan oleh sesiapa saja juga atas tujuan untuk membeli aset yang lebih besar seperti rumah.

Rumah, tanah adalah aset. Semua mahu memiliki rumah dan tanah. Cuma ia memerlukan dana yang sangat tinggi dan memerlukan deposit yang tinggi dan kewangan yang baik untuk mendapat pinjaman perumahan.

Dengan emas, ramai mampu mengumpul dan mencairkan untuk dijadikan sebagai deposit rumah.

Ramai juga telah menjadikan akaun emas GAP sebagai “supporting” dokumen untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Jadi banyak sangat kegunaannya dan jangan rasa rugi menyimpan emas kerana dalam proses menyimpan, emas mudah dicairkan sekiranya dana kecemasan diperlukan.

Bottom line, emas akan menyelamatkan kedudukan kewangan dan nilai duit kita pada masa akan datang.

⭐️ ibu bapa yang membuat simpanan jangka panjang anak-anak, amatlah rugi jika masih lagi tidak mengalihkan kepada simpanan emas.

⭐️ Kepada yang mempunyai simpanan duit yang banyak yang dirancang tidak akan digunakan 2 atau 3 tahun, amatlah rugi jika tidak dialihkan kepada emas dan dibiarkan begitu saja, kerana walaupun angkanya besar nilainya menyusut.

Beli dan simpanlah emas bermula dari sekarang. Yang penting kita konsisten supaya simpanan emas kita bertambah. Saya doakan kepada semua yang membaca posting ini dapat capai simpanan emas sehingga berkilo. Aamiin…

Beli Emas Mulakan Kecil² pun boleh minimum Rm 100 Daftar Free👇
https://publicgold.me/mairaumairah

#mairaumairah
#jomsimpanemas