Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
5.Tips Hadapi Zaman Gawat.
•••••••••••••••••••••••••••••••

Sebagaimana duit kita berdepan dengan musuh utama iaitu inflasi, ekonomi kita juga berdepan dengan cabaran kemelesetan ekonomi.

Samada suka atau tidak, kitaran kemelesetan ekonomi pasti kita tempuh .Ianya suatu jaminan. Apa persediaan kita untuk menghadapi situasi ini?

.

▶️ 1.Perkemaskan Simpanan Tunai.

Semasa kemelesetan ekonomi, akan ada 2 kategori manusia yang bakal kita jumpa:

Pertama, yang mula sengsara akibat kurangnya persediaan simpanan tunai/kecemasan mereka.

Bila berdepan dengan risiko pemberhentian kerja, pemotongan gaji atau tawaran pemberhentian secara sukarela, mereka tak mampu survive & terpaksa menjual harta/aset yang mereka ada.

Kedua, golongan yang mula menjadi pemburu harta. Semasa kemelesetan ekonomi, mereka manfaatkan lebihan simpanan yang ada untuk membina keuntungan berlipat kali ganda.Mereka menjadi penyelamat golongan pertama.

▶️ 2.Belajar Kemahiran Yang Bersifat Kalis Kemelesetan Ekonomi.

Semasa kemelesetan ekonomi, kita dapat lihat banyak sektor & perniagaan yang terpaksa gulung tikar, berpindah lokasi dan terpaksa mengecilkan skop operasi.

Di suatu sudut, ada juga bisnes-bisnes yang berjaya buat keuntungan berkali ganda berbanding semasa keadaan ekonomi biasa.Contohnya dalam sektor kemahiran, bisnes online & pendidikan.

Semasa gawat, ramai yang cenderung belajar untuk menambah pendapatan ke-2, mengurus serta merancang kewangan dengan lebih bijak.

Banyak juga peluang kerjaya baru diwujubkan yang bersifat online, bekerja dari rumah serta bermula dengan modal yang rendah. Cuba manfaatkan peluang yang tercipta.

Dalam keadaan ekonomi normal, kebanyakan kita lebih cenderung hidup cara biasa & berbelanja apa yang kita suka.Bila kitaran ekonomi mencabar memaksa kita untuk bertindak dengan lebih bijak.

▶️ 3.Sediakan bajet Bulanan Yang Lebih Praktikal.

Semak semula belanja bulanan, bil-bil keperluan serta pembiayaan bank kita.Lihat pada bahagian yang mampu kita jimatkan.Beralih kepada plan yang lebih menjimatkan.

Plan internet yang berjaya dijimatkan hanya RM 10 sebulan membantu penjimatan sebanyak RM 120 setahun.Berapa jumlah yang berjaya diselamatkan bila 5 orang ahli keluarga yang gunakan plan yang sama?

Semak juga dengan bank pengendali pembiayaan anda sekiranya ada menawarkan tawaran kadar interest lebih rendah.

Lihat kepada barang keperluan bulanan yang kita belanja.Lihat samada semuanya keperluan atau kehendak. Potong belanja tidak perlu jika lebihnya kepada kehendak.

▶️ 4. Kecilkan Bayaran Pembiayaan.

Rundingcara dengan pihak bank untuk kecilkan bayaran pembiayaan kita. Supaya dana kecemasn tersedia mampu bertahan lebih lama.

Lihat juga keperluan kepada pembiayaan semula hutang-hutang kita. Pembiayaan semula mampu kurangkan beban bayaran bulanan kita. Cuma tempoh masa pembiayaan akan bertambah semula.

Gunakan penjimatan dari pembiayaan semula untuk besarkan tabungan simpanan kecemasan kita.

Boleh gunakan juga konsep "debt console" untuk lupuskan hutang yang ansuran bulanan lebih tinggi serta baki hutang dengan kadar interest lebih tinggi.

▶️ 5.Sedar Kemelesetan Ekonomi Tidak Akan berakhir.

Cabaran ekonomi akan bermusim lebih panjang bagi individu yang tidak bijak merancang & mengurus wang yang mereka ada dengan bijak.

Sentiasa manfaatkan simpanan & kemahiran yang ada untuk terus menambah pendapatan kita.Hidup di bawah paras kemampuan.

Usahakan untuk sentiasa berbelanja kurang daripada pendapatan yang kita cipta.Jadikan tabiat untuk menyimpan lebih daripada apa yang kita belanja.

Duit punya bahasa,

"Selamatkan saya segera, supaya hari esok anda beri lebih bahagia"

Boleh join channel Telegram rasmi saya untuk dapatkan tips, panduan dan info terkini berkaitan tips pengurusan kewangan dan ilmu hartanah. FREE je.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#TeamPelaburGenius
4.Beli Rumah Ikut Kemampuan
••••••••••••••••••••••••••••••••••

1.Bila nak beli rumah,bukan setakat nak semak kelayakan pinjaman saja.Paling penting ukur kemampuan simpanan semasa kita.

2.Nak beli rumah harga sekitar RM 160k, ansuran bulanan lebih kurang RM 760 sebulan.Cuba semak semula setiap bulan mampu atau tidak kita menyimpan RM 760.

3.Jika mampu, boleh je teruskan hajat nak beli rumah tu. Kalau tak mampu, baik tangguhkan dulu hasrat tu.

4.Jika was-was lagi tapi teringin sangat dah nak ada rumah sendiri, saya selalu cadangkan untuk mula melabur dalam ASB.

5.Mohon pelaburan ASB RM 200k, ansuran bulanan RM 775. Ambil pembiayaan tanpa takaful. Rate 3.5%. Ambil tempoh maksima, 40 tahun.Paling lama.

6.Layankan tahun pertama.Anggap saja korang dah miliki rumah pertama. Cuba bayar selama setahun ini.

7.Jika tahun pertama bayar pelaburan ASB ini tanpa merana, selesa ikut poket kita then masuk tahun ke-2, boleh teruskan hajat untuk beli rumah pertama kita.

8.Pelaburan ASB teruskan dengan kaedah rolling dividen sahaja.Jika tidak, gunakan saja hasil dividen tahun pertama sebagai deposit rumah.

9.Guna konsep pairing ASB supaya bila tamat tempoh pembiayaan rumah kita, aset ada, simpanan pun ada.

10.Jika tidak, buat pembatalan pelaburan ASB supaya hutang rumah selesai lebih awal dari tempoh sepatutnya.

Kawan-kawan yang segak bergaya,

Masa mula bekerja, bina disiplin menyimpan. Banyak platform kita boleh bermula.

Unit amanah, ASB, ASB financing, emas dan macam-macam lagi platform pelaburan sah yang ada di malaysia.

Menyimpan & melabur ni pun boleh menyebabkan ketagihan juga.Kalau kita dah terbiasa & mula sedari usia muda.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Perbezaan Hasil Yang Waris Dapat Jika Ambil Tempoh Takaful Berbeza
================================

Pening! Pening! Pening!
Semua orang masih confuse tentang takaful ni. Sebabnya agent/banker ini cakap dapat banyak tu, agent/banker kata dapat banyak ini. Last2 yang pening adalah customer. 😲😲😲

.

Apa yang sebetulnya ?
Apakah perbezaan nilai hasil waris dapat bila berlaku kematian atau tpd ?

.

Full Takaful
➡️ Dapat Full Nilai Sijil
.
Takaful Tempoh Singkat
➡️ Dapat Sum Insured + Principal
.
No Takaful
➡️ Dapat Principal

.

Pengambilan takaful dalam ASBF ni bakal memberi kesan kepada Return On Investment setiap pelabur asbf. Rancang lah elok2 plan masing-masing. Dapatkan khidmat nasihat dari perunding kewangan yang betul.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
3. DUIT FREE DENGAN ASB
•••••••••••••••••••••••••••••

" Tuan, dengan keadaan ekonomi sekarang masih untung ke buat ASB Financing ni?"

" Kawan saya kata, dah la ada interest bank, lepas tu dividen makin menurun pula. Berbaloi ke? "

.

Ini antara "ketakutan" salah seorang peserta semasa sesi Online Sharing My ASB Mastery anjuran Team Pelabur Genius baru-baru ini.

Target beliau untuk kumpul deposit rumah impian 3 tahun dari sekarang.Beliau ingin kumpul cash semaksima yang boleh.

Saya kongsikan kaedah pelaburan ASBf untuk bantu beliau dapat "extra cash" berbanding kaedah simpanan beliau sekarang.

1.Mohon pembiayaan ASB financing 200k.Ambil tanpa takaful.Modal RM 775 sebulan (rujuk rajah 2).

2.Guna kaedah "Compound divident".Jangan usik hasil selama 3 tahun.

3.Jumlah dividen terkumpul dari tahun pertama hingga tahun ke-3 berjumlah RM 34,848.27 (rujuk rajah 4).

4. Anggaran baki pembiayaan ASBF RM 200k pada bulan ke- 36 sekitar RM 192,744.22 (rujuk rajah 3).

5.Anggaran nilai Surrender value yang diperolehi RM 7,255.78
(RM 200,000 - RM 192,744.22).

5. Hasil tambah keseluruhan pada tahun ke-3 bersamaan RM 42,104.05

6.Jika simpan cara biasa di ASB sahaja, hasil terkumpul cuma RM 30,333.19 (rujuk rajah 1).

7.Bila kita congak dengan bijak, hasil simpanan di ASB tapi kaedah yang berbeza menggunakan modal yang sama tapi bawa beza RM 11,771

8.Ini untung menarik & menawan sebenarnya.Ini cara orang kaya berfikir & bertindak. Usaha cari cara guna modal yang sama tapi untung berganda-ganda.

Kawan-kawan,

Bila keliru atau buntu dalam hidup, tak salah untuk kita minta nasihat dari kawan-kawan cuma pastikan jangan terima nasihat yang salah.

Rujuk kepada orang yang sudah melabur & melabur atas landasan ilmu.

Kata Iman Syafie,

" Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu "

Jom! Urus Wang Gaya Pakar.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Asas Kefahaman ASB Financing

ASB Financing boleh dilabur menggunakan Cash atau pun financing/loan (Sijil).

Tetapi orang bijak dia takkan menggunakan cash, sebab bank telah menyediakan kemudahan financing untuk melabur di ASB. Ini lah dinamakan OPM (other people money). Bermaksud gunakan duit bank untuk melabur di ASB.
.
.
📌 Konsep ASB Financing

Ada 3 watak penting:
Korang (peminjam asb financing)
Bank
PNB (asb)


Hubungan Korang & Bank

1. Korang apply financing dengan bank.

2. Nilai pinjaman tu bank akan beli sijil ASB. Sijil ASB tu atas nama korang.

3. Nilai sijil tu xkan dicatat di buku asb. Sebab ia sijil bukan cash. Hanya cash sahaja yang tercatat di buku ASB.

4. Sijil ASB tu bank akan pegang. (Dicagarkan)

5. Bila buat pembiayaan (pinjaman) dengan bank, akan ada profit rate (interest) dikenakan. Contoh 3.4%, 3.45% dan 3.55%.

6. Jangan rasa tinggi pulak rate asbf ni. Pahtu gi compare dengan rate gomen personal loan. Sebab kiraan interest asbf ni ikut EffectiveRate sama macam home financing.

7. Dah korang meminjam duit dengan bank, jadi setiap bulan korang kena bayar kepada bank lah.

8. Ingat ! Korang pinjam duit dengan bank tapi duit tu bank gi beli sijil ASB. Maksudnya korang x dapat duit pun kat tangan.

9. Tapi bila korang terminate asb financing tu, bank akan jual sijil ASB tersebut. Dan duit hasil jualan tu akan ditolak dengan baki pinjaman korang.

10. Balance duit lebihan tu lah dinamakan #PRINCIPAL. Duit ni akan dikreditkan ke dalam akaun saving korang bila loan korang fully terminate.

Hubungan Korang & PNB (ASB)

1. Bank telah beli sijil ASB atas nama korang. Bermaksud akaun ASB korang ada pelaburan berjumlah 200k (contoh).

2. Jadi korang #Layak dapat Dividen dan Bonus pada bulan Januari setiap tahun. Duit ini akan dikreditkan ke dalam akaun ASB korang.

3. Kiraan dividen dan bonus ikut #Prorate. Walaupun sijil ASB korang dibeli pada bulan 2 atau bulan 7 atau bulan 11, dividen dan bonus asb tetap diberi pada Bulan Januari.

4. Dividen dan Bonus adalah milik penuh korang. Korang bebas gunakan duit ini untuk kegunaan apa sahaja.

5. Jangan timbul isu bank akan "curi atau ambil" duit dividen asb korang plak. Semua tu karut marut.

Semoga Bermanfaat

Mohon skrng👇🏻
http://wasap.my/601110090729/Asbf
TEKNIK GENIUS COMPOUNDING


Teknik ni sesuai bagi mereka yang ada matlamat jangka masa pendek seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan lain-lain. Teknik ni perlu menyimpan secara konsisten setiap bulan dan jangan usik dividen supaya duit dapat dikumpul dengan cepat.

BERAPA SAYA AKAN DAPAT KALAU SAYA FOLLOW TEKNIK GENIUS COMPOUNDING NI SELAMA 3 TAHUN ?

ASBF 200K

_Dividen_
Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025

Jumlah dividen terkumpul = RM31,525

Baki hutang selepas 3 tahun = RM192,745 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 192,660 = RM7,340

Jumlah Simpanan:
31,525 + 7,340= RM38,865 ✓

Bagi amaun lain gunakan kaedah nisbah sahaja, bandingkan dengan hasil simpanan sijil 200K

➡️ ASBF 150K - BULANAN RM582

👉150/200 x 38,865 = RM29,148✓

➡️ ASBF 100K - BULANAN RM385

👉100/200 x 38,865 = RM19,432✓

➡️ ASBF 50K - BULANAN RM193

👉50/200 x 38,865 = RM9,716✓

Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.0% dan Kadar Keuntungan Bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

Semoga teknik ni dapat membantu semua mencapai matlamat masing-masing. Bila ada matlamat ni, lebih mudah kita nak menyimpan sebab kita nampak apa yang kita nak.

Semoga Bermanfaat😊

Nak belajar pelbagai teknik ASBF, klik link di bawah untuk join group:

https://chat.whatsapp.com/ILx4Mvc2dix4TvqWaXuIUm
Silver actually tengah under value sekarang. 50% low.

Pelabur gold dan silver merujuk kepada ratio gold:silver sebagai guideline untuk tambah gold atau silver.

Ratio gold:silver terkini pada 6 Mei ialah 1:83. This means harga silver terlalu rendah. So ramai pelabur ambil peluang tambah silver.

Penganalisis menjangkakan ratio gold:silver ada potensi jadi macam 1900an sekitar 1:16.

Selain gold, silver juga ada disebut dalam Al-Qur'an. Jangan underestimate the value of silver.

Robert Kiyosaki pun recommend simpan silver sekarang untuk pelaburan sedekad akan datang.

Simpan silver? Klik Link
👉🏻 https://publicgold.me/mairaumairah
Ringgit Malaysia kian menyusut!

Mungkin akan terus menyusut berdasarkan analisis teknikal!

Banyak kesannya kepada negara kita antaranya kenaikan harga barangan dan kadar faedah...

Bila ringgit susut, kita terpaksa membayar 'lebih' bagi menampung kenaikan nilai USD dengan membayar lebih mahal dan ini menyebabkan harga barangan naik (inflasi)... Negara kita banyak mengimport sebahagian besar barang keperluan termasuklah komoditi seperti gandum, jagung etc., alat ganti kenderaan, ubat-ubatan etc.

Sebaliknya sektor perlancongan membawa keuntungan dengan harga ringgit murah... Terutamanya rakyat Singapura yang 'shopping sakan' di JB disebab duit kita kian murah dan ditambah dengan harga petrol yang murah.

Harga minyak sawit mentah (MSM/CPO) dijangka terus mahal disebabkan kekurangan minyak kacang soya dan minyak bunga matahari kesan daripada krisis Rusia-Ukraine yang berpanjangan ditambah dengan kurangnya eksport minyak kacang soya daripada Brazil dan Argentina

Apa yang penting kita buat persediaan, dan ambil peluang dengan keadaan ekonomi sekarang untuk memilih pelaburan yang boleh mengembangkan duit kita ketika dunia mengalami krisis ekonomi yang memberi kesan negative kepada nilai matawang sesebuah negara.

Seperti posting saya yang lalu, kita kena sesuaikan pelaburan kita mengikut keadaan ekonomi semasa. Masa ekonomi sedang melanda krisis, syarikat-syarikat yang dulunya boleh memberi dividen yang tinggi tidak akan lagi boleh berbuat demikian ketika prestasi syarikat itu sendiri juga terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Apa pilihan kita?

Sekiranya anda mempunyai portfolio pelaburan tertentu, semak (review) balik pulangan pelaburan anda, dan buat perancangan baru supaya duit anda dilabur kepada instrumen yang boleh mengembangkan duit anda seperti simpanan / pelaburan emas.

Sekiranya anda tiada simpanan dan susah untuk menyimpan, jangan biar keadaan kewangan anda sebegini kerana masa depan mungkin lebih sukar, cuba ambil peluang untuk bermula dengan simpanan emas dengan menggunakan kemudahan belian minima RM100 atau secara Easy Payment Purchase.

Analoginya simpanan emas ni seperti kita menanam pokok durian, hasilnya bukan sehari dua, sebulan dua. Kita invest masa dan wang sekarang untuk kesenangan masa hadapan.

Back to the future ==> bayangkan harga emas sudah RM500/g, tak ke putih mata mengenangkannya? ... Kita perlu masa untuk buat simpanan hasil dari pendapatan bulanan kita, jadi perlu untuk kita mulalah sekarang secara konsisten untuk menngumpul gram yang banyak.

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/mairaumairah
[Alert Harga]

Harga emas GAP turun, RM3/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini (13 May 2022)

RM 100 = 0.3597 gram
RM 278 = 1.0000 gram

Statistik Mei 2022
Tertinggi: RM285 (01/05)
Terendah: RM278 (13/05)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM264 (07/01)

Pergerakan harga emas fizikal terkini ialah RM276/g (dilihat dari harga Goldbar 10g) menunjukkan penurunan dibandingkan harga emas GAP.

Bagaimana anda boleh “leverage” mengambil peluang dengan keadaan ini?

🔸Buat penambahan gram simpanan anda dengan membeli pada harga rendah seumpama membeli pada harga diskaun.

🔸Ambil peluang untuk memuratakan kos emas anda dengan cost averaging teknik

🔸Bila harga rendah, ambil peluang untuk lock harga emas selama 6 atau 10 bulan dengan menggunakan kaedah Easy Payment Purchase EPP 6x atau 10x. Dengan EPP sekiranya harga emas naik anda tetap bayar harga yang sama tiap-tiap bulan

🔸Mindset penyimpan emas kena pandang jauh dan target bukan harga emas sekarang tapi harga emas di masa hadapan. Saya sendiri target harga emas rm400/500 segram.

⁃ Ambil peluang naik turun jangkamasa pendek untuk mengumpul gram emas menggunakan kaedah simpanan yang sesuai

⁃ Ambil peluang kenaikan harga emas jangkamasa panjang dengan merancang supaya simpanan emas banyak bila harga dah capai tahap kenaikan seterusmya

Boleh lihat harga terkini di link website saya di bawah.
Harga emas fizikal dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.
Harga GAP dikemaskini sehari sekali pada pukul 12 malam.

Klik butang daftar percuma untuk daftar atau whatspp saya untuk saya bantu anda simpan emas!

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli
#PublicGold
#AmazingJE24K
Apa itu “Cost Averaging” atau Pemurataan Harga

Katakan anda beli emas masa itu 1 gram RM300, dan sekali lagi beli masa harga RM280. Hari ini 1 gram RM260.

RM300 + RM280 + RM260 = RM840

RM840 ÷ 3 = RM280. Sebenarnya anda beli 1 gram RM280 saja

Setiap orang mempunyai benchmark harga yang berlainan. Kepada yang bermula sewaktu harga emas rendah, benchmark harganya rendah.

Benchmark ini penting sebagai kayu ukur harga emas murah atau mahal selepas ini. Selagi tak beli emas, dia tak tahu harga emas murah atau mahal.

Contohnya dia mula simpanan emas hari ini RM260. Bulan depan harga naik RM270. Dia akan rasa bahawa RM270 itu harga emas naik kerana masa dia mula harga 1 gram hanya RM260.

Atau harga bulan depan jadi RM259. Dia pun akan rasa yang harga RM259 lebih murah daripada harga dia beli sebelum ini RM260. Inilah dipanggil harga Benchmark.

Fundamentally, kita kena faham bahawa perlunya kita mengumpul untuk mencapai gram yang banyak dengan mengambil peluang naik turun harga emas jangkamasa pendek…

dan eventually untuk ambil peluang raih keuntungan pada harga emas jangkamasa panjang dengan gram terkumpul yang banyak.

Got it?

DAFTAR FREE
https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli
#PublicGold
#AmazingJE24K