Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
TERKINI!!!

Promo Easy Payment Purchase EPP10x kini kembali lagi sehingga akhir bulan April 2022

Jangan lepas peluang ini untuk mulakan simpanan atau membuat penambahan simpanan anda melalui kaedah ini.

Boleh tekan link ini untuk daftar percuma dan mulakan simpanan anda dengan kaedah ini.

https://publicgold.me/mairaumairah

#UmairahFazli
#simpanemas
Duit pisang ini adalah matawang di negara kita pada tahun 1942-45 sewaktu Malaya dan kawasan2 yang sewaktu dengannya diperintah oleh tentera Jepun. Mereka telah mencetak terlalu banyak matawang ini sehinggakan nilainya jatuh merudum. Datuk nenek kita terpaksa membayar jumlah wang yang berkoyan hanya untuk membeli secawan kopi!

Inilah risiko yang boleh berlaku jika kerajaan mencetak terlalu banyak wang kertas.

Ini lagi satu sebab mengapa saya melabur dalam emas!
1. Seorang pembaca telah menghantar grafik berikut kepada saya.

2. Saya terpaksa menahan ketawa membaca komen hamba Allah di dalam grafik ini (saya tidak mengenali siapa penulis kerana identiti beliau disembunyikan). Beliau membuat 2 komen, dan kedua-duanya silap! Worse, dia mentertawakan orang walhal dia sendiri yang silap!

3. Jadi pada pandangan penulis, sesiapa yang membeli emas sekarang silap besar kerana harga emas jatuh. Ini adalah pelik kerana harga emas – seperti harga kebanyakan saham, unit amanah dan crypto – naik turun setiap minit! Takkanlah kerana harga emas jatuh $1, $10 atau $100, pelaburnya silap?

Next, kita melabur bukan bergantung kepada prestasi harga seminit, sehari atau sebulan. Kita melabur bergantung kepada prestasi harga long term (2 tahun atau lebih) dan lebih utamanya, prospek pelaburan tersebut di masa hadapan. Dan mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 9.5+% setahun (total return lebih 560%) dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tidak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi dihari-hari akan datang adalah tinggi.

Jadi langkah untuk melabur dalam emas hari ini adalah langkah yang baik dan bijak.

4. Apa yang lebih lawaknya, penulis menyatakan yang USD disandarkan dengan emas! Sebenarnya, hubungan USD dan emas telah diputuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 – 51 tahun yang lalu! Jika fakta ini pun penulis tidak tahu, besar kemungkinan banyak lagi maklumat yang beliau kongsikan di medsos juga silap.

5. Jadi saya rasa sipenulis perlu menambahkan ilmu tentang wang, ekonomi, financial planning dan sejarah sebelum beliau meneruskan syarahan beliau tentang subjek ini.

6. Apa pendapat anda?

Cc:Azizi Ali
Hartawan Dermawan.

Saya cuba membantu seorang rakan yang sedang membina sebuah pusat dakwah pada tahun 90’an.

Setakat ratusan ringgit memang mudah untuk mendapat derma dari rakan-rakan rapat tetapi ianya masih tidak mencukupi.

Saya mendengar khabar seorang kerani di pejabat mempunyai uncle yang kaya raya.

Memang uncle tersebut terkenal dengan mempunyai banyak public listed companies di Malaysia.

“What the heck” saya fikir.

No harm trying minta derma dari beliau kalau dapat.

Saya panggil puan siti (bukan nama sebenar) ke bilik pejabat saya.

“Puan siti, saya sedang berusaha menolong rakan membina sebuah pusat dakwah yang memerlukan wang banyak.

Saya dengar pak saudara puan seorang yang kaya dengan mempunyai banyak syarikat.

Boleh tak tanya beliau jika mahu menderma pada projek ini” tanya saya pada puan siti.

“Boleh sahaja tuan haji kerana saya pun mendengar yang beliau memang selalu menderma.

Hari minggu ini saya akan pergi ke rumah beliau dan bertanya” jawab puan siti dengan konfiden.

Saya menunggu hari isnin dengan penuh debaran kerana pembinaan projek pusat dakwah adalah di peringkat terakhir dan tanpa kewangan ini tentunya akan terbengkalai.

Pagi isnin muncul dan puan siti masuk ke pejabat saya dengan tersenyum.

“Saya sudah jumpa beliau dan beliau kirim salam pada tuan haji.

Beliau memberi saya cheque kosong siap bertanda tangan untuk tuan haji isi berapa jumlah yang diperlukan” kata puan siti.

Saya agak terperanjat pada masa itu kerana tidak pernah menerima satu cheque kosong (open cheque) yang sudah bertanda tangan.

Hanya perlu diisi jumlah ringgit sahaja.

Saya boleh tulis seratus ribu ringgit atau pun satu juta ringgit, kalau saya mahu.

Pada masa itu saya telefon pada rakan saya yang mengendalikan pembinaan pusat dakwah.

“Mat (bukan nama sebenar) berapa banyak lagi duit yang perlu untuk kita siapkan pusat dakwah ini” tanya saya pada mat yang memberitahu saya kewangan yang diperlukan.

Dengan cermat saya menulis di atas cheque tersebut.

“Ringgit sepuluh ribu sahaja”.

Ya, bukan sejuta atau seratus ribu ringgit tetapi hanya sepuluh ribu ringgit sahaja yang diperlukan untuk penyiapan pusat dakwah tersebut.

“Puan siti, nanti ucapkan salam terima kasih dan jazakallah pada pak saudara, ya” saya beritahu pada puan siti dengan penuh syukur.

“Tuan Haji tau tak, uncle saya ini ada 4 orang isteri dan kehidupan mereka aman damai.

Setiap bulan masing-masing isteri menerima 10,000 ringgit duit poket. Tiada siapa komplen dan semua happy” kata puan siti tersenyum meleret.

Ada tak lagi hartawan dermawan yang memberi open cheque sekarang ini untuk derma fisabilillah?

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
1. Kadar inflasi di Malaysia kian meningkat
2. Harga makanan, pakaian, pendidikan dan restoran / hotel amat terkesan dengan menunjukkan trend memuncak
3. Pengenalan gaji minima RM1,500 mampu meningkatkan kuasa beli pengguna, akan tetapi apabila ramai yang mampu membeli (secara hutang), maka ia mendorong untuk harga barangan terus meningkat.
4. Pendapatan ⬆️, hutang (pembelian secara kredit) ⬆️, wang dalam pasaran ⬆️, kemampuan membeli ⬆️. Natijahnya....jangan terkejut bila harga barangan dan perkhidmatan juga akan NAIK!!

Kredit to: M. Afzanizam
5_6283080448700581523.pdf
1.1 MB
5_6283080448700581523.pdf
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tak perlu jadi 'expert' nak mula simpan emas. Analogi yang mudah saya berikan.

Antara 1 gram emas atau RM100?

Dalam jangka masa panjang,

Yang mana satu makin tinggi nilainya.
Yang mana satu makin susut nilainya.

https://publicgold.me/mairaumairah