Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelongโฉhttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š
Download Telegram
โœ… BUAT SIJIL ASB 200K - RM385 SEBULAN.

Bagi individu yang bergaji kecil atau komitmen sudah tinggi, pasti berasa sukar untuk memiliki sijil ASB RM200K yang memerlukan komitmen bulanan RM770.

Sebenarnya, jika ada ilmu, anda boleh miliki sijil ASB 200K dengan hanya bermodalkan RM385 sebulan. Tapi memerlukan strategi yang betul dan kesabaran.

Teknik yang sesuai digunakan adalah Teknik HYBRID iaitu gabungan Teknik Rolling Dividen dan Teknik Compounding.

โ–ถ๏ธ Langkah 1:

Pada tahun pertama, Apply ASBF 100K, keuntungan bank 3.45%, tempoh pembiayaan 40 tahun. Bayaran bulanan RM385.

Anda bayar selama 12 bulan @ setahun sahaja. Selepas setahun, anda akan dapat dividen. Gunakan dividen untuk bayar ansuran tahun kedua. Ulang langkah ini pada tahun seterusnya sehingga matlamat anda tercapai.

โ–ถ๏ธ Langkah 2:

Pada tahun kedua, komitmen bulanan anda kembali sifar kerana ansuran sijil 100K yang pertama dibayar menggunakan dividen. Tiba masanya untuk anda apply sekali lagi sijil ASB 100K.

Kini anda sudah memiliki sijil ASB sebanyak 200K. Untuk sijil kedua, disarankan untuk menggunakan teknik compounding supaya hasil simpanan lebih tinggi.

Semoga Bermanfaat

Umairah Fazli
Islamic Financial Planner
https://linktr.ee/maira_umairahfazli
*CARA KUMPUL RM100K DALAM MASA 4 TAHUN*

Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga, membeli rumah, nak kumpul modal bisnes, nak beli kereta, nak pergi umrah & haji dengan keluarga, dan lain-lain matlamat.

Ikut langkah di bawah;

โœ”๏ธ Apply sijil ASBF 200K.
โœ”๏ธ Rate 3.45%.
โœ”๏ธ Tenure 40 tahun.
โœ”๏ธ Bayaran bulanan RM770.
โœ”๏ธ TEKNIK COMPOUNDING.
โœ”๏ธ Simpan setiap bulan RM770.
โœ”๏ธ JANGAN USIK DIVIDEN.

*_Dividen Tahun Pertama_*

5% x RM200,000 = RM10,000.

*_Dividen Tahun Kedua_*

5% x RM210,000 = RM10,500

*_Dividen Tahun Ketiga_*

5% x RM220,500 = RM11,025

*_Dividen Tahun Keempat_*

5% x RM231,525 = RM11,575

*Jumlah dividen:*

RM10,000 + RM10,500 + RM11,025 + RM11,575 = RM43,100โœ”๏ธ

*Jumlah prinsipal terkumpul:*

Prinsipal = Nilai Sijil - Baki Hutang

Nilai Sijil = RM200,000
Anggaran Baki Hutang = RM190,120

RM200,000-RM190,300 = RM9,880โœ”๏ธ

*Jumlah simpanan:*

RM43,100 + RM9,880 = RM52,980 โœ”๏ธโœ”๏ธโœ”๏ธ

So seorang dah dapat kumpul RM53K. Macam mana nak bagi jadi RM100K?

Ajaklah pasangan anda juga menyimpan.

RM53K X 2 = RM106K โœ”๏ธโœ”๏ธ

Kan dah dapat kumpul lebih kurang 100K.

Tak lama pun, cuma perlu konsisten dan sabar selama 4 tahun sahaja. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun. Lepas 4 tahun dah berjaya kumpul 100K, macam-macam kita boleh buat. Terpulang kepada matlamat masing-masing.

Tak mustahil kita juga mampu lakukannya.

Sijil 200K sekadar contoh sahaja. Boleh bermula dengan jumlah yang lebih kecil ikut kemampuan masing-masing.

[Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5% dan Kadar Keuntungan Bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

๐Ÿ“Œ Bagi sesiapa yang nak mula menyimpan boleh submit permohonan sekarang.

Klik je link di bawah;
http://wasap.my/601110090729/ASBF

Nak tahu lebih lagi pasal kewangan dan pelaburan?klik link dibawah
https://linktr.ee/maira_umairahfazli
JANGAN JADI PEMALAS BOLEH?
-------------------------------------------

" Eh kau berbakat lah dalam menjual "

" ohh, memang lah dia berbakat dalam negosasi "

" bestnya kalau ada bakat melukis "

" hai, macam mana lah nak ada bakat menyanyi "

" dia boleh hebat main bola, dari kecil berbakat "
.

.

BAGI AKU, orang yang melihat kepada bakat ini adalah pemalas dan cepat putus asa dengan memberi seribu satu alasan.

Kau nak tahu ?

adakah Awang PocketRocketMan berjaya dapat medal kerana beliau berbakat ?

resipi kejayaan nak lahirkan juara dunia, berlatih 10 tahun , tanpa henti , 3 jam sehari.

kau malas nak buat, kau bagi alasan orang tu berbakat.

Cuba kau cakap ayat berbakat tersebut kepada Nicol David, agak-agak dapat tak penampar squash ?

ayat itu semua adalah SATU PENGHINAAN orang yang bekerja keras.

Pernah tak dengar ?

Darah berniaga datang dari segelintir golongan .

heh, maknanya kalau tak datang dari segelintir golongan tak boleh berniaga? tak boleh berjaya ?

Jujurnya, aku setuju orang kelantan ramai yang berniaga , di sebabkan ramai berniaga tu lah ramai yang berjaya dalam perniagaan.

dari kecil, mindset mereka telah di latih .

pak cik, mak cik, jiran, atok , nenek semua berniaga. Kalau tak da family berniaga, jiran, orang sekampung .

kat sana pun kurangnya masyarakat cina. Semangat berniaga mudah di didik.

persekitaran membentuk satu latihan yang membuatkan banyak skill dalam perniagaan dapat di laksanakan dengan lebih hebat.

antara bakat dan usaha keras ,

usaha keras menghasilkan bakat .

latihan mindset aku sejak kecil melihat ramai ahli keluarga berniaga. Membuatkan aku yakin dan percaya aku boleh berniaga.
.

.
Ingat akronim ni.
Always Struggle Attitude (A.S.A)

Sebab tu bila orang kata, "Jangan putus ASA."

Sebenarnya dia nak cakap, "Jangan jadi pemalas boleh tak?"

https://linktr.ee/maira_umairahfazli

Ingat, pesan aku, ASA.
Always Struggle Attitude

#SharingIsSedekah
#UmairahFazli
Bunuh Diri
==========
Kawan2 Sedara Yang Rapat Dengan Aku Penah Cakap Kalau Ada Kat Tempat Aku Mungkin Dah Bunuh Diri..

Tapi Sebenarnya Berkali-kali Rasa Macam Tu. Pernah Sambil Drive Rasa Nak Drive Straight Masuk Sungai Tu..Kadang Bukan Sebab Nak Mati Sangat Sebab Nak Cuba Rasa Apa Perasaan Dan Situasi Orang Excident Masuk Sungai Gaung.

PSIKO..Maybe Orang Yang Baca Akan Fikir Macam Tu. Pernah Juga Bila Pegang Pisau Nak Rasa Kalau Kelar Tangan Tu Sakit Macam Mana?
๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Aku Okey Sangat..Masa Jatuh Teruk Sakit Dan Hidup Macam Orang Takda Akal Tu Masa Tu Family Je Ada..Sapa Nak Kawan Dengan Orang Gila Wei? Aku Pon Tak Tahu Aku Fikir Apa Hari-Hari Termenung Sampai Mama Yang Bagi Arahan..

'Kakak Sekarang Kena Mandi"
'Kakak Sekarang Kena Makan"
'Kakak Sekarang Kena Buat Itu Buat Ini"

Masa Itu Aku Tak Boleh Fikir Pon Apa Perlu Aku Buat. Aku Hilang Punca Tak dapat Fikir Dengan Betul. Adakala Aku Okey Kadang Tak Okey. Masa Okey Aku Mula Plan Macam2 Nak Bisnes Itu Ini Tambah Income Balik. Aku Lost Gila ..hahaha๐Ÿคช

Apa Yang Aku Plan Tu Semua Sekadar Plan..Bertahun2 Aku Tahu Je Apa Nak Buat Tapi Aku Memilih Tak Buat Apa2..Masa Ni Pon Ada Ja Founder Produk Contact Nak Aku Sharing Pasal Bisnes. Aku Pernah Ja Buat Coaching Dulu Bila Berkesan Diorang Cari Aku Nak Jumpa Lagi Tapi Semua Aku Palau Ja.

Semua Orang Aku Palau..Customer Wassap Tanya Barang Nak Beli Aku Biarkan Berbulan2..Bukan Takda Rezeki Datang..Tapi Otak Aku Tak Mampu Handle Semua Tu.

Then Aku Selalu Cakap kt Orang sekeliling "Jangan PAKSA AKU" Padahal Orang2 Ni Nak Bantu Aku..

Macam Mana Semua Ni Terjadi??
Bermula Lepas Aku Kena Sihir Dan Santau...
Saja Aku Taip Sini Sebab Aku Tau Bukan Semua Nampak Facebook Ni Dah Takda Enggagement Sebab Bertahun Aku Palau Facebook๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ni Sedikit Cerita Pengalaman Aku Yang Masih Berjuang Nak Kembali Sperti Dulu..

#UmairahFazli
#sekadarberkongsi
PENUHKAN ASBF RM200K? BAYARAN BULANAN RM193 JER..? BIAR BETUL NI? MACAM TAK LOGIK JA.

Ramai yang nak melabur dalam ASB tapi takut bila dividen ASB jatuh lagi.

Ramai juga suka simpan ASB cara biasa, tak ramai yang faham teknik melabur dalam ASB Financing untuk dapatkan pulangan berganda-ganda.

Saya dah guide ramai anak muda cipta simpanan, kumpul modal kahwin, beli kereta, rumah & langsai hutang cepat guna Teknik Bijak Kewangan ASB Financing ni.

Boleh join group wasap TEKNIK BIJAK KEWANGAN 5 untuk belajar secara PERCUMA. Group 1 - 4 dah full house. Cuma klik link dibawah untuk join;

https://chat.whatsapp.com/ILx4Mvc2dix4TvqWaXuIUm

Semoga Bermanfaat
SIMPANAN EMAS , APA PERLU FAHAM

Ramai penyimpan emas berputus asa dengan emas. Ada yang sudah mula namun meninggalkan emas ditengah jalan kerana menganggap rugi menyimpan emas. Lebih-lebih lagi apabila harga tak naik-naik malah turun dari semasa ke semasa.

Sikap mengharapkan harga emas naik semata-mata menyebabkan simpanan kita tidak akan bertambah jauh lagi kalau nak jadi kaya.

Jika kita mahu ada simpan yang kukuh mahal kaya sekalipun. Kunci utama ialah ubah sikap kita melihat emas. Mulai hari ini lihat emas sebagai simpanan yang boleh menyelamatkan banyak duit  kita daripada bocor.

Kita sudah bekerja 3 hingga 5 tahun, naik pangkat berkali-kali. Di mana simpanan kita?  Masih lagi ditakuk lama.

Pertama sekali apa yang perlu kita capai adalah dana kecemasan 3-6 bulan pendapatan. Bagi mereka yang belum ada dana kecemasan usahakan bermula hari ini. Yang sudah ada dana kecemasan boleh ke point seterusnya.

Jika mahu berjaya dalam kehidupan dan simpanan yang banyak. Tanamkan impian yang besar dalam diri.

โ€œAku nak simpan emas sebab nak beli rumahโ€โ€

โ€œAku nak simpan emas sebab aku nak ada simpanan RM100,000 menjelang umur 35 tahunโ€.

โ€œAku nak simpan emas sebab aku nak bawa mak ayah pergi hajiโ€

Simpan emas bukan lagi soal harga turun naik harga tetapi kita jadikan emas sebagai simpanan untuk capai impian.

Dah mula. Apa langkah seterusnya?

Wajibkan diri simpan 1gram 1bulan dan mesti ada ilmu supaya  tidak langgar dinding.

Mulakan dengan *GOLD ACCUMULATION PROGRAM*

Belian emas secara konsistan , 24/7 di akaun emas GAP ..

https://publicgold.me/mairaumairah

Kelebihan Emas Public Gold

1. Harga emas lebih rendah berbanding kedai emas yang yang lain

2. Mengikut kualiti dan standard harga emas antarabangsa

3. Bebas melalukan transaksi pembeian 24 jam, 365 hari secara online

4. Boleh memgunjungi 18 cawangan yang berdekatan di seluruh Malaysia

5. Diakui ketulenan dan mempunyai sijil yang sah

6. Stok emas mudah didapatkan

7. Boleh membeli emas secara ansuran

8. Emas boleh dijual kembali dengan harga yang sangat tinggi

9. Tiada sebarang yuran atau wang pendahuluan untuk menjadi seorang ahli

10. Datang dengan bervariasi jenis, tema, reka bentuk, dan berat. 

11. Susut nilai emas sangat rendah

12. Menggunakan transaksi mesra Ar-Rahnu

13. Program Kumpul Emas GAP

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Apa Boleh Dilakukan Dengan Simpanan Gram Emas Dalam Akaun GAP.

PURCHASE: Untuk anda membeli emas dan automatik ia akan ditukarkan kepada gram emas. Minimum pembelian adalah RM100 ke atas.

PG BUYBACK: Untuk anda menjual semula emas yang terdapat di dalam akaun kepada public gold secara online. Wang tunai hasil jualan akan dimasukan terus ke akaun bank anda.

TRANSFER: Untuk anda tukarkan emas kepada tunai dan dipindahkan ke C-wallet akaun PG Mall (platform shopping online) bagi tujuan untuk mebeli belah.

ARRAHNU: Untuk anda pajakan emas yang terdapat di dalam akaun kepada Arrahnu KDE (anak syarikat public gold) secara online. Anda akan menerima pinjaman sebanyak 70% dari nilai emas yang dipajak dan akan dimasukan terus ke akaun bank.

GIT WITHDRAWAL: Untuk anda keluarkan emas fizikal (goldbar atau dinar) daripada akaun apabila jumlah gram telah mencukupi. Emas akan di pos secara berinsuran kepada anda.

MY ACCOUNT: Untuk anda kemaskini alamat (tujuan pengeposan) dan info bank (tujuan jual/pajak). Anda boleh menyemak penyata transaksi akaun GAP di sini.

https://publicgold.me/mairaumairah
Jom baca perkongsian dari Azizi Ali Mentor Kewangan tentang inflasi. Harap ia memberi sedikit info kepada semua dan supaya kita beringat dan aturkan dan buat perancangan kewangan dengan betul.

Bila kadar inflasi tinggi, harga barang-barang dan perkhidmatan meningkat, syarikat-syarikat atau institusi yang memberi dividen tidak akan lagi boleh memberi dividen yang tinggi seperti sebelumnya. Dalam keadaan kadar inflasi yang meningkat, nilai matawang juga menyusut.

Untuk ekonomi pulih kepada keadaan ekonomi sebelum pandemic akan mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi bila hutang sesebuah negara itu tinggi dan impak berlaku secara global.

Ikuti perkongsian Azizi Ali di bawah:

Kadar rasmi inflasi Malaysia pada bulan Februari ialah 2.2% sementara kadar rasmi inflasi Amerika Syarikat pada bulan yang sama ialah 7.9% (angka tertinggi dalam masa 40 tahun!). As high as they are, tuan puan semua, angka-angka ini sebenarnya adalah fiksyen! Ianya telah di โ€˜masajโ€™kan untuk kelihatan lebih indah. After all, mana mungkin kadar inflasi 2.2% apabila harga banyak barangan termasuk sayur naik 50%-200%!

Sebagai rakyat, kita tak boleh mengawal kadar rasmi inflasi kerana ianya di luar kawalan kita.

Tetapi impak inflasi adalah benar, dan teramat benar! Samada kita suka atau tidak, kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk membeli sayur dan makanan yang lain. Kita juga terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk membeli barangan-barangan lain.

Itu kehidupan seharian.

Tapi berita buruknya tidak habis di sini kerana kita juga akan menerima padah inflasi ini di masa depan. Ini adalah kerana kuasa belian wang kita di masa depan akan tenggelam di badai inflasi.

Sebagai contoh, kita bayar RM7 untuk secawan kopi (di cafรฉ) sekarang. Harga kopi yang sama tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun akan datang akan jauh lebih tinggi. Mungkin kita perlu membayar RM50 untuk secawan kopi 10 tahun dari sekarang!

Jadi kita perlulah bertindak untuk menyelamatkan kuasa pembelian wang kita dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita di dalam savings account, fixed deposit, Tabung Haji dan malah ASB ke dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Salah satu daripada pelaburan ini adalah emas.

Akhirnya, kita juga perlu menghijrahkan wang tersebut dengan secepat mungkin. Jangan tunggu lama-lama sebab setiap hari kita tunggu bermakna lebih kuranglah jumlah wang kita di masa hadapan.

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Jom baca cerita ni, inilah apa yg terjadi di Greece semasa krisis ekonomi terdahulu dan negara itu mengalami sekali lagi impak ekonomi yang lebih teruk disebabkan pandemik bermula tahun 2020. Seperti negara lain, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Setiap kali saya tengok gambar ni, saya akan rasa sebak. Walaupun dah berkali-kali tengok.

Kisah ni berlaku 3 tahun lepas di Greece. Beliau seorang pesara. Datang ke bank mewakili isteri, dengan harapan nak keluarkan duit pencen.

Beliau telah pergi ke tiga buah bank, tak dapat duit.

Pergi pula bank yang keempat baru dapat keluarkan duit. Itu pun hanya dibenar keluarkan 120 euro sahaja, sekitar RM 500.

Ini menyebabkan beliau terduduk menangis di luar bank. Bayangkan duit usaha berpuluh tahun selama ni, tak boleh keluar.

Ini kerana Greece mengalami krisis hutang yang sangat teruk. Semua bank di Greece diminta hadkan pengeluaran duit pada orang ramai. Hampir 7,000 mesin ATM habis duit.

Bila tengok apa yang berlaku pada Greece, baru saya tau. Kalau berlaku masalah ekonomi dan politik pada negara, banyak mana pun duit yang kita simpan dekat bank pun turut terjejas. Tak boleh keluar.

At least kalau ada emas di tangan, ada juga duit ketika gawat. Nilainya pun tak terjejas walaupun nilai duit jatuh teruk masa tu.


Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
BOLEH KE EMAS DIJADIKAN BELANJA HAJI โ‰๏ธ

Boleh tuan-tuan, puan-puan. Emas tu kan duit yang lebih tahan lama dan adil nilainya .

Tak percaya?

Cuba tengok info di bawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Tahun | kos haji | harga emas | jumlah gram

โœ”๏ธ1998 โ€“ RM8,000 (RM30/g) = 267 gram

โœ”๏ธ1999 โ€“ RM8,131 (RM35/g) = 232 gram

โœ”๏ธ2000 โ€“ RM8,585 (RM38/g) = 225 gram

โœ”๏ธ2002 โ€“ RM9,445 (RM42/g) = 224 gram

โœ”๏ธ2011 โ€“ RM9,980 (RM147/g) = 68 gram

โœ”๏ธ2017 โ€“ RM9,980 (RM180/g) = 56 gram

โœ”๏ธ2020 - RM9,980 (RM304/g) = 33 gram

โœ”๏ธ2022 - RM9,980 (RM282/g) = 35 gram

Nampak tak dengan guna emas, kita dapat diskaun lebih 80% untuk belanja haji dari tahun 1998?

Tujuan dan matlamat adalah nak pergi haji. Kaedah kewangan yang digunakan adalah simpanan emas. Bijak ke sangat bijak?

Simpan dulu duit dalam TH. Cukup RM1,300 daftar la haji. Pastu kumpul gram emas. Cukup saja gramnya jualkan emas dan tambah duit tu dalam akaun TH. Kemudian buat rayuan percepatkan tarikh pergi haji.

Semoga dipermudahkan urusan kita untuk menunaikan rukun islam ke-5 !

Sekarang anda tahu formulanya, apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Tukarkan wang anda kepada Emas. Mulakan dengan RM100. Kalau tak mula, duit tetap habis juga kan?

Kepada yang belum berdaftar cepat daftar percuma sekarang di link website saya.

Anda juga boleh daftar untuk ibu ayah dan mulakan juga untuk mereka, semoga allah perluaskan lagi rezeki anda.

https://publicgold.me/mairaumairah
Malam tadi harga emas naik mendadak daripada 1955 usd /oz kepada 1977 usd/Oz dalam tempoh 2 jam.

Apa sebabnya?

Kadar inflasi US meningkat kepada 8.5% pada bulan Mac 2022, mencecah rekod baru 40 tahun setelah Indek Harga Pengguna (CPI consumer price index) meningkat kepada 8.5% dari tahun lepas.

Peperangan di Ukraine juga menyumbang kepada peningkatan harga minyak. Hampir separuh peningkatan kadar inflasi datang dari kenaikan harga minyak dan gas iaitu sebanyak 18% pada bulan Mac, dengan rekod harga purata tertinggi $4.43 per gallon.

Selain itu, peningkatan harga makanan, kssihatan dan insuran turut menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi.

Apa yang anda perlu tahu?

Dalam situasi inflasi yang tinggi, harga emas dan perak akan melonjak naik. Ini kerana kedua-dua logam ini dianggap sebagai pelindung daripada inflasi atau kejatuhan nilai matawang,

Ini adalah kerana bila berlakunya inflasi yang tinggi, nilai matawang akan menyusut kerana kita perlu keluar lebih banyak duit untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang sama.

Namun untuk kita sebagai penyimpan atau pelabur emas fizikal, kita simpan emas sebagai pelaburan jangka panjang. Jadi bukan harga sekarang yang kita target, kita target harga 2 atau 3 tahun akan datang. Jadi jangan berhenti untuk tambah simpanan secara konsisten sebab kita mahu simpanan kita banyak bila harga emas tinggi pada masa akan datang.

Kepada yang belum mula, boleh klik link di bawah untuk lihat produk atau DAFTAR PERCUMA Dan Boleh Mulakan Simpanan Serendah RM100๐Ÿ‘๐Ÿป

https://publicgold.me/mairaumairah
#TabungEkonomi

Pesan bijak pandai, "Jangan letak semua telur dalam satu bakul. Jika satu busuk, semua akan membusuk".

Pesan ini ada benarnya, Maka dalam keadaan gawat ini jika kita ada pelbagai aset amatlah bagus dan baik sekali.

1. Aset Tunai, ini paling baik dan mudah dicairkan. Bila bila nak guna boleh ambil terus. Letak tunai ini didalam ASB, deposit tetap dan Tabung Haji sahaja, jangan jadikan bentuk emas atau letak bawah bantal.

2. Aset Emas, Saham, Unit Amanah, hanya perlukan sedikit masa untuk ditukar menjadi tunai. Ia juga baik kerana mudah dapatkan tunai kembali dengan segera. Belajarlah menyimpan emas.

3. Aset Boleh Cagar, seperti Emas, Hartanah dan Sijil ASB kita. Ia membolehkan kita mendapatkan sejumlah wang tetapi dengan hutang baru, kos simpanan dan tempoh baru. Ia tetap sangat bernilai waktu begini

4. Aset Susah Cair, hartanah paling lambat terkesan waktu gawat juga lambat untuk dicairkan untuk mendapat nilai tunai. Proses jual makan masa tetapi ia memiliki nilai yang baik dan tinggi kebiasaannya.

5. Aset Aliran Tunai, Pendapatan dari sewa kedai, lori, tanah, rumah, kebun, unta dan sebagainya antara aset yang baik waktu gawat. kita kekal mendapat bayaran sewa seperti biasa .

6. Aset Perlindungan Takaful, Aset kecemasan ini membantu kita jika kehilangan pendapatan dan keupayaan kerja.

Malapetaka kewangan terbesar ialah bila dibuang kerja atau hilang upaya kerja. Maka perlindungan Takaful kekal penting dan jangan diabaikan saat begini kawan kawan.

Rendahkan kadar polisi atau bincang kembali dengan ejen anda tetapi janganlah sampai berhenti. Saat begini, takaful penting melindungi diri dan keluarga kita.

Letak aset kita dalam pelbagai bentuk aset agar keseimbangan berlaku. Jika saham jatuh, setidaknya emas naik harga atau sebaliknya.

Jaga diri dan keluarga kita, pelbagaikan aset yang ada

Cc Azizul Azli Ahmad

https://publicgold.me/mairaumairah

#share
#asbf
#emas
#hartanah
BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'aa. ๐Ÿคฒ

ุขู…ููŠู‘ู†ู’... ุขู…ููŠู‘ู†ู’ ุขู…ูู‘ูŠู’ู†ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah.


Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
NAMPAK KECIK, IMPAKNYA BESAR

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar walaupun cuma menyimpan 1 gram 1 bulan.

Simpan untuk dilupakan. Lama aset bertambah, hati senang.

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab :

1๏ธโƒฃ Mereka memiliki emas yang banyak.

2๏ธโƒฃ Duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor.

3๏ธโƒฃ Harga purata emas dalam simpanan rendah.

4๏ธโƒฃ Mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Sebab itu jangan terkejut ramai orang kena scam dengan pelaburan emas. Bertindak untuk membeli dan melabur pada emas itu dah betul, tapi yang tak betulnya adalah memilih platform untuk melabur. Mereka yang selalunya rugi dan terjebak dengan scam emas ini kerana percaya akan pulangan bulanan.

Yang belum mula, jangan tunggu mulakan dengan sekecil
RM100 kerana bila dah mula ia akan berkembang.

Yang sudah mula, jangan lupa untuk konsisten supaya gram anda bertambah. Bulan berganti bulan anda tetap buat simpanan dari pendapatan bulanan anda. Menabung sikit2 yang terbaik.

Jangan lupa kongsikan kepada adik beradik kawan2 semua supaya mereka pun dapat manfaatnya. Boleh fwd msg ini supaya mereka juga boleh mula mendaftar secara percuma dan juga turut serta buat simpanan.

https://publicgold.me/mairaumairah
โœ… 8. TAKAFUL DALAM ASB FINANCING. PERLU ATAU TIDAK?

Sebelum melabur dalam ASB Financing, asas utama yang perlu kita jelas adalah berkenaan matlamat pelaburan melalui ASB Financing ini.

Kenalpasti tempoh masa pelaburan. Samada untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang.

Fungsi takaful dalam pembiayaan ASB sebagai penyelesai baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal pada pemohon.

Pengendali takaful akan gunakan jumlah pampasan untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan ASB pada bank dengan syarat pemohon mengambil tempoh perlindungan takaful yang sama dengan tempoh pembiayaan ASB.

Letak matlamat tempohmasa pelaburan ASB Financing kita.Samada untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang.

Ada yang melabur dalam ASB Fiancing untuk jangkamasa pendek. Sebagai kaedah kumpul modal beli rumah, berkahwin, beli kereta, melancong dan lain-lain lagi.

Jika untuk pelaburan jangkamasa pendek contohnya kurang dari 5 tahun, saya cadangkan mohon pembiayaan dengan takaful minima.

Ada sesetengah bank yang menyediakan fasiliti pembiayan takaful mengikut tempoh matlamat pelaburan pemohon.Contohnya selama 5 tahun sahaja.

Jika sekiranya pemohon memilih untuk mendapatkan pembiayaan ASB tanpa takaful sekalipun,waris pemohon tidak perlu risau.

Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris pemohon akan mendapat dividen terakhir & juga pincipal (surrender value) tanpa perlu risau perlu melangsaikan hutang pembiayaan ASB pemohon.

Jika pemohon berhasrat untuk melabur dalam ASB Financing untuk tempoh jangkamasa panjang. Contohnya bertujuan untuk menambah dana persaraan, saya cadangkan supaya pemohon memohon pembiayaan takaful penuh mengikut tempoh pembiayaan ASB Financing yang dimohon.

Pemohon perlu sedar dengan pertambahan jumlah perlindungan takaful yang dimasukkan kedalam pembiayaan ASB, ianya akan memberi kesan kepada pertambahan bayaran ansuran bulanan pembiayaan asb pemohon.

Namun dalam tempoh pembiayaan ASB ini, pelaburan pemohon dilindungi sepenuhnya & ianya berfungi sebagai tabungan kecemasan buat waris atau keluarga pemohon sekiranya pemohon berdepan dengan kematian atau hilang upaya kekal.

Tetapkan matlamat pelaburan & kenalpasti jangkamasa tempoh pelaburan ASB Financing kita sebelum membuat pilihan samada perlu pembiayaan ASB dengan atau tanpa takaful.

Selamat melabur.

Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..๐Ÿ˜Š

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah


#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah