UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

Nabi sallallahu โ€˜alaihi wasallam bersabda, antaranya,

ู…ูŽู†ู’ ุณูŽู„ูŽูƒูŽ ุทูŽุฑููŠู‚ู‹ุง ูŠูŽู„ู’ุชูŽู…ูุณู ูููŠู‡ู ุนูู„ู’ู…ู‹ุง ุณูŽู‡ูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุทูŽุฑููŠู‚ู‹ุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู

โ€œBarangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.โ€ (Riwayat Muslim)

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
ู…ุง ูƒู„ ู…ุง ูŠุชู…ู†ู‰ ุงู„ู…ุฑุก ูŠุฏุฑูƒู‡
ุชุฌุฑูŠ ุงู„ุฑูŠุงุญ ุจู…ุง ู„ุง ุชุดุชู‡ูŠ ุงู„ุณูู†

Tidak semua yang diingini seseorang itu akan tercapai.
Seperti angin yang bertiup tidak selalu mengikut ke mana bahtera hendak berlayar.
Forwarded from Daud At-Tetouani
Berinteraksi dengan sunnah menurut Imam al-Syafiey :

1. Al-Quran dan al-Sunnah kedua-duanya wahyu dan beramal dengan sunnah bermakna beramal dengan al-Quran :

- Imam al-Syafi'e (IS) sangat mempertahankan kemaksuman nabi daripada melakukan kesalahan, dan apabila ssseorang memberitahu kepada kita suatu hadith yang sahih daripada nabi maka haram seseorang menolak atau tidak mempercayainya kerana nabi apabila berbicara soal wahyu baginda tidak akan bercakap menurut hawa nafsu.

- Sumber syariah menurut IS adalah menurut turutan berikut :

1. Al-Kitab dan al-Sunnah
2. Al-Ijmak
3. Apa yang disebut oleh sahabat nabi dan tiada kata-kata lain yang bercanggah dengan mereka
4. Ikhtilaf sahabat nabi
5. Al-Qiyas

- khabar ahad adalah lebih rendah berbanding mutawatir dari sudut dilalah

2. Tahqiq terhadap nas yang tsabit :
Ibn Abbas r.a. : "jika kami mendengar seseorang bercakap tentang hadith nabi mata kami akan fokus dan telinga kami akan teliti, jika kami lihat seseorang bermudah-mudahan kami tidak akan mengambilnya melainkan daripada orang yang kami kenal"

- IS telah menggariskan kayu ukur untuk mengetahui hadith yang betul atau salah :

1. Perawi yang benar, bukan penipu, atau dituduh penipu, dhaif atau perawi yang munfarid.

2. Hadith menceritakan sesuatu yang mustahil dari sudut aqal atau dari sudut sejarah.

3. Hadith menceritakan tentang sesuatu yang bercanggah dengan sesuatu yang lebih tsabit dan kukuh.

3. Memahami sunnah berpandukan al-Quran :

Cth : solat Khauf (al-Nisa' : 102) dan IS telah menyenaraikan tentang pelbagai riwayat berkenaan perincian sunnah mengenainya dan IS telah memilih riwayat Imam Malik di dalam hal ini :

"Kami bersolat khauf ketika perang Dzat al-Riqa' sekumpulan sebaris baginda dan sekumpulan menghadap musuh, maka kumpulan yang bersama baginda solat 1 rakaat dan apabila baginda berdiri tegak mereka menghabiskan 1 lagi rakaat mereka kemudian mereka bergerak ke saf yang menghadap musuh dan masuk kumpulan yang satu lagi dan bersolat bersama baginda 1 rakaat apa yang berbaki daripada solat baginda dan apabila baginda telah duduk mereka menghabiskanya dan baginda memberi salam bersama mereka"

Berkata : ada riwayat yang meriwayatkan cara nabi solat khauf lain daripada apa yang Malik riwayatkan, maka kami ambil riwayat Malik kerana ia lebih mendekati al-Quran dan lebih kukuh dari sudut strategi menghadapi musuh, dan pilihan hadith ini sebagai menghadapi riwayat yang rencam.

Cth lain : Berkenaan doa iftitah di dalam mazhab Syafiey lafaz yang dipilih seperti kata Mawardi dalam Alhawi dan Nawawi dalam Majmuk : wajjahtu wajhiya yang mereka panggil sebagai doa tawajjuh, mengapa Syafiey memilih doa tawajjuh ini sedangkan terdapat lafaz dari Abu Hurairah yang lebih sahih dan berada di dalam al-Bukhari?

Seperti kata Mawardi dalam Al-awi bahawa sebab Syafiey memilih doa tawajjuh sebagai lafaz iftitah kerana baginya doa itu lebih sahih matan dan sanadnya dan matanya masyhur di sisi ashabul hadith bahkan satu sisi lain ia lebih mendekati kepada ruh Alquran bahawa seseorang yang ingin menghadap Allah bertawajjuh dihadapaNya..wallahu a'lam...

So terkadang sesuatu qadhiah feqh bukan berlegar di antara sahih dan dhaif sangat bahkan kadang-kadang berkenaan mana yang ada kebersamaan dengan Al-Quran

- Sunnah dari sudut hubunganya dengan al-Quran :

1. Apa yang Allah sebut dalam al-Quran dan nabi menerangkanya sama seperti yang di dalam nas

2. Apa yang disebut di dalam al-Quran nabi terangkan maknanya daripada Allah

3. Nabi tunjukkan sesuatu yang tiada nas di dalam al-Quran.

Bersambung...

#pencintahadithkluang
#bilik35uito
#berinteraksidenganhadith
#stylesyafiey
*"FIKIR SEJENAK"*

Amanah yang paling besar yang Allah bebankan kepada kita adalah tauhid. Dan pengkhiantan yang paling besar dari amanah Allah adalah syirik. Barangsiapa yang menegakkan hak-hak Allah Jalla wa โ€˜Ala, mengikhlaskan agama hanya untuknya, menjalankan perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, dan berhati-hati dari syirik, maka dia telah menunaikan amanah kepada Alla Jalla wa โ€˜Ala.

#AdiNegara
PDF Konvensyen UiTO ke-4
Jumpa saya di sana hari sabtu 22 Disember 2018 InsyaAllah
Assalamu'alaikum Wrh. Wbt.

*Sedikit catatan*
*Al-Qur'an : Petunjuk Dan Rahmat Bagi Sekalian Alam*

Saorang Muslim wajib belajar tentang Islam yang berdasarkan al-Qurโ€™an dan as-Sunnah Nabi Saw. yang sohih sesuai dengan pemahaman para Sahabat Rodhiyallahu 'anhuma ajma'in.

Al-Qurโ€™an diturunkan oleh Allahu Ta'ala agar dibaca, dipahami isinya dan diamalkan petunjuknya. Al-Qurโ€™an dan as-Sunnah merupakan pedoman hidup abadi dan terpelihara, yang harus dipelajari dan diamalkan.

Al-Qurโ€™an adalah petunjuk hidup, penawar, rahmat, penyembuh dan sumber kebahagiaan

*ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุงุกูŽุชู’ูƒูู…ู’ ู…ูŽูˆู’ุนูุธูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ู’ ูˆูŽุดูููŽุงุกูŒ ู„ูู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ุตู‘ูุฏููˆุฑู ูˆูŽู‡ูุฏู‹ู‰ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉูŒ ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ*
*ู‚ูู„ู’ ุจูููŽุถู’ู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชูู‡ู ููŽุจูุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ููŽู„ู’ูŠูŽูู’ุฑูŽุญููˆุง ู‡ููˆูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠูŽุฌู’ู…ูŽุนููˆู†ูŽ*
_Wahai manusia! sunggoh, telah datang kepadamu pelajaran (al-Qurโ€™an) dari Rabb-mu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) :Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia dan rahmat-Nya itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan_
Surah Yunus [10] : ayat 57-58

Seorang Muslim tidak akan sesat selama mana mereka berpegang kepada al-Qurโ€™an dan as-Sunnah menurut pemahaman para Sahabat Rodhiyallahu 'anhuma ajma'in.

Bila hati dan fikiran telah siap untuk menerima esensi Al-Qurโ€™an sebagai pedoman, petunjuk dan rahmat bagi sekalian alam semesta, maka siapkanlah diri untuk menanggung segala konsekuensi dan risikonya. Hasil tadabbur berbagai ayat Al-Qurโ€™an, kita dapat memetik pelajaran dan pesan berharga tentang konsekuensi menjadikan Al-Qurโ€™an sebagai petujuk dan pedoman hidup.

Antaranya, meyaqini hidayah petunjuk Al-Qurโ€™an sebagai satu-satunya pilihan, dan tak ada solusi lain selain dari Al-Qurโ€™an. Inilah pesan yang diambil dari firman Allahu Taโ€™ala :

*ุฅูู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽู‚ูŽูˆู’ู„ู ุฑูŽุณููˆู„ู ูƒูŽุฑููŠู…ู ๏ดฟูกูฉ๏ดพ*
*ุฐููŠ ู‚ููˆูŽู‘ุฉู ุนูู†ุฏูŽ ุฐููŠ ุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู ู…ูŽูƒููŠู†ู ๏ดฟูขู ๏ดพ*
*ู…ูุทูŽุงุนู ุซูŽู…ูŽู‘ ุฃูŽู…ููŠู†ู ๏ดฟูขูก๏ดพ*
*ูˆูŽู…ูŽุง ุตูŽุงุญูุจููƒูู… ุจูู…ูŽุฌู’ู†ููˆู†ู ๏ดฟูขูข๏ดพ*
*ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑูŽุขู‡ู ุจูุงู„ู’ุฃูููู‚ู ุงู„ู’ู…ูุจููŠู†ู ๏ดฟูขูฃ๏ดพ*
*ูˆูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ุจูุถูŽู†ููŠู†ู ๏ดฟูขูค๏ดพ*
*ูˆูŽู…ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุจูู‚ูŽูˆู’ู„ู ุดูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ุฑูŽุฌููŠู…ู ๏ดฟูขูฅ๏ดพ*
*ููŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ุชูŽุฐู’ู‡ูŽุจููˆู†ูŽ ๏ดฟูขูฆ๏ดพ*
*ุฅูู†ู’ ู‡ููˆูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุฐููƒู’ุฑูŒ ู„ูู‘ู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ๏ดฟูขูง๏ดพ*
*ู„ูู…ูŽู† ุดูŽุงุก ู…ูู†ูƒูู…ู’ ุฃูŽู† ูŠูŽุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ ๏ดฟูขูจ๏ดพ*
19. _Sesunggohnya Al Qurโ€™an itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril)_
20. _Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai โ€˜Arsy_
21. _Yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya_
22. _Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila_
23. _Dan sesunggohnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang_
24. _Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib_
25. _Dan Al Qurโ€™an itu bukanlah perkataan syaithon yang terkutuk_
26. _Maka ke manakah kamu akan pergi ?_
27. _Al Qurโ€™an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta Alam_
28. _(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus_
Surah At-Takwir (81)

Sekian
Wassalam

@BicaraCR
Hakikat iman yang sempurna; cinta kepada nabi saw.
Forwarded from Cikgu Rahim
Jadilah muslim yang baik. Paling kurang, lidah dan jari kita tidak melukakan hati muslim yang lain.

ูˆุนู† ุฃูŽุจูŠ ู…ูˆุณู‰ โ€“ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ โ€“ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูู„ู’ุชู: ูŠูŽุง ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูŠู‘ู ุงู„ู…ูุณู’ู„ู…ููŠู†ูŽ ุฃูู’ุถูŽู„ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ยซู…ูŽู†ู’ ุณูŽู„ูู…ูŽ ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู ูˆูŽูŠูŽุฏูู‡ูยป ู…ุชูู‚ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Daripada Abu Musa Al-Asyโ€™ari radhiyallahu โ€˜anhu dia berkata, aku berkata, โ€œWahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, โ€œOrang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.โ€ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
CR
t.me/BicaraCR
Zikir menghidupkan hati..
Doa .. Adi Hidayat
Audio
Bismillah..

<BicaraCR> Al-Quran diturun secara beransur-ansur selama 23 tahun; 13 tahun fasa Makkiyyah, 10 tahun fasa Madaniyyah.

Fasa Makkiyyah menekankan persoalan keimanan. Selepas hijrah turun ayat-ayat perintah dan larangan.

Orang Islam generasi pertama yg telah dididik dengan didikan keimanan bersikap โ€œsamiโ€™na wa athoโ€™naโ€ terhadap segala perintah dan larangan Allah.

Kita berada dalam zaman keimanan umat seperti kulit bawang. Al-Quran tidak lagi dapat memimpin umat. Ia hanya sekadar bahan ceramah atau artikel dan seterusnya diviralkan. Hati-hati tidak tersentuh dengan peringatan dan larangan Allah.

Jadi tugas kita yg utama ialah mendidik umat untuk beriman kpd alQuran; iman tanpa ragu. Orang beriman akan bertambah imannya apabila membaca kalam Allah.[Al-Anfal:2]

Jika jiwa umat fasiq, ayat2 alQuran tidak menyentuh hati mereka. AlQuran hanya memberi hidayah kpd hati yg bertaqwa.(Al-Baqarah:2)

#BicaraCR
#RektorUiTO

@BicaraCR