UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Datang Ahlan Wasahlan Welcome.
Umrah bersama imam masjid ar rahman dan ustaz bahar

Jemput serta grup whatsApp.


https://chat.whatsapp.com/DbThiVlfM5w8imqYY691Qr
Ebook Prosoding Konvensyen UiTO ke-4
[Admin] YB Cikgu Yahaya telah menyempurnakan Perasmian Konvensyen UiTO ke-4 tahun 2018 bertempat di The Orient Star Lumut. UiTO merupakan singkatan bagi Universiti Islam Online Telegram.

YB Cikgu Yahaya dalam ucapan perasmiannya telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada UiTO kerana dapat menganjurkan konvensyen ini dengan jayanya. UiTO sebagai satu platform dakwah secara secara online yang menggunakan platform "Telegram" merupakan satu usaha yang sangat murni dan berfaedah kepada masyarakat.

*:: Unit Media Cikgu Yahaya ::*
8 Disember 2018

*Like I Viral I Share*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1382162291919950&id=852515244884660
MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).
MENYUSUKAN BAYI ADALAH JIHAD WANITA

Dalam satu Journal Clinical Endocrinology, memberitahu bahawa kehausan yang dirasakan oleh wanita yang menyusukan bayi mereka ada kaitan dengan proses fisiologi yang menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh (osmoregulation). Ini berlaku apabila bayi mula menghisap susu ibunya (suckling) menyebabkan kepekatan hormone oxytocin meningkat dalam darah dan seterusnya menyebabkan rasa haus pada ibu dan menggalakkan mereka untuk minum lebih banyak air.

(Rujuk: Clinical Endocrinology (Oxf). 1995 Sep;43(3):277-82).

Hormone oxytocin juga merangsangkan pengeluaran garam sodium dikeluarkan dari (di bahagian distal tubule dan collecting duct) dalam ginjal.

Garam sodium ini kemudiannya menarik lebih banyak air dari tubuh untuk keluar melalui ginjal bersama-samanya. Kerana itu, adakalanya hormone oxytocin yang dikeluarkan menyebabkan wanita yang menyusukan anak mudah mengumpul air kencing di pundi kencing dan cepat rasa mahu kencing.

(rujuk: Huang, W., S. L. Lee, and M. Sjรถquist. Natriuretic role of endogenous oxytocin in male rats infused with hypertonic NaCl. Am. J. Physiol. 268 (Regulatory Integrative Comp. Physiol. 37): R634โ€“R640, 1995)

Oleh kerana air kencing banyak dikeluarkan, dengan proses osmoregulation, dalam keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan air akan menyebabkan rasa haus. Ini menyebabkan kulit dan bibir boleh menjadi kering.

Namun begitu, peningkatan hormone oxytocin dalam tubuh memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap wanita. Jika beliau sensitif terhadap hormone ini, sudah tentu ia memberikan kesan yang lebih berbanding dengan wanita lain.

Selain itu, hormone oxytocin juga menyebabkan rasa panas (hyperthermia) dalam tubuh kerana memyebabkan kesan mengembangkan saluran darah. Jika terlalu banyak salur darah yang mengembang, ia alan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah pula.

(rujuk: Richard, P., F. Moos, and M. J. Freund-Mercier. Central effects of oxytocin. Physiol. Rev. 71: 331โ€“370, 1991).

Jadi proses menyusukan anak, bukanlah suatu proses yang mudah. Malah ia adalah proses yang kompleks. Ia adalah JIHAD wanita membesarkan anaknya.

#HealthDrZubaidi

@BicaraCR
Tahniah kepada semua atas penganjuran dan penyertaan dalam Konvensyen UiTO Ke-4 2018. Semoga Allah merahmati niat baik dan usaha kita semua.

Apa selepas Konvensyen?

1- Anda digalakkan terus menuntut ilmu dalam bilik-bilik UiTO, semoga ia menambah keyakinan kita terhadap agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

2- Kepada anda yang mahu menjadi sukarelawan atau menjadi sebahagian daripada penggerak UiTO, kami mengalu-alukan kesukarelaan anda. Banyak kerja di belakang tabir berlaku dan berlangsung sepanjang tahun demi menggerakkan dan menjayakan UiTO. Boleh hubungi mana-mana admin untuk menawarkan diri.

3- Kepada para ilmuwan, UiTO mengalu-alukan anda untuk berkongsi ilmu kepada warga UiTO melalui medium Telegram. Boleh bergabung dengan bilik-bilik sedia ada, atau jika perlu, bilik baru boleh dibuka sesuai dengan keilmuwan anda. Boleh hubungi mana-mana admin untuk menawarkan diri dengan sedikit resume ringkas.

4- Gunakan ilmu dan pengisian yang dipelajari dalam UiTO, dan dalam Konvensyen-konvensyen yang lalu untuk mengislah dan meningkatkan kualiti diri sebagai seorang muslim/ah.

Salam ingatan dari UiTO.

@BicaraCR
Salamuโ€™alaykum sesiapa yang ingin menaja web UiTO.org untuk 2019 harap pm @RektorUiTO

Rm752.85 + rm55(domain) =RM807.85

Jzkk
Projek Umrah UiTO

Projek umrah sambil belajar Ilmu agama bersama imam Masjid Ar-Rahman Fasa 2D Seri Manjung / @RektorUiTO pada bulan Mac 2019.

‎Open this link to join my WhatsApp Group:

https://chat.whatsapp.com/DbThiVlfM5w8imqYY691Qr
Dosa Yang Diremehkan Suami.

Di antara bentuk kelalaian didalam perkahwinan yang berkaitan isteri iaitu suami kurang bersemangat dalam mengajar, mendidik, dan memahamkan isteri akan ajaran-ajaran agama. Bahkan boleh jadi suami seorang yang soleh, bertakwa, alim dan giat berdakwah, tetapi dia dia tidak serius dalam memindahkan kebaikan tersebut kepada isteri dan seluruh anggota keluarganya. Bila seorang isteri tidak mengetahui ajaran agamanya, tentu dia tidak mengetahui hak suaminya, tidak boleh mendidik anak-anaknya dan menjaga rumah tangga sebagaimana sepatutnya. Dia juga tidak beribadat kepada TuhanNya dengan cara yang diredhaiNya. Firman Allah ta'ala,

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู‚ููˆุง ุฃูŽู†ู’ููุณูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ููŠูƒูู…ู’ ู†ูŽุงุฑู‹ุง ูˆูŽู‚ููˆุฏูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูˆูŽุงู„ู’ุญูุฌูŽุงุฑูŽุฉู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉูŒ ุบูู„ูŽุงุธูŒ ุดูุฏูŽุงุฏูŒ ู„ูŽุง ูŠูŽุนู’ุตููˆู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู…ูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ูŠูุคู’ู…ูŽุฑููˆู†ูŽ

'Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim/66:6]

Suami wajib mengajarkan ajaran-ajaran islam kepada isterinya secara global. Mengajarkan keimanan kepada Allah & RasulNya. Hukum-hukum bersuci daripada hadas, junub, haid & nifas. Perkara-perkara rukun, ibadat-ibadat Nafilah untuk lebih mendekatkan dirinya kepada Allah. Diajarkan pula hak-hak suami isteri dan akhlak-akhlak mulia seperti menyambung silaturrahim, sopan santun dalam berbicara dan bergaul. Serta mengingatkan isteri supaya menjauhkan diri daripada akhlak-akhlak buruk, seperti emosional, berbohong, dengki, serta pelbagai akhlak buruk yang lain.

Yang perlu dilakukan pula adalah konsisten dalam menyampaikan nasihat dan peringatan kepada isteri, menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keadaannya untuk menambah keilmuannya seperti menghadiahi buku ilmiah atau memberi izin menghadiri majlis ilmu.

Meskipun semua itu menjadi hak isteri, tetapi hakikat maslahatnya kembali kepada suami itu sendiri. Seorang isteri yang hidup dalam buaian agama, terdidik dalam ilmu dan amal soleh, dia akan menjadi lebih berbakti kepada suami, lebih menjaga diri dan lebih sayang kepada anak-anaknya. Sebaliknya, jika dia melihat suaminya berpaling dan melanggar hukum-hukum agama serta norma-norma keluarga, maka tidak ada pilihan lain baginya kecuali memenuhi 'ajakan' suaminya dalam rangka apa yang menyenangkan hatinya.

Sabda Nabi shallahu'alaihi wassalam,
'Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan diminta pertanggungjawapan tentang apa yang dipimpinnya...seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan diminta pertanggungjawapan tentang mereka.'[HR al-Bukhari no.2278 dan Muslim no.1829]

Kredit to #AbuSufian

@BicaraCr
Selamat Berwacana ilmu hadith bersama Ustaz Daud At-Tetouani.

https://telegram.me/joinchat/A0jOFD-2-0mdw6FOapC4vg
Jangan dusta atas nama nabi saw
Forwarded from Cikgu Rahim
Tazkirah pagi sabtu

Imam al-Bukhรขri meriwayatkan:

ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ู…ูุบููŠุฑูŽุฉู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฅูู†ู‘ูŽ ูƒูŽุฐูุจู‹ุง ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽูƒูŽุฐูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุญูŽุฏู ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุฐูŽุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูุชูŽุนูŽู…ู‘ูุฏู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูŽุชูŽุจูŽูˆู‘ูŽุฃู’ ู…ูŽู‚ู’ุนูŽุฏูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Dari al-Mughirah Radhiyallahu anhu, dia berkata, โ€œAku mendengar Rasรปlullรขh Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, โ€œSesungguhnya berdusta atasku tidak seperti berdusta atas orang yang lain. Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di nerakaโ€. [HR. Al-Bukhรขri, no. 1229]
@BicaraCR
Pelik bin Ajaib

Syiah saban tahun meraikan kematian Hussain yang terbunuh di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Peliknya yang turut terbunuh bersama Hussain ialah adik-beradik atau saudaranya seperti Jaafar bin Ali, Abbas bin Ali, Abu Bakar bin Ali, Muhammad bin Ali dan Uthman bin Ali....

Mereka ini pun dibunuh di Karbala oleh tentera Abdullah bin Ziyad, musuh ahli bait bersama Hussain.

Mereka bukan sahaja tidak diratapi, nama mereka pun dibenci...Abu Bakar, Uthman...

Kalaulah alasan meratapi kematian Hussain pada 10 Muharram itu beralasan demi mengenangkan mereka yang dizalimi...

Maka Saidina Ali yang wafat pada tahun 40 Hijrah itu juga dizalimi, ditikam berkali-kali oleh Abdurahman bin Muljam namun tidak pernah kita dengar ada majlis dibuat oleh orang Syiah untuk meratapi kematian Ali RA....

Inilah agama yang penuh kepelikkan dan kebingungan...

@EmranAhmad