Dosa Yang Diremehkan Suami.
Di antara bentuk kelalaian didalam perkahwinan yang berkaitan isteri iaitu suami kurang bersemangat dalam mengajar, mendidik, dan memahamkan isteri akan ajaran-ajaran agama. Bahkan boleh jadi suami seorang yang soleh, bertakwa, alim dan giat berdakwah, tetapi dia dia tidak serius dalam memindahkan kebaikan tersebut kepada isteri dan seluruh anggota keluarganya. Bila seorang isteri tidak mengetahui ajaran agamanya, tentu dia tidak mengetahui hak suaminya, tidak boleh mendidik anak-anaknya dan menjaga rumah tangga sebagaimana sepatutnya. Dia juga tidak beribadat kepada TuhanNya dengan cara yang diredhaiNya. Firman Allah ta'ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
'Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim/66:6]
Suami wajib mengajarkan ajaran-ajaran islam kepada isterinya secara global. Mengajarkan keimanan kepada Allah & RasulNya. Hukum-hukum bersuci daripada hadas, junub, haid & nifas. Perkara-perkara rukun, ibadat-ibadat Nafilah untuk lebih mendekatkan dirinya kepada Allah. Diajarkan pula hak-hak suami isteri dan akhlak-akhlak mulia seperti menyambung silaturrahim, sopan santun dalam berbicara dan bergaul. Serta mengingatkan isteri supaya menjauhkan diri daripada akhlak-akhlak buruk, seperti emosional, berbohong, dengki, serta pelbagai akhlak buruk yang lain.
Yang perlu dilakukan pula adalah konsisten dalam menyampaikan nasihat dan peringatan kepada isteri, menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keadaannya untuk menambah keilmuannya seperti menghadiahi buku ilmiah atau memberi izin menghadiri majlis ilmu.
Meskipun semua itu menjadi hak isteri, tetapi hakikat maslahatnya kembali kepada suami itu sendiri. Seorang isteri yang hidup dalam buaian agama, terdidik dalam ilmu dan amal soleh, dia akan menjadi lebih berbakti kepada suami, lebih menjaga diri dan lebih sayang kepada anak-anaknya. Sebaliknya, jika dia melihat suaminya berpaling dan melanggar hukum-hukum agama serta norma-norma keluarga, maka tidak ada pilihan lain baginya kecuali memenuhi 'ajakan' suaminya dalam rangka apa yang menyenangkan hatinya.
Sabda Nabi shallahu'alaihi wassalam,
'Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan diminta pertanggungjawapan tentang apa yang dipimpinnya...seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan diminta pertanggungjawapan tentang mereka.'[HR al-Bukhari no.2278 dan Muslim no.1829]
Kredit to #AbuSufian
@BicaraCr