Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Apa maksud Ada EMAS Ada DUIT?

1. Emas adalah kategori aset iaitu aset nyata ( hard asset) seperti tanah, rumah.

2. Jika kita perlukan duit tunai, ianya boleh dipajak@gadaian dan dapat pinjaman. Sama seperti rumah dan tanah

3. Dalam jangka panjang emas naik nilainya dan sekaligus mengekalkan nilai wang yang susut akibat inflasi. Sebagai contoh jika 100 tahun dulu ada simpan emas, maka sekarang masih laku untuk dijual dan bertambah besar nilainya. Jika wang kertas lama hanya collectors yg nak beli sebagai koleksi, nak pajak di arrahnu konfem tak laku.
.
4. Emas satu logam yg universal, dibawa kemana-mana negara jua mereka memahami ianya barang berharga. Boleh baca sejarah pelarian vietnam yang membawa emas untuk memulakan hidup baru di tempat orang. Tanah atau rumah mereka tak boleh bawak lari.
.
5. Emas itu sendiri adalah matawang pada zaman khalifah lagi.
.
Ada emas dah tentu ada duit kawan!
Emas Public Gold paling mudah untuk mula simpan! Serendah RM100 dah boleh mula simpan emas!

Klik sini untuk mula
http://www.wasap.my/60177307520/emas+RM100
Betul ke simpan emas makin lama makin mahal? Sebab saya nak tunggu masa terbaik simpan emas.

5 tahun pun berlalu,

Masih menunggu masa terbaik dan belum bermula hatta 1 gram emas. Emas pula makin lama makin tinggi.

Cara betul orang baru nak simpan emas adalah:

1. Tentukan berapa bajet.

Sekarang emas 1gram dalam RM262 ke atas. Jadi, jika simpan dalam 1 gram, bajet dalam RM300 ke bawah. Boleh simpan dalam Akaun Emas GAP atau buat ansuran bulanan untuk item 10gram.

2. Mulakan menyimpan segera.

Untuk capai matlamat dan simpanan maksima, tak usah tunggu kawan, sedara mara, tunggu bulan depan, minggu depan atau sesiapa. Sebab bila susah, tak ada siapa pun tolong. Yang susah kita juga nanti. Buat simpanan segera mungkin.

3. Simpan emas ketika ada duit di tangan.

Paling ramai orang nak simpan emas, nak tunggu betul-betul ada duit. Konsep menyimpan adalah dapat gaji simpan dulu. Selebihnya baru belanja. Jika ada lebih belanja, tak ada lebih duk diam-diam, elak pinjam meminjam duit orang.

Jika konsep belanja dulu semewahnya alamat memang tak ada lebihan. Pengurusan kewangan sendiri masih haru biru.

Mulakan dulu dengan apa yang ada, nak simpan emas dengan RM100 pun ada melalui simpanan Akaun Emas GAP.

Yang penting, mula bukan tunggu je.

Semoga kita semua dapat kumpul emas yang berharga dan bernilai sepanjang zaman.

Kita semua tahu hakikat ini. Emas tidak pernah diapandang "murah".


Kredit : Aqila Redza
Bila dah simpan emas ini, kita kena tahu tentang zakat emas. Terdapat 3 jenis zakat emas yang perlu kita tahu.

1. Zakat Emas Perhiasan

Kena bayar zakat jika jumlah barang kemas yang kita pakai lebih dari 800g dalam tempoh setahun.

Nilai berat emas ini bergantung pada negeri. Sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 800g adalah jumlah berat yang perlu dikenakan untuk bayar zakat.

2. Zakat Emas Perhiasan (tidak dipakai)

Kena bayar zakat jika barang kemas tersebut tidak pernah dipakai dalam tempoh setahun. Berat emas yang ditetapkan adalah 85g. Jika lebih dari 85g, kena bayar zakat.

3. Zakat Emas Pelaburan

Emas pelaburan adalah seperti goldbar, dinar dan akaun emas. Jika berat emas yang disimpan melebihi 85g dalam tempoh setahun, kena bayar zakat.

Sekarang kita dah pun tahu jenis-jenis zakat emas. Bagaimana pula cara kiraannya?

Cara Kiraan Zakat

Cara kiraan zakat adalah sangat mudah. Hanya perlu kira 2.5% daripada jumlah berat emas yang kita pakai/simpan.

Sebagai contoh, kita simpan akaun emas sebanyak 100 gram, maka jumlah zakat yang kita perlu bayar adalah:

2.5% x Jumlah Berat Emas x Harga Emas Semasa
= 2.5% x 100g x RM260 (contoh)
= RM650

Jumlah zakat yang perlu kita bayar adalah sebanyak RM650.

Zakat emas ini boleh kita bayar di pusat pungutan zakat negeri. Boleh rujuk laman web pusat pungutan zakat negeri untuk maklumat lanjut ya.

Kawan-kawan, memang best beli emas dan simpan emas. Tetapi sama-sama kita beringat untuk bayar zakat.

Tak pernah lagi orang jatuh miskin sebab dia bayar zakat. Tetapi semakin banyak dia bayar zakat, semakin banyak emas yang dia beli dan simpan setiap tahun.

Zakat menyucikan harta. Zakat kewajipan kita.

Semoga bermanfaat ya.

#Nak kumpul emas untuk bayar zakat.
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿

📚 Dinar adalah syiling emas.
.
📚 Dinar Public Gold berketulenan emas 999 dan beratnya bersamaan 4.25 gram.
.
📚 Dinar public gold bervariasi dari 1/2 dinar , 1dinar , 5 dinar dan 10 dinar.
.
📚 Mengikut sejarah, dinar digunakan pada zaman dahulu lagi sebagai matawang.
.
📚 Dinar Public Gold bole dibeli dengan kaedah GAP, fully payment purchase atau shariah Easy payment purchase dalam 4 bulan.

Sesiapa yang berminat untuk jadikan dinar sebagai hadiah mahupun hantaran boleh dapatkannya dengan saya☺️
Kumpul duit biru 4 keping sehari. Asingkan siap - siap, simpan dan lupakan

Cukup bulan, tukarkan kepada emas. Simpan sikit - sikit dalam akaun emas GAP. Lama - lama nanti bila gram dah banyak, dapatlah 10gram BungaMas. Ulang teknik ni tiap - tiap bulan.

Sekarang nak menabung emas tak perlu bajet besar. Boleh menabung sikit - sikit dalam akaun emas GAP. RM 100 (0.3g). Lama lama jadi bukit. Kekayaan kekal lama.

Simpan dalam bentuk wang kertas. Simpan sikit - sikit lama lama makin sikit. Itu realiti ramai orang.

Jika kita nak, kita akan cari jalan. Jika kita taknak, kita akan cari alasan.

Nak mulakan simpanan emas serendah RM100 melalui akaun emas GAP. Bagitahu, saya akan guide

wasap.my/60177307520/BimbingBeliEmas
Apa maksud Ada EMAS Ada DUIT?

1. Emas adalah kategori aset iaitu aset nyata ( hard asset) seperti tanah, rumah.

2. Jika kita perlukan duit tunai, ianya boleh dipajak@gadaian dan dapat pinjaman. Sama seperti rumah dan tanah

3. Dalam jangka panjang emas naik nilainya dan sekaligus mengekalkan nilai wang yang susut akibat inflasi. Sebagai contoh jika 100 tahun dulu ada simpan emas, maka sekarang masih laku untuk dijual dan bertambah besar nilainya. Jika wang kertas lama hanya collectors yg nak beli sebagai koleksi, nak pajak di arrahnu konfem tak laku.
.
4. Emas satu logam yg universal, dibawa kemana-mana negara jua mereka memahami ianya barang berharga. Boleh baca sejarah pelarian vietnam yang membawa emas untuk memulakan hidup baru di tempat orang. Tanah atau rumah mereka tak boleh bawak lari.
.
5. Emas itu sendiri adalah matawang pada zaman khalifah lagi.
.
Ada emas dah tentu ada duit kawan!
Emas Public Gold paling mudah untuk mula simpan! Serendah RM100 dah boleh mula simpan emas!
“Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa”

Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.
.

Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit.

Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6bulan hingga 12bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan.
.

Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum bersedia pun dalam membina dana kecemasan. Dana kecemasan tersebut adalah garis panduan yang dikerluarkan oleh pakar kewangan.

Jika kita belum pun berjaya menyimpan RM12,000 atau RM24,000 atau RM36,000 atau 48,000 , kita sebenarnya ada pilihan lain. Mungkin selama ini kita telah cuba menyimpan tetapi kaedah yang kita gunapakai itu sering menyebabkan kebocoran simpanan itu.
.

Apa kata kita cuba kaedah lain untuk berjaya capai simpanan dana kecemasan itu. Kita alihkan duit kepada emas. Ya dengan cara ini kita bekukan duit daripada #terguna dan #terbelanja.

Benar dana kecemasan perlu dalam bentuk tunai tetapi seandainya kita masih belum berjaya menyimpan dan masih berpegang kepada cakap-cakap orang, bila kita nak dapat capai simpan itu?

• Nilai RM12,000 = Kita boleh fokus kepada 50gram emas.

• Nilai RM24,000 = Kita boleh fokus kepada 100gram emas.

• Nilai RM36,000 = Kita boleh fokus kepada 150gram emas.

• Nilai RM48,000 = Kita boleh fokus kepada 200 gram emas.
.

Kita ambil contoh 50gram, nak capai duit RM12,000 memang susah tetapi nak capai 50gram sangat mudah jika kita tahu caranya.

• Jika kita konsisten simpan 1gram, kita perlu simpan sebanyak 50kali.

• Jika kita konsisten simpan 2gram, kita perlu simpan sebanyak 25kali.

• Jika kita konsisten simpan 3gram, kita perlu simpan sebanyak 17kali.

• Jika kita konsisten simpan 4gram, kita perlu simpan sebanyak 13kali.

Lebih jelas bukan??

Jangan bertangguh, teruskan mula menyimpan emas walaupun sekecil 1gram. Sekecil 1gram adalah permulaan kita capai 1kilo. 🥳🥳🥳
Gold Saving by Cg Farizah
Photo
Kenapa beli barang kemas dengan PG Jewel. PG Jewel rangkaian bisnes PG GROUP.

1️⃣ Pergram rendah RM228/gram
2️⃣ Coupon code diskaun 1%
3️⃣ EPP6 (bayaran 6x atau 6 bulan)
4️⃣ Pos terus ke rumah dengan insurance (seller risk)
5️⃣ Setiap belian ada cash back up to 3.5%

Coupon Code untuk malam ni : SNRAA

Lekas saya bantu, www.wasap.my/60177307520/PGJewel
Saya suka dengan kata guru emas saya.

Kata beliau, sebenar-benarnya kita semua patut ada banyak duit dalam akaun bank.

Tapi kenapa duit kita tak banyak ya?

Sebab kita buang duit dengan membeli benda-benda yang kita nak, bukan beli benda yang kita perlu.

Kita nak kereta bergaya harga ratus-ratus ribu, tapi kita hanya perlukan sebuah kereta yang boleh bergerak dan selesa yang berharga belas or puluh ribu.

Kita nak beli rumah mahal setengah juta sedangkan kita hanya perlukan rumah yang selesa yang berharga sekitar RM270 ribu.

Tak pun kita nak beli kasut ratus-ratus ringgit sedangkan kaki kita boleh selesa dengan kasut puluhan ringgit.

Cuba ingat-ingat balik, benda yang kita beli sebab kita nak atau kita suka atau kita minat tapi kalau ia takde pun takpe kan.

Langsung tak jejaskan hidup kita pun. Kita ok ajer.

Itulah perkara yang menyebabkan duit kita kurang.

Bila kita berhenti beli barang yang kita nak dan fokus beli benda yang kita perlu maka percayalah, duit simpanan kita akan meroket.

Bila simpanan anda meroket maka peluang untuk invest besar dan cipta income besar adalah lebih cerah.

Semoga bermanfaat dan ambil tindakan hari ni untuk fokus yang perlu sahaja,ok.
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3861 gram
MYR 259 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 255 (5 February 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 16 February 2021
𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔 𝟮

1. Emas Hiasan
2. Emas Simpanan

Syarat zakat cukup nisab dan haul [ tempoh setahun ]

Emas hiasan ialah emas yang dipakai di badan. Zakatnya dibayar mengikut uruf negeri masing-masing.

Emas hiasan ini kadang orang tak pakai semua, tapi tukar-tukar pakai. Yang tukar pakai pun termasuk sekali. Kiranya jumlah semua keseluruhan emas hiasan tersebut.

Contoh Melaka uruf 180g. Katakan Siti mempunyai emas perhiasan seberat 250g dipakai dibadan, cukup setahun perlu zakat.Kiraannya adalah:

250g [pakai]-180g [uruf Melaka] = 70g

70g [lebihan yg dipakai] x [harga emas semasa ] x 2.5% [kiraan kadar zakat tetap] = JUMLAH PERLU BAYAR

Bagi EMAS SIMPANAN pula biasanya adalah goldbar/dinar. Untuk emas simpanan, semua negeri malah satu dunia adalah sama.

Nisab adalah 20 dinar [ 85g ] dan cukup setahun dalam simpanan.

Contoh simpan gold bar 100g. Kiraannya:

100g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR

Jika emas hiasan tidak dipakai selama setahun ia dikira termasuk dalam kategori emas simpanan yang 85g.

Contoh ada goldbar 100g , kemudian ada emas hiasan gelang berat 20g tak pernah pakai walau sekali pun selama setahun. Jadi ia termasuk dalam zakat emas simpanan.

Maknanya 100g + 20g = 120g
120g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR.

Kongsi Ilmu .

#publicgold
#dinarsaving
Cg ni asyik cerita seronok simpan, bagus simpan emas, memang tak ada kelemahan ke simpan emas ni.

Ada, saya kongsikan 5 kelemahan emas yang patut korang tahu sebelum serius buat gold investment.

5 KELEMAHAN EMAS

1️⃣ Risiko dicuri atau hilang
2️⃣ Tiada pulangan dividen
3️⃣ Kos simpan di safety box
4️⃣ Tak sesuai pelaburan jangka masa pendek
5️⃣ Tiada jaminan harga terus meningkat

Ha, tapi jangan jadikan kelemahan ini asbab kita tidak menyimpan.

Ia sebagai persediaan kepada kita supaya lebih berhati2.