Gold Saving by Cg Farizah
502 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔 𝟮

1. Emas Hiasan
2. Emas Simpanan

Syarat zakat cukup nisab dan haul [ tempoh setahun ]

Emas hiasan ialah emas yang dipakai di badan. Zakatnya dibayar mengikut uruf negeri masing-masing.

Emas hiasan ini kadang orang tak pakai semua, tapi tukar-tukar pakai. Yang tukar pakai pun termasuk sekali. Kiranya jumlah semua keseluruhan emas hiasan tersebut.

Contoh Melaka uruf 180g. Katakan Siti mempunyai emas perhiasan seberat 250g dipakai dibadan, cukup setahun perlu zakat.Kiraannya adalah:

250g [pakai]-180g [uruf Melaka] = 70g

70g [lebihan yg dipakai] x [harga emas semasa ] x 2.5% [kiraan kadar zakat tetap] = JUMLAH PERLU BAYAR

Bagi EMAS SIMPANAN pula biasanya adalah goldbar/dinar. Untuk emas simpanan, semua negeri malah satu dunia adalah sama.

Nisab adalah 20 dinar [ 85g ] dan cukup setahun dalam simpanan.

Contoh simpan gold bar 100g. Kiraannya:

100g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR

Jika emas hiasan tidak dipakai selama setahun ia dikira termasuk dalam kategori emas simpanan yang 85g.

Contoh ada goldbar 100g , kemudian ada emas hiasan gelang berat 20g tak pernah pakai walau sekali pun selama setahun. Jadi ia termasuk dalam zakat emas simpanan.

Maknanya 100g + 20g = 120g
120g x [ harga semasa emas ] x 2.5% = JUMLAH PERLU BAYAR.

Kongsi Ilmu .

#publicgold
#dinarsaving