Gold Saving by Cg Farizah
502 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Bila dah simpan emas ini, kita kena tahu tentang zakat emas. Terdapat 3 jenis zakat emas yang perlu kita tahu.

1. Zakat Emas Perhiasan

Kena bayar zakat jika jumlah barang kemas yang kita pakai lebih dari 800g dalam tempoh setahun.

Nilai berat emas ini bergantung pada negeri. Sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 800g adalah jumlah berat yang perlu dikenakan untuk bayar zakat.

2. Zakat Emas Perhiasan (tidak dipakai)

Kena bayar zakat jika barang kemas tersebut tidak pernah dipakai dalam tempoh setahun. Berat emas yang ditetapkan adalah 85g. Jika lebih dari 85g, kena bayar zakat.

3. Zakat Emas Pelaburan

Emas pelaburan adalah seperti goldbar, dinar dan akaun emas. Jika berat emas yang disimpan melebihi 85g dalam tempoh setahun, kena bayar zakat.

Sekarang kita dah pun tahu jenis-jenis zakat emas. Bagaimana pula cara kiraannya?

Cara Kiraan Zakat

Cara kiraan zakat adalah sangat mudah. Hanya perlu kira 2.5% daripada jumlah berat emas yang kita pakai/simpan.

Sebagai contoh, kita simpan akaun emas sebanyak 100 gram, maka jumlah zakat yang kita perlu bayar adalah:

2.5% x Jumlah Berat Emas x Harga Emas Semasa
= 2.5% x 100g x RM260 (contoh)
= RM650

Jumlah zakat yang perlu kita bayar adalah sebanyak RM650.

Zakat emas ini boleh kita bayar di pusat pungutan zakat negeri. Boleh rujuk laman web pusat pungutan zakat negeri untuk maklumat lanjut ya.

Kawan-kawan, memang best beli emas dan simpan emas. Tetapi sama-sama kita beringat untuk bayar zakat.

Tak pernah lagi orang jatuh miskin sebab dia bayar zakat. Tetapi semakin banyak dia bayar zakat, semakin banyak emas yang dia beli dan simpan setiap tahun.

Zakat menyucikan harta. Zakat kewajipan kita.

Semoga bermanfaat ya.

#Nak kumpul emas untuk bayar zakat.