Gold Saving by Cg Farizah
502 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
TIPS HEBAT BERJAYA DENGAN EMAS.

❤️ Mulakan sekarang jugak.

Paling mudah guna akaun GAP Public Gold. Minimum RM100 sahaja.

Kalau nak lebih pun boleh. Terpulang kepada bajet masing-masing. Boleh pilih gold bar atau dinar.

Paling penting, jadikan ia tabiat setiap bulan atau setiap kali ada duit lebih. Lama kelamaan ia akan jadi tabiat dengan sendiri.

❤️ Setkan matlamat dalam menyimpan emas.

Mungkin bulanan, mungkin juga tahunan. Atau letak sebuah impian untuk dicapai dengan simpanan emas.

Sebagai contoh, tabung pendidikan anak-anak. Atau belanja tambang haji dan umrah. Tabung melancong pun boleh.

Biasanya orang akan buat target. Sebulan segram atau sebulan 1 dinar.

Atau setahun aku mesti ada 100 gram. Itu target yang jelas.

❤️ Lagi besar gaji atau pendapatan bulanan, sepatutnya lebih besar portion emas yang perlu disimpan.

Jangan main-main dengan simpanan dalam bentuk wang tunai. Kalau tak beli emas, mesti ia akan habis dengan cepat tanpa disedari.

Kalau tak percaya, cubalah simpan duit banyak-banyak. Tak dan lama, sekejap saja dah habis tak tahu pergi mana.

❤️ Istiqamah menyimpan yang paling penting.

Dapat gaji, terus asingkan untuk beli emas secara paksa. Lepas tu jangan duk fikir tentangnya. Lupakan saja. Kalau tak nanti jiwa jadi kacau.

❤️ Simpan emas ni dia special sangat.

Takleh fikir lama-lama sangat atau kaji dalam-dalam sangat baru nak mula. Just start even with a very small gram.

Nanti lama-lama akan faham dan pandai sendiri. Selagi tak mula, selagi tu kita tak akan faham.

Orang yang mula je terus simpan emas, akan dapat banyak kelebihan. Dia dah ada harga benchmark sendiri. Dia akan happy duit tak habis lagi.

❤️ Tambah ilmu emas dengan membaca dan mendengar tunjuk ajar orang yang lebih arif.

Yang menyebabkan kita kaya bukan emas tetapi ilmu tentang emas. Yang menyebabkan kita tenang juga bukan emas tetapi ilmu tentang emas.

Harga naik kita happy. Harga turun kita 2 kali ganda happy. Itu tanda orang yang berilmu.

❤️ Jauhkan kepala otak kita daripada perkataan JUAL emas.

Kita akan tahu bila kita akan jual emas kita. Sebab itu matlamat sangat penting untuk diset sebelum mula simpan emas.

Selagi matlamat tak tercapai, jangan sibuk nak simpan emas. Emas mesti jadi benteng terakhir kewangan kita.

❤️ Paling bagus simpan emas ialah dalam tempoh jangka panjang.

Sebab harga emas menaik dengan begitu tinggi secara jangka panjang. Jika ia turun sekalipun, ia akan naik semula.

Cuma kita perlu bersabar saja. Lambat laun harga emas akan naik semula. Percayalah!

❤️ Jangan sesekali percaya dengan produk atau skim menggandakan emas tanpa perlu membuat belian tambahan.

Itu akan menjahanamkan duit simpanan kita selama ini. Itu skim cepat kaya namanya.

Emas tak akan bertambah dengan sendiri. Emas mesti dibeli secara konsisten untuk menambah gramnya.

Makin banyak emas yang kita ada, semakin baik tahap aset dan pertahanan kewangan yang kita miliki.

❤️ Kalau boleh, jangan beli emas perhiasan untuk menyimpan nilai duit.

Fokus kepada jongkong emas atau dinar emas berketulenan 999 saja sebab harga lebih murah dan spread (susutnilai) lebih kecil.

Beli emas perhiasan sikit-sikit saja untuk berhias secara ala kadar. Itu lebih baik untuk wang kita.

❤️ Bertindak sekarang juga.

Jangan takut untuk beli emas. Sebab duit kita tak habis dengan beli emas. Duit kita selamat. Duit kita hanya akan bertukar bentuk saja.

Jangan takut untuk beli emas banyak-banyak. Sebab emas adalah harta. Kumpul harta paling mudah dan murah ialah dengan beli emas.

Jangan takut untuk beli emas sekarang. Kalau kita rasa harga sekarang dah mahal berbanding dahulu, bayangkan pula harganya 10 atau 20 tahun akan datang. Ia akan meroket ke suatu harga yang kita tak pernah terfikir.

Alaaaa...

Harga roti canai pun naik, takkan harga emas tak naik. Ye tak?

Klik link berikut sekarang jugak

www.wasap.my/60177307520/NakSimpanEmas

Cepat!
Saya mempunyai barang kemas 916. Apabila saya baca bahawa susut nilai gold bar jauh lebih rendah saya ingat nak beralih kepada gold bar pula. Rasa sangat menyesal kerana terbeli 916 ini.

Apakah tindakan yang saya boleh lakukan untuk manfaatkan emas 916 ini?

1. Pajak dan duitnya dibuat modal beli syiling dinar (pelaburan)?
2. Terus simpan?
3. Atau Ada Tindakan Yang Lebih Bijak?

Jawapan:
Asasnya barang kemas yang kita sudah beli hari ini ia tak mungkin untuk dijual balik pada harga yang sama kita beli kecuali kita tunggu ia naik dulu. Nak tunggu lepas 25% bukan sekejap. Susut nilai gold bar 9%. Ini perbezaan ketara.

Jadi barang kemas tu simpan sahaja. Kalau nak pajak pun, tunggu berlakunya kejatuhan mendadak harga emas. Duit pajak tu anda buat beli gold bar. Pastikan anda ada plan sumber wang untuk tebus balik barang kemas tadi.

Kalau anda tak pajak , anda boleh trade in barang kemas yang spreadnya tinggi tu kepada emas pelaburan Public Gold yang spreadnya jauh lebih rendah.

Anda boleh juga jual di kedai-kedai emas yang mengambil harga tertinggi. Buat survey 3 4 kedai yang mana harga paling tinggi. Wang itu boleh digunakan untuk membuat belian emas jongkong.

Pada saya, buat macamanapun jika sudah terbeli barang kemas biarkan saja. Jadikan sebagai kenangan dan pembelajaran berguna. Ini kerana jika emas naik harga, barang kemas juga naik harganya.

Langkah paling bijak: Jika anda nak jadi dealer Public Gold boleh gunakannya untuk buat belian yang melayakkan anda menjadi dealer. Kelebihan dealer ialah anda mendapat komisen atas belian sendiri dan pembelian orang yang anda rekemenkan.
Jika nak simpan wang kertas, simpan sekadar yang diperlukan buat masa ini ataupun sekadar hal-hal kecemasan sahaja. Usah letak harapan menggunung kepada wang kertas. Kita telah pun ditipu olehnya pada tahun 1971.

Selebihnya simpan dalam bentuk aset seperti tanah, rumah dan emas ataupun perak. Nilai aset ini bukan pada nombornya tetapi pada barangnya. Boleh dilihat dan dipegang fizikalnya. Kata orang lama ia dipanggil nilai intrinsik.

Tahun demi tahun, harganya akan terus meningkat. Semua orang tak boleh nafikan fakta ini. Ini fakta bukan auta.
Macam mana nak disiplin simpan emas 1 gram 1 bulan?

Inilah sedikit tips :

1) Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan.

2) Setiap kali dapat gaji, komisen bisnes atau bonus, terus beli 1 gram emas.

3) Jangan tunggu harga terbaik sebab kalau tunggu, duit tu terbelanja kat tempat lain.

4) Beli emas melalui kaedah akaun emas GAP Public Gold.

Setelah cukup 6 gram atau 11 gram keluarkan goldbar sekeping 5 gram atau 10 gram dan simpan dalam wallet.


Cuba dulu simpan 1 gram dan konsisten, dah simpan mesti ketagih nak simpan lagi dan lagi.

Belum cuba belum tau..

Jom start simpan emas sekarang. Harini RM260/gram.

Nak mulakan serendah RM 100 pun boleh. 👌

Klik www.wasap.my/60177307520/sayanaksimpanemas
Asas untuk pastikan gaji kita berkembang , amalkan 4 perkara ini setiap kali gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimum 10% gaji.
Jika masih bujang dan kurang komitmen , simpan 35% gaji.

Menyimpan ialah satu tabiat , jika selalu buat pasti mudah.

Contoh gaji RM 3000 , simpan 300/sebulan.
Hujung tahun patutnya sudah ada 1200.

Jika tak cukup 1200 kena semak balik , kita buat menyimpan atau hanya isi masa lapang ?

Jika menyimpan duit kurang berjaya, saya rekemenkan simpan emas .

2. Labur

Laburkan gaji kita agar ' wang pula bekerja untuk kita '. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

Laburlah pada tempat yang betul dengan ilmu yang betul. Insya Allah baik hasilnya nanti.

3. Infaq

Keluarkan sebahagian duit gaji kita pada mereka yang memerlukan. Kerna kita tahu bahawa setiap rezeki yang kita dapat ada hak orang lain juga.

Belanja makan, sedekah , beri pada ibu bapa dan banyak lagi perkara yang kita boleh buat.

Hal ini akan berikan kita satu ketenangan dan tenteram hati ini. Percayalah.

4. Belanja

Ya , akhir sekali barulah belanja. Ini bahagian akhir sekali. Lakukan yang tiga atas dulu , baru hidup kita senang dan aman.

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak daripada abang Bangla kedai karpet nanti.

#BelajarUrusWangDariSekarang
"Simpan sikit-sikit lama-lama masih sikit"

Ramai yang alami perkara yang sama. Bekerja lebih 10 tahun tetapi simpanan masih lagi tahap yang sama.

Sepatutnya semakin lama bekerja, semakin baik simpanan kita tetapi hakikat itu tidak berlaku kerana semakin naik gaji semakin besar nafsu berbelanja.

Sehingga umur bersara pun kita masih lagi bersilat dengan kewangan yang tidak kukuh.

Ikat segara duit simpanan kita dengan emas.

Duit ini sifatnya liar. Boleh lari dan hilang tanpa kita jangka.

Sebelum lebih banyak duit tuan-tuan lari dan hilang tanpa tuan-tuan sedar, ikat setiap bulan dengan emas.

#1gram1bulan , jangan bercita-cita terlalu tinggi dahulu. Apabila tabiat menyimpan sudah melekat dalam diri bolehlah maju 10g sebulan pula.

Ikat duit simpanan tuan-tuan cepat-cepat.
Semakin dekat umur bersara semakin banyak tuan-tuan perlu menyimpan.

Begitulah.
UNTUNG KAH?

Mungkin boleh samakan ASB, TH, UNIT TRUST sebab instrument pelaburan ini sama iaitu wang kertas.

Bezanya berapakah pulangan dividen tahunan.

Emas lain, emas tidak ada dividen tahunan, selagi mana tidak tambah gram, gram tidak bertambah.

Jika hanya simpan satu gm tahun 2000, tahun 2020 masih satu gm yang sama cuma nilainya sudah berbeza.

Emas ini long term investment yang lebih terjamin.

Harga emas naik sekitar 9.90% secara purata sejak tahun 2000 dalam USD.

Kata pakar kadar 10% +- itu dianggap satu pulangan yang bagus untuk pelaburan.

Banyak lagi keuntungan simpanan emas ni

1️⃣ Elak bocor wang
2️⃣ Nilainya bertahan
3️⃣ Kenaikan harga untuk jangka masa panjang
4️⃣ Magnet kekayaan
5️⃣ Mudah dicairkan untuk tunai segera

Bayangkan tahun 2000 anda sudah himpun 1 kilo masa tu cuma RM35k sahaja.

1 kilo yang sama nilainya sekarang RM260k iaitu 7x ganda berbanding 20 tahun lepas. Wow!

Masih belum terlambat suami isteri target himpun 100 gm pertama dulu, lihat hasilnya selepas 5 tahun

#Tag suami isteri anda. Target himpun sama2. Jadi #celikemas secepat mungkin supaya kaya & berjaya
Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9


Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.
Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵
Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama.

Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold?
Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.
Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama ajer.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.
Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?
Jawapan: Sama ajer panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Dapat tangkap sekarang?

#NotaEmasSyukorHashim
Fungsikan emas mengikut keperluan kita.

Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain tujuan simpan emasnya.

Ini saya cadangkan idea apakah matlamat simpanan emas. 1 dinar = 4.25 gram.

Dana kecemasan : 30 dinar
Dana Haji : 15 dinar
Persaraan : 50 dinar
Pendidikan : 30 dinar
Perubatan : 30 dinar

Dengan akaun emas GAP, boleh simpan sikit-sikit, RM 100 = 0.3 gram~, cukup 4.25 gram, boleh withdraw 1 dinar di mana-mana cawangan berdekatan.

Inilah kelebihan akaun GAP yang ramai tak tahu.
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3846 gram
MYR 260 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 255 (5 February 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 15 February 2021
Cikgu, macam mana nak kira dana kecemasan dalam bentuk emas?

Ok, saya beri contoh nak ada dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk emas.

Begini kiraannya:

Contoh,

Gaji bulanan: RM 3,000
Harga emas semasa: RM 270

Jadi bahagikan gaji bulanan dengan harga emas semasa, maka gaji sebulan dam bentuk gram emas = 10.98 gram atau 11gram

Kalau nak ada dana kecemasan 3 bulan gaji
= 11 gram x 3 bulan
= 33 gram

Hah, 33gram emas ini yang akan jadi matlamat kita sekarang.

Simpan emas konsisten, bila dah cukup 33gram emas dalam simpanan, maksudnya kita dah ada 3 bulan dana kecemasan dalam bentuk emas.

Dah faham kan? Boleh mula buat hari ni ya. Semoga kita semua ada dana kecemasan selepas ni.

#Bermula kumpul dana kecemasan dengan emas
5 TIPS SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Tips 1

Target simpan emas1 gram 1 bulan sebagai "forgotten saving" (simpanan untuk dilupakan).

Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

Tips 2

Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih.

Disiplin menyimpan yang betul; "simpan dulu belanja selebihnya" bukan "belanja dulu simpan selebihnya".

Tips 3

Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor.

Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

Tips 4

Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold.

Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan.

Tips 5

Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet!

Guru emas saya En. Syukor Hashim cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas!

Memang "feel" akan berbeza.

la mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! InsyaAllah

Boleh boleh! 🤩
Cadangan saya sebagai pengedar rasmi Public Gold.


Bajet bulanan RM100 hingga RM250
- Sesuai dengan Akaun Emas
- Tak wajib beli tiap bulan.
- Matlamat kumpul gram emas. Dah banyak, boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal.

Bajet bulanan RM260 hingga RM300
- Sesuai beli 10g EPP10.
- Tak boleh skip bayaran tiap bulan.
- sesuai untuk displin diri menyimpan dengan amaun tetap tiap bulan.
- habis bayar 10 kali, boleh collect emas di cawangan Public Gold.

Pilihan di tangan anda. Jom simpan emas 😍