Gold Saving by Cg Farizah
504 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Analisis harga emas semalam.

Kenapa harga emas naik? Bukan ke sepatutnya harga emas sepatutnya turun sebab kadar faedah dinaikkan 0.75%?

Apa yang berlaku?

Ok gais, saya nak buat analisis untuk memberikan jawapan terhadap kenaikan harga emas semalam.

Baik, first sekali market sudah menjangkakan kenaikan kadar faedah 0.75% semalam.

Jadi apabila Fed mengumumkan bahawa kadar faedah kenaikan kadar sebanyak 0.75% maka kenaikan itu adalah sama seperti jangkaan.

Tidak ada unsur kejutan (suprise) disana.

Prediction 0.75%, announcement 0.75% = tiada kejutan.

Dalam situasi biasa, pengumuman kenaikan kadar faedah biasanya menjatuhkan harga emas.

Namun apa yang menggerakkan harga emas semalam adalah apabila market MEMBUAT TAFSIRAN terhadap ucapan Jerome Powell, pengerusi US Fed.

Ucapan Jerome Powell penting kerana market ingin melihat pandangan US Fed pada masa hadapan.

Baik, dalam ucapannya, Jerome Powell membayangkan bahawa kadar faedah pada masa hadapan berkemungkinan mungkin akan diperlahankan.

Aha! Inilah ayat yang dicari-cari oleh pelabur.

Ia memberikan bayangan bahawa di masa hadapan, kenaikan kadar faedah tidaklah terlalu tinggi dan mungkin perlahan.

Jadi walaupun kenaikan kadar faedah 0.75% itu negatif untuk emas namun ucapan Powell adalah berita positif untuk emas.

Jadi, ucapan Powell itulah yang menggerakkan harga emas semalam sekitar 1723 kepada 1740 usd

Sebaliknya, jika Powell memberi bayangan bahawa kadar faedah akan dinaikkan lebih tinggi dan pantas dimasa hadapan, maka ucapan itu berkemungkinan besar akan menjatuhkan harga emas.

Kesimpulan.

kenaikan harga emas semalam adalah reaksi market terhadap ucapan Jerome Powell, pengerusi US Federal Reserved.

Semoga analisis ini bermanfaat untuk anda.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Nak simpan RM10k dalam bentuk cash nie agak mencabar sebab sebab otak kita pantang tengok baki dalam bank akaun.

Sebab otak kita fikir macam nie.

Duit = untuk belanja.
Akaun bank = tempat duit bermusafir.

Sebab tu otak anda akan ligat bagi cadangan untuk perabis duit tu.

Lepas tu otak cakap “takper kalau nak habis duit bulan nie… sebab bulan depan ada gaji lagi”

Itulah cyle dia…

Lagi satu, kalau setakat 37 gram emas nie, zakat emas anda adalah kosong.

Bila simpanan anda dah cecah 85gram (anggaran RM23k ikut harga sekarang) dan simpanan itu cukup setahun, barulah zakat emas akan dikira dengan nilai 2.5% darab harga emas semasa.

Simpan emas nie mudah, namun bisikan otak boleh jadikan benda nie jadi susah.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya pernah berjumpa orang yang simpan 1 gram emas sahaja.

Lepas tu dia berhenti.
Lepas tu dia tutup akaun emas.

Mula 1g, penutup pun 1g

Saya juga ada customer yang beli setiap bulan 1 gram sejak tahun 2014.

Saya juga ada customer yang beli akaun emas sampai dapat 1kg emas fizikal.

Dia suka sebab berjaya genggam 1kg.

Ikut pengalaman saya, orang yang berjaya simpan banyak emas, biasanya dia simpan dengan matlamat.

Sebagai contoh, kalau nak simpan dana untuk pendidikan anak, rasanya bolehlah 1 gram sebulan dan simpan 17 tahun.

Namun kalau nak beli rumah dan tanah, biasanya 1gram sebulan nie tak cukup.

Anda kena simpan lebih.

Kenalpasti matlamat jangka panjang anda dan konsisten simpan.

Bila dah cukup nilainya maka anda boleh jual terus emas tu dan penuhi matlamat anda.

Sebagai contoh, saya pernah tukarkan hampir 80% duit saya ke dalam bentuk emas dan perak. Bertahun-tahun saya amalkan tukar duit jadi emas perak.

Namun bila ada peluang bina rumah secara tunai di Langkawi maka saya jual emas perak saya dan bina rumah. Itulah masa mencairkan emas tersebut.

Emas banyak membantu kehidupan saya 😁

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah keputusan cabutan bertuah kali pertama untuk kempen GAP auto debit.

Total cabutan bertuah adalah sebanyak 12 kali untuk anda. Jadi 11 kali lagi cabutan bertuah menunggu anda.

Hadiah utama setiap bulan adalah 10g (bernilai RM2700++) jongkong BungaMas manakala tempat kedua adalah jongkong emas 5g (bernilai RM1650)

Lepas tu ada banyak lagi hadiah ye 🥰😍

Bagaimana cara menyertai cabutan bertuah ini?

First sekali, anda hanya perlu menjadi customer Public Gold dan kedua adalah anda hanya perlu buat autodebit akaun GAP dengan nilai minima RM200.

Semakin tinggi nilai autodebit yang anda buat maka semakin tinggi peluang anda menang cabutan bertuah.

Untuk keterangan lanjut, sila klik link dibawah 👇

https://tinyurl.com/AutodebitGAP
https://tinyurl.com/AutodebitGAP

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas 1/9/2022

Well, semalam saya ada buat posting tentang sebab harga emas menurun.

Sekarang emas berada dalam fasa menurun (downtrend).

Semasa artikel ini ditulis, harga emas dah pun berada di bawah harga USD 1700 (to be exact harga sekarang USD 1692)

Harga support yang kuat buat masa ini adalah USD1680 (tengok gambar, saya tandakan B).

Maksudnya bila harga emas sampai harga usd 1680 maka ia akan melantun balik.

Namun sebab esok ada data NFP nak keluar (Jumaat 2/9/2022 jam 8.30 malam) maka pergerakan harga emas esok dijangka akan aktif (cuma kita tak tahu aktif keatas atau ke bawah)

Andaian saya:

Jika harga emas menurun di bawah usd1680 dan ditutup dibawah harga ini pada hari Sabtu nanti, maka ada kemungkinan harga emas boleh jatuh lagi minggu depan.

Kalau harga emas jatuh, maka support (harga lantai) berikutnya adalah usd1670 dan usd1660. Ini adalah level support yang kuat pada tahun 2020 (tengok gambar, saya tandakan X)

Esok saya akan buat ulasan lagi ye :)

Kredit : #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah Dinar Emas terbaru Public Gold iaitu suku Dinar (1/4 dinar).

Beratnya adalah 1.0625g dan ketulenannya adalah 999.9

Soalan.

Kenapa suku dinar dikeluarkan dan apakah maksud tersirat di sebaliknya?

Mai saya ceritakan….

Sewaktu Public Gold melancarkan akaun GAP bertahun lamanya dahulu,

Salah satu features dari hari pertama akaun GAP ini adalah pembelian emas anda akan dibundarkan kepada 4 titik perpuluhan.

Waktu tu, ada orang cakap, kenapa akaun GAP tak genapkan ajer dalam 1gram?

Kenapa sampai 4 titik perpuluhan? Mana ada emas fizikal 4 titik perpuluhan?

Namun waktu tu Dato’ Wira Louis Ng pernah membayangkan bahawa pembeli emas Public Gold boleh dapat emas fizikal dengan berat sehingga 4 titik perpuluhan.

Dengan hadirnya suku dinar ini, yang beratnya 1.0625 gram (4 titik perpuluhan) maka terbuktilah bahawa akaun GAP sehingga 4 titik perpuluhan adalah satu perkara yang praktikal.

Nanti anda boleh keluarkan suku dinar ini daripada akaun GAP anda ye 🥰

Design 1/4 Dinar ini adalah dalam plastik laminate dengan tema Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi, UAE.

Kenapa dalam plastik laminate + security seal?

Sebab visi Public Gold sekarang adalah menuju ke arah produk berkualiti LBMA.

Sekian cerita saya 🥰

Sumber gambar cantik ini: Kak Seha

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Berita hangat sekarang.

Ringgit semakin jatuh = kuasa beli pemegang RM semakin kecil.

Kemudian, Bank Negara Malaysia menaikkan OPR 0.25% = kos untuk anda meminjam makin meningkat.

Kos anda membayar pinjaman = akan jadi semakin tinggi.

Inflasi pula = semakin tinggi, 4.4%

Kita sedang masuk zaman yang mencabar gais 😅

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Kalau anda ada duit extra dan boleh melabur untuk 2-3 tahun maka saya recommend beli silver sekarang.

Sebab?

1. Harga silver sekarang sekitar 18.84 usd per Oz. ini adalah harga yang cantik. Atas sikit dari harga support yang kuat 18 usd.

2. Target jual balik adalah pada harga USD26 atau USD28.

Target untung 38% ke 48% (tak termasuk spread)

jangkamasa 2-3 tahun.

Tengok chart.

Cuma pastikan anda ada kemampuan holding power 2-3 tahun ye 💪

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Sempena harga emas tengah turun, maka customer saya sibuk membeli emas fizikal.

Hari ini ada 2 orang customer buat belian besar.

Sorang beli sekeping 250g dan dapat percuma 1gram bar Public Gold (dalam RM64,000++)

Sorang lagi beli 5 Dinar x 2 biji (dalam RM11,000++)

Kedua-dua mereka percaya kepada emas fizikal.

Yakni bila bayar maka mereka boleh dapat emas fisikalnya. Mereka akan pegang dan simpan sendiri.

Di Public Gold, anda boleh beli emas sekecil-kecil 0.5g sehinggalah 1kilogram.

Public Gold sangat menggalakkan pembelian emas fizikal. Sebab itu sini ada banyak pilihan.

Standby duit ajer dan beli dengan senyuman 😄

#NotaEmasSyukorHashim
🎉𝗦𝘆𝘂𝗸𝗼𝗿 𝗙𝗕 𝗟𝗶𝘃𝗲 𝗶𝘀 𝗰𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗰𝗸!🎉
Mahaguru Syukor akan mengadakan FB live dan offer special untuk bulan September 2022 pada 𝟐𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐, 𝟗:𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang EMAS (September 2022)
Tarikh: Khamis 29/9/2022
Masa: 9.00 malam
Lokasi: FB page Syukor Hashim & Jonaina Nordin (https://www.facebook.com/syukorjonaina)

Jemput ramai-ramai menonton FBlive Mahaguru Syukor dan kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk join sekali. FB Live ini adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀!!!

#publicgold #pggroup #pgfblive #emas #perak #gold # silver #gap #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada satu perkara menarik saya nak share.

Cuba tengok prestasi harga emas untuk setahun di dalam 2 matawang yang berbeza (tengok gambar)

Satu prestasi emas dalam RM dan satu lagi dalam US Dollar.

Di dalam USD, anda dapati harga emas setahun telah jatuh sebanyak 2.08%. Ini bermaksud pelabur dalam USD rugi 2.08% :(

Namun pelabur di Malaysia mendapati harga emas setahun telah naik sebanyak 7.75% yay! :)

Kenapa?

Sebab nilai duit RM turun berbanding matawang US.

Jadi, walaupun harga emas dunia jatuh, namun kelemahan RM menyebabkan pelabur emas di Malaysia masih untung.

Tips.

Jika anda nak melindungi nilai kejatuhan RM maka membeli emas adalah salah satu jawapannya :)

Sebab itu saya suka emas. Especially emas fizikal.

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis harga emas minggu ini.
Minggu ini harga emas naik. Ini adalah penjelasan daripada guru emas saya, Tn Syukor Hashim.

Minggu ini harga emas melonjak naik. Daripada harga sekitar 1620 usd, ia ditutup dalam 1771 usd /Oz.

Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga emas minggu ini?

1. Kegawatan dalam dunia kripto dimana kripto exchange ketiga terbesar dunia iaitu FTX telah mengistiharkan bankrap dan kerugian pelabur dijangka mencecah lebih 9.4 billion USD

Sebelum ini kripto dianggap sebagai simpanan dan pelaburan yang lebih menarik berbanding pelaburan tradisional seperti emas dan perak.

Namun kini situasi sangat berubah. Pelabur kripto kini berhadapan dengan situasi kejatuhan yang sangat teruk.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun Bitcoin dan Ethereum jatuh 73% (main crypto). Ini kejatuhan yang sangat teruk.

Kejatuhan pasaran kripto menyebabkan pelabur beralih kepada emas.

Gold jatuh juga tahun nie (dalam usd), namun hanya 6%. Kecil sahaja. Itu pun disebabkan kenaikan kadar faedah oleh us Federal Reserve.

2. Minggu ini juga, data inflasi yang lemah menyebabkan momentum kepada harga emas.

Ini kerana us federal reserve memberikan bayangan bahawa kenaikan kadar faedah di masa hadapan mungkin akan diperlahankan.

Jadi, pasaran saham dan emas perak menaik disebabkan situasi ini.

Untuk pengetahuan anda, saya takde sebarang kerugian dalam matawang kripto. Sebab saya tak melabur duit kesana.

Sebab apa?

Sebab saya nie orang yang percaya kepada aset fizikal. Yakni boleh nampak, dipegang dan disimpan. Itulah pilihan peribadi saya..

Emas adalah aset fizikal.
Hartanah adalah aset fizikal.
Sebab itu ia menjadi pilihan saya.

Kalau beli emas untuk untung cepat dan banyak, tapi fizikalnya tak nampak maka itu bukan pilihan saya.

Kenapa? Sebab risiko.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya nak share 4 strategi pelaburan emas untuk tahun ini.

Ada 4 langkah.

Langkah 1:
Buat keputusan. Keputusan apa?

Keputusan nekad untuk menggenggam emas dalam tangan tahun ini.

Sebagai contoh, tahun lepas, seorang customer saya telah membuat keputusan untuk memiliki gold bar 250g.

Hasrat beliau untuk memiliki emas 250gram nie sebenarnya dah ada beberapa tahun lepas.

Tapi tak menjadi.

Namun apabila beliau membuat keputusan nekad “Aku nak pegang 250g sekeping tahun 2022, maka beliau terus nekad untuk buat belian 250gram ini secara epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10bulan).

Beliau buat keputusan pada bulan 3. Jadi Epp10x beliau start bulan 3 dan Alhamdulillah, habis bayar pada bulan 12!

Beliau sangat gembira. Kalau beliau tak buat keputusan, mungkin 2022 pun beliau takde emas sebesar 250g.

Kenapa 250g?

Sebab dia nak rasa “kejayaan peribadi”

Namun untuk anda yang baru nak start, anda target ajer item yang kecil-kecil seperti 10g, 20g, 50g atau 5 dinar @ 10 dinar.

Namun kalau poket tak dalam maka target 1 dinar pun ok.

Buat keputusan sekarang. Tetapkan matlamat berapa gram kita ada dihujung tahun. Bila buat decision, baru nampak jalan untuk konsisten.

2. Langkah 2: Lafaz niat.
Terus lafaz niat “sahaja aku simpan emas ini untuk masa depan ku”

Rasulullah SAW pernah bersabda “Setiap perbuatan itu bermulanya dengan niat dan setiap orang itu mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan”

Jadi penting untuk anda melafazkan niat yang betul. Semoga ada keberkatan pada niat anda memiliki emas untuk masa depan.

3. Langkah 3:
Buat pelan tindakan!

Sebagai contoh, 2 cara memiliki emas di Public Gold yang sesuai untuk kebanyakan orang.

Pertama adalah buat belian secara Epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10 bulan, lepas habis bayar maka anda akan terima emas”. Ini lebih kepada force saving. Anda dah tahu harga dan bayaran setiap bulan.

Anda boleh buat simulasi jadual harga epp10x kat website Public Gold atau apps Public Gold.

Kedua adalah belian secara akaun GAP.

Yang ini sesuai untuk orang yang tak nak force saving. Bila ada duit barulah topup gram emas dalam akaun anda. Cuma bezanya adalah anda tak kunci harga emas, sebaliknya membayar harga semasa emas waktu anda topup gram emas tersebut.

4. Langkah 4.
Sekiranya ada rezeki lebih, tambah gram emas lagi!

Sebab pelaburan emas bergantung kepada berapa gram simpanan dalam tangan / akaun anda.

Semakin banyak gram emas anda, semakin tinggi potensi keuntungan anda.

Mana tahu anda dapat durian runtuh tahun nie, tukarkan sebahagian menjadi emas.

Tips tambahan: Jangan takut bayar zakat.

Sebab proses menjadi orang berharta nie memerlukan anda keluarkan sebahagian harta dan berikan kepada orang yang berhak.

Sebaliknya bergembiralah sekiranya anda menjadi pembayar zakat. Harta anda suci dan barakah.

Semoga emas anda beranak pinak tahun ini!

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
Tahun 2014, mak mertua saya saja suka-suka beli 10 dinar emas untuk simpanan.

Harga waktu tu adalah RM5712.

Sekarang harga dinar ini sudah mencecah RM10,290.

Bila mak tahu harganya dan naik banyak, mak terkejut.

Namun dia sedikit pun tak meluahkan hasrat nak menjual dinar ini.

“Mak nak simpan terus emas nie…” kata mak.

Gais.

Ini memang kategori penyimpan emas tegar ye 😅

By the way, mak mertua saya sekarang dah berumur 70 tahun ye. Semasa dia beli emas nie, umur dia dah 62 tahun.

Semoga anda yang berusia muda nie mendapat inspirasi daripada cerita ini.

1. Tidak ada istilah terlambat atau dah tua untuk bermula.

2. Emas nie beli dan simpan untuk long term, InsyaAllah anda akan untung.

#NotaEmasSyukorHashim
Apa cerita emas hari ini? 26/1/2023

Hari ini Hellogold syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui apps mereka Hellogold telah mengumumkan untuk menutup operasi mereka di Malaysia dan Thailand.

Untuk pengetahuan anda, Hellogold ditubuhkan pada tahun 2015 dan mereka menawarkan pelaburan emas melalui apps serendah RM1.

Saya sendiri pernah try guna Hellogold sebelum nie. Cuma saya dapati mereka lebih menekankan pelaburan emas melalui apps.

Dulu orang selalu tanya saya juga, apa beza Hellogold dengan Public Gold?

Jadi saya cakap “Public Gold lebih kepada belian emas fizikal.

Public Gold nak orang beli dan dapat emas fizikal dalam tangan.

Kalau orang simpan dalam akaun simpanan emas GAP Public Gold pun, Public Gold akan galakkan untuk mereka keluarkan emas fizikal dan pegang dalam tangan.

Sebab itu Public Gold ada sangat banyak pilihan emas fizikal dari sekecil-kecil 0.5g sehinggalah 1 kilogram.

Dealer Public Gold semuanya mengajar orang tentang beli dan pegang emas fizikal.

Itu falsafah Public Gold dari hari pertama sehingga sekarang.

You buy gold, you get physical gold.

You simpan dalam akaun GAP pun, kita galakkan keluarkan emas fizikal bila dah sampai target beratnya.

#NotaEmasSyukorHashim
Perkongsian dari Tn Syukor Hashim ,

Gais.

Bukan semua emas martabatnya sama.

Jom belajar daripada pengalaman customer saya nie.

Dia orang Melaka.

Dia beli emas jenama XYZ dari sorang agen emas di KL. Dalam 120 gram (6 ketul).

Beliau ingatkan semua emas 999.9 nie sama aja.

Namun bila beliau nak jual emas balik emas nie, maka mula lah timbul masalah.

Syarikat nie takde agen kat Melaka. Pastu takde branch kat Melaka.

Kalau nak jual maka dia kena travel pergi KL.

Ini proses yang renyah, buang masa dan menyusahkan beliau. Jadi beliau tak mahu menempuh susah payah tersebut.

Akhirnya dia contact saya. Ketika itu saya berada di Indonesia.

“En. syukor, Public Gold beli tak emas jenama lain?” Tanya beliau.

“Ya Public Gold memang beli emas jenama lain. Takde masalah untuk jual kat Public Gold balas saya”

Berapa harga Public Gold beli? Tanya beliau (soalan pada hari Khamis 16/3/2023).

Bila saya check dengan office Public Gold, harga beli balik masa tu adalah RM5180 untuk 20gram.

“Ok saya nak jual, saya tunggu En. Syukor balik dari Indonesia dahulu” balas beliau.

Namun, pada hari saya balik pada Sabtu, tiba-tiba Public Gold buat offer belian balik emas 999.9 pada harga 275 segram.

Jadi sekarang nie kalau dia jual, maka dia akan dapat RM5500 sekeping!

Saya terus call beliau dan bagitau offer belian balik pada harga RM275 segram. Beliau sangat teruja! Jadi saya minta beliau terus ke Public Gold Melaka untuk berurusan.

Beliau jual 120gram dgn nilai RM33,000 (tengok resit belian balik).

Alhamdulillah, beliau memanjatkan kesyukuran kerana Public Gold sanggup membeli emas jenama lain dengan harga tertinggi.

Pada waktu itu, beliau sedar bahawa bukan semua jenama emas nie sama standardnya.

Ada emas yang senang dibeli tapi susah dijual. Leceh! Macam kes beliau.

Emas Public Gold sangat senang dibeli dan dijual.

Ini kerana Public Gold mempunyai berpuluh ribu dealer aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore. Jadi anda anda ketenangan fikiran.

Kalau anda rasa semua emas yang sama, kisah ini boleh merubah persepsi anda.

Beli ajer jenama yang established macam Public Gold. Tenang fikiran 🤗

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari ini Public Gold telah berjaya mencapai 1 milestone terbaharu iaitu customer yang ke sejuta!

Tahniah kepada PG01000000
SHARIFAH NORIZAN BINTI WAN ZAIDI
KCB 🥰

dan

Introducer beliau:
PG00936009
SH AZNIE NORIZA BINTI WAN ZAWAWIE

Sebagai tanda penghargaan, Public Gold akan menghadiah setiap seorang dengan gold bar 10gram (pemegang akaun dan introducer)

Untuk semua dealer dan customer.

Terima kasih kerana mempercayai Public Gold 🙏

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Kadang-kadang tips pelaburan emas yang power nie, dia simple ajer.

Contohnya:

"Buy gold and wait, not wait to buy gold"

"Beli emas dan tunggu.. bukan tunggu bila lah nak beli"

Sebab:

Bila ada gram dalam simpanan, barulah kenaikan harga emas menguntungkan anda.

Bila asyik tengok ajer harga emas tapi takde gram dalam simpanan, maka untung = kosong

Kredit #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini adalah En. Abdul Shukor Anuar, seorang tokoh terkemuka dalam industri emas Malaysia.

Beliau adalah seorang certified assayer (penguji ketulenan logam berharga).

Semua produk emas dan perak keluaran Public Gold (yang local minted) mempunyai sijil ketulenan yang ditandatangani beliau.

Jika anda nak kenal rupa orang yang sign sijil ketulenan emas perak Public Gold, inilah orangnya 😄

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari Isnin, jam 6.00 pagi,adalah waktu pasaran emas dunia dibuka.

Kita dapat lihat harga emas emas naik USD16.60  sejurus selepas pasaran dibuka.

Kenaikan lebih kurang 0.9% 📈📈

Apa sebabnya?

Jawapan: Ini adalah kesan daripada serangan Hamas keatas Israel pada 6.30 pagi, hari Sabtu.

Sekurang-kurangnya 350 orang terkorban di Israel manakala 313 orang terkorban di Palestin akibat serangan balas daripada Israel.

Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengistiharkan perang ke atas Hamas.

Serangan sabtu lepas berlaku pada ulangtahun ke 50 perang Yom kippur 1973 di mana jiran-jiran negara Arab melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada 6 Oktober 1973.

Gais.

Kenaikan harga emas hari ini berpunca daripada ketegangan geopolitik antara Hamas dan juga Israel.

Jika krisis ini berlanjutan maka kita akan melihat harga emas akan naik lagi.

Namun melihat harga emas naik sebab perang nie bukanlah sesuatu yang menarik, sebab perang mengorbankan jiwa manusia yang tidak berdosa.

Marilah kita berdoa kepada saudara-saudara kita di Palestin.

9.Oktober.2023

Kredit #NotaEmasSyukorHashim