Nota Emas RieHan
69 subscribers
1.26K photos
170 videos
8 files
305 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
ADA EMAS & NAK PAKAI 'CASH' SEGERA

Semalam jumaat, ada nak pakai 'cash' dalam kadar segera, tak cukup lagi beberapa jumlah. Teringat, ada simpan emas, terus capai 'gold bar' 10 gram untuk dipajak.

Saya pilih Ar Rahnu POS sebab lebih selamat, tak masuk CCRIS dan kadar pinjaman juga lebih tinggi, 75% daripada harga emas yang kita pajak tu. Satu lagi, sebab dekat dengan rumah untuk berurusan. Upah simpan pun kira rendah.

Sampai saja kat Ar Rahnu, tunggu giliran, ada dua orang di kaunter, tengok keduanya nak pajak rantai emas. Lamak juga makan masa kaunter nak semak ketulenan dan berat emas. Tunggu je la.

Sambil kat tangan saya pegang 'gold bar' 10 gram, belek-belek dulu sebelum dipajakkan kat Ar Rahnu POS. Rasa sayang pulak, tak apa, boleh tebus balik.

Sampai saja giliran, staf Ar Rahnu POS tanya, "Ya, nak buat apa?".

"Saya nak pajak emas ni, kalau harini dapat berapa ya?", sambil hulurkan emas berat 10g. Dia ambil, pegang, semak sijil ketulenan, semak berat.

"Kalau harini, nilai di Ar Rahnu POS, RM2374.00 untuk 10gram, kadar pinjaman 75%, jadi encik akan dapat RM1780.00."

Saya tanya balik, "Upah simpan berapa ya?"

"Untuk 6 bulan, RM122.09 encik.", maksudnya, kalau saya nak tebus balik emas tersebut dalam masa 6 bulan, saya kena bayar semula pinjaman tambah dengan upah simpan tersebut. (RM1780.00 + RM122.09).

Tapi tak da lah niat nak tunggu sampai 6 bulan baru nak tebus, nak pakai sekejap saja ni. InsyaAllah, bulan depan atau 2 bulan lagi boleh tebus dah. Jadi saya hanya perlu pulangkan pinjaman RM1780.00 tersebut dan upah simpan selama 2 bulan sahaja.

Berapa upah simpan 1 bulan? RM122.09/6 akan dapat hanya RM20.35 sebulan. Jadi kalau saya tebus bulan depan, saya hanya perlu pulangkan RM1780.00 dan bayar upah simpan RM20.35 dan dapat balik 'gold bar' 10 gram saya punya. Mudah.

Inilah kelebihan emas, ada emas ada duit. Sebab tu orang dulu-dulu, nenek-nenek kita suka simpan emas, nilainya terjaga. Kita tidaklah kaya dengan simpan emas, tapi sifat emas ini kalis inflasi dan terjamin nilainya dalam jangka masa panjang. Sebab tu popular sangat orang sebut "1 dinar zaman Rasulullah boleh dapat kambing seekor, sekarang pun nilai 1 dinar boleh dapat kambing seekor.", betul lah tu.

Apa pun, untuk pajak emas di Ar Rahnu, pastikan ada perancangan nak bayar balik bila dan bagaimana untuk membayar semula. Jangan pajak buta tanpa ada perancangan, kalau tak ada perancangan, jual saja emas tu, dapat 'cash', tak perlu dah fikir untuk bayar semula.

Lebih kurang 10 minit, mula daripada saya bagi emas, semak, isi borang, tanya-tanya sikit, selesai urusan di POS Ar Rahnu. Faktor lain urusan cepat adalah saya bagi dia emas Public Gold, dia tak semak banyak dah, ada emas, ada sijil, jalan. Kelebihan kita berurusan emas dengan syarikat yang dah 'establish'. Alhamdulillah.
"Kalau dikira duit aku ni terbang kan Kal, dah sampai 7 angka, hilang tak tahu pergi mana"

"Wow, dah level jutawan tu"

Di episod ke-3, #MyPGpodcast, kita akan dengar pengalaman En Fendy @ Abang Long tentang pengalaman beliau yang sangat boros sebelum ini.

Kemudian bertemu dengan simpanan emas. Kisah dia bermula pun ibarat drama petang TV 3, tapi kisah benar.

Untuk info anda, Abang Long ini pernah potong dua emas Public Gold. Kenapa dia buat begitu, anda kena dengar sampai habis.

Inilah kisah inspirasi dan teladan untuk kita semua. Banyak pengalaman dan inspirasi yang boleh diambil panduan hidup.

Dengarkan ya gais.

https://anchor.fm/mypg/episodes/EP-3--Dewa-Boros--akhirnya-pulih-setelah-simpan-emas-e13sb1o
TABUNG PENYU EMAS

Dulu sebelum mengenali emas, saya ada Tabung Penyu. Duit Kertas RM20.

Saya pantang jumpa duit oren RM20. Saya akan simpan sebagai "duit selit" dalam wallet.

Saya sanggup pecah duit RM50 daripada korbankan duit penyu saya. Saya takkan belanja guna duit-duit penyu saya.

Setelah genap RM1000, saya akan masukkan duit penyu ke dalam ASB.

Malangnya, duit kertas tetap duit kertas. Bila duit penyu bergaul dengan kawan2nya dalam bank dan menjadi angka, saya mudah keluarkannya untuk dibelanjakan. Duit penyu saya hilang entah ke mana.

Selepas saya kenal emas, saya masih membela duit penyu. Tetapi strategi kali ini berubah sikit.

Apabila cukup target, saya tukarkan duit penyu kepada 1 dinar.

Alhamdulillah, 1 dinar setia bersama saya dari tahun ke tahun. Apabila saya perlukan wang segera, saya simpan 1 dinar saya ke dalam Ar-Rahnu.

Penyu saya bukan sebarang penyu, penyu saya penyu emas.

Ada Emas, Ada Wang. Ada Wang Tak Semestinya Ada Emas. Kan! πŸ˜‰
NAMPAK KECIK, IMPAKNYA BESAR

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar walaupun cuma menyimpan 1 gram 1 bulan.

Simpan untuk dilupakan. Lama aset bertambah, hati senang.

Saya sendiri bermula simpan emas dengan 1 gram pada tahun 2016.

Apa yang saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab :

1️⃣ Mereka memiliki emas yang banyak.

2️⃣ Duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor.

3️⃣ Harga purata emas dalam simpanan rendah.

4️⃣ Mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Nak mula menyimpan emas cara mudah, murah dan patuh syariah boleh wasap www.wasap.my/60195480765/NakMulaSimpanEmas
Forwarded from Bank Content JE24K
(Last Update 07-July-2021 06:55:21)
Harga Emas 13.7.2021 = RM263/gram (Gold Bar / Dinar ; 999.9).

Terendah 2021: RM240/g (9 Mar)
Tertinggi 2021: RM277/g (6 Jan)

Tertinggi Keseluruhan:
RM304/g (8 Aug 2020)

🍯 Nak mula simpan emas? Lekas klik sini:
πŸ‘‰πŸ» www.wasap.my/60195480765/sayanaksimpanemas

πŸ’Ž Nak dapatkan barang kemas 916 murah, cantik dan berkualiti? Lekas klik sini:
πŸ‘‰πŸ» https://t.me/bk916_viral?
Bila sekali dah pegang emas.
JagaΒ²...
Emas ni ada 'aura' yang tersendiri.

Siapa belum pernah pegang dan simpan, mungkin tak faham macam mana emas ni boleh sampai buat ketagih.

Tapi siapa dah simpan..
Dia tahu lah macam mana rasa.

LagiΒ² bila kita tengok goldbar atau dinar tu ada adik beradik πŸ˜‚

Contohnya:
Adik beradik bunga mas ada
5g (coming soon, belum lahir lagi)
10g
20g
50g
100g

Adik beradik Dinar
Β½Dinar
1 Dinar
5 Dinar
10 Dinar

Haa..gitu.❀️
πŸ…”πŸ…œπŸ…πŸ…’ πŸ…˜πŸ…πŸ…’πŸ…€πŸ…‘πŸ…πŸ…πŸ…’ πŸ…šπŸ…”πŸ…šπŸ…πŸ…¨πŸ…πŸ…πŸ…
Guru emas saya pernah beritahu, salah satu kelebihan emas adalah ia boleh menjadi insurans kekayaan.
Apa maksudnya?
Maksudnya, ia membolehkan anda kekal kaya walaupun dalam situasi extreme.
Sebagai contoh, jika anda simpan emas di rumah. Jika berlaku kebakaran... semua harta benda akan musnah kecuali emas. Walapun takat lebur emas adalah 1063 Celcius, namun emas yang lebur tidak hilang nilainya gais. Emas juga tidak boleh dimusnahkan. Jika tanam dalam tanah ia tidak reput, masuk laut pun ia tetap bertahan.
Nilai emas ada pada dirinya sendiri. Sebab itu jika anda beli emas kat mana-mana tempat sekali pun, anda tak perlu risau jika kedai tersebut gulung tikar. Emas anda tetap bernilai.
Ini berbeza dengan kekayaan dalam bentuk kertas. Ia hanya bernilai jika mempunyai sokongan daripada institusi yang mencipta kekayaan tersebut.
Contoh, Unit Trust bernilai selagi mana company unit trust tersebut wujud. Saham hanya bernilai selagi mana syarikat tersebut wujud. Wang kertas hanya bernilai selagi mana kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut wujud.
Dalam situasi extrem seperti peperangan, anda terpaksa tinggalkan kekayaan dalam bentuk rumah dan tanah. Tak boleh bawa lari.
Namun anda boleh bawa emas bersama-sama anda dan lari kemana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia pasti diterima oleh manusia lain sebagai benda bernilai.
Emas, jika di dalam bentuk barang kemas, ia adalah harta kekayaan yang boleh dipakai dibadan.
Sejak 6000 tahun manusia mengiktiraf emas ada nilai. Dulu, kini dan selamanya.Sekiranya anda tahu fakta ini. Saya pasti anda akan simpan emas dengan penuh ilmu. Orang yang simpan emas dengan ilmu, dia akan beli dan simpan dengan senyuman πŸ™‚
Nak mulakan simpanan emas xperlu jadi kaya..serendah RM 100 dah boleh bermula.. Nak tau details, jom tcerGold bantu πŸ‘‡
https://tinyurl.com/xd9wtnfn
πŸ””π™Žπ™ͺπ™—π™¨π™˜π™§π™žπ™—π™š 𝙀π™ͺ𝙧 π™π™šπ™‘π™šπ™œπ™§π™–π™’:
https://t.me/RiehanEmas
Follow Page:
https://www.facebook.com/RieHanPG00270746
PG Mall Klik:
https://bit.ly/3rIBHYA
RieHan
(PG00270746)
Public Gold Authorised Dealer
#PublicGold
#mypg
#rezekiemas
Kalau beli emas banyak-banyak nak simpan di mana?.
Kalau beli banyak, korang boleh cuba simpan di Safety Deposit Box. Sebagai contoh, kalau di kawasan Sunway/Petaling Jaya, korang boleh ambil emas di Public Gold Cawangan Petaling Jaya.
Dah ambil dan dah puas pegang, terus saja ke tingkat bawah untuk simpan emas di peti simpanan. Dari serendah RM280/tahun untuk sewaan peti simpanan. Bawa IC dan isi borang pendaftaran.
Dilindungi insurans percuma RM100,000 bagi setiap peti simpanan dan ada pilihan tambahan untuk naikkan insurans sehingga RM300,000. Korang boleh boleh simpan macam-macam kat sini. Haha!.
Selesai. Aset korang sudah selamat disimpan dan dilindungi insurans. Jadi, bolehlah tidur lena malam nanti.
Semuanya mudah.
Kenapa Emas Public Gold?

1. Public Gold ni dah 10 tahun, kejujuran dan ketelusan syarikat ini menyebabkan Kak Ina yakin untuk kongsikan dengan semua pembaca

2. Selama 10 tahun jugak tak ada orang yang beli emas dari public gold dan tak dapat emas, semua dapat emas masing-masing

3. Setakat hari ini hanya emas public gold yang lengkap dengan ciri-ciri emas yang baik dan optimum untuk disimpan

4. Satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang ada Sijil Patuh Shariah untuk semua jenis kaedah belian

5. Kredibiliti dan track rekod Public Gold yang baik dan telus menyebabkan syarikat gergasi Pos Malaysia sudi jadi rakan niaga.


6. Sistem online 24 jam dan mengikut turun naik pasaran emas dunia. Kedai emas online public gold tak ada buka tutup, on je sepanjang masa

7. Public gold tawarkan harga yg adil untuk semua, harga agen dan customer sama saja. Bezanya agen dapat komisyen 1-2% bukan sebab menjual emas tetapi sebab tolong rekeman orang lain untuk beli dan simpan emas Public Gold.

8. Modal permulaan yg sangat rendah, RM100 dah boleh mula simpan emas

9. Satu-satunya syarikat emas yang setiap minggu ada talk dan ILMU EMAS FREE melalui platform online

πŸ‘‰ https://t.me/RiehanEmas
" Kalau dikira duit aku ni terbang kan Kal, dah sampai 7 angka, hilang tak tahu pergi mana"

" Wow, dah level jutawan tu"

Di Episod ke 3, #MyPGpodcast, kita akan dengar pengalaman En Fendy@Abang Long tentang pengalaman beliau yang sangat boros sebelum ini.

Kemudian bertemu dengan simpanan emas. Kisah dia bermula pun ibarat drama petang TV 3, tapi kisah benar.

Untuk info anda, Abang Long ini pernah potong dua emas Public Gold.

Kenapa dia buat begitu, anda kena dengar sampai habis.

Inilah kisah inspirasi dan teladan untuk kita semua. Banyak ilmu baru yang saya dapat dari sesi borak ini.


Dengarkan ya gais.

https://anchor.fm/mypg/episodes/EP-3--Dewa-Boros--akhirnya-pulih-setelah-simpan-emas-e13sb1o

Anchor
EP 3 : Dewa Boros, akhirnya pulih setelah simpan emas by MyPG Podcast β€’ A podcast on Anchor
Di Episod 3, kita akan dengar pengalaman En Fendy @ Abang long tentang pengalaman beliau yang sangat boros sebelum ini. Da
"RieHan, saya dah dapat emas yang dipos tu. Terima Kasih!"

Kini, ramai yang dah dapat rasai sendiri pegang emas yang dikumpul dalam Akaun GAP dan Belian emas secara 6x bila selesai bayaran penuh.

Kawan-kawan boleh dapatkan emas dihantar terus ke rumah melalui kaedah pos (GIT) yang disediakan Public Gold. Boleh refer dengan introducer masing-masing untuk bantuan cara GIT ya.

Nak simpan emas boleh juga bermula serendah RM100, kumpul-kumpul dapat pegang emas fizikal macam dalam gambar.
HARI RAYA AIDILADHA

πŸŒ™ Saya dan Keluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha tahun 2021 / 1442 Hijrah buat seluruh umat Islam.

πŸŒ™ Semoga Allah SWT menerima ibadah korban kita tahun ini dan segala amal soleh yang kita laksanakan selama ini sebagai bekalan di akhirat kelak yang kekal abadi.

20 JULAI 2021 | 10 ZULHIJJAH 1442 H

Ikhlas Dari:
RieHan & Keluarga
Teknik Menyimpan Emas

Situasi harga emas murah sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memuratakan harga.

Inilah sebabnya kenapa penyimpan emas gembira bila harga murah dan bersorak bila harga naik!

macam mana yek nak kira purata harga?"

Dengar audio dan baca nota ini:
28/1: RM220
28/2: RM235
28/3: RM 237
28/4: RM257
28/5: RM256
28/6: RM264
28/7: RM292
28/8: RM285
28/9: RM272
28/10: RM279
28/11: RM261
28/12: RM269
===============
Total: RM3127.00
===============

Purata harga bagi setiap pembelian saya adalah sebanyak RM3127Γ·12= RM261/gram.

Lebih banyak info simpanan emas
πŸ””π™Žπ™ͺπ™—π™¨π™˜π™§π™žπ™—π™š 𝙀π™ͺ𝙧 π™π™šπ™‘π™šπ™œπ™§π™–π™’:
https://t.me/RiehanEmas
β€œKalau ada bajet 500 sebulan emas jenis apa yang sesuai untuk saya mulakan?”

Tanya seorang kawan.

Jika ada bajet begini setiap bulan, item paling sesuai adalah Goldbar 20 gram Bunga Mas. Dulu, harganya mencecah lebih 5000. Sekarang lebih kurang 4800+- sahaja.

Gunakan kaedah EPP 10 bulan. Anggaran 480 setiap bulan.

Haa. Walaupun harga emas turun naik pada tempoh tersebut, jangan bimbang sebab kaedah belian EPP ini harganya tidak berubah. Harganya, ikut kali pertama kali kita lock. Ada jadual pembayarannya.

Dalam tak sedar juga, kita dah berjaya simpan 480 setiap bulan. Baki RM20 lagi boleh masuk tabung duit kertas.

Bulan terakhir topup Akaun GAP RM200 dan collect item di branch atau minta branch pos.

Oo. Akaun GAP pun boleh ye?

Ye boleh. Buat mana-mana belian emas di Public Gold, automatik dapat percuma Akaun GAP juga.

Umpama beli 1 dapat 2. Emasnya dapat. Akaun GAP pun dapat.

Begitu.
☺️

http://wasap.my/60195480765/NakSimpanRM500Sebulan