Nota Emas RieHan
69 subscribers
1.26K photos
170 videos
8 files
305 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Komen
Harga GAP hari ini: RM258 per gram
Wajib beli ke emas ni setiap bulan?

Tak wajib pun. Harus je. 😆

Bergantung pada tujuan kita beli emas untuk apa.

Kalau memang nak beli emas setiap bulan sebagai simpanan jangka masa panjang, sangat-sangat digalakkan.

Tetapi kalau beli emas untuk dapatkan dividen tahunan, emas bukanlah platform pelaburan untuk anda sebab emas memang tidak berikan dividen.

Emas adalah capital gain. Iaitu kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Dan biasanya orang beli dan simpan emas ini untuk tempoh jangka masa panjang dalam 5-10 tahun.

Kalau beli emas hari ini dan nak jual esok, lebih baik main saham. Sebab saham kita siap boleh jual beli dalam hari yang sama.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Emas Public Gold adalah patuh syariah, tuan dan tidak perlu risau
Nak mula online shopping, login guna PG Code masing-masing. Bagi yang belum ada PG Code, lekas klik www.wasap.my/60195480765/pgmallshopper
Setiap Jumaat kebiasaannya ada weekly meeting berminat boleh join FB Live
PENGURUSAN KEWANGAN DARI MATA ENGINEER

Sebagai seorang jurutera, saya biasa buat ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan ‘Manual Guideline’. Tujuannya untuk mudahkan serta ringkaskan kerja mengikut 'standard' dan piawaian keselamatan.

Cara kerja seorang Engineer sangat ‘straight-forward’ dan mesti ikut prosedur. Setiap rutin yang dilakukan akan dapat hasil yang sama misalnya A + B = C.

Jika keputusan selain C, kami tahu ada sesuatu yang tidak kena sama ada di bahagian proses atau ada masalah peralatan berkaitan. Ia perlu diperiksa untuk buat ‘troubleshooting’.

Dalam kewangan juga sama. Jika faham langkah yang tersusun ikut objektif, faham aliran serta cara berfikir maka kita dapat keputusan yang dimahukan misalnya nak beli rumah atau capai bebas kewangan.

Tiga asas utama untuk capai kewangan yang sihat adalah:

(i) Kenali diri sendiri dengan analisa kedudukan kewangan semasa kita. Adakah sihat, okay atau tenat.

Caranya mudah, berapa peratus dari gaji kita dapat simpan setiap bulan. Penanda aras:
a. 20% dari gaji - sihat
b. 10% dari gaji - okay
c. Tiada lebihan gaji, malah negatif - tenat.

Ini merujuk kepada perbelanjaan. Perlu tahu mana keperluan dan juga kehendak. Senaraikan dan tanda yang mana boleh dijimatkan atau dihentikan. Sebagai contoh jenis kereta dibeli dan berapa RM dibelanja untuk tujuan itu.

(ii) Persediaan untuk beli rumah, yang kita perlu tahu dan sediakan adalah:
a. Had maksima boleh dibeli dengan gaji semasa.
b. Sediakan 15% dari harga rumah untuk bayaran deposit, peguam dan sebagainya.

Jumlah 15% kita boleh peroleh dari simpanan di langkah (i) dan juga pengeluaran akaun II KWSP.

(iii) Orang muda kena faham perangkap hutang, paling menakutkan pinjaman kereta. Untuk mula hidup, ikut saranan pakar kewangan dengan beli kenderaan yang harganya tidak lebih dari gaji tahunan.

Kalau gaji RM3,000 maka maksima harga kereta kita patut beli sekitar RM36,000 sahaja.

Kalau lebih dari itu maka ia beri kesan kepada:
- Langkah (i) simpanan mungkin jadi tenat.
- Langkah (ii), deposit rumah tak mampu dikumpul.
- Ia akan buka perangkap seterusnya masa kahwin dengan buat personal loan (pinjaman peribadi).

Apa yang saya kongsikan ini, untuk panduan kita bersama untuk capai tahap status kewangan yang sihat.

Insha Allah, pengurusan kewangan kita teratur daripada elemen dan akan ubah kehidupan jadi lebih baik:
- analisa kewangan peribadi
- matlamat kewangan
- pengurusan hutang
- belanjawan yang efisien

Kongsikan kepada pasangan anda, supaya punya matlamat dan kefahaman yang sama. Tahu tak, topik pengurusan kewangan menjadi teks khutbah di negara Brunei Darussalam.

Maksudnya, ia sangat penting!

Kredit : Hafizul Hakim
#TabungEkonomi

Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN.

Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.

Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini.

Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan kawan,

1. Jangan Tukar Kerja.


Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita.

Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.

2. Pakai Sahaja Kereta Lama.


Walaupun raya haji dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah 'membesar', cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada.

Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya.

Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.

3. Belajar Masak Sendiri

Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan. tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan.

Dapat?

4. Jangan Bina Hutang Dulu.

Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang.

Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. lebih baik bina cinta buat kerluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. itu lebih berharga

5. Berhenti Merungut.

Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita, dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kretif jadinya.

Berhenti, belajar cipta peluang. sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? dari membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan kawan.

6. Banyakkan Sedekah


Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal.

Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda ganda.

Nak ikut logik akal atau kembali beragama?

7. Belajar Ilmu Kewangan


Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar.

Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta.

Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga.

Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin.

Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. hah, ambik kau, kan dah kena.

8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik.


Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik.

Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.

9. Tangguh Beli Rumah Mewah


Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika

. Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa.

Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.

Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.

Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis di cipta waktu susah bukan waktu bahagia.

Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.

Kredit : Dr Azizul Azli
#TabungEkonomi

1. Hidup Dibawah Kemampuan Kita.

Jika kita layak belanja untuk diri RM1000, belajar belanja kurang dari itu agar kita masih ada simpanan kita. Jangan belanja RM1000 walaupun kita layak.

2. Sediakan Cepat Dana Kecemasan
Manfaatkan I-Citra, Moratorium untuk buat simpanan Dana Kecemasan secepat mungkin.

Pastikan ada Dana Kecemasan 6 bulan kedepan. Jangan habiskan peruntukan simpanan yang ada. Jika boleh ada Dana selama setahun lagi sangat membantu. Kemarau ini panjang kawan kawan

3. Selesaikan Hutang dan Jangan Bina Hutang Baru.

Selain buat simpanan, usahakan lebihan duit yang ada untuk cuba selesaikan hutang hutang kecil yang kita mampu. Jangan buat hutang baru kerana kita sedang guna wang yang belum kita dapat. Selesaikan hutang yang tinggi kadar faedahnya.

4. Jana Pendapatan Sampingan
Rancang hidup, cari jalan untuk jana peluang bagi cipta pendapatan baru.

5. Kembangkan Pelaburan Anda.

Belajar ilmu pelaburan, duit kita boleh dilaburkan dimana. Biar sedikit tetapi kekal terus berkembang, dari banyak tetapi berisiko tinggi untuk hilang. Tapi sekarang bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi!

6. Diversifikasi Aset Yang Ada.

Jangan hanya tertumpu pada satu jenis aset pelaburan sahaja, letak aset dibakul bakul berbeza. Agar jika terkesan tidak terus terjejas. Jika bijak dalam satu bakul kenapa perlu banyak bakul

7. Jaga Kebahagian keluarga Dan Keselamatan.

Ketika kemelesetan ekonomi, kadar penceraian menjadi tinggi akibat tekanan hidup, jaga keluarga baik baik. Kadar jenayah juga akan meningkat tinggi, maka jaga keselematan keluarga baik baik.

Selain berjaya kekalkan ekonomi rumahtangga, dapat kekal bahagia waktu susah lebih luar biasa.

8. Simpan Stok Makanan.

Makanan adalah keperluan paling penting, Kerajaan peruntuk dana paling besar buat makanan. Maka jaga makanan asas kita, berhenti mencuba makanan yang pelik pelik saat begini. Berhenti viralkan makanan pelik pelik.

Jagalah keluarga kita baik baik saat begini, beri sokongan emosi pada suami, pada isteri agar mereka stabil dari segi kewangan dan emosi. Saat begini orang mudah terasa hati dan sensetif.

Ekonomi kali ini bergantung dengan negera negara lain yang belum selesai wabak lagi.

Walau ekonomi kita dah baik, kita masih bergantung dengan keadaan ekonomi negara negara jiran kita.

Berdoalah agar wabak ini selesai dengan baik, agar kita boleh baiki ekonomi negara dan keluarga kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungSimpanan

BUAT APA DUIT MORATORIUM?

1. Buat simpanan Dana Kecemasan.

Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.

Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja.

Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Jika masih ada gaji, guna duit gaji . Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan.

Guna bila kecemasan sahaja!

Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit.

Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat.

Mengapa kad kredit?

Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya.

Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu.

Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan.

Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.

4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.

Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000.

Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada.

Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.

Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.

5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba.

Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.

Jika ini pelaburan pertama anda,

"saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah" .

Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya.

Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Kredit : Dr Azizul Azli