#TabungEkonomi
Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN.
Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.
Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini.
Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan kawan,
1. Jangan Tukar Kerja.
Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita.
Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.
2. Pakai Sahaja Kereta Lama.
Walaupun raya haji dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah 'membesar', cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada.
Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya.
Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.
3. Belajar Masak Sendiri
Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan. tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan.
Dapat?
4. Jangan Bina Hutang Dulu.
Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang.
Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. lebih baik bina cinta buat kerluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. itu lebih berharga
5. Berhenti Merungut.
Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita, dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kretif jadinya.
Berhenti, belajar cipta peluang. sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? dari membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan kawan.
6. Banyakkan Sedekah
Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal.
Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda ganda.
Nak ikut logik akal atau kembali beragama?
7. Belajar Ilmu Kewangan
Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar.
Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta.
Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga.
Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin.
Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. hah, ambik kau, kan dah kena.
8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik.
Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik.
Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.
9. Tangguh Beli Rumah Mewah
Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika
. Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa.
Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.
Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.
Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis di cipta waktu susah bukan waktu bahagia.
Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.
Kredit : Dr Azizul Azli

1. Hidup Dibawah Kemampuan Kita.
Jika kita layak belanja untuk diri RM1000, belajar belanja kurang dari itu agar kita masih ada simpanan kita. Jangan belanja RM1000 walaupun kita layak.
2. Sediakan Cepat Dana Kecemasan
Manfaatkan I-Citra, Moratorium untuk buat simpanan Dana Kecemasan secepat mungkin.
Pastikan ada Dana Kecemasan 6 bulan kedepan. Jangan habiskan peruntukan simpanan yang ada. Jika boleh ada Dana selama setahun lagi sangat membantu. Kemarau ini panjang kawan kawan
3. Selesaikan Hutang dan Jangan Bina Hutang Baru.
Selain buat simpanan, usahakan lebihan duit yang ada untuk cuba selesaikan hutang hutang kecil yang kita mampu. Jangan buat hutang baru kerana kita sedang guna wang yang belum kita dapat. Selesaikan hutang yang tinggi kadar faedahnya.
4. Jana Pendapatan Sampingan
Rancang hidup, cari jalan untuk jana peluang bagi cipta pendapatan baru.
5. Kembangkan Pelaburan Anda.
Belajar ilmu pelaburan, duit kita boleh dilaburkan dimana. Biar sedikit tetapi kekal terus berkembang, dari banyak tetapi berisiko tinggi untuk hilang. Tapi sekarang bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi!
6. Diversifikasi Aset Yang Ada.
Jangan hanya tertumpu pada satu jenis aset pelaburan sahaja, letak aset dibakul bakul berbeza. Agar jika terkesan tidak terus terjejas. Jika bijak dalam satu bakul kenapa perlu banyak bakul
7. Jaga Kebahagian keluarga Dan Keselamatan.
Ketika kemelesetan ekonomi, kadar penceraian menjadi tinggi akibat tekanan hidup, jaga keluarga baik baik. Kadar jenayah juga akan meningkat tinggi, maka jaga keselematan keluarga baik baik.
Selain berjaya kekalkan ekonomi rumahtangga, dapat kekal bahagia waktu susah lebih luar biasa.
8. Simpan Stok Makanan.
Makanan adalah keperluan paling penting, Kerajaan peruntuk dana paling besar buat makanan. Maka jaga makanan asas kita, berhenti mencuba makanan yang pelik pelik saat begini. Berhenti viralkan makanan pelik pelik.
Jagalah keluarga kita baik baik saat begini, beri sokongan emosi pada suami, pada isteri agar mereka stabil dari segi kewangan dan emosi. Saat begini orang mudah terasa hati dan sensetif.
Ekonomi kali ini bergantung dengan negera negara lain yang belum selesai wabak lagi.
Walau ekonomi kita dah baik, kita masih bergantung dengan keadaan ekonomi negara negara jiran kita.
Berdoalah agar wabak ini selesai dengan baik, agar kita boleh baiki ekonomi negara dan keluarga kita.
Azizul Azli Ahmad