Nota Emas RieHan
69 subscribers
1.26K photos
170 videos
8 files
305 links
Saya Mazuri PG00270746 Priority Dealer akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan atau ingin info lain2
boleh klik; https://linktr.ee/RieHan
Download Telegram
Salah satu sebab saya suka emas ialah ia aset fizikal yang mudah diurus.

Ia tak perlukan penyelenggaraan bulanan atau tahunan, tak perlukan geran pemilikan, tak perlu dimasukkan dalam pengistiharan harta, dan tiada bersangkut paut dengan sesiapa.

Kekayaan tu SOLID berada di tangan kita dan ia aset fizikal yang paling senang diwariskan bila berlaku kematian.
.
Ia juga lebih peace of mind sebab emas tak terjejas dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Pendek kata, kalau ekonomi dan politik negara tonggang terbalik sekalipun, simpanan emas kita tak akan jejas.
.
Yang kita hanya perlu fikir ialah aspek penyimpanannya sahaja.

Bila dah disimpan di tempat yang selamat, dah tak perlu risau apa-apa dah. Biarkan emas tu duduk diam-diam di situ sehinggalah kita memerlukannya.

Dah fahamkan antara kelebihan aset emas?

Bagi yang berminat simpan emas? Klik link ni http://www.wasap.my/60195480765/emas+RM100
Gais,

Memandangkan saya banyak berkongsi ilmu kewangan dan pengalaman peribadi, saya dapati ramai orang yang whatsapp saya untuk minta nasihat tentang kewangan.
Contohnya:

Ada orang whatsapp saya tanya "๐‘ท๐’‚๐’•๐’–๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’Š๐’‚ ๐’‹๐’–๐’‚๐’ ๐’†๐’Ž๐’‚๐’” ๐’”๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐’…๐’Š๐’‚, ๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’” ๐’•๐’– ๐’…๐’–๐’Š๐’• ๐’•๐’– ๐’…๐’Š๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’”๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‰๐’–๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Œ๐’†๐’“๐’†๐’•๐’‚ ๐‘น๐‘ด30 ๐’“๐’Š๐’ƒ๐’–?"

Soalan ini boleh jadi SENANG untuk dijawab dan boleh jadi SUSAH untuk dijawab.

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada satu perkara iaitu.
Apakah keutamaan/priority anda ketika ini?

Priority ini ibarat kiblat.
Ia akan menentukan tindakan paling sesuai, terbaik dan munasabah untuk anda ambil.

Sebagai contoh.

Jika anda sudah berkeluarga, berusia atas 30 tahun, ada hutang kereta namun belum memiliki rumah, maka seeloknya priority anda ialah memiliki rumah. Fokus untuk beli rumah dan bayar ajer hutang kereta macam biasa.
Jika anda sudah memiliki rumah dan priority anda ialah untuk bebas hutang, maka jual ajer emas tu dan langsaikan hutang kereta. Walaupun anda dah takde simpanan, namun anda dah bebas hutang. Itu priority anda bukan?
Namun kalau priority anda ialah nak bina dana pelaburan, maka anda bayar hutang kereta macam biasa, bayar hutang rumah macam biasa dan fokus untuk tambahkan gram emas anda.
Dengan kata lain tindakan anda bergantung kepada priority anda.
Sebab itulah, bila priority anda berubah, maka tindakan anda akan berubah. Priority anda banyak bergantung kepada situasi Contohnya bila anda mahu berumahtangga.

Sebab itu saya pernah jumpa orang yang menjual motor kesayangan dengan alasan nak berkahwin. Bila priority berubah, sayang motor pun kalah. Jual ajer.

Sekiranya anda tidak ada priority, maka anda akan susah buat keputusan. Anda sukar ambil tindakan. Anda rasa ragu-ragu.

Itulah masalah untuk orang yang tidak ada priority.

Saya sendiri dah melalui pengalaman priority berubah. Lepas baca banyak buku-buku kewangan, saya rasa rimas dengan hutang-hutang di sekeliling saya.

Jadi saya buat keputusan. "๐™‹๐™ง๐™ž๐™ค๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™ฎ ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ž๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™จ๐™š๐™ก๐™š๐™จ๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ" bisik hati kecil saya.

Lepas tu semua duit simpanan dan income bisnes saya gunakan untuk bayar semua hutang kad kredit, semua hutang personal loan, semua hutang ar-rahnu dan hutang sebuah rumah.
Saya rasa ia agak ekstrem, namun bila bayar hutang jadi priority, maka saya tak fikir benda lain. Otak cuma fikir nak selesaikan hutang ajer.

Jadi, sekiranya anda rasa ragu-ragu dengan perancangan kewangan anda, jawapannya senang sahaja:
๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐˜† ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ.

Insya Allah lepas tu anda senang buat keputusan.

#NotaMentorEmasKu
Harga GAP hari ni RM272 je..
SCAMMER ALERT

Sekarang ramai scammer yang berlakon sebagai dealer PG. Kononnya anda perlu masukkan sejumlah wang ke akaun tertentu untuk dapatkan bonus.

JANGAN TERPEDAYA

Sebarang urusan berkenaan duit dengan Public Gold, hanya akan masuk terus ke akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd (Maybank atau Public Bank).

Manakala urusan dengan saya akan melalui whatsapp sahaja: www.wasap.my/+60195480765 . Boleh save no ini siap-siap. TIADA melalui Telegram.

Mazuri@RieHan
Priority Dealer Public Gold
Bila sekali dah pegang emas.
Jagaยฒ...
Emas ni ada 'aura' yang tersendiri.

Siapa belum pernah pegang dan simpan, mungkin tak faham macam mana emas ni boleh sampai buat ketagih.

Tapi siapa dah simpan..
Dia tahu lah macam mana rasa.

Lagiยฒ bila kita tengok goldbar atau dinar tu ada adik beradik ๐Ÿ˜‚

Contohnya:
Adik beradik bunga mas ada
5g (coming soon, belum lahir lagi)
10g
20g
50g
100g

Adik beradik Dinar
ยฝDinar
1 Dinar
5 Dinar
10 Dinar

Haa..gitu.โค๏ธ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bunga Mas

Tengok video diatas, ambil aura. Cantik dimata, lebih cantik bila digenggaman.

Cerita zaman sejarah melayu dahulu, Bunga Mas merupakan pokok artifak setinggi 1.5meter dan berat 15kg logam emas dan perak. Pokok bunga mas ini dijadikan ufti (hadiah) tanda persahabatan kepada Raja Siam.

Cerita zaman sekarang, Bunga Mas jongkong emas keluaran Public Gold pula diinspirasi dari kisah sejarah. Jongkong emas Bunga Mas ini lambang kehebatan masyarat melayu dahulu.

Boleh dijadikan 'ufti' untuk diri sendiri sebagai reward diri kata orang kampung saya๐Ÿ˜‚

Bajet EPP10 +- (RM253 X 10bulan)
Tak perlu risau harga naik, sebab dah lock harga sekarang untuk bayar 10x

http://wasap.my/60195480765/10DinarEPP10
Saya senaraikan 7 contoh dan sebab kenapa seseorang itu belum mulakan simpanan emas.

#Pertama
Kita beranggapan untuk mulakan simpanan emas perlukan modal yang besar sedangkan kita boleh mula dengan modal yang kecil serendah RM100 sahaja.

#Kedua
Pemikiran kita sering diracuni tentang mahalnya emas. Jika kita pandang dari sudut yang berbeza, bukankah bagus jika kita simpan โ€˜bendaโ€™ yang mahal?

#Ketiga
Kita kurang kesedaran untuk menyimpan emas walaupun kita tahu โ€˜Nilaiโ€™ emas meningkat untuk tempoh masa yang panjang.

#Keempat
Bertangguh adalah โ€˜makananโ€™ kita. Harga emas turun kita bertangguh. Harga emas naik pun kita masih bertangguh. Akhirnya kita bertangguh sampai bila-bila.

#Kelima
Kita fikir untuk tempoh jangkamasa pendek sahaja. Sebab itu harga emas naik resah. Harga emas turun gelisah. Jika kita pandang tempoh masa panjang, kita akan sedar nilai emas cukup berbaloi untuk simpan.

#Keenam
Mental dan pemikiran telah โ€˜Blockโ€™ kerana fokus kita kepada keuntungan RM Bukan fokus kepada GRAM. Fokus kepada RM akan buatkan kita berhenti menyimpan emas apabila Harga emas naik. Harga emas turun pun kita berhenti.

#Ketujuh
Persoalan tentang faktor persekitaran. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wanginya. Jika kita bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita. Jadi jika berkawan dengan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap simpanan emas, kita juga akan terkena aura menyimpan emas.
.

Kawan-kawan,
Ada orang ada duit tetapi bertangguh.
Ada orang ada duit tetapi belum bersedia.
Ada orang ada duit tetapi tidak mahu bermula.
Ada orang ada duit tetapi tidak tahu untuk mula.

Jadi duit bukan persoalannya kerana persoalan yang lebih penting ialah #Mahu atau #TidakMahu

Dapat sesuatu?? ๐Ÿ˜Š
Melihat & Berkongsi
#FairuzAziz
Master Dealer Public Gold
โ€œSaya dah lama minat emas tapi nantilah saya mulaโ€

Jujurnya apabila saya dengar perkataan tapi ini, saya teringat satu kisah penyesalan seorang pelanggan saya. Berkali-kali beliau nyatakan tentang sikap menyesal beliau kerana bertangguh.
.

Ini kisahnya ๐Ÿ˜Š

Seorang pelanggan saya mengambil masa lima (5) tahun untuk mulakan 1gram simpanan emas.

Saya ulang,
5 tahun.
5 tahun.
5 tahun.

Sebenarnya bukan soal berat 1gram yang beliau mula tetapi soal masa yang terlalu lama untuk bermula. Itulah contoh kerugian yang saya cuba kongsikan.
.

Kita cakap mahu mengkaji tetapi sebenarnya kita โ€˜menciptaโ€™ alasan untuk kita bertangguh dengan harapan kita mencari masa yang sesuai untuk bermula.

Masa yang kononnya sesuai itu tidak pernah kunjung tiba.

Mula-mula bertangguh membawa kepada sehari.

Kemudian bertangguh membawa kepada seminggu.

Seterunya bertangguh membawa kepada sebulan.

Akhirnya bertangguh membawa kepada setahun.

Maka bertangguh bersambung bertahun-tahun.
.

Kawan-kawan,

Simpan 1gram 1bulan = 12 gram setahun.
Simpan 1gram 1bulan = 24 gram 2 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 36 gram 3 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 48 gram 4 tahun.
Simpan 1gram 1bulan = 60 gram 5 tahun.

Ini hanyalah teori.

Pengalaman saya melihat kuasa menyimpan emas walaupun sekecil 1gram emas ini sangat luar biasa.

Ada orang berjaya capai target 10gram dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 20gram dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 50gram dalam tempoh 9 bulan sahaja.

Ada orang berjaya capai target 100gram dalam tempoh 15 bulan sahaja.
.

Kenapa?

Bila simpan 1gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding simpan duit RM270 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 5gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM1,350 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 10gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM2,700 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 20gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM5,400 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 50gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM13,500 walaupun sama nilainya.

Bila simpan 100gram emas kita waras untuk pertahankan berbanding duit RM27,000 walaupun sama nilainya.
.

Kenapa juga?

Sifat emas, lebih banyak kita kumpul lebih banyak kita mahu tambah dan pertahankan emas.

Sifat duit pula, lebih banyak kita kumpul lebih banyak kita mahu guna dan habiskan duit.
.

Siapa yang dah mulakan walaupun sekecil 1gram, pasti akan faham bagaimana aura emas.

Lagi simpan lagi ketagih.
Lagi ketagih, lagi bertambah.
Lagi bertambah, lagi banyak.
Lagi banyak, lagi seronok.
Lagi seronok, lagi bahagia.

Itulah โ€˜Kuasaโ€™ konsisten simpan emas walaupun sekecil 1gram.
.

Dah mula? ๐Ÿ˜˜
Bagus.
Teruskan konsisten.

Belum mula? ๐Ÿฅบ
Hmmmm Jangan bertangguh!
Mula sekarang!

Melihat & Berkongsi,
Harga Emas 14.6.2021 = RM272/gram (Gold Bar / Dinar ; 999.9).

Terendah 2021: RM240/g (9 Mar)
Tertinggi 2021: RM277/g (6 Jan)

Tertinggi Keseluruhan:
RM304/g (8 Aug 2020)

๐Ÿฏ Nak mula simpan emas? Lekas klik sini:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป www.wasap.my/60195480765/sayanaksimpanemas

๐Ÿ’Ž Nak dapatkan barang kemas 916 murah, cantik dan berkualiti? Lekas klik sini:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป ๐™Š๐™›๐™›๐™ž๐™˜๐™ž๐™–๐™ก ๐™Ž๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™š:
https://pgmall.my/PG-Jewel
Rahsia mak simpan duit. Bukan kuantiti tapi tabiat!
=====================================

Mak, masa muda-muda dulu macammana mak simpan duit?โ€™ Tanya saya.

โ€˜Dulu masa mula-mula kahwin, mak cakap gaji abah sebagai cikgu ratus-ratus aja kan?โ€™ tanya saya lagi.

โ€˜Haah. Dulu mak dengan abah bukan hidup senang lenang. Gaji abah ratus-ratus ajaโ€™

โ€˜Abah akan bagi duit belanja dapur kat mak. Mak akan buat budgetโ€™

โ€˜Mak akan buat budget kurang sket daripada duit yang abah kasik. Supaya boleh tarik sedikit duit untuk simpanโ€™ cakap mak

โ€˜Kalau budget ketat sekali pun, mak akan cuba tarik walau pun RM10 untuk mak simpanโ€™ Mak membuka cerita.

โ€˜Budget kurang ke, tak cukup ke, carilah usaha untuk tarik RM10 dan simpan. Kalau boleh tarik lebih, lagi bagusโ€™

โ€˜Yang penting, tabiat menyimpan kena ada. Ia bukan pasal berapa RM yang kita boleh simpan, tapi sejauh mana kita boleh konsisten menyimpan walau pun budget tengah ketatโ€™

โ€˜Jangan sesekali menyerah pada keadaan. Kalau duit takde, tak nak simpan. Cuba simpan juga RM10โ€™

โ€˜Bila dah ada tabiat menyimpan, InsyaAllah bila ekonomi dah semakin baik maka nilai simpanan bolehlah dinaikkanโ€™

โ€˜Yang penting adalah membina tabiatโ€™ cakap mak lagi.

โ€˜Jangan tunggu duit banyak baru nak simpan. Kalau budget ketat, simpan sikit. Kalau budget besar, simpan banyakโ€™

Tuan puan sekalian, tabiat konsisten simpan duit lebih penting dari nilai duit tersebut.

Jika anda rasa menyimpan itu susah, sebenarnya ia bukan susah. Ia belum jadi tabiat anda sahaja.

Once dah jadi tabiat, segalanya jadi mudah ๐Ÿ˜

Itulah rahsia mak kumpul duit, beli emas, beli tanah, beli 2 rumah walaupun hanya suri rumah dan takde langsung slip gaji.

Saya mengangguk โ€˜Oh! Faham-faham mak. Nie nak kena cerita kat kengkawan nie. Semoga nasihat mak nie boleh lekat kat hati diorang. Dapat pahala kat mak ๐Ÿ˜โ€™, bisik saya.

Ok. Dah pos. Semoga bermanfaat.

Boleh dikongsi tanpa izin. Halal 100%

#TabiatLebihPenting
#PesananMak
Live stream started