Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
Jangan buang masa dengan turun naik harga emas.

Pengalaman 13 tahun saya dengan emas menunjukkan mereka yang sibuk dengan turun naik harga emas tak ke mana-mana.

Tak kaya-kaya.

Mereka sibuk dengan turun naik harga emas dalam jangka pendek. Kalau berbeza pun tak seberapa.

Harga naik pun tak kaya. Kalau harga jatuh pun tak miskin.

Tapi sebab sibuk dengan harga, tabungan emas mereka tak bertambah-tambah. Mereka takut rugi dengan turun naik harga emas, tapi mereka tak sedar duit mereka bocor sebab tak cepat-cepat ditukarkan kepada emas.

Akhir sekali yang kaya dengan emas ialah mereka yang konsisten menabung emas. Harga tinggi mereka menabung, harga rendah mereka menabung lebih banyak!

Akhir sekali mereka inilah yang semakin kaya. Mereka yang tak peduli tentang harga sebab mereka tahu, harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Kalau harga nasi lemak Makcik Bedah pun confirm akan naik. Inikan pula emas, rumah, tanah dan aset-aset fizikal yang lain.

#TipKayaDenganEmas
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Lepas 13 tahun bimbing penyimpan emas (sudah lebih 400,000 penyimpan emas bersama saya dan team), ini pemerhatian saya kenapa saya katakan tak akan rugi;

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas…

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaAllah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaAllah…

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
JANGAN PEDULI HARGA EMAS,
SIMPAN SAMPAI 1 KILO DULU

Bila nak menabung emas fizikal, jangan peduli pasal harga tinggi rendah. Saya konsisten menabung emas sejak 2010 lagi. Saya cuma beli, beli dan beli saja.

Sejak dulu lagi, setiap tahun pun orang cakap harga emas sekarang mahal. Tapi lepas beberapa tahun, orang masih cakap perkara sama. Harga emas mahal berbanding tahun sebelumnya.

Kalau tunggu harga rendah, alamat sampai ke sudah kita tak menabung emas.

Mereka yang tahu pasal emas, harga tinggi dia beli, harga rendah dia beli lebih banyak!

Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?

Sebenarnya siapa dah pernah beli emas sebelum ni (dengan ilmu), dia mesti sangat peka tentang harga. Sebab dia dah ada benchmark tersendiri.

Dia faham; harga rendah tahun ni tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Dia sangat realistik tentang harga.

Mereka yang belum faham (pasal emas), dia sibuk sangat dengan harga tinggi rendah. Dia takut terbeli harga mahal…

Sebenarnya bukan sahaja takut harga mahal, harga turun pun dia takut. Harga naik takut, harga turun lagi dia takut!

Dia sentiasa dalam ketakutan...

Akhir sekali, emas tak ada, duit simpanan pun habis!

Dia fikir emas ini sama macam saham (atau aset kertas lain) - yang cuma ada nombor dan kertas sahaja.

Padahal emas sangat berbeza. Emas ni aset fizikal. Nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Selagi emas itu ada di tangan kita, selagi tu kita tak akan rugi (bahkan kekal kaya).

Belum pernah ada dalam sejarah mereka yang jatuh lingkup sebab simpan berkeping-keping emas. Belum pernah.

Tapi banyak berlaku dalam sejarah, orang simpan duit kertas yang banyak, tapi jatuh lingkup walaupun (duit) kertas itu masih di tangan dia…

Jadi jangan peduli harga emas. Apa yang lebih penting, letak target simpan #1keluarga1kilogramEmas dulu. Menabunglah secara KONSISTEN. Itu yang lebih penting.

Bila ada emas, maksudnya kita ada duit. Bila ada emas yang banyak, confirmlah kita lebih kaya. InsyaAllah.

Sebaliknya mereka yang bimbang sangat dengan harga, akhir sekali tak ke mana-mana juga. Emas dia takut nak beli, duit simpanan pun habis juga!

Itulah apa yang saya perhatikan sejak mendidik masyarakat menabung emas dari tahun 2010.

Sekarang, tak perlu modal besar untuk beli emas. Kita boleh menabung emas dengan bajet RM100 sahaja melalui #AkaunEmasGAP Public Gold.

Nak ada gold bar 100 gram (nilai sekarang lebih RM30k), tak perlu tunggu ada duit RM30k baru boleh beli. Tapi boleh start menabung sikit-sikit. Bila cukup gram, keluarkan kepingan-kepingan emas ikut pilihan kita.

Sekarang bukan lagi waktunya hanya orang banyak duit sahaja boleh beli emas.

Dengan #PublicGold, now everyone can buy gold!

#TipKayaDenganEmas
Walaupun harga gold bar 50 gram ni sekarang sekitar RM16,300, dengan #AkaunEmasGAP Public Gold, kita tak perlu tunggu ada duit sebanyak itu untuk dapatkan gold bar ni.

Sebab selalunya kalau tunggu duit cukup dulu, duit tu tak pernah cukup. Simpan, simpan, tapi asyik bocor sahaja.

Kita boleh menabung dengan bajet serendah RM100 sahaja melalui Akaun Emas GAP. Setiap kali ada RM100, terus top-up gram emas. Tak perlu tangguh-tangguh.

Sekarang RM100 dapatlah sekitar 0.3xxx gram.

Siapa nak dapatkan gold bar ni tapi belum cukup bajet, saya sarankan, mulakan dulu tabungan pertama melalui Akaun Emas GAP. Lepas tu buat GAP Auto-debit supaya kita auto-menabung setiap bulan (secara konsisten).

Boleh set untuk tolak terus duit dari akaun bank serendah RM100 atau lebih (e.g. RM500, RM1000 setiap bulan).

Bila cukup gram, set appointment untuk ambil emas ni di mana-mana branch Public Gold terdekat seluruh Malaysia pada bila-bila masa.

Akaun Emas GAP kaedah menabung yang paling mudah, murah dan semestinya patuh syariah.

#TipKayaDenganEmas
π“π„π‘π”πŠ ! π‘π€πŒπ€πˆ π“π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔 πƒπ„π“πˆπŠ π‚π„πŒπ€π’ πŸ‘ π‡π€π‘πˆ 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ....

Rasa nak luruh jantung bila technical glitch Google ni tersebar. Ringgit RM6.24 untuk USD1, jatuh 30% dalam satu malam!

Kalaulah ianya benar-benar berlaku, ia malapetaka besar pada kekayaan kita seluruh rakyat Malaysia. Kekayaan kita hilang 30% dalam satu malam (kecuali yang sudah ditukarkan kepada emas)!

Siapa yang ada hutang luar negara, peniaga-peniaga yang import barang luar negara, dia kena bayar 30% lebih mahal hanya dalam satu malam!

Pastinya huru-hara akan berlaku dalam negara. Banyak syarikat mungkin akan bungkus. Rakyat akan hilang pekerjaan. Masalah sosial akan meningkat secara mendadak...

Syukurlah ialah cuma technical glitch (itu pada pembacaan saya).

Apa-apa pun, kita kena bersedia.

Lepas saya tengok ringgit jatuh 30% pada tahun 2015, saya tak lagi yakin letakkan duit simpanan jangka panjang dalam ASB atau Tabung Haji.

Bila berlaku kejatuhan ringgit, kekayaan kita terjejas teruk walaupun bukan salah kita.

Itulah sebab kenapa Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali sarankan sekurang-kurangny 10% - 15% kekayaan kita patut ditukarkan kepada emas.

Kalau berlaku kegawatan, simpanan emas kita tetap bertahan. Ringgit jatuh mendadak, harga emas naik mendadak juga.

Dan berita buruknya, kalau kegawatan benar-benar terjadi, ia datang tanpa amaran!

#TipKayaDenganEmas
RM340 segram !
Lagi rekod baru, harga emas tertinggi dalam sejarah!

Ringgit jatuh, harga emas naik.
Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun, harga emas Malaysia naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Itulah sebab mereka yang simpan emas tak resah sangat bila ringgit jatuh. Sebab mereka dah protect kekayaan mereka dengan emas. #TipKayaDenganEmas

Jom simpan emas sekarang!

Link pendaftaran akaun percuma:
publicgold.me/ninahannan
Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga. Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

#TipKayaDenganEmas
Siapa nak bekukan duit dalam RM94,700 untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni. Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun. Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% - 6%).

Bahkan masa dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi. Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

#TipKayaDenganEmas

Kredit Penulisan: Tuan Mohd Zulkifli
Aura emas pada fizikalnya. Tak sama kesan menabung emas kalau sekadar dalam akaun berbanding emas fizikal di tangan.

Emas tu logam cantik.

Bila ada emas di tangan, kita rasa nak tambah tabungan lagi dan lagi.

Bila nak pakai duit, kita prefer pajak dan tebus balik bila ada duit. Kita rasa sayang nak jual, kecuali untuk perkara yang mustahak atau menguntungkan.

Bila menabung emas, yang paling baik emas yang ada di tangan sendiri. Bukan sekadar nampak nombor dalam akaun.

#TipKayaDenganEmas
Pesanan dari mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie bila menabung emas fizikal, tak perlu bimbang tentang harga. Yang penting kena pastikan kepingan-kepingan emas kita sentiasa bertambah.

Asalkan menabung untuk jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, harga emas hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang.

Nanti lepas beberapa tahun, setiap kita pasti akan menyesal kenapa tak beli emas lebih banyak hari ni. Yang dah lama menabung emas pasti ada pengalaman ni.

#TipKayaDenganEmas
Tahun 2015 dulu, emas 100 gram cuma RM15,000.

Hari ni 100 gram emas dah cecah RM42,000.

Kenaikan 180% dalam 9 tahun.

Itulah sebab saya selalu cakap, beli emas tak perlu risau pasal harga. Yang penting berapa banyak gram dah yang kita ada.

Asal itu duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Tak perlu risau pasal inflasi, kemerosotan ringgit atau ketidakstabilan ekonomi dan politik (yang menjejaskan nilai kekayaan kita).

#TipKayaDenganEmas

Kredit Su