Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
Emas bukanlah permulaan dan pengakhiran. Dan emas bukanlah segala-galanya. Tapi emas adalah alat kewangan yang sangat penting sebagai PERMULAAN ke arah mencapai Financial Freedom! #BukuWangEmas
TIPS #3
Barang Kemas Tiada Batu Permata

Barang kemas yang ada batu permata ni nilainya sangat rendah bila kita nak jual balik. Bukan tu je, emas tu tidak diterima untuk pajak gadai di sesetengah Ar-Rahnu.

Emas berketulenan 916 jarang yang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata tu. Kalau ada juga, sila hati-hati. Mungkin tu bukan 916. Selalunya bahagian yang pegang batu permata itu digunakan emas yang berketulenan rendah seperti 750 tetapi dijual pada harga 916.

Memang banyak dah kes macam ni. Jangan kata saya tak pesan awal-awal. 😌

#BukuWangEmas
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
SEJARAH WANG FIAT

Asal usul wang kertas lebih 300 tahun lalu ialah resit simpanan emas yang mana Yahudi memiliki stor (bank) simpan emas.

Sesiapa yang simpan emas mereka keluarkan resit (sekarang wang kertas) boleh digunakan dipasar dan ditebus kembali emas dengan resit tersebut.

Tetapi sekarang tidak berlaku, yang tinggal hanya kertas semata-mata.

Mengikut perjanjian Bretton Wood 1944, US Dollar tidak boleh dicetak tanpa disandar pada emas. Tetapi bermula 15 Ogos 1971, Amerika sendiri yang telah melanggar perjanjian Bretton Woods 1944 dengan memutuskan hubungan antara duit Dollar dan emas!

Mereka telah menipu dunia dan sekarang merekalah yang menyimpan banyak emas.

Jom asingkan sedikit wang yang ada kepada emas. Pakar kewangan menyarankan 10-30% daripada simpanan ditukar ke dalam bentuk emas.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat pada kemudian hari..

#BukuWangEmas
Wang Kertas Hilang Nilai

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi...

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas itu masih di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

#BukuWangEmas

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus

Credit : Mohd Zulkifli Shafie
πŠπ„π”ππ“π”ππ†π€π π„πŒπ€π’ π‡π€πŒππˆπ‘ πŸ–πŸŽ% π”ππ“π”πŠ πŸ• 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍! 𝐈𝐍𝐈 π˜π€ππ† 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 π…π€π‡π€πŒ...

β€œAda orang kata bulan depan harga emas akan turun. Perlu beli sekarang atau tunggu dulu?”

Jawab saya, β€œSaya tak kisah orang nak predict harga emas naik atau turun. Pengalaman lebih 10 tahun melihat harga emas, formula terbaik ialah beli sahaja bila ada duit”.

Asalkan duit yang kita beli itu untuk tujuan simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun, insyaAllah kita tak akan rugi.

Bahkan selalunya tindakan β€œbeli sekarang” itu adalah tindakan yang lebih baik berbanding percaya kepada ramalan harga.

Satu perkara yang kita kena tahu tentang ramalan harga; tidak ada ramalan yang tepat.

Pakar analisis teknikal harga emas pun tak boleh confirm ramalan mereka tepat ataupun tidak. Bahkan yang paling banyak ialah ramalan yang tersasar!

Apatah lagi yang meramal harga emas itu adalah bukan dari kalangan penyimpan emas fizikal! Mereka fikir melabur dalam emas ni macam main saham…

Owh… Sangat jauh bezanya…

Simpanan emas fizikal ni formulanya mudah;

1. Beli emas dapat emas,

2. Beli dengan duit simpanan sekurang-kurangnya untuk 2 tahun dan ke atas.

3. Dan dalam masa sama, kena baca buku. Paling tidak baca #BukuWangEmas. Itu cara paling mudah faham tentang simpanan emas.

Buat 3 perkara ni, confirm akan untung, insyaAllah. Tak perlu sibuk nak buat ramalan harga.

Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang.

Harga karipap Makcik Bedah pun confirm naik dalam jangka panjang, inikan pula emas!

Jadi buat apa yang pening pasal harga?

Ini contoh harga emas pada tahun 2014.

Gold bar 250 gram harganya RM33,651 sekeping. Harganya cuma RM134/gram (RM33,651 / 250gram)!

Kalau penyimpan emas ini jual pada hari ini, dia dapat jual pada harga RM240/gram dan menikmati keuntungan sebanyak RM105 per gram.

Kadar keuntungannya ialah 78% untuk tempoh 7 tahun!

Bukankah keuntungannya jauh lebih baik dari simpanan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

Dan berita lagi baik.

Sekarang harga emas hanyalah sekitar RM260/gram. Harga tertinggi sebelum ini pernah cecah RM300/gram.

Perangai harga emas ni, bila dia cecah harga tertinggi, dia akan turun dulu sebelum cecah harga yang lebih tinggi berbanding rekod sebelum ni.

Pada saya, harga emas sekarang sangat murah. Beli sekarang!

#TipSimpananEmas
#TipPelaburanEmas

πŸ“ Sumber
EMAS SENTIASA MAHAL. BILA WAKTU TERBAIK UNTUK BELI?

Waktu saya pertama kali beli emas tahun 2010 dulu, orang cakap "harga emas mahal sekarang".

Waktu tu sekitar RM140 per gram.

Hari ni tahun 2021 orang cakap harga emas mahal sekarang, sekitar RM260 per gram.

Kalau nak tunggu harga emas murah, memang tak akan beli sampai bila-bila sebab emas sentiasa akan mahal.

Bahkan kalau tanya nenek kita sekalipun, dulu emas pun mahal juga, RM30 per gram katanya.

Kesimpulannya, emas memang mahal sebab ia emas. Dan ia akan sentiasa mahal sampai bila-bila.

Kalau nak beli emas untuk simpanan, dapatkan sekali ilmunya. Baca #BukuWangEmas.

Orang yang ada ILMU, dia tak akan takut untuk beli emas pada bila-bila masa sekalipun. Dia tahu apa yang dia buat.

Beli emas dengan berilmu. Bukan sebab ikut-ikutan.

Kredit: Mohd Zulkifli Shafie
π„πŒπ€π’ 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ πŠπ„π–π€ππ†π€π

Benteng terakhir...

Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR...

#BukuWangEmas
#ManfaatSimpanEmas

Kredit: Zulkifli Shafie
Sempena hari ni gaji bagi pegawai kerajaan, saya nak kongsikan ilmu dari mentor kewangan saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie :

Bila terima gaji, itu hari paling menggembirakan bagi yang makan gaji.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama,, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...

#BukuWangEmas #BukuZeroHutang
BIARKAN DALAM KWSP ATAU BELI EMAS?

β€œKalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat β€œWow” bagi siapa yang tak faham tentang β€œtime value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, β€œsavers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

β€œTapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, β€œada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan 'masalah' majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

β€œSaya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

Tulisan En Zulkifli Shafie

Nak mula simpan emas? Jom saya guide wasap.my/601133162410/nakBukaAkaunEmas

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang
BEZA PENYIMPAN EMAS

Selfish kalau simpan ilmu emas ni sorang-sorang.

Banyak orang fikir dia tahu sangat pasal emas, tapi hakikatnya keadaan kewangan dia tak menunjukkan dia ada ilmu tentang emas.

Orang yang betul-betul tahu pasal emas, selalunya dia tak ada masalah tentang simpanan.

Ada penyimpan emas yang bergaji tak sampai RM2,000 sebulan, tapi simpanan emas dia sudah lebih 150 gram (dalam RM40k)!

Kes begini bukanlah yang terpencil.

Baca selanjutnya...

#BukuWangEmas

Kredit: Zulkifli Shafie
Nilai Ringgit Malaysia jatuh lebih merisaukan dari kajatuhan emas.

Emas paling teruk dalam sejarah pernah jatuh 30%, kemudian naik balik melebihi peratus a jatuh.

Duit Ringgit Malaysia paling teruk jatuh 50%! Kemudian bila naik balik pun, peratus naik itu tak dapat menampung peratus ia jatuh.

Kalau simpan emas takut harga emas, simpan duit ringgit lebih menakutkan.

#TipEmas
#BukuWangEmas

Kredit: Rahman Ismail
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Lepas 13 tahun bimbing penyimpan emas (sudah lebih 400,000 penyimpan emas bersama saya dan team), ini pemerhatian saya kenapa saya katakan tak akan rugi;

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas…

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaAllah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaAllah…

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas