P E M U R A T A A N H A R G A
Salah satu teknik dan kaedah dalam simpanan dan pelaburan emas adalah pemurataan harga (averaging price), satu teknik yang boleh digunakan untuk merendahkan harga pembelian emas untuk memaksimumkan untung simpanan dan pelaburan emas kita.
Kaedahnya sangat mudah; tambah gram emas yang baru pada harga yang rendah dan jumlahkan semua harga pembelian dan bahagikan dengan jumlah gram.
Hasilnya adalah purata harga per gram yang lebih rendah dari harga emas yang paling tinggi kita pernah beli.
Dengan menggunakan teknik ini, penyimpan dan pelabur emas tidak perlu tunggu harga emas naik harga paling tinggi pun dah boleh untung. Menarik kan?😁
Untuk memaksimumkan keuntungan menggunakan teknik ini adalah dengan menambah lebih banyak gram pada harga paling rendah, makin banyak gram dan makin rendah harga akan memberikan lebih banyak keuntungan pada penyimpan dan pelabur emas.
Saya kongsikan pengiraan mudah untuk senang kita faham;
Harga emas paling tinggi: RM304 per gram.
Harga emas hari ini: RM261 per gram.
1. Tambah 1 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 2 gram adalah RM282.50 per gram.
2. Tambah 10 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 11 gram adalah ±RM265 per gram.
3. Tambah 100 gram hari ini menjadikan purata harga untuk 101 gram adalah ±RM261.50.
Kesimpulannya adalah apabila kita tambah gram pada harga rendah, kita tidak perlu menunggu lama untuk untung walaupun sudah beli pada harga yang paling tinggi sebelum ini.
Makin rendah harga emas, makin banyak kita patut beli. Bila harga emas dah naik nanti kita boleh dapat untung maksimum. Betul apa yang sifu emas saya cakap; harga emas turun makin lagi orang berebut beli. Huhuhu
Simpanlah emas dengan ilmu dan beli ikut pada poket sendiri. Sama-sama kita manfaatkan harga emas rendah hari ini dengan sebaiknya.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua insyaallah. Selamat mencuba guys! 😘
Kredit Tn Sadiqin Sulong

Dalam pelaburan emas, orang yang sentiasa untung adalah orang yang konsisten @ istiqamah.
Anda tak perlu buat market timing.
Sebab takde orang yang boleh meramalkan dengan tepat dimana harga emas akan berada.
Saya sendiri, bila buat analisis teknikal harga emas, bukan semuanya tepat.
Ia macam ramalan kaji cuaca, kengkadang ke laut juga 🤣
kita tak boleh ramal harga emas, namun kita boleh kawal perilaku kita.
Apa perilaku yang kita boleh kawal?
Jawapannya : konsisten.
Sepanjang 13 tahun berkecimpung dengan emas, saya dah jumpa banyak sangat perangai manusia.
Ada yang mampu simpan 1 gram. Lepas tu tak mampu konsisten. Akhirnya setahun lebih, baki masih kosong.
Saya juga pernah jumpa orang yang mampu simpan emas sedikit-sedikit, namun berjaya capai 1 kilogram emas.
Gais.
Emas benda mahal.
Sifat konsisten juga mahal.
Hanya insan yang konsisten akan nampak untung simpan emas.
Dipetik dari:
#NotaEmasSyukorHashim

Selama 9 tahun saya kerja kat MMU, saya dapati sangat susah simpan duit.
Saya sendiri tak ingat ke mana duit gaji saya pergi.
Tak ingat ke mana duit bonus hujung tahun pergi.
Paling best, saya langsung hilang ingatan kat mana perginya duit jual saham ESOS Telekom Malaysia sebanyak 2 lot (sebab staff Universiti Multimedia dapat saham Telekom).
Jadi, saya ada masalah tak tahu duit pergi ke mana.
Masalah ini berterusan sehinggalah saya kenal emas.
Bila duit bertukar jadi emas, barulah saya boleh nampak duit tu jadi ketulan emas.
Lepas tu saya kumpul emas sedikit-sedikit tanpa sedar... masa tu saya simpan jongkong emas 20 gram.
Ada duit, saya beli 20 gram... ada duit saya beli 20 gram.
Sehinggalah saya tersimpan 1 kilo emas dalam bentuk 50 keping jongkong emas 20gram.
Tudia... baru saya sedar penangan emas.
Kita tak sedar tiba-tiba emas jadi makin banyak.
Itulah pengalaman peribadi saya dengan emas.
Kalau anda rasa susah nak simpan duit. Maka ubatnya adalah simpan emas.
Cuba try!
Kredit Tn Syukor Hashim

" Saya nak mulakan simpanan emas tapi tak ada modal yang banyak"
Jika anda seperti situasi di atas, berminat nak simpan emas, tapi ada bajet terhad sekitar RM100 - RM300 sebulan.
Saya cadangkan anda bermula dengan akaun emas Public Gold dipanggil Gold Accumulation Plan (GAP).
Jumlah kecil saya maksudkan antara RM100 ke RM200 setiap bulan.
Ini antara kelebihan-kelebihan beli emas melalui akaun emas GAP:
1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram (harga hari ni RM263).
2. Boleh simpan emas di cawangan Public Gold secara percuma. Boleh top-up bila-bila masa sahaja melalui online dan tiada had jumlah emas yang dibeli.
3. Yuran simpanan adalah PERCUMA dan tiada tarikh luput.
4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.
5. Boleh redeem emas dalam bentuk fizikal seringan 1 gram sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.
6. Boleh redeem semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.
7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan status akaun aktif cuma 1 gram.
8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual semula pun secara online.
Ps: Kini ada option Ar-Rahnu untuk akaun GAP.
9. Boleh buka akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Majoriti penyimpan emas bermula dengan belian 1 gram Emas atau sekeping 1 Dinar Emas, malah ada juga bermula dengan akaun GAP serendah RM100
Baru² mesti nak pupuk dan kenal-kenalan dengan emas la kan
Tahun 2013 saya beli 1 dinar dengan harga RM600
Hari ini, harga 1 dinar emas yang sama dah mencecah RM1104. Naik hampir 84%
Kita baru sembang 1 dinar yang beratnya cuma 4.25 gram
Bayangkan kalau korang simpan 100 gram! Lagi banyak kenaikan bukan?
Nak berjaya dan untung dalam simpanan emas mesti mengambil masa malah perlu konsisten juga, start RM100 di akaun GAP lama² boleh keluarkan emas fizikal 100 gram

Teruskan Konsisten Simpan 1 gram 1 bulan
Simpan sikit-sikit tapi secara berterusan lebih baik berbanding simpan secara banyak lepas tu terus STOP.
Perkara paling penting dalam menyimpan iaitu memupuk tabiat dan disiplin, bukan sekadar jumlah simpanan.
Tabiat yang betul akan memberikan impak yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
Biarlah seminima simpanan iaitu 1 gram 1 bulan, nanti tau-tau je hujung tahun, kita dah mempunyai 12 gram emas. Fuh!!
Latih diri setiap kali dapat gaji pastikan simpan dulu 1 gram, baru fikir untuk berbelanja.
Awal permulaan ni mungkin akan terasa agak sukar, tapi bila dilakukan secara konsisten ia akan jadi kebiasaan. Tak senang duduk pula kalau kita tak menyimpan..
Simpan dan lupakan...
Ini laa point terbaik dalam simpanan 💪
"Jika Ada Emas, Dijamin Ada Wang"
Ambil peluang hari ni untuk bermula simpan emas...

KELEBIHAN SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN
Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.
Ini yg boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas #1gram1bulan sebagai simpanan dilupakan.
Apa yg saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.
Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:
(1) mereka memiliki emas yg banyak,
(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,
(3) harga purata emas dalam simpanan rendah,
(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang
Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!

Barang Kemas vs Gold Bar
Saya pasti ramai yang minat dengan emas. Ada yang beli barang kemas sebagai perhiasan, ada yang beli emas sebagai simpanan, ada yang beli emas sebagai instrumen kalis inflasi, ada juga yang menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan.
Jom kita lihat perbezaan di antara barang kemas vs gold bar ini.
1. Kesesuaian
Bagi golongan perempuan, barang kemas memang menjadi kegemaran untuk dibawa berjalan-jalan atau ke majlis keramaian. Sama ada gelang emas, rantai emas, cincin emas, semuanya boleh digayakan.
Berbanding dengan gold bar, ianya tersimpan rapi di dalam bilik kebal. Kebanyakannya boleh dibeli secara online dan ianya tersimpan dalam peti besi yang boleh dilihat melalui akaun simpanan emas.
2. Keselamatan
Bila dah bawa ke mana-mana, pastinya kita menjadi sasaran orang yang mempunyai niat jahat. Kita terdedah kepada risiko untuk diragut, oleh itu ambillah langkah berhati-hati.
Sebaliknya bagi gold bar, memang selamat sangat bila disimpan dalam peti besi yang dikunci rapi. Maka kuranglah risikonya untuk dirompak atau dicuri.
3. Bisnes
Nama pun barang kemas, memang ramai sangat peminatnya. Bila musim perayaan atau bila dapat bonus, atau bila diumumkan bantuan seperti i-Lestari dan i-Sinar sempena pandemik yang melanda; memang berpusu-pusu orang ramai ke kedai emas untuk mendapatkannya.
Manakala gold bar ini pula lebih dianggap sebagai aset komoditi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang suka diversify portfolio pelaburan dengan melabur sedikit ke dalam emas.
4. Ketulenan
Untuk menempa dan membentuk emas adalah sukar, sebab itulah ketulenannya emas 916 dan ke bawah sebab senang nak melenturnya.
Sedangkan gold bar biasanya emas yang sangat tulen, iaitu setinggi emas 999 yang memang pure.
5. Harga
Bila ada kos upah bagi membentukkannya menjadi rantai, gelang atau cincin – maka ada kos tambahan yang terlibat.
Berbanding dengan gold bar yang biasanya datang dalam bentuk jongkong emas yang biasa kita lihat, maka tiadalah kos upah.
6. Susut Nilai (Spread)
Bagi barang kemas, susut nilai atau spread ini adalah tinggi. Ada yang mencecah 40% pun ada. Ini bermakna bila kita beli dan ingin jual semula barang kemas, harganya dah jatuh banyak.
Namun bagi gold bar, susut nilai adalah lebih kecil. Masih ada, tapi nilainya adalah di antara 4% ke 10%. Ini bermakna bagi para pelabur emas, kenaikan yang sedikit boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat.
7. Jual Balik (Buyback)
Spread yang tinggi menyebabkan harganya rendah, tapi kalau nak jual balik atau trade-in; sekiranya barang kemas kita dalam keadaan yang tak berapa elok seperti mempunyai calar, bengkok atau patah – semakin berkuranglah nilainya.
Sebaliknya untuk gold bar ini, jual balik atau buyback masih tinggi nilainya. Walaupun ianya calar, bengkok atau patah.
Seeloknya kita simpan Gold Bar dan Dinar sebagai simpanan dan pelaburan. Dan Reward pada isteri emas perhiasan sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan