Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 sehingga sekarang dan sangat kukuh sehingga kini. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat ini di bawah pimpinan oleh Dato β€˜ Louis Ng.

Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas, telah menyebabkan penubuhan 18 cawangan seluruh Malaysia,tempat penyimpanan emas public safe, tempat pajak emas dan perak, dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.

Public Gold memfokuskan jualan emas untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara.

Antara perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah :
1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.
2. Public Gold tiada kaitan dengan β€˜multi level markerting’
3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang
4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya
5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.

Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold lebih mudah dan selamat.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya, cuma perlu klik link https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00540198

Kredit Tn Zohdi
𝟯 π—§π—œπ—£π—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—œπ— π—£π—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ π—•π—˜π—₯𝗝𝗔𝗬𝗔

1️⃣ Penyimpan emas mesti ada mindset seperti pelari Marathon,(42km) bukannya mindset pelari (100m). Sebab apa?

Bermula dari awal mereka perlu konsisten jika nak menang.

Begitu juga penyimpan emas, keyword konsisten amat penting dan aim untuk jangka masa panjang.

Kita ambil langkah sikit-sikit, asalkan sampai.

2️⃣ Key Performance Indicator (KPI) bagi pelabur emas berjaya adalah bertambahnya gram dari semasa ke semasa.

Tak kira harga, mereka tambahkan gram emas tanpa fikir panjang.

Contoh tahun ini kita dapat simpan sebulan segram, tahun depan ada rezeki gaji naik, kita tambah pulak kepada 2 gram sebulan.

Fokus untuk menambah kekayaan dengan tambah gram emas.

3️⃣ Bila harga turun daripada biasa, ianya peluang pada kita untuk tambah gram dan puratakan harga belian kita.

Contoh sebelum ini pernah beli pada bulan Ogos, RM290/gram.
Harini ini harga sudah turun ke RM258/gram.

Rugi kalau kita tak ambil peluang ini untuk tambah gram, untuk puratakan kos kita.

(290+258) bahagi 2 = RM274

Jangan ulang kesilapan saya.
Saya bermula dengan harga 284/g.

Sebab saya asyik menunggu harga turun dan turun lagi, sampai duit yang nak beli emas pun dah habis.
Dah terpakai dan harga pun terus meningkat masa tu.

Tapi sebab duit asyik terus menerus bocor, saya paksa kan diri jugak untuk BERMULA.

Alhamdulillah Allah permudahkan jalan.
Saya wajibkan diri saya untuk paksa diri simpan sekurang-kurangnya 1-2 gram sebulan.

Simpanan sekejap sangat bertambah dan tak lagi bocor.
Sebab asal ada duit lebih je mesti nak tukar jadi EMAS.

Ajaibnya EMAS. Subhanallah.
Forwarded from Muni
Saya mendapat soalan tentang harga emas di laman web goldrate.com

Kenapa murah sangat? Apasal jauh beza dengan harga Public Gold?

Jawapan: Website seperti goldrate.com dan goldprice.org menunjukkan harga emas yang didagangkan dalam bentuk kontrak atau kontrak pasaran hadapan.

Harga yang terpampang adalah harga kontrak pada masa sekarang (dipanggil spot gold)

Contoh kontrak pasaran hadapan adalah Comex Gold Futures dimana 1 kontrak bersamaan 100 Oz emas (3.11 kilogram emas). Baca kat sini https://www.cmegroup.com/trading/why-futures/welcome-to-comex-gold-futures.html

Harga emas dalam bentuk kontrak adalah murah kerana tidak ada fizikal. Ia cuma atas jual beli kontrak atas talian sahaja.

Dalam perdagangan kontrak pasaran hadapan emas, kurang daripada 5% daripada jual beli kontrak akan bertukar kepada penghantaran emas fizikal.

Kemudian pembeli yang nak ambil emas fizikal terpaksa menanggung kos-kos penghantaran kontrak seperti kos simpanan, insurans dan pengangkutan.

Ini dipanggil premium.

Sebab itu, produk akhir seperti jongkong emas yang telah ditempa mempunyai harga yang berbeza daripada harga emas kontrak.

Antara kos yang ditanggung untuk menghasilkan produk akhir (contohnya gold bar) adalah seperti berikut:

1. Kos exchange rate (kadar tukaran matawang)
2. Kos perbankan (banking charges)
3. Kos pengangkutan
4. Kos insurans
5. Kos menempa emas
6. Kos gold loss (emas yang hilang dalam proses menempa)
7. Overhead syarikat.

Banyak kos yang terlibat kan?

Sebab itu mustahil untuk anda membeli emas fizikal pada harga spot gold.

Jadi untuk memaksimakan keuntungan bila nak beli emas, anda cari lah penjual yang menjual emas fizikal dengan harga yang hampir dengan spot gold.

Semoga penulisan ini membantu.

Nota Emas Mahaguru Syukor Hashim
Waktu harga emas turun apa nak buat?

1. Harga emas turun amat sesuai untuk buat averaging price. Atau pemurataan harga emas yang kita pernah beli sebelum ini.

Katakan anda beli emas masa itu 1 gram RM300, dan sekali lagi beli masa harga RM280. Hari ini 1 gram RM260.

RM300 + RM280 + RM260 = RM840

RM840 Γ· 3 = RM280. Sebenarnya anda beli 1 gram RM280 saja

2. Sebagai benchmark harga kepada yang belum mula.

Benchmark ini penting sebagai kayu ukur harga emas murah atau mahal selepas ini. Selagi tak beli emas, dia tak tahu harga emas murah atau mahal.

Contohnya dia mula simpanan emas hari ini RM260. Bulan depan harga naik RM270. Dia akan rasa bahawa RM270 itu harga emas naik kerana masa dia mula harga 1 gram hanya RM260.

Atau harga bulan depan jadi RM259. Dia pun akan rasa yang harga RM259 lebih murah daripada harga dia beli sebelum ini RM260.
Inilah dipanggil harga benchmark.

Kredit : Tn Helmi Yaakub
1. Tetapkan matlamat simpan emas

βœ… Dana Haji / umrah : 45 gram
βœ… Dana Pendidikan : 200 gram
βœ… Dana Pencen : 400 gram
βœ… Dana kecemasan : 130 gram
βœ… Dana kahwin : 90 gram
βœ… Dan apa saja yang dirasakan sesuai

2. Berapa banyak gram nak capai sasaran itu? Contoh untuk dana Haji RM12 ribu, bila tukar kepada gram emas lebih kurang 42 gram (1 gram = RM284 harga 9 Mei 2022). Begitu juga untuk dana-dana lain.

3. Berapa lama tempoh nak cukupkan 42 gram tersebut.

Rancang nak pergi haji dalam masa 5 tahun. Jadi, rancanglah 40 gram mesti cukup dalam masa 5 tahun. Bahagi 12 bulan dalam 0.6 gram. Bagi mudah, 1 gram sebulan. Cukup 5 tahun, pasti capai lah minima 40 gram itu. Ikut kiraan 1 gram 1 bulan untuk 5 tahun, dapat 60 gram. Dah boleh pergi Haji.

Haaa. Dah tahu kan cara senang. Teruskan buat sekarang. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Bila dah capai matlamat pertama, ulang perkara yang sama untuk matlamat kedua dan seterusnya.

Hilmi Ya’kub
Akhir-akhir ini timbul semula teknik manipulasi Ar-Rahnu untuk gadai emas dan rolling gara-gara harga emas naik.

Saya buat ikut nombor untuk mudah faham isi saya ya.

1. Tahun 2019 dulu pelanggan saya ada tanya bagaimana nak guna teknik ini.

Gadai, tebus, beli baru, gadai, tebus.

2. Saya tarik handbrake awal kalau ada orang tanya pasal ini. Masa itu, saya kali pertama dengar teknik sebegitu. Terus saya consult guru emas saya.

3. Saya ikut apa yang guru emas saya ajar, simpan emas sangat mudah.
Anda beli emas, anda dapat emas. Tiada dividen, tiada bonus. Untung emas secara tersurat, masa kita jual emas pada harga lebih tinggi. Kita dapat lebihan duit berbanding harga kita beli dulu (kalau masih ingat harga kita beli lah). Itu saja.

4. Risiko pada emas yang guru saya ajar dalam simpan emas hanya satu, iaitu emas boleh hilang sebab dia kecil dan semua orang suka emas. Perompak nak merompok rumah orang, perkara pertama mereka cari adalah di mana emas disimpan. Itu saja risiko dia.

5. Manipulasi / spekulasi emas untuk jana keuntungan dengan mudah, jauhkan diri lah.

6. Simpan emas untuk dana tertentu contohnya untuk lindungi nilai duit ringgit, untuk elak boros. Dan hanya manfaatkan Ar-Rahnu jika perlukan wang kecemasan atau untuk modal perniagaan. Inipun masih tak digalakkan sebab kita kena tebus + upah simpan.

7. Ar-Rahnu adalah HUTANG. Selain hutang untuk beli hartanah, tiada orang kaya dengan hutang. Kalau pun ada, kita menanggung risiko yang sangat tinggi.

Simpan emas dengan tenang, boleh lena tidur malam.

Hilmi Ya’kub
Sebelum beli kereta mahal,

Sebelum beli motosikal mahal,

Sebelum melabur,

Sebelum beli rumah,

Sebelum dan sebelum.

Buat simpanan dana kecemasan dulu 3 - 6 bulan gaji sejak awal permulaan kita ada pendapatan.

β€˜Lambat lah bang nak beli kereta. Ya lambat. Nak pergi mana cepat-cepat sangat. Biarlah lambat asalkan kita tak akan mudah terpalit dengan hutang jahat bila terdesak.’

Antara instrumen simpanan ada beberapa di Malaysia:
1. Emas
2. ASB
3. Tabung Haji

Jangan tanya mana satu lebih baik kalau kita boleh simpan ke dalam ketiga-tiga simpanan tu.

Hilmi Ya’kub
Menabunglah walau pun gaji ciput.

1. Ramai orang salah faham tentang menabung. Orang ingat perlu menabung hanya jika gaji kita sudah besar. Kalau gaji kecil, tak perlu menabung. Tunggu kaya baru nak menyimpan.

2. Mulakan simpanan pada hari ini. Tak kiralah gaji anda RM1000, RM2000 atau RM5000 sekalipun. Mulakan dengan 10% daripada gaji, bulan depan 20% pulak, kemudian 40% pulak. Cobalah. Tak cuba, manalah kita tahu yang ia mampu dicapai.

3. Saya menabung dengan emas. Sebab kalau dengan duit, saya tak mampu bertahan lama. Simpan sikit-sikit, tinggal sikit juga.

Asasnya adalah menyimpan sedikit daripada pendapatan. Kalau nak nilai simpanan kita kekal lama, pecahkan sikit tabungan kepada emas.

Hilmi Ya’kub
1 G R A M P E R T A M A

1 gram pertama amat penting untuk kita ada β€˜benchmark’ harga, selagi kita belum mula simpan emas selagi itulah kita akan fikir emas itu mahal.

Bila dah ada benchmark harga, baru kita tahu emas sekarang murah atau mahal. Pada tahun 2000 orang tetap emas mahal walaupun harga emas waktu tersebut cuma RM30 per gram!

Bagi orang yang mula simpan emas tahun lepas harga RM300 per gram, harga hari ini adalah murah. Bagi yang mula simpan emas pada 6 tahun lepas harga RM150 per gram, harga hari ini adalah mahal.

Mahal atau murah harga emas tidak sama untuk setiap orang, bila dah mula simpan baru kita akan faham maksud mahal atau murah harga emas.

1 gram boleh jadi simpanan, konsisten kumpul #satugramsatubulan genap setahun dah ada 12 gram.

1 gram juga boleh jadi titik permulaan untuk kita kenal syarikat emas yang kita berurusan, bila dah yakin barulah boleh melabur beratus-ratus gram emas dengan tenang.

1 gram juga boleh dijadikan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan emas, borong beratus keping 1 gram dan jual untuk dapat untung jual beli emas.

Nak untung banyak kena ada banyak keping 1 gram, kalau ada macam-macam edisi 1 gram lagi berpotensi untuk untung maksimum.

Untung jual 1 gram memang tak sama dengan untung jual 100 gram, untung 1 gram edisi classic tak sama dengan untung 1 gram edisi YDPA. Hehehe.

Salah satu keunikan simpan emas adalah boleh β€˜rolling’ simpanan emas sementara tunggu harga emas naik, kiranya dapat untung 2 dalam 1; untung niaga dan untung kenaikan harga emas.

Itulah potensi keuntungan simpanan 1 gram yang kita boleh dapat, 1 kg emas bermula dari 1 gram pertama. Mula simpan dengan 1 gram jauh lebih baik dari tiada simpanan langsung. Adehhh!

Nak simpan emas 1 gram hari ini amatlah mudah, dengan bajet serendah RM100 hari dah boleh kumpul gram emas dalam akaun simpanan (GAP) dan keluarkan emas fizikal bila dah cukup gram.

Saya cuma kongsikan keuntungan yang saya dapat dengan 1 gram emas, dengan kaedah yang betul 1 gram tetap boleh jana keuntungan yang banyak

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Insyaallah.

Kredit Tn Sadiqin Sulong

Untuk info atau maklumat terkini tentang Public Gold dan Simpanan EMAS, lebih mudah terus ke PAGE rasmi saya, klik link di bawah :-

https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG00540198
ππ”πŠπ€π ππ„π‘π“π€πŒππ€π‡ πŠπ€π˜π€, π“π€ππˆ ππ„π‘π‹π€π‘πˆ πƒπˆ π“π„πŒππ€π“ π˜π€ππ† π’π€πŒπ€

Dulu gaji RM3,000.
Sekarang RM10,000.

Dulu belanja RM3,000.
Tapi sekarang belanja RM10,000.

Penat kerja bertahun-tahun.
Simpanan tak ada.
Harta pun tak bertambah.
Yang bertambah hanyalah komitmen hutang.

Walaupun keretanya makin mewah, rumahnya makin besar. Tapi malangnya kekayaannya tak juga bertambah. Dia masih lagi berlari di tempat yang sama.

Larian yang tidak ada kesudahan.

Bila terjadi musibah, kehidupan dia kembali kepada KOSONG!

Back to zero...

#BukuMisiBebasHutang
#Cashflow
MASANYA MEMBELI EMAS?

Jika kita masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g.

Waktu bermula pandemik harga emas semakin naik hampir setiap bulan. Hanya sesekali bulan mac, awal jun, dan penghujung Oktober ada sedikit penurunan.

Selebihnya menaik dengan sihat dan baik. Bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.

Bagi pelabur, emas disebut
'safe haven' pada mereka. Ia adalah pelaburan yang selamat untuk menyimpan nilai.

Bila pasaran tidak menentu, orang tak pasti dengan keadaan ekonomi, saham dan hartanah.

Maka emas menjadi pilihan kerana ia dianggap penyimpan nilai paling selamat.

Bila keyakinan pasaran mula tinggi bila China, US dan Rusia mula menawarkan vaksin. Kita mulakan rundingan untuk membeli 30% untuk rakyat, maka kebimbangan terhadap Covid mula semakin reda.

Bila keyakinan ini kembali ada, orang mula rasa selamat dan permintaan emas kembali berkurangan. Maka kita dapat perhatikan harga emas semakin menurun sejak 5 hari ini.

Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka 'letak dan simpan' duit mereka.

Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.

Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.

2. Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.

Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.

3. Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.

4. Nilai susut emas bar atau waffle hanya sekitar 7%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami punya. Susut nilainya sangat besar antara 20%-30% banyaknya.

5. Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.

"Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun"

"Saya himpun emas ini untuk kahwin". Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

"Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor".

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

7. Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

8. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi selagi kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.