Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
ππ”πŠπ€π ππ„π‘π“π€πŒππ€π‡ πŠπ€π˜π€, π“π€ππˆ ππ„π‘π‹π€π‘πˆ πƒπˆ π“π„πŒππ€π“ π˜π€ππ† π’π€πŒπ€

Dulu gaji RM3,000.
Sekarang RM10,000.

Dulu belanja RM3,000.
Tapi sekarang belanja RM10,000.

Penat kerja bertahun-tahun.
Simpanan tak ada.
Harta pun tak bertambah.
Yang bertambah hanyalah komitmen hutang.

Walaupun keretanya makin mewah, rumahnya makin besar. Tapi malangnya kekayaannya tak juga bertambah. Dia masih lagi berlari di tempat yang sama.

Larian yang tidak ada kesudahan.

Bila terjadi musibah, kehidupan dia kembali kepada KOSONG!

Back to zero...

#BukuMisiBebasHutang
#Cashflow
ππˆπ€π‘πŠπ€π πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ–π’π 𝐀𝐓𝐀𝐔 ππ„π‹πˆ π„πŒπ€π’?

β€œKalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat β€œWow” bagi siapa yang tak faham tentang β€œtime value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, β€œsavers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

β€œTapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, β€œada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan β€˜masalah’ majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

β€œSaya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang

Sumber FB - Tuan Mohd Zulkifli Shafie
π‹πˆπ‡π€π“ π‘π„πŠπŽπƒ π‚π‚π‘πˆπ’ ππ€πŠπ€π‹ π’π”π€πŒπˆ/ πˆπ’π“π„π‘πˆ

1. Pesan Nabi s.a.w, 1 dari 4 ciri perlu dipertimbangkan memilih pasangan ialah hartanya.

2. Kajian menunjukkan, masalah kewangan antara faktor tertinggi kes penceraian di Malaysia.

3. Jadi macam mana nak menilai hartanya?

4. Bagi saya tak perlulah pasangan tu ada harta berjuta. Cukuplah dia mempunyai sikap yang betul terhadap hutangnya.

5. Kalau ada sikap yang betul, cepat atau lambat dia akan kaya juga. Atau setidak-tidaknya dia mampu memberi nafkah keluarga dengan baik. InsyaAllah.

6. Tapi kalau sikapnya bermasalah terhadap hutangnya, makin lama bekerja dia makin miskin walaupun dia pakai kereta Honda.

7. Nak tahu tentang hartanya jangan lihat pada keretanya (kerana kereta boleh jadi hanya simbol kekakayaan palsu), tapi cukuplah lihat pada rekod CCRISnya!

8. Kalau dia ada masalah hutang yang serius, silap hari bulan pasangannya sekali nanti akan diheret terjerat dengan masalah hutang yang sama nanti!

9. Bukan sedikit cerita yang kita dengar, nama isteri sering dipergunakan untuk buat hutang suami (yang tak bertanggungjawab)!

10. Jadi sebelum kawin, selain dapatkan report hasil ujian HIVnya, dapatkan juga report CCRISnya!

11. Lepas tu baru boleh buat keputusan akhir jadi kawin atau tidak supaya tidak menjadi mangsa seterusnya!…

β€œGolongan lelaki yang hidup hanya hendak senang dikesan menyasarkan wanita bekerja sebagai penjawat awam untuk dijadikan pasangan hidup bagi memudahkan mereka mendapatkan wang dengan cara membuat pinjaman bank menggunakan nama isteri”

Sumber berita : https://www.kosmo.com.my/2022/01/23/isteri-penjawat-awam-tanggung-hutang-suami/

#BukuMisiBebasHutang