Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
SOALAN POPULAR: ZAKAT EMAS

Memandangkan sekarang dah jadi trend lelaki dan perempuan menyimpan emas sebagai aset, nak tanya sikit.

Korang tau tak yang zakat emas ni berbeza di setiap negeri?

Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).

1️⃣ Jika emas yang DIPAKAI melebihi berat dibawah, dikira cukup nisab.

Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

2️⃣ MANAKALA,

Nisab emas yang tak pernah dipakai dalam masa setahun (contoh : emas rosak, jongkong emas, emas waris tok nenek), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%.

Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dll)

3️⃣ CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)

👉 [SENARIO 1]

Contoh kiraan emas saya sendiri
Emas yang dipakai = 0
Emas yang tidak dipakai = 42.5 gram

Total < 85 gram
So saya tak perlu bayar zakat lagi.
InsyaAllah target saya nak jadi pembayar zakat emas pada tahun 2023. Doakan 🤩

👉 [SENARIO 2]

Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab <800 gram.

90 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM551.25

👉 [SENARIO 3]

Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)

100 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM612.50

👉 [SENARIO 4]

Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM918.75

4️⃣ Kalau ada yang nak tahu macam mana saya simpan emas dalam akaun, boleh whatsapp saya. InsyaAllah saya bantu.

Saya simpan emas saya dalam akaun simpanan emas Gap Public Gold. Public Gold adalah antara syarikat jual beli emas yang terbesar dan patuh syariah.

5️⃣ Takeaway Points

Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).

Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.

Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dlm kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.

Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)

Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦?

Ianya adalah kekayaan bersifat mudah cair sekitar 1 hingga 3 hari.

Emas bersifat melindungi kekayaan. Jika kita memiliki 200 gram emas bernilai RM52,000, nilai emas itu kekal dengan "kuasa beli" yang sama selamanya.

Contoh yang paling klasik - 1 dinar kekal mampu beli seekor kambing sejak lebih 1,400 tahun lepas hingga hari ini. Dengan emas, kekayaan kita kekal ada.

Wang akan berakhir untuk dibelanjakan. Sebab sifat penciptaan wang memang begitu.

Akan tetapi... Emas membentuk sikap. Bagi anda yang mahu bermula, menabung emas di akaun emas GAP bukanlah sukar macam roket sains.

Anda cuma perlu ambil tindakan pertama. Kemudian konsisten. Ilmu? Akan diberikan. Setakat 200g tu celah gigi je nak capai.

Selepas beberapa bulan konsisten, emas akan SECARA AUTOMATIK membentuk sikap berdisiplin dalam berbelanja. Emas akan mengekang rasa bocor wang.

Semakin simpan emas, semakin hilang keinginan untuk berbelanja. Ianya menjadikan penyimpan semakin tamak. Ini motivasi yang baik untuk penyimpan gigih meningkatkan pendapatan agar pemilikan emas meningkat.

Kredit: Dr. Muhammad Khairi Ghazali
Ini adalah perbandingan Harga emas Tahun 2015 & Tahun 2021

Saya pasti ramai yang akan cakap harga emas Tahun 2015 adalah Murah.

Sebenarnya #Tidak. Harga emas #TidakPernah murah.

Harga emas RM30 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM50 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM70 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM100 segram kita cakap mahal.

Jadi logiknya, harga emas RM145 segram ketika tahun 2015 juga pasti kita cakap mahal.

Kini harga emas Tahun 2021 sekitar RM257 segram . Lagi lah mahal. Kan?
.

Jom kita buat kiraan ringkas supaya lebih jelas.

Tahun 2015
= 1kilo emas bernilai RM145,000

Tahun 2021
= 1kilo emas bernilai RM275,000

Perbezaan sekitar RM130,000.

Nilai RM130,000 hari ini boleh beli 472gram emas iaitu menghampiri ½Kilo emas. Banyak kan?

Nampak?
jelas?
.

Tahniah bagi yang dah tambah GRAM emas. Bagi yang belum tambah ataupun belum pun bermula, jangan khuatir kerana kita beli dan simpan emas bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk tempoh jangkamasa yang panjang.

Soal harga?

Normal jika harga emas naik. Kita tidak mampu #tahan harga emas daripada terus naik.

Apa yang kita boleh lakukan ialah betulkan pemikiran kita dan Fokus kepada GRAM.
.

Tanya diri, berapa GRAM yang kita ingin capai?

50gram?
100gram?
1kilo?

YA Kita boleh capai semuanya asalkan kita terus menyimpan emas. Jangan berhenti hanya kerana harga emas naik.

Kenang semula saat kita baru bermula. Ketika itu kita bersungguh-sungguh untuk capai target. Jadikan saat lalu sebagai semangat buat kita untuk terus capai Target GRAM.

Jika perlu berjalan, berjalan lah.
Jika perlu berkayuh, berkayuh lah.
Jika perlu berlari, berlari lah.
Jika perlu berehat sebentar, berehatlah.
Sambung perjalanan dengan semangat baru !!

Kredit kepada Tuan Fairuz Aziz
SAYA TAK FAHAM LA BERKENAAN DENGAN AKAUN EMAS? Bole tolong terangkan tak?

Jawapan:

Gold Accumulation Program (GAP).

Penerangan ringkas berkaitan akaun simpanan emas dari Public Gold yg telah banyak membantu rakyat Malaysia menyimpan emas dengan bajet yg rendah.

Diantara kelebihan dan kemudahan akaun GAP adalah seperti dibawah:

✔️Anda boleh menyimpan gram emas serendah RM100 atau 1 gram.

✔️Gram emas di dalam akaun GAP disokong oleh emas fizikal berketulenan 999.9 (24K)

✔️Anda boleh beli atau jual gram emas di dalam akaun GAP 24 jam sehari secara online.

✔️Anak anda seawal 1 bulan sudah layak menyimpan gram emas melalui akaun GAP.

✔️Tiada yuran pendaftaran atau upah simpan untuk simpanan gram dalam akaun GAP.

✔️Anda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP di 17 cawangan Public Gold seluruh negara.

✔️Transaksi penyimpanan emas melalui akaun GAP mendapat sijil patuh syariah dari Amanie Group.

Proses pendaftaran akaun GAP sangat mudah, segala transaksi jual beli emas melalui akaun GAP boleh dipantau setiap masa secara online. Anda boleh print statement untuk dijadikan rujukan di masa depan.

Proses mengeluarkan emas fizikal yg mudah dan cepat di cawangan Public Gold berdekatan anda, cuma perlu hubungi staf cawangan terlebih dahulu seterusnya bawa kad pengenalan dan duit Premium sahaja.

Minimum pengeluaran serendah 1 gram sehingga 1000 gram, setiap pengeluaran anda perlu tinggalkan baki 1 gram di dalam akaun GAP.

Hari ini begitu mudah untuk kita menyimpan emas, gunakan kemudahan ini sebaiknya untuk anda memperbaiki kewangan kearah yg lebih baik di masa depan.

Now everyone can buy gold! 😊
Tukar duit bentuk emas!!

Kadang-kadang otak kita susah nak faham sebab kita dah biasa nampak duit dalam angka, kemudian simpan pun bentuk angka jugak

Bila suruh simpan emas, automatic kita rasa kena “beli’ emas

Selagi mana kita rasa emas ni kena “beli” selagi itulah kita akan stuck dengan harga selama-lamanya.

Maka tak hairanlah ramai yang tunggu harga rendah baru nak mula.

Jika kita tukar cara lihat emas ni ialah duit yang dah ubah bentuk
Wang kertas -> kepada emas
Ini lebih mudah

Duit kita sebenarnya tidak habis, ianya cuma ubah kepada bentuk yang lebih baik

Simpan emas secara automatic kita sebenarnya sedang simpan duit.
siapakah yang menentukan Public Gold ni patuh syariah?

Datuk Dr Mohd Daud Bakar, merupakan pakar dalam bidang syariah dan beliau yang mengesahkan bahawa produk Public Gold dan EPP yang dilaksanakan oleh Public Gold ini adalah patuh syariah.

Datuk Dr Mohd Daud Bakar merupakan pengerusi eksekutif kumpulan Amanie Advisor, pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dan banyak lagi.

Sijil patuh syariah juga telah dikeluarkan kepada Public Gold oleh Amanie Advisor Sdn Bhd. Amanie Advisor pula merupakan perunding Syariah yang dilantik oleh World Gold Council (WGC) di London yang menyediakan Piawaian Syariah Antarabangsa yang digunakan di peringkat antarabangsa.