Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Dalam pelaburan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Jadi ini bukanlah formula kekayaan. Formula kekayaan adalah banyak-banyak jadi lebih banyak. Dalam kata lain, kita mesti simpan dan melabur emas dalam jumlah yang besar.

Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Jika kurang dari jumlah itu, kita masih berada pada tahap penyimpan emas.

Kenapa 100 gram?
Sebab susutnilai 100 gram adalah rendah , sekitar 7%. Jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% - 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%, ini merugikan.

Lagi rendah atau nipis spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? No hal.. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?

#publicgoldmalaysia
#1gram1bulan
#roadto1kilo
“Tuan, saya lihat harga emas sekejap naik sekejap turun. Boleh dan Sesuai ke saya simpan emas sebab takut rugi lah”

Ini merupakan soalan daripada salah seorang pelanggan saya.

Bila saya dengar soalan ini, saya cuba recall dan cari semula tarikh beliau menyimpan emas. Rupanya beliau baru sahaja menyimpan emas.

Jadi saya tenangkan beliau dan beri jawapan ringkas supaya beliau lebih faham tentang emas. Basic perlu diperkemaskan.

1. Saya perhatikan penyimpan emas atau sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak menjadi penyimpan Emas mempunyai dua tabiat iaitu apabila harga NAIK berlaku situasi PANIK dan apabila harga TURUN juga berlaku situasi PANIK.

2. Sebenarnya harga emas naik dan turun itu adalah perkara biasa dan ianya adalah Normal dalam dunia Pelaburan emas.

2. Jika ada yang mengatakan harga emas sentiasa dalam keadaan naik, itu adalah ayat daripada peniaga yang kejar sales.

3. Emas Naik dalam tempoh jangkamasa panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan melihat harga emas Naik & Turun.

4. Apabila beli emas, pastikan beli pada individu yang dapat bimbing kita dengan konsep yang betul.

5. Bukan sekadar kita beli emas pada individu berkenaan tetapi kita mahu dapatkan tips dan ilmu secara PERCUMA. Itu antara tips menyimpan atau melabur cara selamat.

6. Apabila berlaku situasi Harga emas Turun, pejam mata dan Mulakan simpanan emas. Ambil peluang ini. Jika sudah mula menyimpan emas, ambil peluang untuk tambahkan GRAM.

7. Peluang & Ruang bukan selalu terhidang. Harga emas Turun adalah Rezeki dan harga emas Naik juga Rezeki. Cuma kita memandang dari sudut Keuntungan & Kerugian semata-mata.

8. Ketika situasi harga emas Turun atau Naik, apa yang menariknya berat emas (GRAM) yang kita miliki tidak akan berkurang langsung.

9. Itu antara kelebihan menyimpan emas. Ianya bersandarkan Fizikal. Bukannya bersandarkan harga semata-mata. Kita boleh tidur lena tanpa memikirkan kurangnya GRAM emas kita.

10. Jangan Panik tetapi tenang-tenang ajaaaa. Orang yang tenang selalu menang.

Dapat sesuatu? Moga bermanfaat.
1. Saya sering menasihati anda untuk melabur di dalam emas GAP. Ini adalah kerana emas GAP adalah murah (tidak ada caj Gold Premium), convenient (boleh di simpan di peti besi syarikat PG dan tak ada caj simpanan) dan tak ada risiko kecurian/kehilangan (sebab emas itu di simpan oleh PG sendiri).

2. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menasihati anda untuk melabur di dalam emas fizikal seperti dinar dan goldbar juga. Ini adalah kerana apabila anda melihat dan memegang dinar atau goldbar itu di dalam tangan anda sendiri, IANYA MACAM MAGIK KERANA EMAS FIZIKAL DI TANGAN ITU MEMBERI SESUATU ENERGY, KEINDAHAN, KEPUASAN DAN KENIKMATAN YANG TIDAK BERLAKU DENGAN EMAS GAP. Apabila ianya berada di tangan anda, anda rasa begitu seronok dan mahu menambahkan koleksi emas anda, yang sudah tentu menjadi sesuatu kebaikan kerana ini bermakna anda menambah jumlah pelaburan emas anda. Dan seperti yang saya selalu sebut, when it comes to investments, more is better!

3. Jadi jika anda belum melakukkannya, cuba beli atau withdraw dinar atau goldbar, dan experience fenomena ini sendiri!

Kredit tn azizi ali
# Do your own research
# Not financial advice
CARA JUAL GAP

Untuk jual GAP, pastikan buat semua step ini;

1️⃣ 𝗕𝗨𝗬𝗕𝗔𝗖𝗞 : 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻 > 𝗠𝘆 𝗚𝗔𝗣 > 𝗣𝗚 𝗕𝘂𝘆𝗯𝗮𝗰𝗸 . Ikut step sampai habis.

2️⃣ 𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗜𝗡𝗙𝗢 : Pastikan Bank Info dah update di dua tempat: (a) 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻 > 𝗠𝘆 𝗚𝗔𝗣 > 𝗠𝘆 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗜𝗻𝗳𝗼 > 𝗔𝗱𝗱 𝗕𝗮𝗻𝗸, dan (b), 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻 > 𝗠𝘆 𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 > 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗜𝗻𝗳𝗼

▪️Upload bank statement; asalkan nampak (a) logo bank, (b) nama sendiri, dan (c) no. akaun bank untuk pengesahan. PG hanya terima no. akaun bank 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 sahaja.

▪️Kalau status tertulis "Pending Verification"/ minta "swiftcode", abaikan sahaja.

3️⃣ 𝗨𝗣𝗗𝗔𝗧𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗜𝗟𝗘 : Profile pastikan dah update (bagi yang belum update). 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻 > 𝗠𝘆 𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 > 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹𝗲 (butang hijau). Upload (a) IC depan, dan (b) IC belakang. Foto IC kena jelas.

4️⃣ 𝗛𝗘𝗟𝗣𝗗𝗘𝗦𝗞 : Bila selesai semua 3 step di atas, terus 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗛𝗲𝗹𝗽 𝗧𝗶𝗰𝗸𝗲𝘁 untuk percepatkan proses. 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻 > 𝗠𝘆 𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 > 𝗛𝗲𝗹𝗽𝗱𝗲𝘀𝗸 > 𝗞𝗹𝗶𝗸 + (butang merah). Kemudian pilih 𝗚𝗦𝗔𝗣 - 𝗕𝘂𝘆𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀.

Bahagian Summary, tuliskan nota "Mohon proses GAP Buyback saya", dan masukkan (a) no. ID Buyback, (b) upload salinan IC depan, dan (c) upload IC belakang.

Selesai. Tunggu PG masukkan duit ke akaun dalam masa 𝟯 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔.

Jika masih belum jelas boleh minta bantuan Master Dealer, Founder Master Dealer dan Leadership jika introducer tak layan
HASIL IBU SAYA TOLAK RM10 DARI GAJI MASUK ASB DIDIK ANAK SETIAP BULAN SEJAK LAHIR.

Ini adalah cerita benar dari ibu saya.
Amaran, panjang ceritanya.

Ibu saya kata memang dari kecil lagi semua anak-anak dia dah buatkan simpanan, iaitu ASB Didik dan juga Tabung Haji.

Ibu kata lagi, gaji ibu sikit tapi susah macam mana pun, ibu tetap akan tolak RM10 dari gaji ibu untuk anak-anak. Sampailah sekarang masih tolak RM10 walaupun gaji ibu dah naik sikit. TH pula tempat ibu masukkan duit raya anak-anak.

Jadi saya pun buat kira-kira dan anggaran. Saya lahir pada tahun 1997, mungkin ibu saya dah daftar untuk saya pada tahun itu juga.

Pada tahun 2015, umur saya dah 18 tahun.

Jadi, jika selama 18 tahun ibu saya tolak RM10 dari gajinya, hasilnya ialah

18 tahun x 12 bulan x RM10 = RM2,160

Bila dah umur 18 tahun, tahun depannya ibu saya suruh buat akaun ASB, saya mula masuk RM250.

Lepastu ibu kata masukkan duit dalam ASB Didik ke ASB untuk dewasa tu lah. Ikut je sebab tak faham apa benda ASB ni.

Saya check ada RM2,593.

Mungkin lebihan tu hasil dividen kot? 🤔

Saya tanya lagi, kenapa ada simpan duit banyak ni?

Dulu rasa macam RM2K tu dah banyak, padahal sikit. 😅

Ibu kata duit untuk saya sambung ijazah sarjana muda. Tapi bila saya sambung ijazah sarjana muda, kos dia hampir RM24,000 untuk 3 tahun.

Terkejut mak ai, yelah tadi ingat RM2,000 tu dah banyak. Budak baru nak up, tak tahu apa pun pasal duit.

Korang rasa cukup ke simpanan RM2,593 tu? Tak cukupss!

Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki berkat doa ibu saya, dapatlah biasiswa yang tanggung RM24,000 tadi tu.

Nak dijadikan cerita, tahun 2020 saya mula kenal emas. Bila diselidiki, diteliti, rupanya harga emas masa saya lahir tu anggaran sekitar RM30/gram je.

Hari ni? Mak aiiii!
Nak cecah RM300/gram dah.

Masa tu terus saya check balik buku ASB dan tanya balik ibu saya, betul ke dulu dia simpan RM10 setiap bulan untuk saya?

Korang tengok lah! 😭

Tengok rate harga Kijang Emas dari BNM sendiri.

Masa tu saya terfikir, agaknya berapa lah simpanan yang saya dah ada KALAU ibu saya simpan RM10 tu dalam bentuk emas dari saya kecil lagi.

Nak buat kira-kira tak?

Saya anggarkan tahun 1997, harga emas RM30/gram. Zaman ni nilai RM30 tu besar dan mahal tau. (Data ni saya rujuk website BNM harga Kijang Emas)

Jadi kalau RM10 yang mak saya simpan tu ditukar kepada bentuk emas, mungkin akan dapat dalam 0.3333 gram pada waktu itu.

Cuba kira untuk sepanjang tahun pertama 1997 tu, boleh simpan berapa gram emas?

Bayangkan jelah ya yang ibu saya simpan emas waktu tu. 😅

RM10 x 12 bulan = RM120
⬇️
0.3333 gram x 12 bulan = 4 gram (bundarkan terus la)

Jika emas tu disimpan sampai saya umur 18 tahun, harga emas tahun 2015 sekitar RM150/gram.

4 gram x RM150 = RM600

Itu baru nilai emas JIKA di simpan pada tahun pertama sejak saya lahir gais! 🥺

Ada baki lagi 17 tahun kita belum kira tu!

Terus saya bagitahu ibu, KALAU ibu beli emas dulu kan, mesti dah boleh cover duit belajar. Huhu.

Tapi nak buat macam mana kan? Zaman dulu takda platform beli sikit-sikit macam sekarang.

Rakyat Malaysia pun masih belum aware lagi tentang simpanan emas ni sebenarnya mengekalkan nilai.

Tahun 1997, RM10 ni nilainya besar.

Tahun 2022, RM100 pun dah rasa kurang cukup.

Tahun 2030? Fikir-fikirkan lah ya.

Jadi saya harap ibu bapa muda sekarang, dapat ambil iktibar dari kisah saya dan ibu saya ni.

Sekarang dah ada banyak platform untuk simpan emas secara sikit, gunakan peluang yang ada untuk simpan duit anak dalam bentuk emas.

Biar kita tak usik langsung sampai diorang umur 18 tahun, hasilnya akan ada.

Jangan jadi macam cerita saya, simpan duit kertas sikit-sikit tapi makin lama makin sikit dan miskin.

Bukan nilai wang kertas saja yang makin turun, tapi dividen pun makin turun saban tahun.

Simpan duit di ASB tiada masalah, jadi masalah bila simpan terlalu banyak duit dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Pelbagaikan pelaburan dan tempat simpanan anda.

✌🏼

Adawiyah Abdullah
Ilmu untuk dealer-dealer Public Gold 🥰
================================

Pasal sijil patuh syariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat Syariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda. Sijil patuh syariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fees ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan syariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh syariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

Ps: Setiap penasihat syariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat syariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim.
Atuk Sapphire.
PENGALAMAN JUAL EMAS DI LUAR NEGARA (ISTANBUL TURKI)

02.05.2022 - Disini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.

Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).

Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.

Apa yang menariknya disini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!

Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.

Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak2 boleh jual untuk dapatkan cash.

Begitulah.

NORHAZLAN ABD HAMID
Public Gold Business Owner

Nak simpan emas? Klik link di bawah:
https://linktr.ee/norhazlan

#JualEmasLuarNegara
#PublicGoldAzlan
#TeamEmasALF
#publicgold
#KekalTenang