Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#BukuKayaDenganEmas

Kalau ada bajet nak beli 250 gram emas, mana satu pilihan yang baik?

Beli gold bar 250 gram x 1 ketul?

Atau,

Beli 50 gram x 5 ketul?

Cadangan saya,

Kalau Tuan/puan mahu item emas yang mesra Ar-Rahnu (Pajak) dan mudah untuk jual sikit-sikit apabila nak pakai duit di kemudian hari nanti, item paling besar yang boleh saya cadangkan, pilihlah item gold bar 50 gram x 5 ketul = 250 gram.

Tapi kalau memang rancang nak jual seketul terus pada masa hadapan, saya recommend pilihlah gold bar 250 gram x 1 ketul = 250 gram.

Spread cuma 6%. Kalau harga emas naik 10%, dah untung 4%.

Semoga bermanfaat.

Luqman Banna.
Kelebihan jadi dealer PG

Tiada yang mustahil di Public Gold, pasti semua orang boleh berjaya!

Janji anda rajin berkongsi ilmu emas

Nak jadi dealer camni :
1. Hadir training online
2. ⁠Buat sharing di social media, target 1000 content
3. ⁠Beli pakej dealer - 8 dinar
4. ⁠Beli Wealth Card

Jangan malas-malas 😆

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/dealer-public-gold
#TabungDuit

Herd mentality dalam kewangan merujuk kepada kecenderungan seseorang membuat keputusan hanya kerana ramai orang lain melakukannya, tanpa kajian sendiri.

Ia berdasarkan naluri ikut orang ramai kerana rasa lebih selamat, walaupun keputusan itu mungkin tidak logik atau tidak sesuai dengan situasi sendiri.

Contoh Herd Mentality dalam Kewangan:

1. Beli Saham atau Emas Ketika Harga Dah Tinggi

Situasi:

Ramai orang mula beli emas atau saham bila media sosial heboh kata harga sedang naik.

Herd Mentality:

Tanpa kajian sendiri, ramai ikut beli sebab takut "tertinggal kereta" (FOMO - fear of missing out), walaupun waktu tu mungkin bukan masa terbaik untuk beli.

2. Ikut Skim Cepat Kaya
Situasi:

Ramai jiran atau saudara masuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.

Herd Mentality:

Disebabkan ramai join dan nampak untung, orang lain pun ikut tanpa semak latar belakang syarikat atau memahami risiko . Akhirnya ramai yang rugi bersama.

Contoh dalam Budaya Orang Melayu:

1. Hantaran Tinggi Sebab ‘Orang Lain Pun Buat’

Situasi:
Keluarga tetapkan hantaran RM20,000 sebab "sepupu pun bagi macam tu".

Herd Mentality:

Keputusan dibuat bukan atas kemampuan atau keperluan, tapi sebab ikut trend dan norma sekeliling - kadang-kadang membebankan pasangan sampai berhutang nak kahwin punya pasal!

2. Ikut Beli Barang Viral

Situasi:
Tiba-tiba ramai beli tudung, baju, atau barang dapur viral di TikTok atau Facebook. Mangkuk tingkat tranding!

Herd Mentality:

Tanpa fikir keperluan sebenar atau bajet, ikut beli sebab orang lain tengah beli, walaupun barang tu tak semestinya berkualiti atau berguna.

3. Pelaburan Emas/Simpanan Emas

Situasi:
Ramai mula beli emas bukan sebab faham manfaat jangka panjang, tapi sebab "semua orang tengah beli".

Herd Mentality:
Tanpa ilmu asas emas, mereka beli ikut-ikutan. Bila harga turun sikit, panik dan jual rugi.

Dapat sesuatu? Sila komen

Azizul Azli Ahmad
𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐟𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥?

Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain daripada itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic!
Harga emas naik turun setiap minit; Tak siapa yang tahu kemana harganya akan pergi dalam masa terdekat. Tapi harganya memang trending menaik for the long term (2 tahun dan lebih). Emas telah naik nilai 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan, dan malah telah naik nilai 45% dalam masa setahun lepas (!) – mengalahkan semua savings account, fixed deposit, kebanyakan saham, kebanyakan unit amanah dan malah kebanyakan kripto juga!

Next, anda juga tak perlu tunggu untuk pasaran settle down, situasi dunia normal atau harga yang lebih rendah. Ini adalah kerana pasaran akan sentiasa berpancaroba, dunia akan terus tidak menentu dan harga emas mungkin tidak akan turun ke paras harga yang anda kehendaki.

Jadi strategi yang terbaik dalam emas ialah untuk melabur secara konsisten, dan tunggu.

Jangan tunggu untuk melabur dalam emas. Instead, beli emas dan tunggu. Beli emas dan simpan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk maximizekan keuntungan anda.

Jadi sebaik sahaja anda buat keputusan untuk beli emas, terus buat beliannya. Jangan tunggu lagi.
SIMPAN EMAS BANTU KAWAL NAFSU BELANJA

Kadang-kadang bila ada duit tunai lebih, tangan ni gatal je nak belanja. Tapi bila kita tukar duit tu jadi emas, automatik rasa sayang nak jual.

Sebab tu emas ni boleh bantu kita kawal nafsu berbelanja. Bila emas ada depan mata, kita rasa puas tengok, tapi kita takkan mudah tergoda nak tukar balik jadi duit untuk dibelanjakan. Itulah kehebatan simpanan emas. Bukan sekadar lindungi nilai, tapi bantu kita latih disiplin kewangan

#PG1M
Dulu, orang kaya simpan emas sebab emas tiada rekod dalam sistem kewangan mainstream atau lebih mudah faham, simpan emas ni tiada rekod di bank.

Tapi hari ini, kita yang tak kaya ni gatal pulak gi simpan emas di bank.

Orang dulu simpan emas sebab tak nak bank tahu berapa banyak kita simpan. Dia taknak org tahu berapa kekayaan dia ada.

Jadi apa2, bank boleh sekat account kita. Simpan emas bukan di bank. Simpan sendiri, tak ada orang boleh sekat akaun kita

Elok-elok bank tak tahu anda simpan emas, sekarang bank dah tau.

Emm.
⚜️ *HARI BERSAMA PELANGGAN PG1M*⚜️

Program santai-santai bual bicara ini bakal membuka peluang dan ruang untuk anda lebih faham tentang simpanan emas. Belajar dari pengalaman dan strategi bijak dalam usaha menabung emas!

📍 *Slot 1: 7 RAHSIA SIMPANAN EMAS*

Speaker: Dr Siti Nuryati binti Che Ya
Status PGBO: Founder Master Dealer

📍 *Slot 2: PERKONGSIAN DARIPADA DEALER*

Sharer: Pn Norizan binti Ismail
Status PGBO: 1 Star Founder Master Dealer

Moderator : Pn Nor Amira binti Che Hasan
Status PGBO: Priority Dealer

Program ini diadakan secara #Live Di FB Page PG1M. Berikut merupakan butiran program :

Tarikh : 10.5.2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Lokasi : FB Page Public Gold By PG1M (https://www.facebook.com/publicgoldbypg1m)

SLOT ISTIMEWA
📌 Promosi Dealer yang menarik

Program ini terbuka kepada semua orang dan paling penting ianya dibawakan secara PERCUMA.

Ajak rakan, kawan & sabahat.
Ajak abang, adik & kakak.
Ajak keluarga, adik-beradik & saudara-mara.

Sama-sama meriahkan program menarik ini.
1 Kg Emas Lebih Mudah Dijual Berbanding Sebuah Rumah

Ramai orang anggap rumah sebagai aset terbaik. Tapi hakikatnya dari sudut liquidity (kecairan), 1 kg emas jauh lebih mudah dijual berbanding sebuah rumah.

Harga sekilo emas hampir sama macam sebuah rumah (sekitar RM500k), ataupun sekeping tanah. Tapi nak cari buyer rumah dan tanah agak rumit jika dibandingkan dengan emas.

Kenapa?
1. Jual emas ambil masa minit je. Kita tak perlu tunggu pembeli, tak perlu ejen hartanah, tak perlu peguam. Hanya perlu bawanya ke kedai emas atau jual semula ke Public Gold pun boleh.

2. Emas diterima di seluruh dunia. Walaupun di mana kita berada, nilai emas tetap laku. Rumah pula, bergantung pada lokasi dan keadaan pasaran.

3. Rumah biasanya perlukan pinjaman bank dan itu pun belum tentu lulus. Emas boleh tukar jadi tunai on the spot. Emas tak perlu tunggu loan lulus.

Rumah memang aset penting untuk tempat kita tinggal dan pelaburan jangka panjang, tapi dari segi kecairan, emas jauh lebih fleksibel.

Sebab tu orang kaya sentiasa simpan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas fizikal.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera goldsavers! 😊

*CABUTAN BERTUAH BULAN APRIL 2025 MENCARI 6 PEMENANG*

*TOPUP GAP SERENDAH RM100 SEPANJANG BULAN APRIL DAN LAYAK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH APRIL 2025*

- HADIAH PERTAMA RM50 (1 pemenang)
-PG01600064 Muhammad Fayyadh

- HADIAH KEDUA RM30 (1 pemenang)
-PG01650650 Hazim

- HADIAH KETIGA RM10 (3 pemenang)
-PG01680874 Azian
-PG01173654 Dhiya
-PG01195788 Nur Shamirah

- ⁠HADIAH KEEMPAT Buku Emas (1 pemenang)
- PG01675134 Mohamad Syukri

Tahniah lagi sekali!
Pemenang boleh pm saya untuk claim hadiah. Atau esok saya akan hubungi anda.😊
Nak ganjaran Rm20?

🌟 Join Program MGM - Member Get Member

Ganjaran: RM20 tunai untuk setiap seorang pendaftaran baru dengan pembelian emas minima RM100

Hanya perkenalkan PG kepada kawan dan saudara. Ayuh sebarkan ilmu kewangan

Jemput baca info akaun emas GAP dan daftar percuma: https://publicgold.me/MunirahMarzuki/akaun-gap

Tambah ilmu di telegram channel saya:
https://t.me/notaEmasPg00540198


Forward link ini 👇🏻
https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
“𝗗𝘂𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝟭 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗥𝗠𝟲𝟬𝟬, 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗥𝗠𝟭,𝟴𝟱𝟬. 𝗞𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲 𝘁𝘂?”

Ramai orang rasa bila harga Dinar naik, maknanya mereka dah jadi lebih kaya. Tapi… betul ke?

𝗝𝗼𝗺 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗱𝘂𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶:

Dulu RM600 (atau 1 Dinar) boleh beli seekor kambing.

Sekarang 1 Dinar dah jadi RM1,850 tapi harga kambing pun dah RM1,300.

Jadi, walaupun harga Dinar naik, apa yang kita boleh beli dengan 1 Dinar tetap sama – seekor kambing juga. Cuma sekarang ini kita akan ada duit lebihan sedikit di tangan.

Jumlah kambing pula tak bertambah, tak berkurang. Maknanya, kita tak jadi lebih kaya, cuma nilai duit kertas (RM) yang semakin jatuh.

𝗡𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹-𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗸𝗮𝘆𝗮?

Bukan tunggu harga naik, tapi tambah jumlah Dinar yang kita simpan.

𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝟭 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿, 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟬𝟬 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗿.
Haa, itu baru betul-betul kaya. Sebab dari mampu beli 1 kambing, sekarang dah boleh beli lebih 100 ekor kambing.

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵:

Harga Emas naik tak semestinya kita makin kaya. Kaya sebenar apabila kita miliki lebih banyak aset bernilai.

Dapat sesuatu 👍
Macam Mana Bank Buat Duit Dengan Duit Kita?

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana bank buat untung dari duit kita? Jom kita kaji.

1. Apabila kita simpan duit dalam bank ia bermaksud kita serahkan kepercayaan kepada bank untuk uruskan duit kita.

Contohnya kita simpan RM10,000 dalam akaun simpanan. Duit tu bukan duduk saja. Bank tak simpan bawah bantal.

2. Bank akan guna duit simpanan kita untuk bagi pinjaman kepada orang lain contohnya pinjaman rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya.

Daripada pinjaman tu, bank kenakan faedah. Riba bagi bank konvensional atau margin keuntungan bagi bank Islam.

3. Kalau bank beri pinjaman RM10,000 dengan kadar 6% setahun, mereka dapat RM600 keuntungan. Untung dari duit yang kita simpan tadi.

Daripada keuntungan tu, bank mungkin beri kita sedikit faedah simpanan (e.g. 1% atau RM100), tapi baki besar jadi untung bersih bank.

4. Duit yang kita simpan jadi ‘modal’ bank untuk kaut keuntungan. Bank “rolling” duit tu banyak kali, sebab duit yang kita simpan tak dikeluarkan serta-merta.

Sebab itu bank perlukan kita saving.

Jika ramai orang keluarkan duit simpanan untuk beli emas fizikal, bank akan kehilangan ‘bahan mentah’ untuk produk hutang mereka.

Maka, bank terpaksa cari jalan supaya duit tu tak keluar dari sistem. Mereka akan keluarkan pelbagai produk. Salah satunya ialah cipta akaun emas digital yang patuh syariah.

Saya lebih suka pegang sendiri emas fizikal. Bila kita simpan emas, kita keluarkan duit daripada sistem hutang. Cukuplah bank tu untuk buat loan rumah dab kereta.

Bagi saya simpan emas fizikal bukan sekadar simpanan ia juga satu bentuk ‘exit’ dari sistem hutang berterusan.

#AAR