Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
388 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Bagi anda yang ingin konsisten menyimpan 1 gram 1 bulan, item 10 gram BungaMas ini adalah pilihan terbaik.

Kunci harga secara EPP10, bayaran bulanan adalah bersamaan harga 1 gram hari ini. Bayar ikut jadual tidak kira sama ada harga naik atau turun.
Bila selesai bayaran, kita akan dapat 10 gram ini dalam tangan.

Harga 10 gram hari ini (26 September 2024) sekitar RM3,850

September 2023, harga 10 gram ยฑRM3,150.
Kenaikan nilai 22% dalam masa setahun!

September 2022, harga 10 gram ยฑRM2,610.
Kenaikan nilai 48% dalam masa 2 tahun, iaitu purata 24% setahun!

Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang.
Harga hari ini akan murah bila telah jadi sejarah

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 10 gram yang cantik ini sebelum harga meningkat naik.
Hanya 1 gram 1 bulan secara EPP10.

#PG1M
ADAKAH ANDA TAHU ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ’ถ Nilai wang RM100 jika disimpan di rumah selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 โ€“ RM10 inflasi iaitu RM90.

๐Ÿ’ถ Nilai wang RM100 jika disimpan di bank selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM3 (3% dividen) โ€“ RM10 (inflasi) iaitu RM93

๐Ÿ’ถ Nilai wang RM100 jika disimpan di ASB selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM8 (8% dividen) โ€“ RM10 (inflasi) iaitu RM98

๐Ÿ’ถ Nilai wang RM100 jika disimpan di Tabung Haji selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM6 (6% dividen) โ€“ RM10 (inflasi) iaitu RM96

๐Ÿ’ถ Nilai wang RM100 jika dibeli emas selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM10 (10 % kadar tukaran RM ke dolar) โ€“ RM10 (inflasi) iaitu RM100 + % kenaikkan harga emas โ€“ % spread emas.. Harga emas adalah kalis inflasi dimana harga emas bergantung kepada peratus tukaran wang ringgit Malaysia kepada dolar Amerika.

SENANG KATA SIMPAN DUIT, DUIT MAKIN HILANG NILAINYA.

Jom simpan aset yg lebih bernilai utk masa depan yg lebih bermanfaat!

#PG1M
BELUM MAMPU BELI RUMAH,
BELI EMAS DULU

5 tahun lepas, harga rumah RM300, 000

๐Ÿ“Œ Awak simpan duit untuk deposit RM30 000 (10% daripada harga rumah)

๐Ÿ“Œ Saya simpan emas 100 gram, juga RM30 000

Hari ini awak nak bayar deposit, harga rumah sudah pun meningkat menjadi RM380 000

APA BEZANYA KITA?

Bezanya..
Awak simpan duit, saya simpan emas.

Walaupun kita pada mulanya menyimpan jumlah yang sama, tetapi 100 gram emas saya pada hari ini telah pun bernilai RM38 000. Masih cukup untuk saya bayar deposit walaupun harga rumah telah meningkat

Jadi, fikir-fikirkan ๐Ÿ˜Š

#PG1M
Memori setahun yang lalu

Setahun lalu, 5 September 2023, harga emas adalah RM316/g.

Hari ini, 20 Oktober 2024, harga emas telah meningkat kepada RM409/g.

Sudah pasti mereka yang telah membuat simpanan pada tahun lalu akan tersenyum.

Namun apabila diteliti semula data harga emas dan apabila analisis dibuat, didapati:

โœ… Harga RM316/gram adalah harga rekod tertinggi pada waktu itu.

โœ… Rekod harga tertinggi (All-time-high) ini dicatatkan pada 3 Mei 2023.

โœ… Lebih menarik lagi, harga RM316 telah beberapa kali dicapai semula dan tidak dapat ditembusi sejak rekod ATH dicatatkan iaitu pada 2 Jun, 13 Julai, 14 Julai, 31 Ogos, 2 Sept, 3 Sept, 4 Sept dan 5 Sept. Bukan sekali, tetapi 8 kali!

โœ… Rekod baru selepas itu adalah RM320 iaitu pada 21 September 2023.

Mengimbau kembali memori setahun yang lalu, apakah emosi penyimpan emas antara Mei โ€“ September 2023?

Ada beberapa kemungkinan
1. jual gram emas untuk dapatkan keuntungan
2. tunggu dan lihat,
3. tunggu harga jatuh, ambil peluang tambah gram
4. terus konsisten membuat simpanan tanpa pedulikan harga

Apakah tindakan anda pada masa tersebut?

Apabila kita lihat semula memori ini dari masa depan (sekarang), kita boleh membuat penilaian terhadap tindakan kita pada masa itu.

โœ… Kita akan lebih faham kenapa mentor sentiasa tekankan untuk beli emas secara konsisten.

โœ… Kita akan lebih faham kenapa kita perlu fokus kepada penambahan gram.

โœ… Pastinya kita lebih bersedia membuat tindakan yang betul pada masa akan datang.

โœ… Pasti kita akan membuat tindakan yang bijak mulai hari ini.

โœ… InsyaAllah kita akan menjadi penyimpan emas yang berjaya.

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Tahun 2015 dulu, emas 100 gram cuma RM15,000.

Hari ni 100 gram emas dah cecah RM42,000!

Kenaikan 180% dalam 9 tahun.

Setahun naik harga 20%.

ASB bagi dividen 5% jerr? Aduhhhh kenapalah tak kenal emas awal!

Itulah sebab saya selalu cakap, beli emas tak perlu risau pasal harga. Yang penting berapa banyak gram dah yang kita ada.

Asal itu duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Tak perlu risau pasal inflasi, kemerosotan ringgit atau ketidakstabilan ekonomi dan politik (yang menjejaskan nilai kekayaan kita).

#PG1M
'TERASA MURAH TETAPI TIDAK BERBALOI'

Menyimpan emas sememangnya menjadi trend di kalangan masyarakat sekarang.

Antara produk emas yang menjadi pilihan adalah wafer emas bersaiz kecil 0.2 gram dan ke bawah.

Sekali pandang, apa salahnya beli emas bersaiz kecil begini untuk tujuan pelaburan. Harga mampu milik dan lekat pada kad dengan design yang menarik

*APA MEREKA FIKIR?*

๐Ÿ“Œ Item kecil mudah dijual, mudah dicairkan pada bila - bila masa

*APA YANG  MEREKA TIDAK TAHU*

๐Ÿ“Œ Emas bersaiz kecil ini tidak semua kedai akan terima untuk jualan balik

๐Ÿ“Œ Emas yang terlalu nipis melekat pada plastik dan sukar untuk dikeluarkan.

๐Ÿ“Œ Emas terlalu nipis susah dikesan oleh densimeter. Maka susah untuk mengukur berat emas tersebut

๐Ÿ“Œ Atas faktor ini, kebanyakan kedai akan menolak untuk ambil emas bersaiz terlalu kecil. Jika ada pun, mereka akan ambil dengan harga yang sangat murah

MAKA, BERHATI - HATI!

Nak simpan emas tu dah bagus, tapi kalau salah pilih produk dan sukar untuk dijual semula, ianya tidak berbaloi

JADI, BERAPA YANG SESUAI?

๐Ÿ“Œ Belilah emas sekurang - kurangnya 0.5 gram ke atas. Atau mulakan saja serendah RM100 dalam akaun GAP

Jadilah pembeli dan penyimpan emas yang bijak.
Simpan bukan sekadar mengikuti trend, tetapi simpan dengan ilmu

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š

#PG1M
[Emas Atau Tanah?]


Ramai diantara kita berdebat dan bertikam lidah untuk menang dalam menentukan keperluan Aset.

Ada orang simpan emas berkilo-kilo.

Ada yang pilih beli tanah berekar-ekar.

Apa pun pilihan kita, ianya bukanlah suatu kesalahan kerana itu adalah pilihan kita.

Pandang dari sudut yang Positif. Kedua-duanya di kategori sebagai ASET PERLU. Ianya bukanlah jaminan untuk kaya tetapi jaminan kepada kesenangan hidup pada masa akan datang.
.

Elakkan untuk menjadikan aset sebagai liabiti. Contohnya bila tanah dibeli berekar-ekar tetapi dibiarkan kosong tanpa diusahakan.

Beli dengan kemampuan bukan dengan nafsu atau Ikut-Ikutkan.

Nak tunggu beli tanah berekar-ekar, mungkin memerlukan kos yang besar.

Tapi,
Tapi,
Tapi !


Saya ada satu #Tips & #Rahsia iaitu Emas Boleh dimiliki serendah 1gram atau RM100 dengan nilai seberat 0.4gram. ๐Ÿ˜

Kalau nak ada simpanan 10gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 100 gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 1kilogram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Ingat, seketul tanpa bata, tiadalah bangunan berdiri megah.

Dapat sesuatu?

Mula sekarang!

#PG1M
Gais.

4 tahun yang lalu (tahun 2020) saya telah menulis tips power ini. Siapa yang ikut nescaya akan berterima kasih kepada saya.

Jadi kat sini saya share semula untuk bacaan anda.

โ€”โ€” start sharing โ€”โ€”-

Gais.

Saya nak share sket tips "power" untuk penyimpan dan pelabur emas.

Sekiranya anda faham tips ini, maka strategi pelaburan emas akan jadi mudah.

Nama strategi ini adalah "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง" atau dalam English dipanggil "๐’‡๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐’๐’๐’๐’Œ๐’Š๐’๐’ˆ ๐’‚๐’‘๐’‘๐’“๐’๐’‚๐’„๐’‰"

Apa maksudnya?

Maksudnya, apabila membeli emas sekarang, kita ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ค ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฉ๐จ๐ญ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐ค๐ž๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง. Lagi jauh kita pandang lagi bagus.

Kalau ditakdirkan kita terbeli pada harga tinggi, kemudian tiba-tiba harga emas menurun, maka tak perlu sedih, sebab pendekatan memandang ke hadapan menyebabkan kita akan melihat potensi harga emas lagi 2 tahun ke hadapan atau 5 tahun ke hadapan.

Atau 10 tahun kehadapan!

Jadi kita tak akan sedih sebab harga emas jatuh dalam masa sebulan dua. Itu pendek sangat tu.

Kita kena ingat bahawa kita beli emas sekarang kerana kita nampak potensinya dalam jangka masa panjang, bukan sebulan dua dari tarikh kita beli emas.

Contoh sebenar. Jika anda membeli emas untuk tujuan pergi umrah atau haji. ia memerlukan anda melihat potensi harga emas 5 tahun lagi.

Atau pun anda membeli emas sebagai dana pendidikan anak. Ia memerlukan anda melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi apalah sangat harga emas jatuh sebulan 2.

Kalau anda tengok graf harga emas dalam gambar di bawah, itu adalah gambar sebenar pergerakan harga emas untuk 2 tahun ye. Harga dia tak naik memanjang, dia ada turun juga.

Sesiapa yang tengok jangka pendek, maka dia akan nampak harga emas turun. tapi siapa yang melihat 2 tahun.. maka dia tak nampak harga turun, dia nampak harga emas menaikkkkkk...

Jadi, untuk mendapat jiwa tenang, muka yang kudus dan tersenyum sepanjang melabur emas maka anda perlu latih jiwa anda untuk menguasai strategi "๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐ก๐š๐๐š๐ฉ๐š๐ง"

Anda akan berterima kasih kepada diri anda ๐Ÿ™‚

Sila #share tips ini jika bermanfaat

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#throwback
HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN

Biasa kita dengar nasihat 'hiduplah mengikut kemampuan', tetapi kali ini sedikit berbeza.

Kita mampu untuk makan di restoran, tetapi kita lebih memilih untuk masak dan makan di rumah. Jauh sekali makan di hotel 5 bintang, di luar kemampuan kita

Kita mampu untuk tukar kereta baru, tetapi kita lebih memilih menggunakan kereta sedia ada yang masih elok kondisinya. Jauh sekali membeli kereta mewah.

Cuba kekalkan cara berbelanja seperti sedia ada walaupun pendapatan kita kian meningkat.

Bersederhanalah dalam apa yang kita lakukan.

Petikan buku:
Misi Bebas HUTANG - Zulkifli Shafie

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š

#PG1M
Ada orang bertangguh simpan emas,
Ada orang tertangguh simpan emas,
Ada orang menangguh simpan emas.

Siapa pun kita,
Apa pun cabaran kita,
Simpanan itu perlu. Bahasa mudah. Wajib!

Dari segi simpanan, paling bagus kita letakkan sebagai komitmen.

Yes,
Sama seperti komitmen Kereta.
Sama seperti komitmen Rumah.
Sama seperti komitmen hutang-hutang.

Bila letak sebagai komitmen, simpanan jadi Paksa!

Jika boleh paksa diri bayar hutang, semestinya boleh paksa diri menyimpan.

Bezanya cara berfikir.

Bayar hutang, duit habis.
Menyimpan emas, duit tak habis sebab duit tu dah bertukar jadi wang sebenar iaitu emas.

#PG1M
โ€œSimpan sikit-sikit, lama-lama masih sikitโ€

Kalau kita termasuk dalam situasi di atas, cepat-cepatlah ubah cara kita menabung.

Dana kewangan sangat penting dan kita memang perlu kena pastikan yang kita ada simpanan duit. Sebab kita tidak dapat menjangka cabaran yang akan berlaku kepada kita pada masa depan.

Masalahnya kita simpan RM300 sebulan, hujung tahun sepatutnya ada RM3600 tetapi dalam simpanan hanya RM300. Sebab kita korek tabung atau pinjam sekejab.

Jom pastikan duit kita itu kekal RM3600. Tipsnya adalah;
1. Tukar sebahagian duit yang kita ada itu ke dalam bentuk simpanan emas. Sebab emas, auranya memang untuk disimpan.
2. Daripada RM3600, ambil RM2000 tukar jadi emas (1dinar/5 gram goldbar)
3. Dalam saving akaun ada RM1600 dan RM2000 dibekukan jadi emas.

Apabila simpan emas, automatik minda kita terfikir nak tambah gram emas berbanding duit. Kita akan asyik terfikir tentang berbelanja kerana sifat duit adalah berbelanja.

Perasaan berduit ini akan membahayakan situasi kewangan kita. Kita terdedah untuk membelanjakan duit tersebut tanpa rasa bersalah. Itu yang akhirnya โ€˜simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikitโ€™.

Dapat sesuatu?

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
5 TIPS EMAS UNTUK PELABUR BARU

1. Ilmu SPREAD ialah ilmu pelaburan emas paling penting yang membezakan kita dengan pelabur-pelabur emas yang lain.

2. Pelabur yang tidak memahami SPREAD bakal terlepas peluang untung mengaut untung maksimum dalam pelaburan.

3. Lebih teruk lagi, pelabur tersebut mudah ditipu oleh penjual emas.

4. SPREAD merujuk kepada peratus perbezaan harga jualan emas (sell) dan harga belian semula (buyback).

5. Nilai SPREAD inilah yang menentukan berapa banyak untung yang kita dapat hasilkan bila kita jual balik emas.

Public Gold International Bhd. adalah syarikat pengeluar emas berSPREAD rendah. Hanya sekitar 6% - 9% sahaja.

#PG1M
SPREAD EMAS PUBLIC GOLD

Spread emas bergantung kepada harga jualan dan harga beli balik item emas oleh sesebuah syarikat.

Kita beli item emas berdasarkan harga jualan suatu syarikat. Manakala apabila kita ingin menjual semula item emas kepada syarikat tersebut, ianya adalah berdasarkan harga beli-balik (buy back) yang ditawarkan.

๐’๐ฉ๐ซ๐ž๐š๐ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ซ๐ž๐ง๐๐š๐ก (๐ง๐ข๐ฉ๐ข๐ฌ) ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐š๐ง.
Bila kita rujuk harga gold bar dan dinar pada laman web dan aplikasi PG, tertera nilai PG Sell dan PG Buy untuk setiap item. Nilai ini yang kita gunakan untuk mengira spread item gold bar dan dinar.

Formula untuk mengira spread emas adalah:
๐ฌ๐ฉ๐ซ๐ž๐š๐ = ( (๐๐† ๐’๐ž๐ฅ๐ฅ โ€“ ๐๐† ๐๐ฎ๐ฒ) / ๐๐† ๐’๐ž๐ฅ๐ฅ ) ) ๐ฑ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ%

Contohnya, berdasarkan kepada harga pada 27 Jun 2024:
spread gold bar 10 gram
= ( (3,808 โ€“ 3,466) / 3,808) x 100%
= 9%

spread gold bar 1 kilogram
= ( (375,214 โ€“ 352,701) / 375,214) x 100%
= 6%

Apabila kita guna formula yang sama untuk item-item lain, didapati nilai spread item emas PG adalah antara 6% hingga 9% sahaja.

Lebih besar item, lebih rendah (nipis) spread.

Spread item emas PG adalah antara yang terendah berbanding dengan syarikat lain.

Nilai spread ini merupakan satu daripada kriteria utama untuk kita membuat pilihan syarikat untuk membeli emas.

Pilihlah syarikat yang menawarkan spread yang rendah.
Pilihlah Public Gold.

#PG1M
Forwarded from PG1M COPYWRITING
Sejarah harga emas:
1 Jan 2023 - RM280
1 Jan 2024 - RM331
1 Jan 2025 - RM409

Apa maknanya tuan puan?

Dari data sejarah harga emas ini, kita dapat melihat trend kenaikan harga emas secara signifikan dari tahun ke tahun. Berikut adalah maknanya:

1. Kenaikan Harga Emas Tahunan

1 Jan 2023 ke 1 Jan 2024:
RM331 - RM280 = RM51 kenaikan (Peratusan kenaikan: (51/280) ร— 100 โ‰ˆ 18.2%)

1 Jan 2024 ke 1 Jan 2025:
RM409 - RM331 = RM78 kenaikan (Peratusan kenaikan: (78/331) ร— 100 โ‰ˆ 23.6%).

Trend ini menunjukkan bahawa emas bukan sahaja mengalami kenaikan harga, tetapi juga kadar kenaikannya bertambah (dari 18.2% kepada 23.6%).

2. Inflasi dan Lindung Nilai

Emas sering dilihat sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Kenaikan harga emas ini boleh menjadi refleksi tekanan inflasi atau ketidakstabilan ekonomi, di mana pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat.

3. Pulangan Positif untuk Penyimpan Emas

Mereka yang menyimpan emas secara konsisten menikmati 'capital gain' daripada kenaikan harga ini. Sebagai contoh โคต๏ธ

10 gram emas yang dibeli pada 1 Jan 2023 (RM2,800) bernilai RM4,090 pada 1 Jan 2025, menghasilkan keuntungan RM1,290 dalam 2 tahun.

4. Strategi Pelaburan Jangka Panjang

Data ini menguatkan keyakinan bahawa emas sesuai untuk simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Walaupun harga emas mungkin turun naik dalam jangka pendek, trend jangka panjang cenderung meningkat.

5. Pengajaran untuk Tindakan Masa Depan

Mulakan Menyimpan Emas Sekarang: Bagi yang belum mula, data ini membuktikan betapa pentingnya memulakan tabungan emas lebih awal.

Strategi DCA (Dollar-Cost Averaging): Menyimpan emas secara konsisten setiap bulan dapat membantu memanfaatkan kenaikan harga dalam jangka panjang.

Adakah anda sedang menyimpan emas? Jika ya, trend ini adalah bukti kukuh bahawa anda berada di landasan yang betul!

#PG1M
Bina Aset Masa Depan Dengan Emas

Bagi anda yang baru bekerja ataupun yang dah lama bekerja tetapi belum ada simpanan, mulalah membina aset masa depan anda dengan menabung emas.

Membina aset memerlukan wang.
Membina aset yang besar pasti memerlukan wang yang banyak.

Tetapi dengan emas, kita dapat menabung sedikit demi sedikit
Kita gunakan kelebihan faktor MASA.

Simpan secara KONSISTEN setiap bulan dalam tempoh MASA yang panjang.
Pasti kita akan berjaya

Hari ini kita simpan RM100, dapat 0.23xx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 1 tahun, dapat ยฑ2.8xxx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 2 tahun, dapat ยฑ5.6xxx gram
Simpan RM100 setiap bulan selama 5 tahun, dapat ยฑ14.xxxx gram

Jika hari ini kita belum mampu untuk membeli 14 gram (ยฑRM6,000) secara tunai, kita masih berpeluang memilikinya dengan faktor MASA.

Set target untuk 5 tahun akan datang
Simpan setiap bulan sekurang-kurangnya RM100.
Kita akan dapat ยฑ14 gram emas,

Lazimnya bila sudah nampak kelebihan simpanan emas dalam perjalanan 5 tahun membina aset, sudah pasti lebih banyak gram emas yang terkumpul. Ini telah terbukti oleh ramai penyimpan emas sebelum ini.

Mulakan hari ini!
Mulakan di awal tahun 2025.

Pasti diri kita pada masa depan akan berterima kasih atas keputusan yang kita buat hari ini.

#PG1M
TETAPKAN MATLAMAT SIMPANAN

Sahabat, pakar kewangan menasihatkan sebelum kita mula beli emas, kena tahu apa matlamat kita :

1. Simpanan.
2. Pelaburan.
3. Perhiasan.
4. Modal pusingan perniagaan.
5. Dana kecemasan.
6. Pendidikan anak-anak.
7. Maskahwin/hantaran.
8. Back-up belanja hangus.
9. Nak elak dari belanja yang bukan-bukan.
10. Kumpul aset hati tua cara paling senang.
11. Dan lain-lain.

Bila dah decide mana satu matlamatnya, kita kena tahu ciri-ciri emas terbaik untuk mencapai matlamat kita :

1. Harga per gram terendah.
2. Spread beli dan jual ternipis.
3. Jaminan belian balik bila kita kena jual emas kita.
4. Kepelbagaian item emas ikut kesesuaian bajet kita.
5. Cara jual beli yang mesra pembeli.
6. Senang dipajak di arrahnu.
7. Dan lain-lain.

Semua ciri-ciri ini mesti ada bersama secara pakej.

Bila emas dah ada di tangan, balik semula kepada matlamat asal. Bertindaklah mengikut matlamat sehingga tercapai matlamat tersebut.

Jangan lupa dari masa ke semasa, tambah ilmu tentang emas.

1. Baca buku.
2. Baca blog.
3. Baca ebook.
4.Hadir seminar.
5. Bertanya kepada yang ahlinya.

Nak dapat semua ini, pilihlah Public Gold sebagai platform simpanan emas kita, kemudian duduk dalam circle penyimpan & pelaburan emas yang memberikan Ilmu emas yang betul. Kita perlu celik emas agar kita faham matlamat simpanan emas kita dan bagaimana simpanan emas boleh membantu aliran tunai kita.

Sahabat,
Cara simpan emas yang betul ialah - simpan dan tunggu.
Bukan tunggu baru simpan.
Jika betul laluan kita, InsyaAllah kita akan berjaya dengan emas.
Harga naik kita beli.
Harga turun kita borong.

Begitulah.

#PG1M
'JANGAN BESAR PASAK DARIPADA TIANG'

Pepatah ini bermaksud perbelanjaan atau pengeluaran tidak boleh melebihi pendapatan atau kemampuan.

๐Ÿ“ŒPengurusan Kewangan Yang Bijak

Ia mengingatkan kita untuk sentiasa hidup dalam kemampuan dan mengelakkan pembaziran.

๐Ÿ“ŒElakkan Hutang

Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan, seseorang terpaksa berhutang. Pepatah ini memberi amaran agar mengelakkan hutang yang tidak perlu, yang boleh membawa kepada masalah kewangan yang lebih besar.

๐Ÿ“ŒPerancangan Masa Depan

Dengan mengamalkan pepatah ini, kita dapat merancang masa depan dengan lebih baik. Kita dapat menabung untuk keperluan mendesak atau impian jangka panjang.

๐Ÿ“ŒKehidupan Sederhana:

Ia mengingatkan kita untuk tidak terpengaruh dengan gaya hidup mewah yang melebihi kemampuan kita.

"Jangan besar pasak daripada tiang" adalah peringatan yang berharga tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bertanggungjawab. Dengan mengamalkan prinsip ini, kita dapat mencapai kestabilan kewangan dan mengelakkan masalah kewangan di masa hadapan.

#PG1M
Tahniah kepada sahabat dealer Hj Aziz Azahari, dealer Public Gold di Brunei kerana berjaya lock 2kilo emas untuk customernya ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

Nilainya 920k ++

Inspirasi betul ๐Ÿ˜๐Ÿ‘

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! ๐Ÿ”ฅ

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara ๐Ÿ“ˆ

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M

16/4/2025
SIMPAN EMAS BANTU KAWAL NAFSU BELANJA

Kadang-kadang bila ada duit tunai lebih, tangan ni gatal je nak belanja. Tapi bila kita tukar duit tu jadi emas, automatik rasa sayang nak jual.

Sebab tu emas ni boleh bantu kita kawal nafsu berbelanja. Bila emas ada depan mata, kita rasa puas tengok, tapi kita takkan mudah tergoda nak tukar balik jadi duit untuk dibelanjakan. Itulah kehebatan simpanan emas. Bukan sekadar lindungi nilai, tapi bantu kita latih disiplin kewangan

#PG1M