Ramai yang sanggup buat hutang baru semata-mata nak merasa kereta baru, padahal yang 'baru' tu tak kekal lama.
Bagi saya, bau baru, rasa teruja sementara, selak langsir jenguk kereta tersayang, pujian melambung kawan-kawan - semua tu akan hilang dalam beberapa bulan. Mungkin 10 bulan sahaja. Yang tinggal, cuma komitmen bayaran yang ditanggung beribu sebulan.
Mengikut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 27% kes kebankrapan melibatkan hutang kenderaan. Kenapa? Sebab ramai terperangkap dengan hutang yang mereka tak sangka akan membebankan kewangan jangka panjang.
Bayangkan kalau duit bayaran bulanan tu disimpan sebagai aset. Dalam lima tahun, mungkin dah cukup untuk beli kereta idaman - cash. Bukan setakat kereta, malah boleh bina dana kecemasan, belanja anak-anak masuk universiti dan tak perlu risau duit bersara nanti.
Kereta lama walau tak secantik mana, tapi bebas beban hutang. Hati tenang, jiwa lapang. Duit yang ada boleh disimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Kita tak kejar gaya hidup, tapi kita kejar kualiti hidup yang lebih stabil dan bebas kewangan.
Statistik menunjukkan bahawa harga kereta susut nilai sekitar 15-20% setahun, dan selepas 5 tahun, nilainya boleh jatuh sehingga 60% dari harga asal. Itu belum lagi termasuk kos penyelenggaraan, insurans, dan cukai jalan—semua tu duit kita yang terbakar setiap tahun.
Bukan salah beli kereta kerana ia keperluan. Tapi ramai orang menyesal beli kereta berbanding tak beli kereta.
Oleh itu pilihlah ketenangan hidup, bukan tekanan hutang.
#AAR