Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
390 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#TabungSimpanan

BERAPA LAMA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENYIMPAN UNTUK ADA RM50,000 PERTAMA?

1) Alicia (Penganalisis Kandungan), Gaji: RM3,500/sebulan

Saya adalah seorang penganalisis kandungan berusia 25 tahun di Petaling Jaya dan gaji saya adalah sekitar RM3,500 sebulan (RM45,000 setahun).

Disebabkan saya bekerja di PJ, gaji saya boleh dikatakan cukup-cukup makan. RM3,500 terlalu rendah untuk saya menyara kehidupan di PJ.

Sebahagian besar perbelanjaan kewangan saya adalah untuk pinjaman kereta dan pinjaman belajar, serta penyelenggaraan kereta.

Bagaimanapun, saya boleh bertahan namun tidak dapat menympan untuk perkara-perkara besar di masa depan.

Kerana saya masih muda, saya sentiasa belajar perkara baru dan mencari kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memperoleh kemahiran tambahan.

Untuk menyimpan RM50,000, saya mungkin akan mengambil masa lebih dari 5 tahun, itupun dengan mengambil kira saya tidak mendapat sebarang pendapatan tambahan dari kerja sampingan.

Namun, jika saya mendapat beberapa kerja sampingan, saya mungkin dapat mencapai matlamat itu dalam masa yang lebih singkat.

Dari segi kerjaya, saya mungkin akan bekerja dalam industri ini untuk tempoh 3-5 tahun.

2) Daniel (Jurutera Awam). Gaji: RM2,200/sebulan

Saya adalah seorang jurutera awam berusia 26 tahun untuk sebuah syarikat pembangun hartanah yang berpusat di Lembah Klang. Saya memperoleh sekitar RM2,200 sebulan dan RM800 sebagai elaun.

Boleh dikatakan, saya memperoleh RM3,000 sebulan. Sewa, pinjaman kereta, insurans, minyak petrol, dan makanan merupakan perbelanjaan terbesar dari pendapatan saya.

Sudah pasti, gaji saya terlalu kecil untuk hidup dengan selesa di Kuala Lumpur. Menurut anggaran, saya perlukan sekitar RM5,000 hingga RM6,000 untuk hidup dengan selesa di sini.

Berikutan kenaikan kos sara hidup, saya fikir gaji seorang jurutera awam yang baru sahaja habis belajar (fresh graduate) perlukan sekitar RM3,500.

Walaupun kadar pasaran sekarang adalah RM3,000 untuk graduan baru, kebanyakan orang tidak dibayar begitu banyak. Malah, ada beberapa rakan sebaya saya menerima tawaran gaji lebih kurang saya, namun dengan elaun yang jauh lebih rendah.

Dengan pendapatan semasa, saya dapat menyimpan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Walaupun tidak banyak, saya masih menyimpan.

Jika saya cukup disiplin untuk menyimpan RM150 sebulan, saya akan memerlukan kira-kira 27 tahun atau lebih untuk menyimpan sehingga RM50,000.

Walaupun begitu, saya juga mempunyai kerja separuh masa sebagai pemandu Grab.

Dengan pendapatan sampingan ini, saya berharap dapat menyimpan RM50,000 dalam masa kurang dari 15 tahun.

3) Vernon (Instruktor Yoga & Pekerja Bebas). Gaji: Berubah-ubah.

Saya adalah pengajar yoga sepenuh masa. Dalam masa lapang, saya juga bekerja sebagai pekerja bebas/separuh masa untuk dua pekerjaan lain.

Kini, sukar untuk hidup di KL atau PJ sekiranya mempunyai hanya satu pekerjaan sahaja.

Secara purata, pekerjaan sebagai pengajar yoga mencukupi untuk membayar perbelanjaan seperti kereta, sewa rumah, dan perbelanjaan lain-lain.

Kerja lain yang saya lakukan adalah seperti hobi; saya melakukannya bukan kerana wang semata-mata tetapi demi minat.

Perbelanjaan bulanan saya tidak banyak. Bagaimanapun, saya bertuah kerana tidak mempunyai tanggungjawab seperti menjaga ibu bapa atau menyumbang kepada mereka secara kewangan.

Gaji saya adalah dalam mata wang asing dan lebih dari mencukupi apabila ditukar kepada RM.

Saya mungkin hanya memerlukan 1 tahun untuk menyimpan RM50,000.

Setelah saya telah menyimpan lebih banyak, saya bercadang untuk berhijrah ke Kanada atau Australia.

4) Margaret (sudah berpencen). Pencen: RM 2,500

Ketika saya mula bekerja pada tahun 1982, gaji asas saya hanya RM250.

Benar, hidup pada masa itu lebih mudah: saya bujang, tinggal bersama ibu bapa, dan tidak mempunyai tanggungjawab.

Pada zaman itu, kami boleh menggunakan bas untuk bergerak. Malah, kami juga tidak mempunyai kafe seperti Starbucks yang mewah, kafe hipster, atau bistro yang memakan banyak wang.
Kami akan berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak, pusat penjaja, atau di rumah masing-masing.

Kemudian, saya dan suami memutuskan untuk berkahwin dengan bajet yang kecil pada tahun 1990.

Kami tinggal dalam sebuah flat kos rendah, murah dan berpatutan.

Beberapa tahun kemudian, kami memutuskan untuk berpindah ke sebuah rumah 3 bilik apabila anak-anak datang.

Kerana komitmen kerja kami, kami mempunyai dua kereta. Itupun sudah dianggap mewah pada masa itu.

Kemudian, keluarga berkembang dan kami berakhir dengan tiga orang anak.

Bagaimapaun, saya rasa kami gagal dalam merancang kewangan dan tidak mempersiapkan diri untuk hari-hari susah.

Kami tidak mempunyai banyak simpanan. Dengan begitu banyak komitmen, kehidupan agak sukar dan menekan.

Ini menjadi lebih sukar semasa kemerosotan ekonomi – perniagaan suami saya terjejas dan saya tidak bekerja selama beberapa bulan.

Kami benar-benar perlu belajar bagaimana menguruskan kewangan.

Syukurlah, ekonomi pulih dan keadaan menjadi lebih baik. Kami berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan kami dengan simpanan KWSP.

Anak-anak pula berjaya menamatkan pengajian mereka dan kini bekerja jauh dari rumah.

Sumber: InRealLife
TIP ELAK RASA KECEWA BILA ORANG TAK MEMBELI DARI KITA

Lepas dapatkan consultation kita, customer beli dengan orang lain?

Saya tahu banyak peniaga yang jadi ejen lalui pengalaman ni. Dan banyak yang kecewa bila kena macam ni, khususnya mereka yang baru nak berniaga.

Untuk elakkan kekecewaan ni, saya nak share pengalaman saya 20 tahun dalam bisnes. Yang mana, kebanyakan bisnes saya adalah jadi ejen jual produk syarikat lain.

Bermula jadi ejen Amway (direct selling), Era Edar, UNIFI, dan macam-macam. Dan sekarang saya bersama Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia) yang mana hari ni sudah lebih 400,000 customer di bawah saya dan team saya G100 Network.

Saya bukan sahaja ejen, tapi juga saya melatih ribuan ejen Public Gold di bawah saya.

Ini 4 nasihat saya;

Nasihat 1 - Perkara normal dalam bisnes

Kena terima, itu perkara normal dalam bisnes. Bakal customer dapatkan nasihat kita, lepas tu pergi beli dengan orang lain, itu normal.

Bakal customer dapatkan nasihat dari orang lain, lepas tu dia beli (closing) dengan kita, itu juga perkara biasa.

Nasihat 2 - Rezeki kita Tuhan sudah tentukan

Kedua, kena ingat rezeki kita Tuhan dah tentukan. Bermula roh kita ditiupkan ke dalam jasad, sudah ditentukan rezeki kita.

Kalau ianya rezeki kita, tak ada siapa boleh ambil. Kalau dah itu rezeki orang lain, kita pun tak boleh ambil.

Jadi setiap kali datang kecewa, ingatlah itu bukan rezeki kita. Tuhan sediakan rezeki yang lebih baik untuk kita.

Nasihat 3 - Naikkan nilai diri, dan jual nilai diri kita

Bila berjual beli, semua orang cuma fikirkan keuntungan masing-masing sahaja. Kita (peniaga) fikir komisyen kita. Customer fikir penjimatan dia.

Kalau dia boleh jimat berpuluh ribu, kenapa patut dia bayar lebih?

Bukan sahaja dia, kita pun fikir perkara yang sama.

Jadi sebagai peniaga apa perlu kita buat? Kita kena pastikan NILAI yang kita berikan tu lebih mahal dari HARGA yang dia bayar.

Contohnya, siapa yang jadi customer Public Gold di bawah dealership saya, saya tahu dia akan dapat NILAI yang lebih mahal dari komisyen yang saya terima.

1. Dia dapat bimbingan terus dari dealer yang sudah 13 tahun berpengalaman, yang sudah membimbing ribuan penyimpan emas secara peribadi. Dia dapat servis dari ejen yang dah well-trained, trusted dan komited berikan servis kepada dia. Pendek kata, kalau dia ‘tidur’ dan datang balik pun, saya masih ada di sini untuk berikan servis kepada dia, insyaAllah. Saya bukan ejen yang jenis touch n go!

2. Dia akan dapat ILMU yang sangat mahal dari saya. Bukan sekadar ilmu transaksi jual beli emas, tapi macam mana nak kaya dengan emas, bahkan sampai tahap financial freedom pun saya ready untuk guide dia.

Kalau dia jadi customer saya, saya tak kaya pun. Kalau tak jadi customer saya pun, saya tak miskin. Tapi kalau dia jadi customer saya, dia dapat peluang yang besar jadi kaya dengan ilmu, bimbingan, dan support yang saya dan team sediakan untuk dia.

Kalau dia buat keputusan tak nak jadi customer saya, saya tak rasa kecewa. Sebaliknya saya rasa dialah yang rugi…

Maksudnya, kalau kita tahu diri kita memang BERNILAI tinggi, kita tak akan mengemis dengan sesiapa.

Take it, or leave it!… No heart feeling… Ha… Gitu! 😅

Nasihat 4 - Tuhan tak akan sia-siakan kebaikan kita

Yang terakhir, kena ingat Tuhan tak akan sia-siakan kebaikan yang kita buat walaupun sebesar zarah.

Setiap kebaikan yang kita buat, Dia PASTI (ya, pasti… tak ragu-ragu lagi) akan balas dengan 10 - 700 kali ganda kebaikan… Bahkan lebih!…

Bila buat baik kepada customer atau bakal customer, ingatlah Tuhan pasti balas kebaikan kita dari jalan yang kita tak sangka-sangka.

Bila buat baik kepada manusia, harapkanlah balasan dari Tuhan. Bukan harap manusia yang balas.

Kalau kita sentiasa harap manusia yang balas, nescaya kita pasti akan kecewa. Kerana Tuhan sentiasa ulang-ulang dalam Al-Quran bahawa hanya sedikit sekali manusia bersyukur (berterima kasih), dan tahu bersyukur…

Jadi teruskanlah buat kebaikan dalam bisnes. Boleh jadi kita buat baik kepada customer A, tapi Tuhan akan balas kebaikan kita melalui customer B.
Bahkan pasti ada customer yang pergi cari ejen lain, tapi akhir sekali dia closing dengan kita!

Bersabarlah….

Pengalaman saya, kalau kita benar-benar ejen bernilai tinggi dan sentiasa konsisten dalam bisnes, kebanyakan bakal customer yang tinggalkan kita akan come back kepada kita juga bila dia ada masalah.

Cuma bila dia come back kepada saya, dia kena que panjang… Kalau saya ada 7000 customer, giliran dia untuk dapat MASA saya (yang berharga) ialah yang ke 7001! Tak boleh potong que…😅

Tanggungjawab utama ejen tentulah kepada customer dia sendiri. Umpanya sebelum kita sibuk jaga anak orang lain, keutamaan kita tentunya pastikan anak-anak kita cukup makan dan terjaga dengan baik dulu…

Begitulah…

#TipBisnes #TipKejayaan
#TabungEmas

MENGAPA EMAS TERUS NAIK?

1. Emas kekal menaik sepanjang tahun ini sehingga bulan September ini.

2. Secara purata emas naik antara 6%-7% setahun. Tetapi sehingga bulan 9 ini emas telah naik sehingga 27%.

Mengapa ini berlaku?

3. Siapa pegang duit paling banyak? Jawapannya adalah bank.

4. Banyak bank bank mula mengadakan akaun bank emas masing masing mulai tahun ini.

5. Bila permintaan emas meningkat, maka demand terhadap emas menjadi tinggi. Hukum ekonomi bila permintaan tinggi, maka barang akan naik harga.

6. Bila situasi global tidak baik, ekonomi dunia tidak bagus, bibit peperangan masih membara. Maka pelabur mencari 'safe heaven' buat pelaburan mereka.

7. Bagi bank bank besar dunia, aset paling aman adalah emas buat mereka. Banyak bank utama negara sedang kukuhkan simpanan emas mereka.

8. Dalam situasi normal, kita tidak boleh jangkakan emas akan kekal naik. Tetapi untuk 5 tahun kedepan, emas antara simpanan yang baik bagi simpanan nilai duit kita.

Kekal menyimpan emas agar tak lemas.

Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas Juga
KEAJAIBAN EMAS.

Emas adalah aset yang mudah alih dan mudah dicairkan.

Emas bukan sahaja laku di sebuah negara, bahkan diterima di mana-mana sahaja negara.

Gambar emas dibawah di ambil di Switzerland tau. Rileks je kan bawa emas ke luar negara. Kalau tiba tiba duit tak cukup ketika travel sekalipun, boleh dijual di negara tersebut.

Sebab tu emas ni dipanggil duit antarabangsa. Berbeza jika bawa duit RM, nak guna pun tak laku di negara orang.

10 dinar ni bernilai lebih RM16,000. Tahun 2017 nilai 1 gram hanya sekitar RM175 per gram. Pasti tahun 2027 harganya dah berbeza dengan harga per gram hari ini.

Jadi jangan bazir masa tunggu harga emas murah baru nak topup gram emas. Fokus sahaja dengan pertambahan gram.

Formula dalam dunia emas :

Makin banyak gram = lebih untung. Boleh baca blog Mentor kita Tuan Mohd Zulkifli Shafie tentang simpanan emas ;

📌 https://www.mohdzulkifli.com/2024/08/keajaiban-berlaku-bila-kita-mulakan-amalan-menabung.html

Kredit Tuan Zahrin
Adakah anda pemenang yang kami cari!

Adakah anda pemilik bertuah 𝐏𝐆 𝐂𝐨𝐝𝐞 PG1400000? Anda dan Introducer bakal memenangi Gold Bar 1gram setiap seorang!

Nantikan keputusannya tidak lama lagi. 👏🏻

Peluang keemasan menanti semua PGBO, jangan lepaskan peluang ini untuk memperkenalkan kebaikan menyimpan emas Public Gold kepada bakal pelanggan anda.

Anda dan bakal pelanggan anda berpeluang membawa pulang Gold Bar secara PERCUMA

💓 Simpanan Emas
💓 1 bulan 1 gram

Teruskan usaha anda! Simpan emas hari ini demi masa depan yang lebih gemilang 💫

#1gramgoldbar #publicgold #pemenangbertuah #goldbar #bungamas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
Gaiss..

Saya tertarik dengan posting ini 🤭

Diana Danielle yang merupakan seorang pelakon mengatakan harga rumah terlalu TINGGI. Menurutnya juga, beli EMAS sahaja, tak sakit hati.

Ada betulnya kata-kata ni. Nilai hartanah meningkat sekitar 12% dalam tempoh 2 tahun sahaja.

Jika mengharapkan kenaikan gaji tahunan atau teknik simpanan biasa, agak sukar untuk kita memiliki rumah dalam usia yang muda

Mahu atau tidak, kita perlu mencari cara yang lebih proaktif untuk menandingi kenaikan harga hartanah

Salah satu caranya adalah dengan simpanan emas kerana peratus kenaikan harga EMAS adalah sekitar 8 - 9% setahun.

Dana rumah yang disimpan dalam bentuk EMAS lebih Selamat dan terjamin nilainya

'BELUM MAMPU BELI RUMAH, BELI EMAS DAHULU' 😊

Fikir-fikirkan...

#PG1M
3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Saya kongsikan perkongsian dari Mentor Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

GAPAutoDebit penyelesaian terbaik untuk mereka.

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah...

Sediakanlah payung sebelum hujan.

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula