Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
388 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#TabungEmas

"Bang, mana bagus simpan bang. Barang kemas atau gold bar nie bang?"

"Jika nak bagi mertua sayang, simpanlah barang kemas. Balik kampung dah boleh rentas daerah nie. Dia mesti kagum punya"

"Hahahah memang begitu bang, kalau tangan bini kosong dia perasan"

"Kalau nak jadi pelabur dan penyimpan nilai yang baik, simpanlan syiling emas, dinar dan bar emas. Ia lebih baik dari segi nilainya"

"Tapi, bini saya suka barang kemas bang?"

"Ada dua pilihan, bagi isteri suka dalam masa sama didik dia tentang nilai emas. Isteri sayang , emas pun tak melayang"

Kawan kawan,

Belajar simpan emas yang betul dan baik untuk masa depan. Harga emas tengah rendah ini. Jika nak simpan, ini masanya untuk kita menyimpan emas.

Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Jangan tukar semua simpanan duit kita menjadi emas. Tukar antara 10%-20% sahaja simpanan bersih menjadi emas. Beli emas dengan duit yang dalam tempoh 3-5 tahun kita tak akan usik dan guna.

12. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan nilai emas. Harga turun mereka beli simpan, harga naik mereka beli simpan juga untuk lindungi nilai duit mereka.

"Tapi bang, ada ramai orang promote gila gila masuk skim emas macam macam sekarang?"

Begini dik, tukang promote mungkin memang ikhlas nak bagi kesedaran pada kau, kau sejak dulu kerja sampai sekarang asik beli kereta. Lebih baik simpan emas pula.

Satu lagi, mereka bersungguh sungguh promote sebab dapat komisyen tiap kali kau beli dik. Sebab itu banyak hari ini misleading bab pelaburan emas nie dik.

Jika ada orang buat macam macam skim nama pelik pelik, singkatan pelik pelik, manipulasi pelik pelik bagi dapat emas dan sebagainya.

Percayalah, kalau kau masuk. Kiamat dah makin dekat dik.

Beli emas jangan sampai lemas.

Dari kau masuk skim pelik peling, baik kau beli gelang tangan buat bini lagi baik.

Kredit : Azizul Azli Ahmad
Labur Emas Jangan Sampai Lemas
#Dulu ada skim ETA, (estimated time of arrival) tunggu punya tunggu emas tak wujud sebenarnya.

Nak register akaun emas? Klik link di sini;

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00540198
#TabungEmas

MENGAPA PERLU SIMPAN EMAS SEBELUM DARURAT?

1. Bila keadaan ekonomi tidak pasti dan jelas, ramai orang akan memilih emas sebagai instrument pelaburan yang paling selamat dan stabil.

Ini disebut ‘Safe Haven’ sebab ia akan selamat selagi berada didalam tangan kita.

2. Beli emas mesti ada tujuan, sebagai simpanan untuk kahwin, folio pelaburan, menjaga nilai aset kita, sebagai simpanan hari tua.

3. Beli emas tidaklah rugi, walau harganya jatuh selagi kita tak jual kita belum cipta kerugian. Ia pelaburan jangka panjang.

4. Ramai orang beli emas untuk untuk disimpan sebagi persediaan menghadapi bencana kewangan.

Bila darurat diistiharkan biasanya nilai matawang sesebuah negara akan jatuh dan emas antara penyelamat nilai yang kita ada.

Kita WAJIB SIMPAN EMAS.

Satu lagi, gegadis sangat suka dengan emas ini. Bila mereka tanya apa pelaburan kita.

"Saya sedang himpun emas untuk hantaran kita hidup bersama nanti".

Mereka tentu 'cepat lemas' bila dengar jawapan kita.

Kredit : Azizul Azli Ahmad

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00540198
#TabungEmas

UNTUNGKAH PAJAK EMAS DI AHRAHNU INI?

1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat.

"Alah... Sesak sesak nanti boleh pajak di Ahrahnu." ia bukan saranan yang bijak kawan kawan.

2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut . Ahrahnu lebih baik, memberi pinjaman 65% -70% dari nilai barang kemas tersebut.

Maka ramai tidak kekedai pajak gadai lama lagi dah sekarang. Apatah lagi kita mula faham mana halal, mana haram.

3. Kadar UPAH yang Ahrahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN.

Dekat disini ramai yang terlepas pandang.

4. Katakan gelang emas 916 'bling bling' kita bernilai RM10,000 . Kita hanya dapat pinjaman 65% iaitu RM6,500 sahaja.

5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan . Jika kita 'Menyimpan' di Ahrahnu selama 6 bulan?

"Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000 . Kami pinjam RM6500 sahaja"?

Memang begitu model kiraannya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?

6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020.

7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun!. Dah sama dengan kad kredit yang kita kena.

(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)

8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.

9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di Ahrahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.

Atau

Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit beli emas lagi. Itu semua cadangan tidak pintar namanya.

JANGAN LAKUKAN.

10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di Ahrahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.

Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.

Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di Ahrahnu kawan.

Belilah emas secara bijak, bukan kena pijak.

Kredit Azizi Ali
#TabungEmas

MASANYA MEMBELI EMAS?

Jika kita masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g.

Waktu bermula pandemik harga emas semakin naik hampir setiap bulan. Hanya sesekali bulan mac, awal jun, dan penghujung Oktober ada sedikit penurunan.

Selebihnya menaik dengan sihat dan baik. Bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.

Bagi pelabur, emas disebut
'safe haven' pada mereka. Ia adalah pelaburan yang selamat untuk menyimpan nilai.

Bila pasaran tidak menentu, orang tak pasti dengan keadaan ekonomi, saham dan hartanah.

Maka emas menjadi pilihan kerana ia dianggap penyimpan nilai paling selamat.

Bila keyakinan pasaran mula tinggi bila China, US dan Rusia mula menawarkan vaksin. Kita mulakan rundingan untuk membeli 30% untuk rakyat, maka kebimbangan terhadap Covid mula semakin reda.

Bila keyakinan ini kembali ada, orang mula rasa selamat dan permintaan emas kembali berkurangan. Maka kita dapat perhatikan harga emas semakin menurun sejak 5 hari ini.

Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka 'letak dan simpan' duit mereka.

Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.

Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :

1. Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.

2. Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.

Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.

3. Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.

4. Nilai susut emas bar atau waffle hanya sekitar 7%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami punya. Susut nilainya sangat besar antara 20%-30% banyaknya.

5. Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.

"Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun"

"Saya himpun emas ini untuk kahwin". Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah

"Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor".

6. Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.

7. Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.

8. Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.

9. Saya cadangkan follow lelaju beberapa sahabat emas saya ini sebelum nak beli apa apa emas. Mereka selalu berkongsi bab emas ini.

Syukor Hashim
Mohd Zulkifli shafie
Mazlifah Omar
Azizah Hassan
Khaja Nazimudeen Yaacop
Mohd Azinuddin
Adam Fahmi Ghazali
Khairul idzham
Steven Blanda

Harga emas dijangka akan turun lagi, maka sebaiknya jangan tunggu baru beli, beli dan tunggu.

Gegadis cepat lemas kalau kita asik bagi barang kemas 😋

Azizul Azli Ahmad
Berhati Emas Untuk Mama Qilah
#JanganTerburuBeliEmasSampaiLemas
#TabungEmas

EMAS HARI INI!

Pasaran nilai emas hari ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, inflasi, permintaan dan penawaran global, serta ketidakpastian geopolitik.

Berikut adalah beberapa poin utama yang sering mempengaruhi harga emas:

1. Kadar Faedah:

Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung mencari aset yang lebih selamat seperti emas. Ini kerana emas tidak memberikan pulangan faedah, jadi dalam keadaan kadar faedah rendah, emas menjadi lebih menarik.

2. Inflasi:

Emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Apabila inflasi tinggi, nilai mata wang mungkin merosot, tetapi emas biasanya mengekalkan nilainya.

3. Permintaan dan Penawaran:

Permintaan untuk emas boleh datang daripada industri barang kemas, teknologi, dan pelaburan. Penawaran emas pula bergantung kepada pengeluaran dari lombong dan kitar semula.

4. Ketidakpastian Geopolitik:

Dalam keadaan politik yang tidak menentu atau krisis ekonomi, pelabur cenderung membeli emas sebagai aset selamat.

5. Kadar Pertukaran Mata Wang:

Nilai emas sering diukur dalam USD. Oleh itu, perubahan dalam kadar pertukaran mata wang boleh mempengaruhi harga emas di pasaran antarabangsa.

BELAJARLAH MENYIMPAN EMAS

#AAA

Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
#TabungEmas

EMAS HARI INI!

Pasaran nilai emas hari ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kadar faedah, inflasi, permintaan dan penawaran global, serta ketidakpastian geopolitik.

Berikut adalah beberapa poin utama yang sering mempengaruhi harga emas:

1. Kadar Faedah:

Apabila kadar faedah rendah, pelabur cenderung mencari aset yang lebih selamat seperti emas. Ini kerana emas tidak memberikan pulangan faedah, jadi dalam keadaan kadar faedah rendah, emas menjadi lebih menarik.

2. Inflasi:

Emas sering dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Apabila inflasi tinggi, nilai mata wang mungkin merosot, tetapi emas biasanya mengekalkan nilainya.

3. Permintaan dan Penawaran:

Permintaan untuk emas boleh datang daripada industri barang kemas, teknologi, dan pelaburan. Penawaran emas pula bergantung kepada pengeluaran dari lombong dan kitar semula.

4. Ketidakpastian Geopolitik:

Dalam keadaan politik yang tidak menentu atau krisis ekonomi, pelabur cenderung membeli emas sebagai aset selamat.

5. Kadar Pertukaran Mata Wang:

Nilai emas sering diukur dalam USD. Oleh itu, perubahan dalam kadar pertukaran mata wang boleh mempengaruhi harga emas di pasaran antarabangsa.

BELAJARLAH MENYIMPAN EMAS

#AAA

Daftar PERCUMA untuk belajar menyimpan emas

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
#TabungEmas

PAJAK EMAS DAN SIMPAN DI ASB?

Memajak emas dan menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) mungkin tidak disarankan kerana beberapa sebab berikut:

1. Kos Faedah Pajak Gadai

Pajak gadai mengenakan faedah ke atas jumlah pinjaman yang diambil.

Kos dan faedah ini lebih tinggi dari pulangan ASB. ASB bagi 5%, kos pajak bagi 6 bulan antara 6%-8% menjadikan setahun 12%-16%!

Faedah ini boleh tinggi dan mungkin melebihi pulangan yang diperoleh daripada ASB, menyebabkan anda kerugian secara bersih.

2. Risiko Kehilangan Emas

Jika anda gagal membayar balik pinjaman, emas anda boleh dilelong oleh pajak gadai, menyebabkan anda kehilangan aset berharga tersebut.

3. Pulangan ASB Tidak Dijamin

Walaupun ASB mempunyai rekod pulangan yang baik, pulangan masa depan tidak dijamin dan boleh berubah.

Jika pulangan ASB lebih rendah daripada kos faedah pajak gadai, anda akan rugi.

4. Kepentingan Aliran Tunai

Memajak emas untuk melabur boleh menjejaskan aliran tunai anda. Anda perlu memastikan anda mampu membayar faedah dan bayaran balik tanpa mengorbankan kewangan harian anda.

5. Keselamatan dan Ketenangan Minda

Menyimpan emas anda sendiri tanpa memajak memberikan keselamatan dan ketenangan fikiran.

Emas boleh bertindak sebagai simpanan kecemasan yang boleh dicairkan dengan segera jika diperlukan.

Kawan kawan,

Secara keseluruhan, memajak emas untuk melabur dalam ASB adalah strategi yang berisiko dan mungkin tidak menguntungkan.

Adalah lebih baik untuk melabur menggunakan dana yang tidak memerlukan pembayaran faedah atau menjejaskan aset berharga anda.

Azizul Azli Ahmad
Simpan Emas Jangan Sampai Lemas
#TabungEmas

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS

Ungkapan "Simpan emas, jangan sampai lemas" biasanya digunakan sebagai nasihat untuk berhati-hati ketika melabur dalam emas.

Ada beberapa makna yang boleh diambil dari ungkapan ini:

1. Pelaburan Berhemah:

Emas adalah aset yang sering dianggap selamat, tetapi seperti semua pelaburan, ia datang dengan risiko.

Ungkapan ini menasihatkan orang supaya tidak melabur dalam emas sehingga mengabaikan aspek kewangan lain yang penting, seperti kecairan tunai atau kepelbagaian pelaburan.

2. Jangan Berlebihan:

Walaupun emas boleh menjadi pelindung nilai yang baik, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada risiko jika terlalu banyak modal dihabiskan untuk emas sahaja.

Ini boleh menyebabkan masalah kewangan jika ada keperluan mendesak yang tidak dapat dipenuhi kerana aset berada dalam bentuk emas yang kurang cair.

3. Pengurusan Risiko:

Pelabur dinasihatkan untuk memastikan mereka tidak menjadi 'lemas' dengan hutang atau komitmen kewangan lain hanya kerana terlalu banyak membeli emas.

Penting untuk menyeimbangkan antara pelaburan dan keperluan hidup harian.

Kawan kawan,

Secara ringkas, ungkapan ini memberi amaran kepada orang ramai agar bijak dan seimbang dalam pelaburan emas, supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan di masa hadapan.

Azizul Azli Ahmad
Simpanlah Emas
#TabungEmas

MENGAPA EMAS TERUS NAIK?

1. Emas kekal menaik sepanjang tahun ini sehingga bulan September ini.

2. Secara purata emas naik antara 6%-7% setahun. Tetapi sehingga bulan 9 ini emas telah naik sehingga 27%.

Mengapa ini berlaku?

3. Siapa pegang duit paling banyak? Jawapannya adalah bank.

4. Banyak bank bank mula mengadakan akaun bank emas masing masing mulai tahun ini.

5. Bila permintaan emas meningkat, maka demand terhadap emas menjadi tinggi. Hukum ekonomi bila permintaan tinggi, maka barang akan naik harga.

6. Bila situasi global tidak baik, ekonomi dunia tidak bagus, bibit peperangan masih membara. Maka pelabur mencari 'safe heaven' buat pelaburan mereka.

7. Bagi bank bank besar dunia, aset paling aman adalah emas buat mereka. Banyak bank utama negara sedang kukuhkan simpanan emas mereka.

8. Dalam situasi normal, kita tidak boleh jangkakan emas akan kekal naik. Tetapi untuk 5 tahun kedepan, emas antara simpanan yang baik bagi simpanan nilai duit kita.

Kekal menyimpan emas agar tak lemas.

Azizul Azli Ahmad
Penyimpan Emas Juga
#TabungEmas

TUNAIKAN HAJI DENGAN EMAS!

Jika ada impian menunaikan haji, buatlah simpanan emas.

Peningkatan nilai emas lebih tinggi, laju dan cepat berbanding kenaikan nilai kos haji.

Simpanan emas melindungi nilai duit kita.

Belajar menyimpan emas bermula disini kawan kawan. Anda dah bermula, tinggal nak konsisten je. 😁
#TabungEmas

TIPS PEMULA MENYIMPAN EMAS

Tip untuk Pemula Sebagai Penyimpan Emas

1. Mulakan dengan jumlah kecil:
Beli 1 gram dahulu untuk memahami proses dan risiko.

2. Ikut Harga Emas Semasa:
Semak harga harian di Public Gold atau platform lain.

Beli semasa harga rendah.

3. Simpan di Tempat Selamat:
Gunakan peti simpanan selamat di rumah, peti besi bank, atau perkhidmatan storan Public Gold.

4. Elakkan Over-Spending:
Jangan guna pinjaman untuk membeli emas.

5. Belajar tentang Spread:
Spread ialah perbezaan harga beli dan jual emas.

Pilih emas dengan spread rendah untuk keuntungan maksimum.

6. Konsisten Menyimpan:
Amalkan DCA (Dollar-Cost Averaging) dengan beli emas secara konsisten.

Kawan kawan,

Sebelum berakhir tahun baru ini, mulalah menyimpan atau ada sekeping emas pertama.

Jadi, tahun depan kita boleh semak harga emas dengan berat yang sama jadi berapa.

"Apa barang beli 1 gram bang, beli 10 gram la pulak! "

Azizul Azli Ahmad
#TabungEmas

EMAS NAIK TETAP BELI?

Memang betul, harga emas makin naik, tapi orang tetap beli. Kenapa? Ada beberapa sebab yang buat emas ni tetap hot walaupun mahal:

1. Pelaburan Jangka Panjang

Orang beli emas sebab tahu harganya akan terus naik dalam jangka panjang. Walaupun sekarang mahal, 5-10 tahun lagi mungkin lagi mahal. Jadi, beli sekarang lebih baik daripada nanti.

2. Emas Sebagai Simpanan Nilai

Duit kertas boleh susut nilai sebab inflasi, tapi emas sentiasa ada nilai. Kalau ekonomi jatuh atau duit jadi lemah, emas tetap laku. Sebab tu ramai anggap emas macam ‘insurans kewangan’.

3. Trend & FOMO (Fear of Missing Out)

Bila orang lain beli, kita pun rasa nak beli. Lagi-lagi bila nampak orang post dekat media sosial tunjuk gold bar, rantai tebal, atau simpanan emas mereka. Takut nanti harga makin naik, kita tak sempat beli.

4. Kegunaan & Prestij

Orang Melayu memang suka emas, bukan setakat untuk pelaburan, tapi juga sebagai perhiasan. Rantai, gelang, cincin – semua ni ada nilai tambah. Pakai emas rasa ‘ada class’ dan nampak kaya.

5. Duit Simpanan Tak Berapa Kukuh

Kadang-kadang orang yang tak reti simpan duit, dia beli emas sebagai cara paksa diri menyimpan. Sebab kalau ada emas, susah sikit nak belanja sesuka hati berbanding duit dalam akaun.

6. Boleh Gadai Bila Terdesak

Kalau ada kecemasan, emas boleh dicairkan dengan mudah. Pegang emas rasa lebih selamat sebab tahu boleh gadai kalau ada hal urgent.

7. Hadiah & Mas Kahwin

Dalam budaya Melayu, emas selalu jadi pilihan untuk hadiah, hantaran kahwin, atau mas kahwin. Jadi walaupun mahal, orang tetap beli sebab dah jadi adat.

Kawan kawan,

Benda ni memang menarik, sebab walaupun harga naik, permintaan tetap tinggi. Kau sendiri ada simpan emas ke, atau tengah fikir nak beli?

Belajar simpan emas disini,

http://publicgold.me/munirahmarzuki

Azizul Azli Ahmad